Thursday, September 1, 2022

Tadabbur Surah An-Naziat ayat 79:15 hingga 24

-us Dr Zawawi Ismail kuliah Maghrib Khamis 1-Sep-2022

Surah An-Naziat ayat 79:15 hingga 24

Ayat 79:15 (klik sini utk paparan ayat)
{ هَلۡ أَتَىٰكَ حَدِيثُ مُوسَىٰٓ }

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?

- Ata dan Jaa bermaksud datang. Dlm ayat ini Allah gunakan "Ata". Ata bermaksud datang sesuatu yg biasa ie cerita tentang Nabi Musa as adalah suatu yg biasa bagi kaum Quraisy Mekah. Kisah Nabi² dan perjalanan mereka ke negeri² arab.
- 600,000 org yg berpindah menyeberangi Laut Merah bersama dgn Nabi Musa as.

Ayat 79:16 (klik sini)
{ إِذۡ نَادَىٰهُ رَبُّهُۥ بِٱلۡوَادِ ٱلۡمُقَدَّسِ طُوًى }

Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -

- Daa maksudnya ajak. Nada maksudnya panggil. Nada berbeza dgn Daa adalah dgn suara yg kuat ie Allah panggil Nabi Musa.
- Kitab Taurat dan Injil menceritakan hal yg sama, Nabi Musa dipanggil oleh Allah.
- Ketika itu Nabi Musa masih belum diangkat menjadi Nabi, ie belum pernah menerima wahyu.
- Wadi Tua terletak di Bukit Tursina.

Ayat 79:17 (klik sini)
{ ٱذۡهَبۡ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ إِنَّهُۥ طَغَىٰ }

(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);

- Jahada bermaksud jahat.
- Zalim adalah peringkat jahat yg lebih teruk.
- Toghut bermaksud tersangat zalim, zalim yg ekstream. Maksud asal Toghut merujuk kpd aliran air, ie air melimpah (sudah terlebih sangat hingga melimpah)
- firaun itu togho kerana mengaku dirinya tuhan.

Ayat 79:18 (klik sini)
{ فَقُلۡ هَل لَّكَ إِلَىٰٓ أَن تَزَكَّىٰ }

"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?

- zakat adalah menyucikan sesuatu yg suci. Zakat tidak boleh diterima dari sumber yg haram, spt duit rasuah. Pusat zakat boleh terima sumbangan dari sumber yg tidak halal, dan dimasukkan dlm tabung dan digunakan bagi kegunaan masyarakat umum contoh pembinaan jambatan, jalan-raya, perparitan.

Ayat 79:19 (klik sini)
{ وَأَهۡدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخۡشَىٰ }


`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ' "

Ayat 79:20 (klik sini)
{ فَأَرَىٰهُ ٱلۡأٓيَةَ ٱلۡكُبۡرَىٰ }

(Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar.

- "ayata" dlm ayat ini bermaksud mukjizat. 

Ayat 79:21 (klik sini)
{ فَكَذَّبَ وَعَصَىٰ }

Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah);

- firaun berterusan tidak percaya mukjizat² yg dibawakan oleh Nabi Musa. 

Ayat 79:22 (klik sini)
{ ثُمَّ أَدۡبَرَ يَسۡعَىٰ }

Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa).

Ayat 79:23 (klik sini)
{ فَحَشَرَ فَنَادَىٰ }

Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, -

Ayat 79:24 (klik sini)
{ فَقَالَ أَنَا۠ رَبُّكُمُ ٱلۡأَعۡلَىٰ }

Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi".

- kata² firaun inilah melayakkan dia dipanggil "togho",  zalimnya dia mengaku sebagai tuhan. 


Nota kuliah selepas ini:
  • Tadabbur Surah An-Naziat ayat 79:34 hingga 46 (klik sini)

No comments: