Ayat perintah berpuasa di bulan Ramadhan
Surah Al-Baqarah Ayat 2:183 (klik sini utk paparan ayat)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ }
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
a) kenapa Allah menggunakan munada ie dgn "wahai"/"hey" di awal ayat, ie menunjukkan kedudukan; Allah menyapa kumpulan manusia yg dekat dgn kasih sayang-Nya. Org² yg beriman berada pd kedudukan yg mulia disisi Allah.
b) siapa yg berikan iman kpd kumpulan manusia yg beriman? Pastilah Allah.
c) "kutiba" bermaksud "ditulis". Bila kutiba diganding dgn "a'la" maka ia bermaksud "ke atas".
- Dunia bukan tempat terima balasan amal soleh. Ianya akan di balas di Akhirat. Kenapa tidak di dunia? Kerana tidak cukup dunia ini utk balasan itu diletakkan di dunia. Sbb ke-2, apbl dibalas di dunia, maka telah habislah ganjarannya di dunia tiada apa lagi di Akhirat. Bila diterima di Akhirat ianya tiada penghujung, ganjaran itu berterusan. Pemurahnya Allah kepada umat Muhammad membalas amalan di Akhirat.
- Dari awal penciptaan manusia, manusia itu makhluk yg asalnya tergantung dlm rahim (kasih sayang dari ibu, kasih sayang dari Allah).
d) org yg beriman yg dimaksudkan kpd umat Nabi Muhammad saw. Ayat perintah menunaikan puasa ini diturunkan pd tahun ke-2 hijrah.
- umat² terdahulu merujuk kpd org² yahudi dan nasrani. Kaedah puasa mereka mungkin berbeza. Org² yahudi hanya mampu berpuasa sehari berbanding sebulan dari yg diperintahkan Allah. Org² nasrani, apbl diperintahkan puasa, mereka berpakat dgn paderi mereka supaya puasa Ramadhan itu tidak dilakukan pd waktu siang lebih panjang dari malam. Mereka pinda puasa Ramadhan itu ke bulan yg lain, dan mereka tambah 7 hari dari yg diperintahkan berpuasa sebulan (jumlah 37 hari puasa). Setelah beberapa ketika, mereka merasa Allah murka dgn pelbagai musibah, mereka tambah e hari lagi (jumlah 40 hari). Kemudian, mereka menambah lagi jumlah hari puasa. Akhirnya tidak lagi puasa yg di kerjakan.
- Allah nak kata, umat Muhammad boleh berpuasa sebulan sedangkan umat² sebelum itu tidak mampu melakukan puasa spt yg diperintahkan Allah. Hakikatnya umat Nabi Muhammad diberikan kemudahan utk melaksanakan perintah berpuasa sebulan di bln Ramadhan kerana kasih sayang Allah, Allah permudahkan bagi umat Muhammad utk melaksanakan puasa di bln Ramadhan.
- Ramadhan adalah Perbandingan antara org yg dikasihi oleh Allah berbanding yg tidak dikasihi.
- Persiapan Ramadhan:
1. Akidah ie iktikad bhw puasa Ramadhan itu hanya kerana Allah. Bukan kerana sesuatu sebab yg lain.
Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang mafhumnya: "Ahli syurga terdiri daripada 120 barisan, 80 daripada barisan itu adalah daripada kalangan umat ini (umat Nabi Muhammad) dan 40 barisan lagi daripada kalangan sekalian umat lain." [HR at-Tirmidzi]
- (a) 80 saf pertama adalah umat Nabi Muhammad- (b) Saf 81 hingga 120 adalah umat² selain Nabi Muhammad.
2. Perlu dilaksanakan mengikut syarat² sah berpuasa.
- (a) upgrade amalan bersahur utk solat 2 rakat sebelum bersahur.
- (b) tempat mustajab doa adalah Raudhah. Rasulullah juga menyebutkan doa org berpuasa ketika waktu hampir berbuka puasa itu, doanya tidak ditolak oleh Allah. Waktu hampir berbuka puasa itu kita lapar (dlm keadaan tidak cukup/kekurangan) ketika dlm keadaan tidak cukup itulah, kita beriya-iya mengharap kpd Allah. Maka waktu mustajab berdoa itu selain berada di Raudhah, adalah waktu hampir berbuka puasa.
Hal niat puasa Ramadhan:
1. Tanpa niat maka puasa itu tidak sah. Niat berpuasa tidak semestinya dilafaskan. Lafas niat bagi menyakinkan puasa yg akan dilakukan (esok harinya)
2. Berniat puasa pd setiap malam.
- (a) Niat puasa pd waktu malam bermula waktu Maghrib hingga terbit fajar.
- (b) Puasa itu dikhususkan ie puasa Ramadhan.
- (c) Hal niat puasa sunat (bukan niat puasa Ramadhan): Utk puasa sunat, niat puasa boleh dibuat sehingga sebelum gelincir matahari ie sebelum masuk waktu Zohor, dgn syarat tidak makan atau minum sebelum dari itu. Afdalnya berniat puasa sunat pd waktu malam sebelum terbit fajar.
No comments:
Post a Comment