Thursday, September 3, 2020

Tafsir Surah Al-Insyiqaq Ayat 84:16 hingga 21

- us Zawawi kuliah Maghrib Khamis 3-Sep-2020


Surah Al-Insyiqaq Ayat 84:16

A016

 

Maka Aku bersumpah, demi mega;

 
- Uksimu -- Allah bersumpah.

- Syafaq -- keadaan apbl matahari terbenam dan nampak warna kemerahan pd awal di langit (keadaan ini amat pendek tempoh masanya). 

- As-syafaq ditafsirkan sebagai fenomena aurora.
i.e. apbl plasma zarah atau "angin suria" yang terpancar dari matahari (akibat dari perbezaan suhu di permukaan matahari) mencecah atmosfera bumi menyebabkan "angin suria" diserakkan oleh medan magnet dikeliling bumi dan menuju ke arah kutub utara dan selatan.

Serakan ini menghasilkan aurora di langit di kutub utara (dipanggil the northern lights, atau aurora borealis) dan juga di kutub selatan (dipanggil aurora australis).


Ayat 84:17

A017


Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;

- Allah bersumpah dgn malam dan apa yg menyelebunginya (menyelubungi malam).
- Malam sering dikaitkan dgn ketakutan, ketenangan, rehat.


Ayat 84:18

A018


Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:

- Al-qamar dimaksudkan seketul bulan.
- dlm ayat ini Allah tidak menggunakan al-badru, utk merujuk kpd bulan. 


 Ayat 84:19

A019

Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)

- tanpa disedari kitaran hidup manusia berubah dari satu keadaan ke satu keadaan yg lain. Manusia tiada kuasa utk mengawal keadaan/situasi perjalan hidup tersebut. Pasti setiap org akan melalui keadaan ini.

- keadaan seperti berada dlm sebuah lif. Manusia boleh berdiam diri atau berlegar dlm ruang lif itu sahaja, tetapi di bawa dari satu tingkat ke suatu tingkat yang lain. Pergerakan lif ini dikiaskan pergerakan yg tidak boleh dikawal kerana ianya digerakkan oleh suatu kuasa (motor) lain, bukannya kuasa manusia.


Ayat 84:20


A020

Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?


Ayat 84:21


A021

Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?

- apbl Al-Quran dibacakan "ke atas" mereka. Tidak dipentingkan siapa yg membacakan Al-Quran itu (dlm ayat ini Allah memberikan Al-Quran utk manusia), tetapi ada manusia yg tidak mahu mematuhi dan melaksanakan perintah yg disuruh Allah (dlm Al-Quran).






No comments: