Thursday, March 24, 2022

Israk dan Mikraj

-us Khairy kuliah Maghrib Sabtu 5-Mac-2022

Peristiwa Israk dan Mikraj 

Surah Al-Israk Ayat 17:1 & 17:2 (klik sini utk paparan ayat

{ سُبۡحَٰنَ ٱلَّذِيٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلٗا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِي بَٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنۡ ءَايَٰتِنَآۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ }

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

{ وَءَاتَيۡنَا مُوسَى ٱلۡكِتَٰبَ وَجَعَلۡنَٰهُ هُدٗى لِّبَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ أَلَّا تَتَّخِذُواْ مِن دُونِي وَكِيلٗا }

Dan Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami jadikan Kitab itu petunjuk bagi Bani Israil (serta Kami perintahkan mereka): "Janganlah kamu jadikan yang lain daripadaKu sebagai Tuhan (untuk menyerahkan urusan kamu kepadanya)".

- "Sub ha nal la zi" membawa maksud: 
  • (i) membersihkan Allah dari sifat kekurangan 
  • (ii) sebagai keajaiban. 
- Malam dinyatakan 2 kali pd ayat ini ie: 
  • (i) "Asra" bermaksud perjalanan pd waktu malam. 
  • (ii) "Lai lan" bermaksud malam yg pendek. 
- isim atau nama, boleh dikenali dgn cara: 
  • (i) dimulakan dgn huruf "alif" "lam", atau 
  • (ii) tanwin. 
 
Ayat 17:79??? 

- Masjidil Haram di bina 40 tahun selepas dibina Masjidil Aqsa. 
- Nabi Isa diangkat oleh Allah di Masjidil Aqsa  (dari dibunuh oleh pengikutnya yg kufur). 
- Jarak antara Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa = 1,200 km. 

Allah perlihatkan dlm perjalanan Israk dan Mikraj sebagai pengubat kepada kesedihan Rasulullah akibat dari kehilangan 2 org yg dikasihi yang melindungi dakwah yg disampaikan kepada penduduk Mekah pd ketika itu. 

Surah An-Najmi Ayat 53:17 & 53:18 (klik sini utk paparan ayat)
{ مَا زَاغَ ٱلۡبَصَرُ وَمَا طَغَىٰ }

Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. 


Ayat 53:18 (klik sini utk paparan ayat)

Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.



Dalil Rasulullah bertemu Jibrail pd kali ke2 dlm bentuknya yg asal

Surah An-Najmi Ayat 53:13 & 53:14 (klik sini utk paparan ayat
{ وَلَقَدۡ رَءَاهُ نَزۡلَةً أُخۡرَىٰ }

Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,


{ عِندَ سِدۡرَةِ ٱلۡمُنتَهَىٰ }
Di sisi "Sidratul-Muntaha";


Surah Al-Kahfi Ayat 18:2 hingga 5 (klik sini utk paparan ayat)

Ayat 18:2 (ayat)
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

Ayat 18:3 (ayat)
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.

Ayat 18:4 (ayat)
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".

Ayat 18:5 (ayat)
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.


Matahari naik condong
Surah Al-Kahfi Ayat 18:17 (klik sini utk paparan ayat)
Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.


Arah kiblat (dalam solat)
Kiblat ke arah Masjidil Aqsa berlaku dlm tempoh 16 hingga 17 bulan, sebelum diperintahkan supaya kiblat di halakan ke Masjidil Haram. 

Surah Al-Baqarah 2:144 (klik sini utk paparan ayat

{ قَدۡ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجۡهِكَ فِي ٱلسَّمَآءِۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبۡلَةٗ تَرۡضَىٰهَاۚ فَوَلِّ وَجۡهَكَ شَطۡرَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِۚ وَحَيۡثُ مَا كُنتُمۡ فَوَلُّواْ وُجُوهَكُمۡ شَطۡرَهُۥۗ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ لَيَعۡلَمُونَ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّهِمۡۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا يَعۡمَلُونَ }

Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.

- Masjid Qiblatain - Masjid 2 kiblat ie sewaktu Rasulullah mengimamkan solat Asar bersama para sabahat, turun wahyu/perintah supaya kiblat dihalakan ke Masjidil Haram. Berlaku dlm solat Asar pd rakaat ke3. 


Persamaan kelahiran, kewafatan dan kebangkitan di Akhirat utk Nabi Yahya as dan Nabi Isa as, diceritakan dlm surah Maryam
Nabi Yahya as:
Surah Maryam Ayat 19:15 (klik sini utk paparan ayat
Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakkan, dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).


Nabi Isa as:
Surah Maryam Ayat 19:33 (klik sini utk paparan ayat)
Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)".

Sifat org² beriman di sebutkan dlm juzuk ke-18

No comments: