Sunday, June 4, 2017

Tadabbur Surah Al-Qiamah Ayat 75:16 hingga 30

- us Hasnan Kassan tazkirah Asar Ahad 4-Jun-2017

Kejadian Hari Kiamat
Surah Al-Qiamah 75:16-30 (ms 577)


Ayat 75:16

A016

(لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ)

Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).

- Al-Quran diturunkan secara mushafahah ie mulut ke mulut melalui Jibrail ke baginga Rasulullah


Ayat 75:17

A017

(إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ)

Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);


Ayat 75:18

A018

(فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ)

Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;


Ayat 75:19

A019

(ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ)

Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).


Ayat 75:20 (ms 578)

A020

(كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ)

Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.

- kecintaan manusia pd dunia, dilalaikan dgn kesenangan dan kemewahan.
- ibu bapa yg memandang serong dan rendah kpd pengajian ugama, sebenarnya mendidik anak2nya utk mencintai dunia.


Ayat 75:21

A021

(وَتَذَرُونَ الْآخِرَةَ

Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).


- dlm ayat yg lain, kita diingatkan kehidupan Akhirat adalah yg sebenarnya kita perlu cari.
- org yg cintakan dunia hatinya gelisah bila imam membaca Ayat Quran dlm solatnya dgn tertib, lakukan perbuatan2 rukun solat dgn tomakninahnya. Ini kerana mereka rasa rugi bila solat itu panjang/lama.

Surah A'la Ayat 87:17 (ms 592)

A017

(وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ)

Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.


Ayat 75:22

A022

(وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ)

Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;


- berseri-seri kerana ambil dunia utk mengejar akhirat.


Ayat 75:23

A023

(إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ)

Melihat kepada Tuhannya.


- kita digalak berdoa utk diberi melihat wajah Allah di Akhirat nanti.


Ayat 75:24

A024

(وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ)

Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,


Ayat 75:25

A025

(تَظُنُّ أَنْ يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ)

Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.

- rujuk ayat 13, bila manusia diberitahu dosa dan pahalanya, di dah tahu dah (yakin) akan dia di mana dia akan di masukkan.


Ayat 75:26

A026

(كَلَّا إِذَا بَلَغَتِ التَّرَاقِيَ) 

Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,


Ayat 75:27

A027

(وَقِيلَ مَنْ ۜ رَاقٍ)

Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?"


Ayat 75:28

A028

(وَظَنَّ أَنَّهُ الْفِرَاقُ)

Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;

- saat dia akan meninggalkan segala harta kekayaan, anak pinak.
- jika banyak​ amalan2 kebaikan, byk bacaan Al-Quran, byk amalan derma/infaq maka yakinlah dia kemana tempat tujuan.


Ayat 75:29

A029

(وَالْتَفَّتِ السَّاقُ بِالسَّاقِ)

Serta kedahsyatan bertindih-tindih;


- "bertindih" juga memberi maksud azab kubur yg disempitkan hingga tulang2 bertindih, dan byk lagi azab kubur yg menantinya selepas dr perpisahan dgn alam dunia.


Ayat 75:30

A030

(إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمَسَاقُ)

(Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan).

- "masaqa" dimaksudkan tempat diseret oleh malaikat hingga ke Padang Mahsyar.
- rujuk surah Qaf Ayat 50:21, "pembawa" yg dimaksudkan adalah malaikat membawa kita dr kubur ke Padang Mahsyar dgn paksaan, diseret.


A021

Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi;


- di Padang Mahsyar diberikan cahaya kpdnya utk melihat buku amalannya. Bagi org musyrikin, cahaya itu akan dipadamkan oleh Allah setelah dia selesai membaca buku amalannya. Maka teraba-rabalah dia dlm kegelapan dan rasa ketakutan menunggu masa utk dibelenggu dan di campakkan ke dlm neraka.

Belenggu:

(a) rujuk ayat Surah Ar-Rad Ayat 13:5 (ms 249) utk jaminan dibelenggu:


A005


(وَإِنْ تَعْجَبْ فَعَجَبٌ قَوْلُهُمْ أَإِذَا كُنَّا تُرَابًا أَإِنَّا لَفِي خَلْقٍ جَدِيدٍ ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ ۖ وَأُولَٰئِكَ الْأَغْلَالُ فِي أَعْنَاقِهِمْ ۖ وَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ)

Dan jika engkau merasa hairan (wahai Muhammad), maka sungguh menghairankan perkataan mereka yang kafir itu (yang mengatakan): "Adalah apabila kami telah menjadi tanah betulkah kami pula akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baharu?" Mereka itulah orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan mereka, dan merekalah yang dibelenggu dengan belenggu-belenggu pada leher mereka; dan merekalah juga ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.


(b) Surah Yasiin Ayat 36:8 (ms 440), keadaan dibelenggu itu adalah kedua-dua tangan diikat pd leher dan dipasangkan belenggu pd tengkuk.


A008
إِنَّا جَعَلْنَا فِي أَعْنَاقِهِمْ أَغْلَالًا فَهِيَ إِلَى الْأَذْقَانِ فَهُمْ مُقْمَحُونَ

Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.


(c) Surah Ghafir Ayat 40:71 (ms 475)

A071


إِذِ الْأَغْلَالُ فِي أَعْنَاقِهِمْ وَالسَّلَاسِلُ يُسْحَبُونَ

Ketika belenggu dan rantai dipasung di leher mereka, sambil mereka, diseret


(d) Surah Al-Furqan Ayat 25:13 (ms 361)

A013

(وَإِذَا أُلْقُوا مِنْهَا مَكَانًا ضَيِّقًا مُقَرَّنِينَ دَعَوْا هُنَالِكَ ثُبُورًا)

Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (yang melepaskan dari azab itu).


Syafaat Al-Quran:

- Al-Quran menjadi penyuluh kpd pembacanya (ie syafaat Al-Quran) semasa meniti Titian Sirat, (ie selepas dr keadaan perhimpunan di Padang Mahsyar)

Surah Al-Hadid Ayat 57:12 (ms 539)

A012


(يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَىٰ نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ)

(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar".


- bergembiralah org yg selalu membaca/beramal, bertadabbur Al-Quran kerana syafaat Al-Quran itu menyuluh dia meniti Titian Sirat.

No comments: