Saturday, July 11, 2026

Update Diri Dengan Semangat Hijrah

- us Brid Jen Hj Mohd Jihadi Bin Hj Ahmad kuliah Suboh Rabu 17-Jun-2026

Update Diri Dengan Semangat Hijrah

Dr Yusof Al-Qardawi memberi 3 hakikat masa:
  • Masa adalah kehidupan (masa = kehidupan)
  • Masa adalah milik manusia yang paling berharga (harta terbaik)
  • Masa tidak akan berpatah balik (tidak dapat dikembalikan)

a) Masa Berlalu dengan Sangat Pantas
Hadis Nabi saw: "Tidak akan berlaku Kiamat sehingga masa berlalu dengan begitu pantas: setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari seperti sejam, dan sejam seperti kerlipan api." (HR Tirmidhi)

b) Masa Sangat singkat
- Perkara yg jauh dari kita adalah masa yg telah berlalu.

Mengapa Allah kaitkan benda² di bumi sebagai rujukan sumpah²-Nya dlm Al-Quran?

2 huruf yg memperlambangkan sifat Allah ie
  1. 1. Kami - suatu yg hebat dan apa yg diciptakan-Nya, Surah Al‑Hijr ayat 15:9
  2. 2. Aku - merujuk kpd sifat Allah, surah Toha ayat 20:14
Surah Al‑Hijr ayat 15:9 (klik sini)
{ إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ }

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.

Surah Toha ayat 20:14 (klik sini)
{ إِنَّنِيٓ أَنَا ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعۡبُدۡنِي وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِكۡرِيٓ }

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

- Manusia itu bersifat lemah dan tidak konsisten.
- Allah angkat manusia berbanding makluk² ciptaan-Nya adalah dgn akal iaitulah kekuatan akal. Allah angkat martabat manusia melalui penguasaan ilmu. Kuncinya adalah fokus.

- Manusia memandangkan kpd jasad. Kesempurnaan jasad adalah kesihatan yg baik. Kunci kekuatan adalah disiplin pemakanan.
  • Jaga makanan anda dari 2 perkara:
    • (i) sumbernya halal 
    • (ii) cara penyediaannya bersih dan suci.
Dalil Al-Quran perintah Allah supaya kita makan dari makanan yang halal dlm surah Al-Baqarah ayat 2:168 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي ٱلۡأَرۡضِ حَلَٰلٗا طَيِّبٗا وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٌ }

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

- Allah SWT memandang hamba-Nya pd roh.
Kekuatan roh adalah makan dan minumnya iaitulah amalan sebagai makanan dan zikir sebagai minuman. Kunci kekuatan roh adalah at-takhlis iaitu keikhlasan.

Allah SWT memandang hamba-Nya pada roh, bukan pada bentuk fizikal atau harta. Keutamaan manusia di sisi Allah ditentukan oleh kualiti roh dan keadaan hati, bukan oleh penampilan luaran. Roh yang kuat ialah roh yang dekat dengan Allah, dan inilah yang menentukan nilai hamba di hadapan Allah SWT.

Kekuatan roh bergantung pada makanan dan minuman rohani. Seperti badan memerlukan makanan fizikal untuk kuat, roh juga memerlukan makanan rohani untuk kekal hidup dan kuat. Jika roh tidak mendapat makanan rohani, ia akan menjadi lemah dan mati. 
  • Makanan rohani adalah amalan soleh, solat, ibadah, dan taat kepada Allah. 
  • Minuman rohani adalah zikir kepada Allah, mengingati Allah dengan kalimat thoyyibah seperti Subhanallah, Walhamdulillah, Wala ilahaillallah, dan Allah Allah.


No comments: