Sunday, March 5, 2023

Tafsir surah Al-Baqarah ayat 2:30 hingga 31

- us Dr Zawawi Ismail kuliah Maghrib Khamis 2-Mac-2023

Tafsir surah Al-Baqarah ayat 2:30 hingga 32

Surah Al-Baqarah ayat 2:30 (klik sini utk paparan ayat)
{ وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ }

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

- "Ilah" bermaksud Tuhan yg mesti dipatuhi.
- "Ja'ilun" bermaksud Allah mengfungsikan manusia iaitu beri peranan khalifah di atas muka bumi. Pd ketika itu manusia ie Nabi Adam dan Hawa masih dlm syurga.

Ayat 2:31 (klik sini)
{ وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمۡ عَلَى ٱلۡمَلَٰٓئِكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِي بِأَسۡمَآءِ هَٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ }

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".


- "وَعَلَّمَ" bermaksud mengajar ie suatu proses belajar. Apbl mengajar terdpt elemen ie elemen masa. Belajar suatu proses yg memakan masa.
- Dlm Islam dapat ilmu bukanlah matlamat, sebaliknya ilmu yg diperoleh itu membetulkan diri, mendekatkan diri kpd Allah.
- Apbl ingin mempelajari sesuatu bahasa mulakan dgn nama² (vocabulary).

- Allah memuliakan manusia dgn menjadikan manusia sebagai khalifah utk memakmurkan bumi. Ayat 30 ini adalah watikah lantikan dari Allah, menjadikan manusia itu mulia.

 

No comments: