Monday, September 21, 2020

10 Nasihat Supaya Tidak Kufur Nikmat Allah

- us Dato' Dr Mohd Izhar Ariff kuliah Maghrib Ahad 20-Sep-2020

Surah An-Nahl Ayat 16:112

A112

وَضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلٗا قَرۡيَةٗ كَانَتۡ ءَامِنَةٗ مُّطۡمَئِنَّةٗ يَأۡتِيهَا رِزۡقُهَا رَغَدٗا مِّن كُلِّ مَكَانٖ فَكَفَرَتۡ بِأَنۡعُمِ ٱللَّهِ فَأَذَٰقَهَا ٱللَّهُ لِبَاسَ ٱلۡجُوعِ وَٱلۡخَوۡفِ بِمَا كَانُواْ يَصۡنَعُونَ


Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.


Allah umpamakan kehidupan kita sebagai sebuah kampung yang aman dan damai. Murahnya rezeki, tanam apa pun menjadi (mengeluarkan hasil). Tetapi manusia itu sifatnya kufur ie kufur nikmat.

Nasihat untuk memelihara diri agar tidak berlaku kufur terhadap nikmat yang diberikan Allah (kitab asy-Sya'rawi):

1) Jangan mengeluh dan menyalahkan Allah / takdir. 
Kadang-kadang Allah ambil satu dari nikmat yg diberi, utk diberikan satu nikmat yg lebih baik.

a) Dlm keadaan Covid-19, ada orang yg diberhentikan kerja walaupun telah berada di kedudukan yang tinggi dlm karier. Percayalah ada hikmah di sebalik kejadian, kerana ada perkerjaan yang lebih baik selagi mana kita berusaha melakukan pekerjaan yang halal.
b) Pekerjaan dari rumah (work from home) bukannya tidak melakukan kerja, sebaliknya melakukan kerja-kerja dengan tugasan-tugasan yang perlu disiapkan sendirian di rumah. Jangan hanya duduk di rumah, dan menyalahkan keadaan untuk tidak dapat menjalan tugasan.

2) Jangan mengiyakan perkara-perkara yg haram jika kamu tidak boleh bercakap benar. 

a) Dlm kes arak, jelas sekali ianya haram dalam Islam. Jangan terlibat dengan membenarkan atau menyokong penjualan, penyajian dan pengurusannya jika kita tidak dapat pastikan aktiviti itu menjadi sesuatu yang halal (tidak haram).

3) Sekiranya tiada orang yang hasad/dengki kpd kamu maka kamu adalah orang yang gagal.

a) Apbl ada orang yang mengata terhadap usaha/pekerjaan/perniagaan kita, maka kita telah berjaya.
b) Anggap hasad dan dengki sebagai ujian, dan berserah kepada Allah untuk dapat melalui ujian dengan tabah, dan diberikan petunjuk untuk mengatasinya.

4) Jangan kamu risau apa yang manusia tadbiran, kerana kamu perlu risaukan pentadbiran Allah.

-  bila kamu jaga Allah, Allah akan jaga kamu. Pegang dan jaga apa yang Allah perintahkan.

5) Orang yang ada Allah tetapi masih takut.

- perumpamaan adalah, anak-anak kita tidak berasa risau dan takut kerana masih ada ibu dan bapa utk mereka meminta, dan menjaga kehidupan/pelajaran/perbelanjaan.

 - peliknya manusia masih mencari selain Allah untuk menyelesaikan masalah mereka.


6) Jangan minta agar Allah terus beri balasan terhadap amalan yg dilakukan.

- Buatlah ibadah agar Allah redho. Buat sesuatu biar niatnya kerana Allah. Jangan mengharapkan balasan dari manusia terhadap sesuatu yang dikerjakan.

7) Jangan mencari sebab, sebaliknya carilah pencipta sebab.

- kita selalu mencari sebab terhadap peristiwa yg berlaku kpd kita. 
- jangan salahkan takdir.

8) Percayalah bhw mata selalu kabur tetapi mata hati seorang mukmin sentiasa jelas.

- pandangan hati adalah berdasarkan pengalaman, dan penelitian. Ditambah dengan pengetahuan ugama untuk membataskan tindakan yang boleh dilakukan.

9) Ungkapkan Alhamdulillah terhadap apa yg diberikan.

- bersyukur juga kerana tidak dipilih / diberi.  

10) Rezeki itu bukannya yg kita dapat, tetapi adalah apa yg kita infaqkan.

No comments: