Saturday, September 17, 2022

Akhlak yang baik

- us Zamri Abd Rahim kuliah Maghrib Sabtu 17-Sep-2022


Akhlak yang baik

Siapakah org yg beriman? Allah tanyakan dlm ayat pertama Surah Al-Mukminun dan Allah jawab siapakah mereka yg beriman itu dlm ayat 10 & 11

Surah Al-Mukminun ayat 23:1 (klik sini utk paparan ayat)
{ قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ }

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

Surah Al-Mukminun Ayat 23:10-11
Ayat 23:10 (klik sini)
{ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡوَٰرِثُونَ }

Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -

Ayat 23:11 (klik sini)
{ ٱلَّذِينَ يَرِثُونَ ٱلۡفِرۡدَوۡسَ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ }

Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.


- hadis:

رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا وَبِبَيْتٍ فِيْ وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ مَازِحًا وَبِبَيْتٍ فِيْ أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ.

Daripada Abu Umamah RA, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Aku akan menjamin rumah di tepi syurga bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan meskipun dia berada dalam kebenaran. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan kedustaan meskipun bersifat gurau. Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang yang berakhlak baik.” 
[HR Abu Daud No: 4800] Status: Hadis Hasan.

  • maksudnya adalah suruhan supaya ditinggalkan perdebatan, perbalahan.

- akhlak yang baik adalah hubungan dia dgn makhluk dijaga dengan baik, tidak menyakiti hati orang lain.
  • org yg mempunyai sikap takabur (merasa lebih dari orang lain, menolak kebenaran dan memperlekeh org lain)

- hadis:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُهُمْ خِيَارُهُمْ لِنِسَائِهِمْ

Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan yang terbaik di antara mereka adalah yang terbaik terhadap isteri-isterinya.”_ 
[HR Ahmad No: 7095] Status: Hadis Sahih

a) Akhlak adalah ukuran keimanan seseorang.
b) Orang yang terbaik adalah yang paling baik terhadap isteri mereka.
  • mendidik anak itu bukan setakat suruhan. Pendidikan itu juga menunjukkan contoh teladan agar dapat diikuti oleh anak².

- cara kita menegur orang lain (jiran, rakan sepejabat) mencerminkan akhlak kita. Jaga tulisan dlm media sosial (whatsapp, facebook, telegram, etc) agar menyakiti org lain.

No comments: