Saturday, November 26, 2022

Pengharapan kepada Allah

- us Mohamed Sabir Jamaludin kuliah Suboh Ahad 20-Nov-2022

Pengharapan kepada Allah

- Kita perlukan persiapan sebelum memasuki/melakukan perkara yg penting/besar.
  • Persiapan utk mendapat kejayaan itu perlukan masa dan harta.
  • Perjuangan Rasulullah saw selama 13 tahun di Mekah, disambunt dgn tentangan dan cacian.
  • Susah bagi Rasulullah mendapatkan pengikut kerana tiada harta/ganjaran yg ditawarkan secara fizikal, sebaliknya ganjaran yg tidak nampak ie syurga.
  • Rasulullah saw meletakkan pengharapan dlm dakwah baginda kpd Allah, kerana pemilik hati manusia adalah Allah. Allah yg memberikan hidayah kpd manusia utk memeluk Islam.
- Apbl tentangan memuncak terhadap org² Islam, Allah perintahkan hijrah bagi org² Islam ke Habsyah.
- Rasulullah mendoakan penduduk Thoif yg menentang dakwah baginda agar dikurniakan zuriat keturunan yg Islam.
  • . Penting utk kita membaca sejarah perjuangan Rasulullah saw.
  • . Sahabat yg tergesa-gesa baginda nasihatkan supaya bersabar.

Cerita Kabab bin Al-Arak, dia sewaktu kecil dibeli oleh seorg wanita dan dijadikan tukang besi. Apbl org kafir Quraisyi mengetahui Kabab telah memeluk Islam, dia diseksa dgn dipakaikan baju besi dan diseret di atas bara api. Majikannya menyiksanya dgn mencurahkan besi cair dikepalanya. Dia berdoa semoga majikannya dibalas terhadap penderitaan yg dilakukan ke atasnya. Apbl bertemu Rasulullah saw, dia singkap jubahnyadanenunjukkan kesan² siksaan yg diterima. Dia bertanya kpd Rasul bilakah kemenangan dari Allah. Malunya Kabab apbl diceritakan oleh Rasulullah akan seksaan yg diterima oleh org² terdahulu, kemudiannya dia mengambil keputusan utk belajar Al-Quran. Kabab adalah org yg mengajarkan Al-Quran kpd Fatimah binti Umar , yg mana Umar apbl mendengar bacaan Al-Quran yg dibaca oleh Fatimah, mencetuskan dia hingga memeluk Islam.

Hadis,
Dari Khabbab bin Arat r.a., katanya: Kami menyampaikan permohonan kepada Rasulullah s.a.w. Beliau ketika itu bersandar pada pakaian bulu, di bawah lindungan Kaabah. Kami berkata: "Mintakanlah kiranya pertolongan untuk kami!" Beliau bersabda: "Orang sebelum kamu pernah dibuatkan lubang untuk mereka di tanah, lalu ia dimasukkan ke dalamnya. Kemudian diambil gergaji dan digergaji kepalanya sampai belah dua. Yang demikian itu tiada menghalanginya dari agamanya. Dan ada pula yang disikat dengan sikat besi sampai ke daging, tulang dan uratnya. Yang demikian itu tiadalah menghalanginya dari agamanya. Demi Allah! Sesungguhnya akan disempurnakan Tuhan urusan agama ini, sehingga orang yang berkenderaan, berjalan dari Sanaa ke Hadramaut, tidak ada yang ditakutinya selain Allah (aman dalam perjalanan), dan serigala terhadap kambingnya. Tetapi kamu amat tergesa-gesa (ingin cepat)". [Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1542]

- Pengharapan yg sentiasa menyala, kerana menyakini Allah yg akan membalas dgn apa yg dihajati.

Surah Ar-Rum ayat 30:5 dan 6

{ بِنَصۡرِ ٱللَّهِۚ يَنصُرُ مَن يَشَآءُۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ }

Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Ayat 30:6 (klik sini)
{ وَعۡدَ ٱللَّهِۖ لَا يُخۡلِفُ ٱللَّهُ وَعۡدَهُۥ وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ }

Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


No comments: