- us Muhammad Mursyid Al-Amien kuliah Maghrib Ahad 5-Jul-2026
Tafsir Surah Luqman ayat 31:12 hingga 17
Surah Luqman ayat 31:12 (klik sini)
{ وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا لُقۡمَٰنَ ٱلۡحِكۡمَةَ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِلَّهِۚ وَمَن يَشۡكُرۡ فَإِنَّمَا يَشۡكُرُ لِنَفۡسِهِۦۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٞ }
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
- Dlm ayat ke12 ini Allah defined "wisdom" (kebijaksanaan) ie syukur kpd Allah itu adalah suatu kebijaksaan yg mana bermula dgn mengenal kelemahan diri kemudiannany mengenali Tuhan-Nya dan seterusnya bersyukur kpd Allah.
- kata imam Ibnu Asyur, seorg yg bijaksana itu apbl dia belajar ilmu maka dia hendak beramal dgn ilmu yg dipelajarinya. Begitu juga seorg yg mempunyai ilmu itu mensasarkan ilmu yg disampaikan itu "sesuai" dgn tahap amalan anak muridnya (pengikut), bukan supaya dilihat mempunyai kelebihan agar dipandang tinggi oleh pengikutnya.
- 3 ciri hikmah (kebijaksanaan) itu adalah
(1) Hendak faham ugama
(2) Kebijaksanaan akal
(3) Ketepatan dlm memberikan pandangan
Surah Luqman ayat 31:13 (klik sini)
{ وَإِذۡ قَالَ لُقۡمَٰنُ لِٱبۡنِهِۦ وَهُوَ يَعِظُهُۥ يَٰبُنَيَّ لَا تُشۡرِكۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّ ٱلشِّرۡكَ لَظُلۡمٌ عَظِيمٞ }
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
- Majoriti ulama menilai Luqman sebagai seorang hamba Allah yang soleh dan sangat bijak, bukan seorg nabi menurut pendapat jumhur. Ada juga riwayat yang menyebut beliau pernah menjadi hamba, berasal dari kalangan Habsyah/Nubia/Sudan atau Ethiopia. Sebahagian pendapat lain mengaitkannya dengan Bani Israil, malah ada yang menyebut nama salasilah tertentu, namun riwayat² ini tidak sepakat.
- Dalam ayat 13 ini, Allah menggambarkan Luqman sedang menasihati anaknya: “wa huwa ya‘izhuhu” yang bermaksud “sedang dia menasihatinya”, dan inilah contoh paling jelas kaedah mauizah hasanah dalam Al-Quran. Mauizah dalam ayat ini ialah bentuk nasihat yang baik dan mendidik, manakala kisah Luqman menjadi contoh praktikal bagaimana dakwah dan pendidikan keluarga dilakukan dengan kelembutan, kebijaksanaan, dan tumpuan kepada tauhid.
- Dlm komunikasi dgn anak Luqman menunjukkan perbualan dgn anak disertai akibat.
- 3 keadaan/kesan syirik mengikut Imam Al-Razi
1. Menzalimi hak Allah
2. Menzalimi diri sendiri
3. Mengambil bahagian dlm memerangi Islam
Surah Luqman ayat 31:14 (klik sini)
{ وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٖ وَفِصَٰلُهُۥ فِي عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِي وَلِوَٰلِدَيۡكَ إِلَيَّ ٱلۡمَصِيرُ }
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
- Susunan ayat ini sangat penting kerana Allah meletakkan larangan syirik terlebih dahulu, kemudian terus menyambung dengan perintah berbuat baik kepada ibu bapa. Ini menunjukkan bahawa tauhid adalah asas terbesar, dan selepas akidah diperbetulkan, hubungan paling dekat yang perlu dijaga ialah hubungan anak dengan ibu bapa.
Surah Luqman ayat 31:15 (klik sini)
{ وَإِن جَٰهَدَاكَ عَلَىٰٓ أَن تُشۡرِكَ بِي مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٞ فَلَا تُطِعۡهُمَاۖ وَصَاحِبۡهُمَا فِي ٱلدُّنۡيَا مَعۡرُوفٗاۖ وَٱتَّبِعۡ سَبِيلَ مَنۡ أَنَابَ إِلَيَّۚ ثُمَّ إِلَيَّ مَرۡجِعُكُمۡ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ }
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
- Ayat ini menyambung nasihat Luqman selepas larangan syirik, lalu Allah menegaskan bahawa ketaatan kpd makhluk ada hadnya.
Ketaatan hanya berlaku dalam perkara yang makruf dan tidak bercanggah dengan tauhid; apabila berlaku percanggahan dengan akidah, ketaatan kepada Allah mesti didahulukan.
Walaupun tidak taat dalam perkara syirik, seseorang masih diperintah untuk bersahabat dan berbuat baik kepada ibu bapa dengan adab yang baik.
- Kaitan dengan prinsip ketaatan kepada makhluk
Ayat ini menjadi dalil penting bahawa tiada ketaatan mutlak kepada makhluk jika ia membawa kepada maksiat atau syirik. Prinsipnya ialah:
- (i) taat kepada Allah adalah mutlak,
- (ii) taat kepada makhluk adalah bersyarat,
- (iii) jika berlaku konflik (bercanggah dgn syariat), maka ketaatan kepada Allah mengatasi segalanya.
- Konteks dlm urusan kerja
Ayat ini dijadikan asas hubungan pekerja dan majikan: taat kepada majikan itu wajib selagi arahan tidak bercanggah dengan syariat, tetapi apabila arahan membawa kepada maksiat, penipuan, zalim, atau melanggar prinsip Islam, maka ia mesti ditolak.
Surah Luqman ayat 31:16 (klik sini)
{ يَٰبُنَيَّ إِنَّهَآ إِن تَكُ مِثۡقَالَ حَبَّةٖ مِّنۡ خَرۡدَلٖ فَتَكُن فِي صَخۡرَةٍ أَوۡ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ أَوۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ يَأۡتِ بِهَا ٱللَّهُۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٞ }
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
Surah Luqman ayat 31:17 (klik sini)
{ يَٰبُنَيَّ أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَٱنۡهَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ }
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
- Ibnu Kathir memahami ayat ini sebagai panduan hidup dan kepimpinan yang menuntut seseorang bukan hanya baik secara peribadi, tetapi juga aktif membaiki masyarakbesr. Maka, pemimpin yang hebat bukan sekadar berkuasa, tetapi memimpin dengan ibadah, pengaruh moral, keberanian menegakkan benar, dan ketahanan menghadapi tekanan (sabar yg tahan lasak).
Menjadi seorg muslim itu maka perlu ada kesabaran dan melakukan sesuatu itu hinggga selesai, disampung mempunyai resiliency yg tinggi.
Carian Internet:
1) Imam al-Razi menafsirkan maksud syirik sebagai kezaliman yang besar dan kesannya terhadap hubungan manusia dengan Allah, diri sendiri, dan agama.
1. Menzalimi hak Allah
- Syirik dianggap menzalimi hak Allah kerana Allah ialah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah, diagungkan, dipatuhi, dan dipertuhankan secara mutlak.
- Apabila seseorang menyekutukan Allah, dia telah meletakkan makhluk pada kedudukan yang tidak layak, lalu mencabuli hak uluhiyyah dan rububiyyah Allah.
- Inilah sebab syirik disebut sebagai kezaliman yang besar dalam Surah Luqman 31:13, kerana ia bukan sekadar kesalahan moral, tetapi pelanggaran terhadap hak paling asas milik Pencipta.
- Dalam bahasa akidah, syirik merosakkan tauhid kerana tauhid menuntut pengiktirafan bahawa hanya Allah yang layak menerima ibadah dan pergantungan.
2. Menzalimi diri sendiri
- Syirik juga menzalimi diri sendiri kerana pelakunya menempah kerugian dunia dan akhirat, termasuk rosaknya akidah, hilangnya pahala, dan terdedah kepada azab Allah.
- Kezaliman ini berlaku kerana orang yang syirik memutuskan hubungan tauhid yang sepatutnya menjadi sumber keselamatan, ketenangan, dan pengharapan.
- Dalam kerangka al-Razi, dosa syirik bukan hanya salah pada objek sembahan, tetapi kembali memusnahkan jiwa pelakunya sendiri, kerana ia menutup jalan hidayah dan membersihkan hati daripada ketundukan kepada Allah.
- Bagi syirik besar, kesannya sangat berat: akidah terbatal; bagi syirik kecil atau khafi, pahala amalan boleh terhapus dan jiwa menjadi tidak tenang.
3. Mengambil bahagian dalam memerangi Islam
- Syirik turut dianggap mengambil bahagian dalam memerangi Islam kerana orang yang syirik berada pada posisi yang menentang asas dakwah para rasul, iaitu tauhid.
- Apabila syirik dipertahankan, disebarkan, atau dijadikan sistem kepercayaan, ia melemahkan ajaran Islam, mengelirukan masyarakat, dan membuka ruang kepada penolakan terhadap wahyu
- Dari sudut sejarah dakwah, syirik bukan isu peribadi semata-mata, tetapi akar kepada penentangan terhadap para nabi dan pembentukan budaya jahiliah yang bertentangan dengan Islam.
Sebab itu syirik dilihat sebagai “musuh dalaman” kepada misi Islam: ia bukan hanya dosa individu, tetapi boleh menjadi asas kepada penentangan akidah, sosial, dan tamadun Islam.
2) Hadis berkaitan seorg perempuan yg biasa membersihkan masjid, [Sahih Al-Bukhari no 458]
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، فِي قِصَّةِ الْمَرْأَةِ الَّتِي كَانَتْ تَقُمُّ الْمَسْجِدَ، قَالَ: فَسَأَلَ عَنْهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالُوا: مَاتَتْ، فَقَالَ: أَفَلَا كُنْتُمْ آذَنْتُمُونِي؟ فَكَأَنَّهُمْ صَغَّرُوا أَمْرَهَا، فَقَالَ: دُلُّونِي عَلَى قَبْرِهَا، فَدَلُّوهُ، فَصَلَّى عَلَيْهَا، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ هَذِهِ الْقُبُورَ مَمْلُوءَةٌ ظُلْمَةً عَلَى أَهْلِهَا، وَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُنَوِّرُهَا لَهُمْ بِصَلَاتِي عَلَيْهِمْ.
Daripada Abu Hurairah r.a., dalam kisah seorang wanita yang biasa membersihkan masjid, beliau berkata: Nabi SAW bertanya tentang wanita itu. Mereka menjawab: “Dia telah meninggal dunia.” Baginda bersabda: “Mengapa kamu tidak memberitahuku?” Seolah-olah mereka memandang ringan urusannya. Lalu Baginda bersabda: “Tunjukkan aku kuburnya.” Maka mereka menunjukkan kuburnya, lalu Baginda pun solat ke atasnya. Kemudian Baginda bersabda: “Sesungguhnya kubur-kubur ini penuh kegelapan bagi penghuninya, dan sesungguhnya Allah Azza wa Jalla menerangi kubur-kubur itu bagi mereka dengan sebab solatku ke atas mereka.”
Catatan Kuliah:
- Tafsir Surah Luqman ayat 31:1 hingga 12 | us Muhammad Mursyid Al-Amien | 7-Jun-2026 (klik sini)
No comments:
Post a Comment