- us Dr Zawawi Ismail kuliah Maghrib Rabu 28-Dis-2022
Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:8 hingga 14
Ayat 2:8 (klik sini utk paparan ayat)
{ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَمَا هُم بِمُؤۡمِنِينَ }
Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
- ayat ini ditujukan kpd org² di Madinah Aus dan Khazraj yg mengaku beriman, tetapi sebenarnya mereka tidak beriman (iaitulah org² munafik).
Ayat 2:9 (klik sini)
{ يُخَٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَمَا يَخۡدَعُونَ إِلَّآ أَنفُسَهُمۡ وَمَا يَشۡعُرُونَ }
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
- "Ka zi ba" merujuk kpd penipuan pd perkataan.
- "yu kho di 'u" bermaksud menipu sesuatu dgn perkara yg sama. Org² munafik menipu Allah bhw mereka telah beriman tetapi hdlm hati mereka sebenarnya tidak beriman.
Ayat 2:10 (klik sini)
{ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٞ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضٗاۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمُۢ بِمَا كَانُواْ يَكۡذِبُونَ }
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
- hari adalah utk merasa kehebatan Allah. Apbl hati telah berpenyakit, sesorg itu tidak dpt merasa kehebatan Allah.
- Anak Abdullah bin Ubai bin Sahul adalah seorg yg beriman. Namanya juga Abdullah. Sewaktu Abdulah bin Ubai sedang sakit nazak, dia meminta anaknya utk memberitahu Rasulullah bhw dia sedang sakit. Rasulullah ziarah dia. Selepas bapanya meninggal Abdullah meminta kpd Rasulullah jubah yg dipakai oleh baginda Rasulullah utk mengkafankan jenazah bapanya. Rasulullah bersetuju dan memberinya jubah yg baginda pakai.
- Dari Ibnu 'Umar r.a. katanya : "Ketika 'Abdullah bin Ubay bin Salul wafat, anaknya Abdullah bin Abdullah (bin Ubay) datang kepada Rasulullah saw. meminta jubah beliau untuk kafan bapanya. Rasulullah memenuhi permintaan anaknya itu. Kemudian dimintanya pula supaya Rasulullah saw. menyolatkan jenazah bapanya. Ketika beliau berdiri hendak solat jenazah, maka ditarik baju beliau oleh 'Umar (bin Khaththab) seraya berkata, "Ya, Rasulullah! Akan Anda solatkankah dia? Bukankah Allah telah melarang Anda menyolatkannya." Jawab beliau, "Aku diberi pilihan oleh Allah Ta'ala menyolatkan atau tidak. Lalu dibacanya ayat, "Kamu mohonkan ampun bagi mereka atau tidak kamu mohonkan ampun bagi mereka (adalah sama saja); sekalipun bagi mereka tujuh puluh kali (Taubah, 9:80). Dan aku akan melebihi dari tujuh puluh kali." Kata 'Umar, "Dia munafik!" Tetapi Rasulullah saw. menyolatkannya juga. Kemudian Allah Ta'ala menurunkan ayat: "Dan sekali-kali janganlah kamu solatkan jenazah salah seorang mereka yang mati, dan jangan pula kamu berdiri di kuburnya..(At Taubah, 9:84) [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2379]
- Catatan kuliah: Kisah Abdullah bin Ubai bin Salul (klik sini)
Ayat 2:11 (klik sini)
{ وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ لَا تُفۡسِدُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ قَالُوٓاْ إِنَّمَا نَحۡنُ مُصۡلِحُونَ }
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".
Ayat 2:12 (klik sini)
{ أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلۡمُفۡسِدُونَ وَلَٰكِن لَّا يَشۡعُرُونَ }
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
Ayat 2:13 (klik sini)
{ وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ ءَامِنُواْ كَمَآ ءَامَنَ ٱلنَّاسُ قَالُوٓاْ أَنُؤۡمِنُ كَمَآ ءَامَنَ ٱلسُّفَهَآءُۗ أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلسُّفَهَآءُ وَلَٰكِن لَّا يَعۡلَمُونَ }
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
- "su fa ha" bermaksud bebal. "ja hil" bermaksud bodoh.
- org yg alim bukanlah ilmunya di otak, tetapi sebenarnya ilmu dihati.
Ayat 2:14 (klik sini)
{ وَإِذَا لَقُواْ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ إِلَىٰ شَيَٰطِينِهِمۡ قَالُوٓاْ إِنَّا مَعَكُمۡ إِنَّمَا نَحۡنُ مُسۡتَهۡزِءُونَ }
Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".
- "syaitan" dimaksudkan kpd kawan² mereka yg munafik.
- justifikasi hari ini membenarkan perkara² maksiat dan kejahatan dilakukan, dan mereka memberi jawapan dan alasan bagi menghalalkan perbuatan mereka.
No comments:
Post a Comment