Saturday, March 4, 2023

Abu Darda

- us Nor Azam Abdullah kuliah Suboh Sabtu 4-Mac-2023

Sahabat Rasulullah: Abu Darda

- Nama asalnya byk menyebutkan Amir, 'Umair. Lebih dikenali sebagai Abu Darda. Nama sebenar adalah Uwaymir ibn Zayd ibn Qays al-Khazraji Al-Ansari.
- Abu Darda masuk Islam agak lewat di Madinah ie selepas dari Peperangan Badar, kira² 2-3 tahun selepas baginda Rasulullah saw telah berhijrah ke Madinah.
  • Menunjukkan baginda Rasulullah tidak mewajibkan atau paksa penduduk Madinah memeluk Islam selepas baginda berrhijrah ke Madinah. - Islam bukan ugama paksaan.
- Abdullah bin Rawahah adalah kawan karib kpd Abu Darda dan Abdulah bin Rawahah sertai Perang Badar

- Abu Darda seorg peniaga. Suatu pagi dia hendak ke kedainya, dia lihat suasana lain, dia bertanya kpd org² di sana, org beritahu bhw org² Islam baru selesai Perang Badar, dgn bilangan kecil telah mengalahkan ramai tentera Quraisy. Abu Darda bertanyakan hal sahabatnya Abdullah bin Rawahah, kata org itu Abdullah bin Rawahah pulang dgn selamat.


- Abdullah bin Rawahah pergi ke rmh Abu Darda, ketika itu Abu Darda keluarberniaga, hanya osteri Abu Darda ada di rumah. Setelhbdiberi izin masuk Abdullah pergi ke berhala dan memecahkan berhala dlm rumah Abu Darda. Mendengarkan buying bising, isteri Abu Darda lihat berhalanya telah pecah. Apbl Abu Darda pulang, didapati isterinya menangis. Abu Darda melihatkan berhala yg pecah dia menjadi marah. Abu Darda marahkan kpd berhalanya yg telah pecah kerana tidak menghalang tindakan Abdullah bin Rawahah dari dipecah. Abu darda dan isterinya menyimpulkan yg berhala tidak boleh melindungi dirinya sendiri apatah lagi mereka berdua.


- Abdullah bin Rawahah yg ketika itu berada dekat dgn Rasulullah saw, melihat Abu Darda menuju ke arahnya. Baginda memberitahu Abdullah bin Rawahah bhw Allah telah memberitahu bhw kedatangan Abu Darda itu bukan utk memberi keburukan kpd Abdullah bin Rawahah, sebaliknya menjadi seorg Islam. Abu Darda masuk Islam.
 

- Abu Darda sedar yg dia lewat masuk Islam, sedangkan org² Madinah telah lama masuk Islam (15 thn lebih awal). 2 perkara yg dilakukan adalah:

  • (i) tidak mahu ketinggalan dlm bidang ilmu
  • (ii) tidak mahu ketinggalan dlm ibadah


- Abu Darda memilih ibadah dan meninggalkan perniagaannya (suatu pandangan yg kurang tepat). 

- Abu Darda setelah keislamannya dia dipersaudarakan dgn Salman Al-Farisi. Abu Darda hidup zuhud. Suatu hari Salman berkunjung ke rmh Abu Darda dan bertemu dgn isteri Abu Darda. Didapatinya keadaan isteri Abu Darda tidak terurus, kata isteri Abu Darda, Abu Darda telah meninggalkan hal dunia, dia menumpukan kpd ibadah, begitu juga isterinya. Abu Darda keluar bertemu Salman, Abu Darda keluarkan makanan dan menjemput makan, sedangkan dia berpuasa. Salman berkeras supaya Abu Darda makan bersama (buka puasa). Maka Abu Darda buka puasa kerana memuliakan tetamunya. Salman berkata dia hendak bermalam di rmh Abu Darda. Apbl malam Abu Darda ingin bangun ibadah, Salman suruh dia tidur semula. Hinggalah waktu hampir Suboh, barulah mereka bangkit dan beribadah, kemudian mereka ke masjid utk solat Suboh.
- Salman menasihatkan kpd Abu Darda cara kehidupan dan hak diri, dan hak isteri.
- Abu Darda bertemu Rasulullah dan mengadu Salman apa yg dilakukan oleh Salman ke atasnya. Rasulullah menasihatkan spt yg disampaikan oleh Salman kpdnya. (Apa yg diberitahukan oleh Salman kpd Abu Darda itu adalah apa yg diajarkan oleh baginda saw).
- Abu Darda belajar dgn tekun dan menjadi salah seorg dari 5 org yg hafal Al-Quran. Yg lain adalah Muaz bin Jabal, Zaid bin Sabit, Abu Ayub. 

  • Ilmu perlu dicari.

- Semasa zaman Umar Al-Khattab, Yazid bin Abu Suffian di Syam mengutus surat kpd Khalifah ie saidina Umar Al-Khattab, memberitahu bhw telah ramai yg memeluk Islam, dia minta dihantarkan ilmuan utk mengajarkan Islam.
- Saidina Umar panggil Abu Darda, Muaz bin Jabal dan Abu Ayub, mereka diarahkan utk ke Syam mengajarkan Islam. Ubai bin Kaab telah berusia dia tidak ditugaskan ke Syam.

Teknik Mengajar Abu Darda
- Abu Darda mula mengajar org² Syam di Hims. 

  • Kaedah pengajaran yg diperkenalkan adalah mengajar kpd kumpulan kecil kemudiannya ahli kumpulan kecil ini mengajarkan kpd kumpulan² kecil yg lain. 
  • Abu Darda membuatkan 10 org kemudian yg 10 org yg telah mahir dan pandai itu mengajarkan kpd 10 org yg lain. 
- Kaedah ini dipraktiskan hingga kini, lebih-lebih lagi dlm sistem pendidikan Malaysia.

- Abu Darda meninggal dunia di Syam, dikebumikan di Damsyik.


No comments: