Saturday, September 5, 2020

Membaca Al-Quran dari sisi Allah

-us Ibrahim kuliah Maghrib Sabtu 5-Sep-2020

Semua ayat2 Al-Quran datang dari sisi Allah. Apbl kita membaca Al-Quran maka perlu difahami maksudnya dari pandangan/sisi Allah.

Kita perlu faham bahawa ayat2 itu adalah untuk kita, dibacakan kepada (ke atas kita), untuk mengEsakan Allah dan menurut segala yg diperintahkan. Mengaku bahawa kita ini hamba ciptaan-Nya yang lemah, yang memerlukan bantuan, pertolongan, petunjuk dan hidayah menuju jalan yang lurus. Lurus itu menuju ugama Islam.

Orang-orang soleh membacakan ayat2 Al-Quran dari hati, bukannya dari lidah. Maksud lidah adalah setakat hafazan, manakala hati adalah bacaan dengan ikrar dan aqidah. 

Kita dituntut utk mempelajari Al-Quran dan memahami maksud.

Seluruh ayat Al-Quran itu perlu ditanamkan, dihadamkan dlm hati. Supaya apbl dibacakan ayat-ayat Al-Quran maka terasa di hati, bergetar di hati.

Baca Al-Quran dengan tartil, baca dengan tajwidnya.


Surah Al-Muzammil Ayat 73:4

A004

Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".




Bila solat bersendirian, bacalah surah2 yang panjang (selepas Al-Fatihah).

Untuk mbaca Al-Quran atau lakukan solat, jauhkan dari benda-benda yg boleh mengganggu, seperti:

(a) handphone - silent atau offkan supaya tidak menjadi punca iblis mengganggu ibadat kita.
(b) TV dan radio - tutup supaya tidak mengingatkan kita pd iklan dan lagu yg dikumandangkan.

Iman yang tipis menyebabkan kita tidak menjadi penyumbang kpd kekuatan, kecemerlangan Islam.

Jika kamu bantu Allah, Allah akan bantu kamu...


No comments: