Saturday, December 24, 2022

Kenapa Hati Manusia Mati

- kuliah Suboh Isnin 28-Nov-2022

- Selagi hayat dikandung badan, ada perkara yg perlu diambil iktibar, utk kita membetulkan keadaan.

Hadis: Sesungguhnya Allah menghulurkan tanganNya pada waktu malam utk terima taubat hambaNya.
Dari Abu Musa r.a., dari Nabi saw. katanya: "Allah 'Azza wa Jalla membentangkan tanganNya malam hari untuk menerima taubat orang-orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tanganNya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari, sehingga matahari terbit di Barat."
[Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2368]

(Sambungan kuliah) Kenapa hati manusia itu mati?

5. Matinya hati sesorang itu kerana amalannya tidak ke arah mendapatkan syurga -- seseorg itu cintakan syurga, akan tetapi amalannya tidak mendorong utk mendapatkan syurga.

Syurga, dalilnya dlm surah At-Tawbah ayat 9:71 dan 9:72
{ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتُ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٖۚ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَيُطِيعُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥٓۚ أُوْلَٰٓئِكَ سَيَرۡحَمُهُمُ ٱللَّهُۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٞ }

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Ayat 9:72 (klik sini)
{ وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتِ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَا وَمَسَٰكِنَ طَيِّبَةٗ فِي جَنَّٰتِ عَدۡنٖۚ وَرِضۡوَٰنٞ مِّنَ ٱللَّهِ أَكۡبَرُۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ }

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.


Hadis dari Anas bin Malik yg menceritakan mengenai nikmat syurga,
... tanah syurga sebesar tempat simpan busar panah ianya lebih berharga dari dunia dan isinya...

Dari Anas r.a. bahawa Ummu Haritsah datang kepada Rasulullah saw. sedang Haritsah (suaminya) telah mati dalam perang Badar, kena panah yang tidak diketahui dari mana datangnya.Ummu Haritsah bertanya: "Ya Rasulullah! Tentu anda mengetahui tempat Haritsah dalam hatiku (cinta kepadanya). Oleh sebab itu, kalau ia dalam syurga, saya tidak akan menangisinya. Tetapi kalau tidak, nanti anda akan melihat apa yang akan saya perbuat." Kata Nabi kepadanya: "Benar pendapatmu! Syurga itu bukan satu, melainkan banyak macamnya. Sesungguhnya Haritsah berada dalam syurga Firdaus yang lebih tinggi." Seterusnya beliau bersabda:"Berangkat di waktu pagi atau petang untuk perjuangan fisabilillah lebih baik dari dunia dan seisinya. Busur panah atau tempat meletakkan kaki dalam syurga, lebih baik dari dunia dan seisinya. Kalau seandainya seorang wanita penghuni syurga datang ke bumi, nescaya akan memancarkan cahaya terang benderang." 

[Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1766]

6. Sesorg itu menyaksikan bhw dia takut akan neraka bahkan dia beriman bhw adanya neraka, akan tetapi dia belum berhenti dari melakukan dosa.

Neraka, dalilnya dlm surah At-Tahrim ayat 6:66 (klik sini)

{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارٗا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡهَا مَلَٰٓئِكَةٌ غِلَاظٞ شِدَادٞ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ }

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

Neraka disediakan kpd org yg kufur (kafir) dan juga org Islam yg ingkarkan perintah Allah.
Neraka itu bertingkat² ie tahap seksaannya. Hadis yg menyatakan neraka itu bertingkat²:

Dari 'Abbas bin 'Abdul Muthalib r.a., katanya dia bertanya kepada Rasulullah saw.: "Ya, Rasulullah! Adakah bermanfaat kepada Abu Thalib kasih-sayang dan pembelaannya terhadap anda?" Jawab Rasulullah saw., "Ada! Dia berada dalam neraka dengan kedalaman sebatas mata kail. Kalaulah bukan kerana pembelaanku kepadanya, dia berada di tingkat yang paling bawah dalam neraka." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0166]


No comments: