- us Dr Zawawi Ismail kuliah Maghrib Rabu 17-Nov-2022
Tafsir Surah An-Naba' ayat 78:31 hingga 40
Bhgn ke-3 surah An-Naba' ini adalah keadaan org² bertaqwa ie org² yg berjaya dalam kehidupan mereka.
- Bhgn pertama ie ayat 1 hingga 16 adalah keadaan org musyrikn Mekah yg tertanya-tanya, bantah-membantah tentang apa itu hari kiamat, hari kekalutan.
- Bhgn kedua ie ayat 17 hingga 30 adalah musibah yang menimpa org-org yg ditempatkan di neraka, mereka tidak diberi minuman (dan makanan) selain dari ditambah azam siksa.
Ayat 78:31 (klik sini utk paparan ayat)
{ إِنَّ لِلۡمُتَّقِينَ مَفَازًا }
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.
. "ma fa za" ie tempat kejayaan yg berkekalan, bagi org² yg bertakwa, iaitulah syurga.
. "na jah" juga bermaksud berjaya, tetapi kerjayaan itu bersifat sedentara.
Ayat 78:32 (klik sini)
{ حَدَآئِقَ وَأَعۡنَٰبٗا }
(Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur;
. Apa beza "ha da ik" dgn jannah? Ha da ik merujuk kpd taman yg terlarang ie hanya kpd org² muttaqin. Sementara jannah merujuk kpd syurga secara umum.
. Anggur adalah buah yg paling digemari dan istimewa kpd penduduk Mekah. Bandingan anggur mudah bagi org Arab (Mekah) memahani kenikmatan makanan di syurga.
Ayat 78:33 (klik sini)
{ وَكَوَاعِبَ أَتۡرَابٗا }
Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya;
Ayat 78:34 (klik sini)
{ وَكَأۡسٗا دِهَاقٗا }
Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman;
Ayat 78:35 (klik sini)
{ لَّا يَسۡمَعُونَ فِيهَا لَغۡوٗا وَلَا كِذَّٰبٗا }
Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta;
.Ahli syurga tiada dlm istilah mereka dusta/tipu. Allah sindir org² musyirikin atau org² kafir yg selalu bercakap dan bersifat tipu. Sebaliknya dlm syurga hanyalah kenyatta, tiada hal penipuan/dusta.
Ayat 78:36 (klik sini)
{ جَزَآءٗ مِّن رَّبِّكَ عَطَآءً حِسَابٗا }
Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya),
."hi sa ba" merujuk kpd perkara yg tidak dpt dihitung.
Ayat 78:37 (klik sini)
{ رَّبِّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا ٱلرَّحۡمَٰنِۖ لَا يَمۡلِكُونَ مِنۡهُ خِطَابٗا }
Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu);
Ayat 78:38 (klik sini)
{ يَوۡمَ يَقُومُ ٱلرُّوحُ وَٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ صَفّٗاۖ لَّا يَتَكَلَّمُونَ إِلَّا مَنۡ أَذِنَ لَهُ ٱلرَّحۡمَٰنُ وَقَالَ صَوَابٗا }
(Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.
Ayat 78:39 (klik sini)
{ ذَٰلِكَ ٱلۡيَوۡمُ ٱلۡحَقُّۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ مَـَٔابًا }
Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!
- Siapa yg dikehendaki oleh Allah , maka dia akan ditempatkan di tempat kembali (dlm syurga).
Ayat 78:40 (klik sini)
{ إِنَّآ أَنذَرۡنَٰكُمۡ عَذَابٗا قَرِيبٗا يَوۡمَ يَنظُرُ ٱلۡمَرۡءُ مَا قَدَّمَتۡ يَدَاهُ وَيَقُولُ ٱلۡكَافِرُ يَٰلَيۡتَنِي كُنتُ تُرَٰبَۢا }
Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".
- Bila Allah gunakan "Kami", Allah hendak menunjukkan kekuasaan Allah.
- cantiknya bahasa Arab, Allah sebut tangan, maka Allah maksudkan keseluruhan anggota, kerana tangan adalah paling banyak melakukan kemurkaan terhadap Allah.
No comments:
Post a Comment