Saturday, July 9, 2022

Makanan menjadi punca doa tidak mustajab

- us Najib kuliah Suboh Sabtu 9-Jul-2022

Panggilan Ar-Rahman di dlm Al-Quran kepada org² beeiman

Allah panggil dgn panggilan wahai org² yg beriman.

Surah Al-Baqarah Ayat 2:172 (klik sini utk paparan ayat)

{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَٰتِ مَا رَزَقۡنَٰكُمۡ وَٱشۡكُرُواْ لِلَّهِ إِن كُنتُمۡ إِيَّاهُ تَعۡبُدُونَ }

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.

Kenapa Allah panggil dgn nama org² yg beriman di permulaan ayat?
a) dia boleh menjadi org yg hidup, boleh mendengar, sedar, dan berfikir terhadap apa yg di hendak sebutkan/disampaikan/diperintahkan oleh Allah.
b) sebagai kasih-sayang Allah kpd hambaNya yg beriman, utk diberikan nikmat atau Allah hendak perintah kan supaya suatu perkara buruk supaya dihindarkan, atau sesuatu perkara yg dilarang supaya dijauhi (oleh org² beriman)

Bagaimana kita hendak mengetahui sama ada kuat atau tidak ketakwaan kita kpd Allah?
a) seseorg yg beriman apbl dia merenung kpd dosa yg pernah dilakukan, mengalir air matanya kerana takutkan azab Allah.

- Surah Qaf ayat 50:33 (klik sini)

{ مَّنۡ خَشِيَ ٱلرَّحۡمَٰنَ بِٱلۡغَيۡبِ وَجَآءَ بِقَلۡبٖ مُّنِيبٍ }

"(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat".

- dgn iman dan takwa, seseorg itu akan dijaga oleh Allah kerana dia menjaga hak² Allah.

- wali adalah org yg memperjuangkan hak Allah.
- Saad bin Abu Qawas adalah contoh seorg wali Allah. Dia ditanya bagaimana hendak menjadikan doa mustajab, diterima oleh Allah? Saad memberitahu bahawa Rasulullah saw berpesan kpdnya supaya menjaga makanan yg dimakan dan sumber rezekinya.

Dlm ayat ke-172 surah Al-Baqarah ini Allah perintahkan kita, org² beriman supaya akan dari makanan yg halal.
a) halal dari cara sembelihannya
b) halal dari sumbernya
c) halal dari punca kewangannya

- Bagaimana kita hendak bersyukur selepas memakan makanan? Ucapkan Alhamdulillah, atau berdoalah dgn doa selepas makan. 

Makanan yg diharamkan oleh Allah di dalam Al-Quran, antaranya:
1. Bangkai, darah, daging khinzir
2. Harta yg diambil dgn cara yg batil, cth scammer ambil sedikit atau banyak duit org.
3. Riba.

Setiap daging yg tumbuh menjadi darah daging seseorg maka ianya menjadi bahan bakar api neraka.




No comments: