Sunday, May 26, 2013

Musafir dan hukum solat qasar

- Kuliah Maghrib Ahad 26/Mei/2013

Kefahaman berkenaan musafir dan solat qasar

- Di awal tahun hijrah 1 hingga 4, org2 kafir sangat membenci Islam dan Rasulullah saw. Pelbagai cara dilakukan utk membunuh Rasulullah dan umat Islam. Hinggalah dlm satu peralanan musafir Rasulullah dan pengikutnya, ada perancangan dr pihak kafir utk membunuh Rasulullah sewaktu menunaikan solat.

- Hal ini telah diberitahu oleh Allah kpd Rasulullah, dan menurunkan ayat 101 dr surah an-Nisa, yg membenarkan solat diqasarkan, ie diringkas (dipendek bilangan rakaat).

- Dalil: Surah An-Nisa ayat 4:101 (klik sini), yg bermaksud:
{ وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنَّ الْكَافِرِينَ كَانُوا لَكُمْ عَدُوًّا مُبِينًا ۝١٠١ }
​
Dan apabila kamu bermusafir di bumi, maka tidaklah menjadi salah ke atas kamu untuk mengqasarkan (memendekkan) solat, jika kamu takut diserang orang-orang kafir; sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.
  
- Rasulullah menyusun saf org2 Islam kpd 2 kumpulan. 1 kumpulan solat berjemaah 2 rakaat qasar seperti biasa, manakala 1 kumpulan lagi bersolat dgn memegang senjata dgn posisi perang.

- 2 hukum solat:
  1.  Solat tidak diangkat hukumnya walau dlm keadaan perang
  2.  Solat berjemaah tidak diangkat hukumnya walau dlm keadaan perang.

- Solat qasar (ringkas)
1. Empat rakaat diringkas kpd 2 rakaat.
2. 6 syarat.
(1) Solat itu 4 rakaat
(2) Masih dlm perjalanan
(3) perjalanan itu diharuskan oleh syariat
(4) ada tujuan tertentu perjalanan tersebut
(5) ada niat qasar, ie sewaktu berniat solat disebutkan qasar.
(6) tidak berimamkan org yg bersolat tamam.

- sempadan qariah adalah mengikut sempadan masjid. Sebagai cth sebuah surau taman yg buleh menunaikat solat Jumaat perlu mengambil titik radius kariah utk membolehkan solat qasar dilakukan di luar kawasan qariah masji itu.
Cth seorg yg bermusafir dan masih belum menunaikat solat sewaktu melakukan perjalanan pulang ke rumah, maka dia perlu berhenti di luar radius kawasan qariah masjid tempat tinggalnya utk membolehkannya bersolat qasar. Namun apbl dia memasuki radius kawasan qariah masjid yg didiaminya, maka dia perlu bersolat tamam.

- Jarak perjalanan musafir adalah 2 marhalah, atau 56 batu,atau 89.9km atau hampir kpd kiraan mudah 90km.

- selepas Islam sempurna, keadaan aman, para sahabat bertanya kpd Rasulullah saw status solat qasar. Rasulullah saw mengatakan bhw solat qasar utk para musafir adalah hadiah yg diberikan oleh Allah kpd umatnya. Allah lebih suka solat itu diqasarkan. Maka afdalnya sesorg yg bermusafir itu melakukan solat qasar, walaupun dia melakukan perjalanan musafir balik ke kampung menziarahi ibu bapanya (dgn syarat perjalanan mestilah melebihi 2 marhalah).

- apbl dlm keaadaan musafir, tidak buleh ada 2 imam solat fardu dlm satu-satu masa. Sebagai cth apbl masuk waktu solat terdpt kariah di tempat yg disinggahi itu hendak memulakan solat jemaah, maka pada ketika itu adalah lebih afdal utk solat berjemaah bersama dgn ahli qariah itu, ie solat sempurna 4 rakaat.
Sekiranya tidak mahu berjemaah bersama jemaah qariah tersebut, maka mesti tunggu hingga solat jemaah mereka selesai.

- Kiraan hari perjalanan
1) 3 hari dikira dr tempoh sampai ke sesuatu lokasi yg dituju. Cth sampai di kawasan A selepas Maghrib, maka kiraan hari pertama adalah pada keesokkannya (Maghrib).
  • Seseorg yg bermusafir pd hari Ahad dr KL ke Gemas utk tugasan kerja 3 hari (Isnin hingga Rabu) dan pulang semula ke KL pd petang atau malam Khamis. Sepanjang perjalanan melewati jarak 2 marhalah (mungkin semasa melewati Linggi, Negari Sembilan) hingga dia pulang ke rumahnya, dia dibenarkan bersolat qasar.

2) sekiranya seseorg musafir itu qasad (telah berniat) perjalanan dan bercadang hendak tinggal di sesuatu tempat itu lebih dr 3 hari, maka apbl dia tiba di lokasi yg dituju, dia tidak layak utk menunaikan solat qasar, dia dikatakan bermukim di kawasan yg dituju tersebut. Maka dia mesti menunaikan solat seperti biasa (tidak buleh qasar atau jamak).
  • Cth seseorg bermusafir dr KL ke Alor Setar utk melakukan kerja selama tempoh 5 hari (Isnn hingga Jumaat). Sepanjang perjalananny dia dibulehkan menunaikan silat qasar (dan jamak). Namn setibanya di Alor Setar maka gugurlah taraf musafirnya, maka dia perlu melakukan solat tamam, ie solat tanpa qasar. Utk perjalanan pulang ke KL, dia dibolehkan melakukan solat qasar (dan jamak) setelah bermusafir melebihi 2 marhalah dr tempat dia bermukim di Alor Setar tersebut.

3) sekiranya ada lagi perjalan seterusnya, maka perjalanan musafir itu bermula dari lokasi terakhir tadi (mesti sampai jarak perjalanan melebihi 2 marhalah).
  • Setiap org Islam mesti ada ketetapan pemastautin, ie di mana dia hendak bermastautin. Mudahnya di mana dia berhajat utk tinggal menetap lama dan mungkin juga berhajat mati dan dikebumikan di kawasan itu. Cth seorg yg berasal dr Muar tinggal di Cheras Baru (Kuala Lumpur), dan berhajat menetap di Cheras Baru dan kalau buleh dikebumikan di Cheras Baru, maka dia dikira bermastautin di Cheras Baru.

  • Jika seorg yg dlm perjalanan tetapi andaikata dia terpaksa melanjutkan tempoh tinggal di sesuatu kawasan kerana masih ada urusan yg belum dapat diselesaikan, menyebabkan tempohnya melebihi 3 hari, maka pada ketika itu gugurlah taraf musafirnya (utk ketika berada di kawasan itu). Dia perlu melakukan solat tamam (ie tidak buleh mengqasarkan solat).

- Jamak tamam
Solat jamak Zohor dan Asar juga Maghrib dan Isyak buleh dijamakkan atau alasan tertentu. Cthnya seorg doktor yg melakukan pembedahan yg panjang 7 jam bermula jam 3 ptg, maka dia dibenarkan jamak Zohor dan Asar dlm waktu Zohor dan jamak Maghrib dan Isyak dlm waktu Isyak.

- haram musafir pd hari Jumaat selepas solat Suboh sekiranya dikhuatiri tidak dapat solat Jumaat. Melainkan 3 sebab
  1. Menuntut ilmu
  2. Menunaikan haji
  3. Keluar untuk tujuan ketaatan/keperluan syarie yang mendesak (urusan wajib atau sangat perlu) 

--> Solat org yg uzur dan menggunakan kerusi (kerana tidak buleh bersujud atau duduk antara dua sujud atau duduk tahyat)
  • Org yg solat menggunakan kerusi mestilah meletakkan kaki belakang kerusi sama baris dgn tumit para jemaah lain. Bemakna sekiranya dia berdiri maka kedudukannya berada dihadapan dr lain2 jemaah yg sebaris dgnnya. Namun apbl dia duduk dikerusi maka bahunya dikia sama sebaris dgn jemaah lain.

Carian Internet:
1) Sebab ketiga yang kuat untuk bermusafir selepas Suboh pada hari Jumaat – selain menuntut ilmu dan menunaikan haji – ialah "keluar untuk tujuan ketaatan/keperluan syarie yang mendesak (urusan wajib atau sangat perlu)".
  • Contoh 1: Menyelamatkan nyawa atau harta (pergi rawatan penting, urusan keselamatan).
  • Contoh 2: Takut tertinggal rombongan atau kenderaan yang sangat perlu bagi urusan harus/ibadah (kapal terbang, rombongan dakwah, kerja yang tidak boleh ditangguh dan akan memudaratkan jika tertinggal).

  • Dalam mazhab Syafie, asalnya makruh/haram memulakan musafir selepas terbit fajar hari Jumaat jika menyebabkan tertinggal solat Jumaat tanpa uzur, namun dikecualikan bagi orang yang ada keperluan yang terpaksa atau kuat seperti ini, maka harus baginya bermusafir walaupun terpaksa meninggalkan Jumaat.

2) Antara hadis asas yang dikaitkan berkaitan musafir dan Jumaat:
(a) Hadis kewajipan Jumaat dan pengecualian beberapa golongan:

عَنْ طَارِقِ بْنِ شِهَابٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
«الْجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِي جَمَاعَةٍ، إِلَّا أَرْبَعَةً: عَبْدٌ مَمْلُوكٌ، أَوِ امْرَأَةٌ، أَوْ صَبِيٌّ، أَوْ مَرِيضٌ»

Maksudnya: “Solat Jumaat adalah hak yang wajib ke atas setiap Muslim secara berjemaah, kecuali empat golongan: hamba, wanita, kanak-kanak dan orang sakit.”
​
  • Dari sudut fiqh, ulama menjadikan “uzur sakit” sebagai asas umum bahawa uzur yang benar-benar memudaratkan atau menyukarkan (darurat/masyaqqah syadidah) boleh menggugurkan kewajipan Jumaat, lalu diqiyaskan kepada kes musafir yang jika menunggu Jumaat akan membawa mudarat besar (misalnya tertinggal kenderaan penting, terbatal rawatan, hilang keselamatan, dsb.).

(b) Hadis perbuatan Nabi ketika haji Wada’ (hari Arafah jatuh Jumaat):

Nabi SAW ketika wukuf di Arafah pada hari Jumaat tidak menunaikan solat Jumaat, tetapi solat Zuhur dan Asar dijamakkan. Ini dijadikan dalil bahawa musafir tidak diwajibkan Jumaat, dan adanya rukhsah dalam keadaan safar yang mengandungi kepentingan besar (haji).

Rujukan: Al-Kafi li al-Fatawi Siri 531 (klik sini) – Solat Jumaat dalam Musafir (melekatkan hadis ini sebagai sandaran) 

3. Rujukan khusus fiqh untuk sebab “keperluan mendesak”
Beberapa sumber fiqh kontemporari dan klasik yang mengiktiraf keperluan mendesak sebagai sebab harus safar (walau berkaitan hari Jumaat):

(a) Artikel fiqh tentang safar hari Jumaat:
  • Menyebut bahawa safar selepas tergelincir matahari adalah dilarang bagi yang wajib Jumaat, kecuali jika ada mudarat jika ditangguh, seperti tertinggal rombongan yang tidak dapat diulang, atau urusan penting yang tidak boleh dilewatkan.

Ini menjadi asas bahawa “urusan darurat/maslahah yang kuat” dibenarkan sebagai pengecualian.

(b) Penjelasan ulama dan fatwa tempatan:
  • Fatwa dan artikel yang menyatakan: perjalanan pada hari Jumaat dibenarkan jika untuk tujuan penting atau darurat; jika tidak mendesak, disunatkan tunggu dan solat Jumaat dahulu.

  • Kaedah ini selari dengan kaedah fiqh: الضرورات تبيح المحظورات (darurat mengharuskan perkara yang asalnya terlarang) dan المشقة تجلب التيسير (kesukaran mendatangkan keringanan).

(c) Aplikasi kepada sebab ketiga:
  • Menyelamatkan nyawa/harta, rawatan penting, urusan keselamatan, atau takut tertinggal rombongan yang benar-benar diperlukan, diletakkan di bawah tajuk “darurat atau hajat syar’iyyah yang kuat”, lalu dibenarkan safar walaupun melibatkan gugurnya Jumaat, seperti yang ditunjukkan dalam syarah dan artikel fiqh safar hari Jumaat.

(d) Jadi, struktur hujah untuk sebab ketiga ialah:
  • Nas umum kewajipan Jumaat dan pengecualian kerana uzur (hadis di atas).
  • Perbuatan Nabi Muhammad saw dalam safar haji (rukhsah musafir).
  • Kaedah fiqh darurat/masyaqqah dan penerangan ulama bahawa safar pada hari Jumaat dibenarkan apabila ada keperluan mendesak, termasuk takut tertinggal rombongan atau mudarat besar jika ditangguh.

Friday, May 3, 2013

Tafsir Surah Al-Mukminun Ayat 23:105 hingga 111

-us Hasnan Kassan Jumaat 3-Mei-2013


Surah Al-Mukminun Ayat 23:105 hingga 111


Ayat 23:105

A105

(Sambil dikatakan kepada mereka): "Bukankah ayat-ayatKu selalu dibacakan kepada kamu, lalu kamu terus-menerus mendustakannya?"


Ayat 23:106

A106

Mereka menjawab: "Wahai Tuhan kami, kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab kecelakaan kami, dan dengan itu menjadilah kami kaum yang sesat.


Ayat 23:107

A107

"Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim."


Ayat 23:108

A108

(Allah) berfirman: "Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu!


Ayat 23:109

A109

"Sesungguhnya ada sepuak diri hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata: ` Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat '.


Ayat 23:110

A110

"Maka kamu jadikan mereka ejek-ejekan sehingga ejek-ejekan kamu kepada mereka menyebabkan kamu lupa mengingati balasanKu, dan kamu pula sentiasa tertawakan mereka.


Ayat 23:111

A111

"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya".


- org yg malas dr melakukan amalan kpd Allah akan memberi alasan dihadapan Allah bhw dia dilalaikan oleh perkara dunia. Mereka akan memohon kpd Allah supaya dikembalikan semula ke dunia utk membuat amalan dan menuruti perintah Allah. Mereka berjanji sekiranya dikembalikan ke dunia dan melakukan perkara maksiat dan melalaikan perintah Allah, maka mereka tergolong dr org2 yg zalim.

- mereka yg malas beramal itu yg sudah dimasukkan ke dlm neraka, merungut dan membuat lagi  permintaan kpd Allah. Allah menempik kpd mereka supaya diam dan jangan lagi meyesal dan meminta2 lagi kpd Allah.

- kalau org malas melakukan amalan ditempik oleh Allah; kpd org yg ditertawakan ( ie semasa di dunia ditertawakan oleh org yg malas dan cuai melakukan amalan kpd Allah),  kerana menuruti perintah Allah, Allah akan puji, dan memberikan kesabaran kpd mereka.

- org yg banyak melakukan amalan kpd Allah akan mendpt 2 kesabaran:

  1. sabar dr melakukan kemaksiatan, eg rasuah.
  2. sabar dlm melakukan ketaatan, eg mengamalkan puasa sunat, membaca Al-Quran setiap hari, berselawat 80 kali setiap Jumaat, membaca surah Al-Kahfi setiap mlm Jumaat.

- Punca Allah lantik pemimpin yg tidak takut kpd Allah dan tidak mengasihani rakyat yg dipimpin adalah kerana kita lalai dr melakukan amalan yg diperintahkan Allah.


Kuliah sebelum ini:


Sunday, April 21, 2013

Dosa Besar ke-9 Memutuskan Silaturrahim

- us Shairozi Hashim Kuliah Maghrib 21-Apr-2013

(Kitab Al-Kabair): Dosa Besar ke-9: Memutuskan Tali Persaudaraan


1) Hubungan adik-beradik, sesama sepupu-sepapat, sesama ibu-bapa saudara.

Dimaksudkan dengan “Rahim” apabila disebut silaturrahim ialah:

الأقارب من جهة أبيه وأمه كالجدات والأجداد والخالات والعمات وأولادهم والأخوال والأعمام وأولادهم

Maksudnya, “Kaum kerabat sebelah ayah dan ibunya seperti nenek, datuk, ibu saudara sebelah bapa, ibu saudara sebelah ibu, anak-anak mereka (sepupu-sepupu), bapa saudara sebelah bapa, bapa saudara sebelah ibu dan anak-anak mereka”.


2) Allah bertanya sekiranya kamu dilantik menjadi pemimpin maka adakah kamu akan melakukan kerosakan di atas muka bumi ini, dan memutuskan hubungan persaudaraan?

Surah Muhammad Ayat 47: 22

A022

(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan - jika kamu dapat memegang kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?


Surah Muhammad Ayat 47: 23

A023

(Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya

 

  1. maka pilihlah calon pemimpin yg apbl dilantik nanti diberikan kuasa maka dia akan menunaikan janjinya, membaiki dan menyambung persaudaraannya, walau dgn org dulunya tidak memilih dia utk menjadi pemimpin.

  2. jika perkara itu berlaku, lalu mereka akan dipekakkan pendengarannya dan dibutakan penglihatannya.

  3. dtg seorg lelaki kpd Rasulullah, dan bertanya kepada baginda, apakah aku dapat masuk syurga jika aku menghalalkan perkara yg dihalalkan oleh Allah dan mengharamkan perkara yg diharamkan oleh Allah. Maka Rasulullah mengatakan ya kepadanya.

    • Rasulullah mengiyakan kpd lelaki itu kerana baginda tahu dia seorg yg miskin, maka baginya mencukupi utk melakukan perkara yg disebutkannya. Lelaki itu tidak mampu utk membayar zakat, tidak juga dia seorg pemimpin atau ketua yg akan dipertanggungjawabkan utk menunaikan amanahnya dan janjinya.
    • Dlm bab dosa besar ke 26, disebutkan dosa maki hamun.

3) org fasik adalah yg tidak mengikut Al-Quran.
a) tanda org fasik, iaitu org2 yg memungkiri janjinya. Ke-2 memutuskan silaturrahim. Ke-3 melakukan kerosakan di atas muka bumi.

b) kalau kita memutuskan silaturrahim, kata Rasulullah, tidak masuk syurga org yg memutuskan silaturrahim.

Daripada Jubair bin Muth'im ra bahawa Rasulullah saw bersabda "Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim”. [HR al-Bukhari (2408) dan Muslim (593)]

c) termasuk juga org yg memilih terhadap saudaranya, seperti saudara-mara yg miskin tidak dianggap saudaranya, atau tidak menjengok atau singgah ziarah ke rumahnya. Namun kpd saudaranya yg berkedudukan/berada maka dia merapatkan dirinya dan mengaku saudara.

d) berbuat baik dan memberi khidmat kpd saudara mara, akan menjamin seseorg itu masuk syurga.

- jika kita membiarkan saudara-mara kita hidup merempat dan tidak berbuat baik kpd mereka, sebaliknya mengeluarkan sedekah kpd org lain yg bukan saudara-maranya maka kata Rasulullah, Allah tak terima sedekahnya.

e) duit sendiri digunakan utk membelanja kawan2 dan para penyokongnya, pd masa yg sama membiarkan kaum kerabatnya hidup dlm keadaan susah. Maka sedekahnya tidak diterima oleh Allah.

f) kalau kita juga susah (bukan orang yang mempunyai ekonomi yang kukuh/mewah), maka berbuat baik dgn menziarahi saudara mara dan megambil berat akan keadaan dirinya, tanya namanya, tanya hal bapanya, dan bertanya dr mana dia datang.

g) Abu Hurairah, di dlm suatu majlis ilmu yg ingin disampaikan tlh meminta sesiapa yg berada dlm majlis tersebut yang telah memutuskan silaturrahim agar keluar meninggalkan majlis ilmu itu. Jika tidak beliau tidak akan memulakan majlis ilmu itu. Maka keluar seorg lelaki yg duduk di hujung belakang majlisnya. Lelaki itu kemudiannya berjalan menuju ke rumah mak saudaranya. Mak saudaranya terkejut akan kedatangannya dan setelah jelas akan maksud anak saudaranya utk meminta maaf dan ingin menjalinkan silaturrahim maka dia mengatakan dia telah memaafkan anak saudaranya itu. Dia kemudiaanya meminta anak saudaranya utk bertanya kpd Abu Hurairah apa maksud dia menghalau org yg memutuskankan silaturrahim dr majlisnya. Abu Hurairah mengatakan bhw dia takut Allah tidak menurunkan rahmat kpd kaum yg mana ada di antara mereka yg memutuskan silaturrahim.

Friday, April 19, 2013

Tafsir Surah Al-Mukminun Ayat 23:99-104

-us Hasnan Kassan Jumaat 19-Apr-2013

Surah Al-Mukminun Ayat 23:99 hingga 104


Ayat 23:99

A099

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) 


Ayat 23:100

A100

"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat). 

Ayat 23:101

A101

Kemudian, apabila ditiup sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di antara mereka, dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan.

.
Jawapan kpd ayat 101. Adakah manusia tak kenal adik beradik , ibu dan bapa, anak2.- Surah Abasa Ayat 80:34, ms 585 baris 4 dr bawah. Manusia ketika itu kenal kepada ahli keluarganya namun dia lari dari mereka.


Surah Abasa Ayat 80:34

A034

Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,


Ayat 23:102

A102

Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.


Ayat 23:103

A103

Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam neraka Jahannam


Ayat 23:104

A104

Api neraka itu membakar muka mereka, dan tinggalah mereka di situ dengan muka yang hodoh cacat.


Solat berjemaah yang dilakukan di rumah setelah mendengar laungan azan, maka dikatakan oleh Rasulullah sebagai solat wanita. Maka fadhilat solatnya adalah dikira sebagai satu pahala, berbanding 27 pahala berjemaah di surau/masjid.

Lihat bagaimana org yg akan dimasukkan ke neraka ini dan permintaannya kpd Allah utk menggantikan isteri, anak, adik beradik dan para pengikutnya sebagai ganti kpd dirinya daripada di masukkan ke neraka.

Hal ini diceritakan dlm Surah Al-Maarij ayat 70:10, (ms 568)

A010

Dan sahabat karib tidak bertanyakan hal sahabat karibnya, (kerana tiap-tiap seorang sibuk memikirkan hal keadaannya sendiri),


Ayat 9 menceritakan berlakunya Hari Kiamat. Dalam ayat ke 11, diceritakan dialog pemimpin seseorg itu meminta Allah mengambil isteri, anak, adik-beradik, saudara mara, dan juga para pengikutnya untuk menebus dosanya agar dia tidak dimasukkan ke neraka. Allah menolak permintaan org itu dan menempuk mereka.


Surah Al-Maarij Ayat 70:11

A011

Padahal masing-masing diberi melihat setengahnya yang lain; (pada saat yang demikian) orang yang kafir suka kiranya dapat menebus dirinya dari azab itu dengan anak-anaknya sendiri,


Manusia akan selamat dgn ugama bukannya dgn kenyang makan.


Sambungan kuliah:

 

Sunday, April 14, 2013

Halangan Taubat

-us Ibrahim - Cermin Budi Kuliah Maghrib 14-Apr-2013

Sabda Rasulullah saw "Sembahyanglah umatku seperti mana aku bersembahyang".
-dlm sembahyang dia berasa kecil terhadap Allah
-dlm bacaan Fatihah, dia menterjemahkan maksud2 ayat
-solat yg selesai dikerjakan akan di bawa oleh malaikat naik mengadap Allah, jika tidak diterima solat tersbt maka malaikat akan membawa turun kpd kita dan mencampakkan solat itu kpd kita spt kain buruk. Oleh itu kerjakan solat dgn sempurna dan khusyuk, semoga solat itu diterima Allah.

Sifat2 terpuji mesti ada dlm diri setiap individu.
-sabda Nabi "selalulah beri peringatan terhadap sifat2 terpuji dlm diri manusia".

10 sifat mazmudah (baik) perlu ada dlm diri manusia.

1. Mesti bertaubat dgn taubat nasuha.
-tujuan bertaubat adalah utk kembali menjadi org yg baik dan menuntut kesalahannya diampunkan Allah, dan tidak ingin mengulangi kesalahan yg dilakukan.

2. Mesti ada sifat takut ie takut membuat perkara yg berdosa. Org yg selalu buat perkara dosa, maka perkara2 baik akan ditarik keluar dr dirinya. Kerana dlm diri tidak boleh ada sifat baik dan jahat duduk bersama.
-sifat takut yg paling berkesan adalah takut dlm solat (doa iftitah hingga memberi salam) menjadikan dia mendpt kemanisan dlm solat.
-org Islam menjadi lemah kerana melalaikan solat.

3. Zuhud atau bersih hati
-ubat hati dgn solat 5 waktu.
-setiap manusia ada tanggungjawa dan akan ditanya oleh Allah di akhirat manti akan tanggungjawab tersbt.
-bersih hati yg pertama adalah dlm solat. Makna2 bacaan solat adalah ubat hati.
-berterusan berzikir dlm solat utk mendpt sifat zuhud.
-dlm keadaan kita bersolat kena ada sifat sabar ie membaca ayat2 Al Quran dgn tajwid.
-sistem bacaan al baghdadi mesti diteruskan kerana ianya menjamin anak2 utk mempelajari al Quran, berbanding kaadah Iqra' ianya bersifat hafalan, tidak menitik beratkan kpd kaedah ejaan dan melatih otak berfikir disamping mulut membaca.

4. Ikhlas

5. Tawakal - serah diri kpd Allah

6. Sifat Mahabbah ie kasih-sayang sesama manusia.
-kasih kpd diri sendiri akan menyebabkan kita kasih kpd isteri, anak2 dan keluarga.

7. Redha kpd Allah
-berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.

8. Sifat Insaf
Bersambung....

Friday, April 12, 2013

Beriman dgn Hari Qiamat

Beriman dgn Hari Qiamat
-us Yusri Kuliah Maghrib 12-4-2013


- Nama2 Hari Qiamat


1. Hari Kebangkitan - hari makhluk dihidupkan semula utk menerima pembalasan

2. Waktu yg Hampir

3. Hari Akhirat - hari yg paling akhir ie syurga atau neraka.

4. Hari Pembalasan (yau muddin) - pd hari itu semua manusia diberikan balasan

5. Hari Perhitungan Amal

6. Hari Kemenangan atau Hari Pembukaan Bicara (yau mal fathi) - kemenangan umat Islam.

7. Hari Pertemuan (yau mut talaq)
.surah al-mukminun ayat 13-14.
.Al-Quran buleh menjadi penawar apbl dibaca, sebagai contoh ketika dilanda kesusahan seseorg membaca suatu ayat. Dlm ayat tersebut diajarkan supaya menginfakkan harta utk mendapatkan kejayaan. Maka terbuka hatinya utk membuat infak, dan dgn itu dimudahkan urusannya.
.iaitu hari mereka itu keluar dr kubur dgn jelas. Allah bertanya mana dia org yg takbur dulu (semasa di dunia), org yg ada kuasa  akan ditanya kerajaan siapakah yg lebih besar pd hari itu.

8. Hari yg Nampak Kerugian (yau mul jam'ie)- hari dimana manusia nampak kerugian.
. Ambil peluang sebanyak2nya sewaktu di dunia. Cth, ada org susah dtg kpd kita utk meminta bantuan atau sedekah berbanding org lain, maka ambillah peluang itu utk bersedekah.

Sunday, April 7, 2013

Pakatan Politik Dengan Bukan Islam


Pakatan Politik Antara Orang Islam dan Bukan Islam

1. Pernah berulang kali berlaku dlm pemerintahan Islam.

2. Tahalussiasi adalah apbl org Islam meminta pertolongan org bukan Islam dan dlm masa yg sama org bukan Islam juga meminta pertolongan org Islam bagi suatu tujuan politik.
-perjanjian Hudaibiyah bukan bab tahalussiasi sebaliknya genjatan senjata di mana kedua-dua pihak tidak boleh menyerang satu sama lain selama 10 tahun.

-perjanjian Ilful Kubul, org kafir quraish membuat perjanjian dikalangan beberapa puak bani quraish, sebelum dr Nabi dilantik menjadi Rasul. Ini juga bukan contoh tahalussiasi kerana tidak berkaitan kuasa politik, sebaliknya adalah pakatan kerjasama.

- dlm perang Badar, org musyrikin dtg bertemu dgn Nabi dan ingin mendapatkan pertolongan org Islam dan dlm masa yg sama ingin menolong Nabi dan org Islam utk turut serta dlm perang Badar. Ini adalah contoh tahalussiasi.

3. Pandangan ulamak terhadap tahalussiasi.
(1) Ibnu Taimiah - berdasarkan surat menyurat antara Khalid Al-Walid dgn Saidina Umar berkenaan hak penjagaan harta di negeri Syam, yg dicadangkan agar dijaga oleh seorg kristian. Saidina Umar tidak membenarkan Khalid Al-Walid melantik org kristian tersbt.

(2) dlm hadis yg diriwayatkan oleh imam baihaki. xxx.