Sunday, March 12, 2023

Peringatan Menyambut Ramadhan

- us Azmi kuliah Suboh Sabtu 11-Mac-2023

Peringatan Menyambut Ramadhan

- Peringatan kpd kita yg hidup ini utk menjadi hamba Allah. Kita diingatkan bhw kita diperhatikan oleh Allah. Malaikat maut sentiasa mengikuti kita, kita tidak tahu bila kita akan mati, tetapi yg pasti kita akan mati.

Surah As-Sajdah ayat 32:11 (klik sini utk paparan ayat)
{ ۞قُلۡ يَتَوَفَّىٰكُم مَّلَكُ ٱلۡمَوۡتِ ٱلَّذِي وُكِّلَ بِكُمۡ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمۡ تُرۡجَعُونَ }

Katakanlah (wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)".

- Kita serahkan kebergantungan kpd Allah. Surah Ghafir ayat 40:44 (klik sini)
{ فَسَتَذۡكُرُونَ مَآ أَقُولُ لَكُمۡۚ وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ }

"(Kiranya kamu tetap berdegil sekarang) maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan kepada kamu; dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya".


- Gempa bumi di
Türkiye, memberi pengajaran pd kita:
1. Solat - Seorg lelaki yg terselamat, apbl dikeluarkan dari runtuhan dia mengatakan hendak bersolat, dan mengajak adik-berdik dan sekelian manusia utk bersolat.
2. Aurat - Seorg perempuan yg ditemui dlm runtuhan, namun apbl diminta utk keluar, dia tidak mahu keluar kerana dia tidak bertudung ketika itu. Dia minta penyelamat membawakan tudung utknya. Takutnya dia kpd Allah kerana auratnya.

- pengajaran dari kuliah us Ismail Kamus:
a) apbl dtg Ramadhan kita gandakan bacaan Al-Quran, bukannya baru mula hendak membaca Al-Quran.
b) hilang keberkatan Ramadhan kerana org² Islam melakukan pembaziran makanan. Ramadan bukannya bulan pesta makanan.

- pengajaran dari kuliah us Harun Din:
a) Tadarus Al-Quran itu secara berkumpulan, tetapi kita tidak habiskan bacaan 30 juzuk. Maka teruskan usaha kita utk menghabiskan bacaan Al-Quran 30 juzuk.
b) Puasa adalah utk latihan berhajatkan makanan dan minuman dalam keadaan berlapar itu kita ingatkan kpd pencipta makanan dan minuman yg kita makan ie Allah SWT.

- Latihan buat kita, di awal pagi puasa perbanyakkan usaha utk menghampirkan kpd Allah, supaya kita menjadi seorg yg bertakwa. Surah Al- Baqarah ayat 2:183 (klik sini)

{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ }

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.


- Apbl berbuka puasa mulakan dgn kurma dan air suam, jangan mulakan dgn air sejuk/ais.

- Jangan berbuka dgn mewah, ingatkan diri keadaan org² miskin, bhw dgn apa yg mereka nak berbuka, mereka tidak fikir apa lagi nak dibeli utk berbuka.


No comments: