Monday, December 12, 2022

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:219 dan 220

- us Mahdzir Md Nor Kuliah Maghrib 5-Dis-2022

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:219 dan 220

Surah Al-Baqarah ayat 2:219 (klik sini)
{ ۞يَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَيۡسِرِۖ قُلۡ فِيهِمَآ إِثۡمٞ كَبِيرٞ وَمَنَٰفِعُ لِلنَّاسِ وَإِثۡمُهُمَآ أَكۡبَرُ مِن نَّفۡعِهِمَاۗ وَيَسۡـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَۖ قُلِ ٱلۡعَفۡوَۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلۡأٓيَٰتِ لَعَلَّكُمۡ تَتَفَكَّرُونَ }

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:

- ayat ini dikekalkan (dlm Al-Quran) tetapi hukumnya telah dijelaskan haram.
- ayat 220 ini menjadikan org² Islam (di awal dakwah Islam) berdisiplin supaya tidak dlm keadaan mabuk sewaktu solat.

- Pengajaran dari ayat ini:
  1. sesuatu yg telah sebati tidak akan berubah secara drastik.
  2. bila Allah beri rezeki dan ada lebihan maka perlu berikan/sedekahkan kpd org lain. Bukan semakin kedekut.
Ayat 2:220 (klik sini)
{ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِۗ وَيَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡيَتَٰمَىٰۖ قُلۡ إِصۡلَاحٞ لَّهُمۡ خَيۡرٞۖ وَإِن تُخَالِطُوهُمۡ فَإِخۡوَٰنُكُمۡۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ ٱلۡمُفۡسِدَ مِنَ ٱلۡمُصۡلِحِۚ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَأَعۡنَتَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٞ }

Mengenai (urusan-urusan kamu) di dunia dan di akhirat dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: "Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya", dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seugama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

 - Sunnah berbuat baik kpd anak² yatim. Lebih² lagi kpd saudara-mara spt anak saudara.
- Buat baik itu tetpulang kpd kemampuan diri kita. Jika ada lebihan harta, berikan wang belanja, jika ada masa luangkan masa dan berikan kasih-sayang.

- 3 pertanyaan kpd Rasulullah saw (di awal dakwah), dan baginda tunggu wahyu sebelum mberikan jawapan kpd pertanyaan para sahabat
  1. Hukum arak dan judi.
    • Wahyu ke-3 tentang pengharaman arak dan judi adalah dlm Surah Al-Maedah ayat 5:90
  2. Sekadar mana mereka perlu berinfak
  3. Bagaimana mereka perlu santuni anak yatim
Surah Al-Maedah ayat 5:90 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَٰمُ رِجۡسٞ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ }

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.


No comments: