Thursday, November 17, 2022

Tafsir surah An-Naba' ayat 78:17 hingga 30

- us Dr Zawawi Ismail kuliah Maghrib Khamis 17-Nov-2022

Tafsir surah An-Naba' ayat 78:17 hingga 30

Perbincangan tentang apa yg dilakukan terhadap  ahli neraka.

Ayat 78:17 (klik sini utk paparan ayat)
{ إِنَّ يَوۡمَ ٱلۡفَصۡلِ كَانَ مِيقَٰتٗا }

Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan,

Ayat 78:18 (klik sini)
{ يَوۡمَ يُنفَخُ فِي ٱلصُّورِ فَتَأۡتُونَ أَفۡوَاجٗا }

Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar);

Ayat 78:19 (klik sini)
{ وَفُتِحَتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتۡ أَبۡوَٰبٗا }

Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,

Ayat 78:20 (klik sini)
{ وَسُيِّرَتِ ٱلۡجِبَالُ فَكَانَتۡ سَرَابًا }

Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.

Ayat 78:21 (klik sini)
{ إِنَّ جَهَنَّمَ كَانَتۡ مِرۡصَادٗا }

Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan -

Ayat 78:22 (klik sini)
{ لِّلطَّٰغِينَ مَـَٔابٗا }

Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya.

- org zalim ie yg mengganggu hak manusia.
- org togho ie peringkat zalim yg tinggi ie menolak hak Allah. Org toghut itu boleh jadi sama ada dia seorg muslim ataupun bukan muslim.

Ayat 78:23 (klik sini)
{ لَّٰبِثِينَ فِيهَآ أَحۡقَابٗا }

Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.

- "la bi si" bermaksud dlm keadaan gelisah, tidak selesa tidak tenang.
- "ha ki bah" bermaksud beg, yg merujuk kpd tempoh masa tertentu (yg diberikan/ditetapkan oleh Allah).

Ayat 78:24 (klik sini)
{ لَّا يَذُوقُونَ فِيهَا بَرۡدٗا وَلَا شَرَابًا }

Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman -

- kenapa Allah sebut "minuman"? Bermaksud bahan paling mudah ie minumanntidak diberikan apatah lagi makanan, lagi lah tidak ada.

Ayat 78:25 (klik sini)
{ إِلَّا حَمِيمٗا وَغَسَّاقٗا }

Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, -

- air yg mendidih bukan air mendidih dunia pd 100 ° Celcius, tetapi wap² air yg panasnya lebih dari sukatan panas dunia.

Ayat 78:26 (klik sini)
{ جَزَآءٗ وِفَاقًا }

Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk).

Ayat 78:27 (klik sini)
{ إِنَّهُمۡ كَانُواْ لَا يَرۡجُونَ حِسَابٗا }

Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal,

- harapan mereka seolah² tiada pengiraan dosa dan pahala. Lagi banyak dihitung lagi berat seksaan yg menanti.

Ayat 78:28 (klik sini)
{ وَكَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَا كِذَّابٗا }

Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami;

- Apa yg didustakan itu? Adalah Al-Quran, ayat² Al-Quran, juga apa yg ditunjukkan oleh Rasulullah (hadis).

Ayat 78:29 (klik sini)
{ وَكُلَّ شَيۡءٍ أَحۡصَيۡنَٰهُ كِتَٰبٗا }

Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.

Ayat 78:30 (klik sini)
{ فَذُوقُواْ فَلَن نَّزِيدَكُمۡ إِلَّا عَذَابًا }

(Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu".

- jika kita rasa terlalai maka ingatkan ayat ke-30 ini, ianya boleh mengembalikan kita ke pangkal jalan.
 

Catatan kuliah:
  • Tafsir surah An-Naba' ayat 78:1 hingga 16 (klik sini)


No comments: