- tazkirah Ramadhan Ahad 18-Jun-2017
5 amalan berkaitan Al-Quran yg perlu difahami:
1) baca Al-Quran
2) berazam utk menghafal Al-Quran
3) berazam utk memahami maksud ayat2 Al-Quran
4) bertadabbur Al-Quran ie
5) ambil tanggubjawab utk berdakwah menyampaikan ilmu2 Al-Quran.
1) baca Al-Quran
2) berazam utk menghafal Al-Quran
3) berazam utk memahami maksud ayat2 Al-Quran
4) bertadabbur Al-Quran ie
5) ambil tanggubjawab utk berdakwah menyampaikan ilmu2 Al-Quran.
Tadabbur Surah At-Takasur Ayat 102:1 hingga 8 (ms 600)
- surah ini menceritakan org yg berlebih-lebihan dlm mencari harta kekayaan dunia serta bermegah-megah dgn anak2nya.
- surah Makiyyah ie surah2 berkaitan aqidah.
Ayat 102:1
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),
- surah Al-Kahfi disebutkan juga bhw manusia dilalaikan oleh harta dan anak-pinak.
Surah Al-Kahfi Ayat 18:46
الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا
Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.
- pd zaman jahiliyyah, mereka berbangga jika sesuatu keluarga/kaum/bani itu ramai bilangannya, terutama bilangan anak lelaki. Mereka rasa lemah/malu bila lelaki kurang dlm kalangan keluarga.
- dlm konteks hari ini kita dilalaikan dgn harta dan anak-pinak dgn mengambil gambar/selfie dan memaparkan dlm media sosial. Rasa riak yg tidak disedari, yg menyebabkan amalan kita tidak diterima Allah.
Ayat 102:2
Sehingga kamu masuk kubur.
- manusia hanya akan rasa ruginya dia kerana terlalai dgn perhiasan hidup itu, apbl nyawanya telah diambil
Ayat 102:3
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
Ayat 102:4
Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
Ayat 102:5
Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
- manusia yg dilalaikan itu hanya akan yakin janji2 Allah itu bila diperlihatkan neraka.
Ayat 102:6
(Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
Ayat 102:7
Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
Ayat 102:8
Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
- "ditanya" itu akan ditanya berkali-kali.
- manusia dibezakan kerana iman dan takwanya. Bukannya setakat amalannya. Amalan yg byk tetapi tidak ikhlas (berlaku riak dlm amalannya), tidak menambahkan keimanan dan ketakwaan dlm diri kita.
No comments:
Post a Comment