Tuesday, July 5, 2022

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:198 hingga 199

- us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 4-Jul-2022

Kita berada dlm bulan Zulhijjah dan berada pd 10 hari pertama, ie bulan dan malam yg diberkati dan ganjaran/pahala amalan di gandakan. 

Surah Al-Fajr Ayat 89:2 (klik sini utk paparan ayat)

{ وَلَيَالٍ عَشۡرٖ }

Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);

Terdapat dua (2) pendapat berkenaan 10 malam dlm ayat ini, ie:
I) 10 hari terawal bln Zulhijjah
ii) 10 malam terakhir bulan Ramadhan (lailatul qadar) 

Maksud kelebihan dlm ayat ini adalah, apbl sesuatu amalan itu dilakukan, Allah gandakan pahala amalan itu.

Amalan yg digalakkan dlm 10 hari terawal bln Zulhijjah adalah berpuasa. 
  • Dlm 9 hari pertama itu, perbanyakan puasa. 
    • pd hari pertama hingga hari Arafah (hari ke9), atau 
    • lakukan puasa sunat hari Isnin dan Khamis, atau 
    • paling tidak, berpuasa pd hari Arafah. 
  • Pd hari ke—10 diharamkan puasa kerana ianya hari Raya Aidiladha, lakukan Ibadah Qurban. 

Sambungan dari kuliah sebelum ini, berkaitan Ibadah haji dan umrah, 
Surah Al-Baqarah Ayat 2:198 (klik sini)

{ لَيۡسَ عَلَيۡكُمۡ جُنَاحٌ أَن تَبۡتَغُواْ فَضۡلٗا مِّن رَّبِّكُمۡۚ فَإِذَآ أَفَضۡتُم مِّنۡ عَرَفَٰتٖ فَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ عِندَ ٱلۡمَشۡعَرِ ٱلۡحَرَامِۖ وَٱذۡكُرُوهُ كَمَا هَدَىٰكُمۡ وَإِن كُنتُم مِّن قَبۡلِهِۦ لَمِنَ ٱلضَّآلِّينَ }

Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.

- Ayat ini khusus utk ibadah haji bukannya umrah, kerana ada di sebutkan Arafah.
- Tatacara ibadah haji penting kpd org yg menjadi duyufurrahman (jemaah haji) pd tahun itu.

- Pengajaran dlm ayat ini:
a) Waktu ayat ini diturunkan, majoriti masyarakat arab adalah peniaga yg menjalankan perniagaan (spt import ekport) dari satu bandar ke bandar lain, yg perjalanannya memakan masa yg panjang. Bila mereka pergi haji, mereka meneruskan perniagaan, spt sewakan kenderaan (unta). Timbul rasa risau dlm hati mereka adakah haji dan perniagaan yg mereka lakukan itu dicela oleh Allah, kerana dilakukan dlm masa ibadah haji. Salah seorg sahabat mengatakan bhw dia pernah mendengar baginda Rasulullah menjawab persoalan spt itu dgn bertanya semula kpd sahabat yg bertanya sama ada turutan ibadah haji dilaksanakan dgn tertibnya. Sabahat itu menjawab dia lakukan rukun² haji dgn tertibnya, sambil perniagaannya dilakukan dlm musim haji itu. Baginda Rasulullah kemudiannya mengatakan sah ibadah haji sahabat itu. Mereka kemudiannya bersepakat merujuk kpd Rasulullah utk mendengar sendiri jawapan dari Rasulullah. 
  • Sikap spt inilah yang dipuji oleh Allah dan dirakamkan dlm ayat ini, keimanan para sahabat apbl menghadapi kemusykilan/kebuntuan, mereka rujuk kpd Rasulullah saw. 
Mendengarkan soalan sahabat itu, baginda diam kerana tidak mahu mendahului wahyu (diam kerana menunggu wahyu dari Allah). Para sahabat faham jika Rasulullah diam, maka jangan ditanya lagi, kerana baginda menunggu wahyu dari Allah.

Begitu juga apbl org bertanya tentang roh, baginda Rasulullah diam (menunggu wahyu dari Allah). Setelah itu barulah turun ayat ini yang membenarkan perniagaan dilakukan semasa menunaikan Ibadah haji.

b) Fiqh para sahabat, perniagaan adalah sumber rezeki mereka. 

Ayat 2:199 (klik sini)
{ ثُمَّ أَفِيضُواْ مِنۡ حَيۡثُ أَفَاضَ ٱلنَّاسُ وَٱسۡتَغۡفِرُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٞ }

Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



No comments: