Wednesday, November 9, 2022

Tafsir Surah An-Naba' ayat 78:1 hingga 16

- us Dr Zawawi Ismail kuliah Maghrib Rabu 9-Nov-2022

Tafsir surah An-Naba' ayat 78:1 hingga 16

- Surah ini diturunkan di Mekah. Sifat surah² yg diturunkan di Mekah adalah ayat²nya pendek.

Ayat 78:1 (klik sini utk paparan ayat)
{ عَمَّ يَتَسَآءَلُونَ }

Tentang apakah mereka bertanya-tanya?

- dlm ayat ini 'amma bermaksud tentang apa. Jika 'ammun bermaksud bapa saudara.
- pd perkataan "sa a ala", huruf alif selepas huruf sin, memberi maksud yg berbeza ie membawa maksud "saling" bertanya-tanya. Begitu juga dlm perkataan "ta'a wa na" bermaksud saling tolong-menolong. "Khoo ta la" membawa maksud saling berbunuhan ie berperang.

Ayat 78:2 (klik sini)
{ عَنِ ٱلنَّبَإِ ٱلۡعَظِيمِ }

Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).

- Nabi berasal dari perkataan an-naba. An-naba bermaksud berita yg besar, manakala nabi bermaksud org yg membawa berita yg besar.

Ayat 78:3 (klik sini)
{ ٱلَّذِي هُمۡ فِيهِ مُخۡتَلِفُونَ }

Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.

- An-naba' ini ditafsirkan sebagai hari Kiamat. Org² yg bertanya-tanya hal hari Kiamat itu meneka-neka keadaan hari Kiamat. Utk tidak dipandang tidak tahu, maka org² Mekah mereka-reka cerita dan menokok-tambah cerita yg dikatakan hari Kiamat itu, hakikatnya mereka tidak tahu apa itu hari Kiamat.

Ayat 78:4 (klik sini)
{ كَلَّا سَيَعۡلَمُونَ }

Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).

Ayat 78:5 (klik sini)
{ ثُمَّ كَلَّا سَيَعۡلَمُونَ }

Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).

Ayat 78:6 (klik sini)
{ أَلَمۡ نَجۡعَلِ ٱلۡأَرۡضَ مِهَٰدٗا }

(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?

- oleh kerana ada huruf lam dan mim, maka perkataan selepasnya mesti dimatikan.
- Pengggunakan perkataan "Kami" memberi maksud Allah membesarkan diri-Nya.
- deria pertama apbl bayi dilahirkan adalah pendengaran. Allah fungsikan telinga utk boleh mendengar.
- "mi ha da" bermaksud hamparan atau yg membawa maksud mudah (kpd manusia).
- Allah jadikan bumi sebagai kawasan yg rata bagi memudahkan urusan manusia, termasuk dijadikan daya graviti.

Ayat 78:7 (klik sini)
{ وَٱلۡجِبَالَ أَوۡتَادٗا }

Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?

- "ja 'a la" bermaksud fungsikan.
- dlm ayat ini Allah katakan Allah jadikan gunung-ganang itu berfungsi sebagai pasak bumi. Kajian saintis mendapati jika sebuah gunung itu keringgiannya di ataa paras bumi sebagai x maka ketinggian di bawah aras laut juga setinggi x.
- dlm bidang kejuteraan, piling adalah menjadi pasak kpd bangunan tinggi yg hendak didirikan, bagi mengukuhkan stuktur binaan.

Ayat 78:8 (klik sini)
{ وَخَلَقۡنَٰكُمۡ أَزۡوَٰجٗا }

Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?

- "zauj" bermaksud berpasangan.

Ayat 78:9 (klik sini)
{ وَجَعَلۡنَا نَوۡمَكُمۡ سُبَاتٗا }

Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?

- "su ba ta" bermaksud rehat.
- dari perkataan su ba ta juga dinamakan hari sabtu. Org yahudi diperintahkan supaya berehat pada hari Sabtu. Namun mereka mengingkari perintah Allah. Utk umat Nabi Muhammad saw, Allah perintahkan waktu solat Jumaat shj sebagai waktu rehat, supaya semua org Islam lelaki menunaikan solat Jumaat.

Ayat 78:10 (klik sini)
{ وَجَعَلۡنَا ٱلَّيۡلَ لِبَاسٗا }

Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?

Ayat 78:11 (klik sini)
{ وَجَعَلۡنَا ٱلنَّهَارَ مَعَاشٗا }

Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?

Ayat 78:12 (klik sini)
{ وَبَنَيۡنَا فَوۡقَكُمۡ سَبۡعٗا شِدَادٗا }

Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?

- "ba na" bermaksud bina.

Ayat 78:13 (klik sini)
{ وَجَعَلۡنَا سِرَاجٗا وَهَّاجٗا }

Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya?

- Allah mengfungsikan matahari.

Ayat 78:14 (klik sini)
{ وَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡمُعۡصِرَٰتِ مَآءٗ ثَجَّاجٗا }

Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, -

- himpitan awan² akhirnya menghasilkan air hujan.
- "sa ja ja" bermaksud berjurai (titisan air)

Ayat 78:15 (klik sini)
{ لِّنُخۡرِجَ بِهِۦ حَبّٗا وَنَبَاتٗا }

Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -

Ayat 78:16 (klik sini)
{ وَجَنَّٰتٍ أَلۡفَافًا }

Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?

- setelah diceritakan siapa Allah, iaitulah ciptaan²-Nya dan menjadikan benda² yg dijadikan-Nya itu berfungsi, maka dlm ayat² seterusnya barulah Allah hendak ceritakan hal An-Naba' itu.


Catatan kuliah:
  • Tafsir Surah An-Naba' ayat 78:17 hingga 30 (klik sini)

Abdullah bin Ubai

-us Johari kuliah Maghrib Selasa 11-Jan-2022

Abdullah bin Ubai

Surah At-Tawbah ayat 9:84 (klik sini utk paparan ayat)

وَلَا تُصَلِّ عَلَىٰٓ أَحَدٖ مِّنۡهُم مَّاتَ أَبَدٗا وَلَا تَقُمۡ عَلَىٰ قَبۡرِهِۦٓۖ إِنَّهُمۡ كَفَرُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَمَاتُواْ وَهُمۡ فَٰسِقُونَ

Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya, dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya, dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka).

- Ayat ini diturunkan setelah kematian Abdullah bin Ubai, sebagai teguran kepada baginda Rasulullah saw yg sebelum itu melakukan solat jenazah utk Abdullah bin Ubai. 
  • Kematiannya dlm keadaan (seorang yang) munafik. Kedudukan org munafik adalah di bhgn paling bawah atau pada kerak neraka.

- Anak Abdullah bin Ubai datang bertemu Rasulullah saw, memaklumkan kematian bapanya. Dia memohon supaya Rasulullah sembahyangkan jenazah bapanya. Rasulullah hadir, semasa Rasulullah hadir, Umar Al-Khattab lihat shj sama ada Nabi hadir itu setakat hadir shj, atau sembahyangkan jenazahnya. Rasulullah pergi ke depan utk solat jenazah, Umar dgn rasa gelisah mencelah ke depan Rasulullah dan mengatakan bhw jenazah ini adalah Abdullah bin Ubai, seorg yg melakukan kejahatan kpd Rasulullah dan Islam ketika hidupnya.

- Hadis: Dari Ibnu Umar r.a. katanya: "Ketika Abdullah bin Ubay meninggal, puteranya datang kepada Nabi saw., katanya: "Ya, Rasulullah! Berikanlah baju Tuan kepada saya untuk kapan bapa saya, dan semoga Tuan berkenan melakukan solat serta memohonkan ampun untuknya." Nabi saw. memberikan bajunya sambil bersabda: "Beritahulah aku jika dia telah siap untuk disolatkan." Setelah siap, maka puteranya memberitahukan kepada Nabi saw. Maka tatkala Nabi saw. hendak melakukan solat atasnya, Umar menariknya dan berkata: "Bukankah Allah telah melarang Tuan untuk melakukan solat atas orang munafik?" Jawab Nabi saw., "Aku boleh memilih." Firman Allah swt. " Engkau mohonkan ampunan untuk mereka atau pun engkau tidak mohonkan, walaupun engkau mohonkan ampunan untuk mereka tujuh puluh kali, sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni mereka." kerana itu, Nabi saw terus melakukan solat atas tokoh munafik itu. Sesudah itu maka turunlah ayat: "Dan janganlah sekali-kali kamu solatkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka untuk selama-lamanya." [HR Sahih Bukhari No. 0661 Jilid 2 Topik Jenazah]

- Dlm peperangan Uhud (catatan kuliah), baginda Rasulullah telah mengumpulkan tentera Islam 1,000 org, namun 300 org tidak ikut serta kerana termakan hasutan Abdullah bin Ubai i.e. ketua org munafik (akhirnya 300 itu pulang ke Madinah dan tidak menyertai peperangan Uhud - kerana pd sangkaan mereka pd peperangan Uhud ini tentera Islam akan tewas).  Tentera Islam menentang 3,000 org tentera kafir Quraisy. (Catatan kuliah)

- kisah Aisyah dituduh berzina, juga berpunca dari fitnah yang dimulakan dan disebarkan oleh Abdullah bin Ubai (Catatan kuliah)

- Rasulullah arahkan Umar ke tepi, kemudian baginda mengimamkan solat jenazah Abdullah bin Ubai.


- sambung 2 minggu lagi.


Catatan kuliah:
  • Siapa Abdullah bin Ubai bin Salul? (klik sini)
...Abdullah bin Ubai bin Salul memendam dendam kepada Rasulullah saw, kerana sebelum ketibaan Rasulullah ke Madinah, orang-orang Madinah menyanjungnya dan ingin menaik/melantik Abdullah bin Ubai sebagai raja. Apabila Rasulullah tiba, dia merasakan orang-orang Madinah melupakannya, dan menidakkan dia menjadi raja. ...


Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:214 & 215

-us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 17-Okt-2022

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:214 & 215

{ أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُمۖ مَّسَّتۡهُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٞ }

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

-"setiap org akan diuji oleh Allah. Ujian yg diterima bergantung kpd keadaan dan situasi.
- setiap kali kita diuji, maka bersabar dan berserah diri kpd Allah.

Ayat 2:215 (klik sini)
{ يَسۡـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَۖ قُلۡ مَآ أَنفَقۡتُم مِّنۡ خَيۡرٖ فَلِلۡوَٰلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ وَٱلۡيَتَٰمَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِۗ وَمَا تَفۡعَلُواْ مِنۡ خَيۡرٖ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٞ }

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

- Lebihan kewangan dan perbelanjaan, maka ranking keutamaan utk sedekah/infaq:
  1. anak² wajib berbelanja terhadap kedua ibu bapa sewaktu mereka masih hidup.
  2. tahap ke-2 adalah adik-beradik
  3. tahap ke-3 adalah anak² yatim yg belum baligh.
  4. tahap ke-4 adalah org² miskin
  5. tahap ke-5 adalah org² yg terputus bekalan belanja.
- pastikan kita jaga sedekah/infaq seperti kita jaga solat.
  • istiqamah dgn memberi/bersedekah tanpa membebankan kewangan kita. Allah tidak tetapkan jumlah sebaliknya kekerapan membuat sedekah/infaq.

- jika ibu/bapa telah meninggal dunia, boleh lakukan infaq atas nama ibu atau bapa yg telah meninggal itu.


Kuliah Berkaitan:
  • Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:210 & 211 (klik sini)
  • Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:212 & 213 (klik sini)
  • Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:215 & 216 (klik sini)


Monday, November 7, 2022

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:215 hingga 216

- us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 7-Nov-2022

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:215 dan 216

{ يَسۡـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَۖ قُلۡ مَآ أَنفَقۡتُم مِّنۡ خَيۡرٖ فَلِلۡوَٰلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ وَٱلۡيَتَٰمَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِۗ وَمَا تَفۡعَلُواْ مِنۡ خَيۡرٖ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٞ }

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

- Nabi Muhammad saw memilih kehidupan miskin, bukan kerana baginda seorg yg miskin. Para sahabat baginda ramai yg kaya. Baginda mengikat perut, berlapar dlm kehidupan baginda. Mampukah kita mencontohi sikap dn kehidupan sederhana yg ditunjukkan oleh Rasulullah saw?
- Bila diuji dgn kekayaan, ramai yg menukar gaya hidup, menyebabkan kekayaan yg dikurniakan tidak dpt diberikan/dikongsikan dgn org lain, yg miskin.
- Islam amat menganjurkan umatnya kaya, agar mereka boleh berinfaq dgn harta (yg diberi pinjam oleh Allah).

- Senangkan org lain dgn harta yg kita ada:
  1. Memenuhi kehendak ayah dan ibu. Bukan setakat memberi duit belanja.
  2. Kaum kerabat ie datang dari rahim yg sama. Bantu mereka keluar dari belenggu kesusahan dan kesempitan hidup.
  3. Anak² yatim ie yg ketiadaan ibu atau bapa atau keduanya dan mereka masih belum baligh.
  4. Org² miskin.
  5. Ibnu Sabil, ie org² yg dlm perjalanan/musafir.

Ayat 2:216 (klik sini)
{ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٞ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـٔٗا وَهُوَ خَيۡرٞ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـٔٗا وَهُوَ شَرّٞ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ }

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

- Peperangan dlm Islam adalah disebabkan pencerohbohan hak Allah.
- Setiap sesuatu itu adalah dgn kehendak Allah. Jangan sampai kita tersasar dari landasan ugama, melampaui batas² yg ditetapkan dlm Islam. Jangan kita menjadi punca kpd perbalahan/peperangan.


Saturday, November 5, 2022

Tadabbur Surah Al-Humazah ayat 104:1 hingga 9

- us Khairy bin Abdullah kuliah Maghrib Sabtu 5-Nov-2022

Tadabbur Surah Al-Humazah ayat 104:1 hingga 9

sifat-sifat mazmumah, sifat-sifat tercela. Allah nyatakan kecelakaan, kehancuran bagi manusia yg memiliki sifat tercela.

{ وَيۡلٞ لِّكُلِّ هُمَزَةٖ لُّمَزَةٍ }

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

- Dua (2) sifat yg tercela adalah mencaci dan mengeji. Allah mencela manusia yang memilik sifat mencaci dan mengeji makhluk/manusia yg lain.
- Dlm surah Al-Ahqaf ayat 46:17 juga disebutkan kecelakan ie kpd anak yg derhaka, yg tidak mendengar dan patuh kpd apa yg diajar/diajak beriman kepada Allah.

Al-Ahqaf ayat 46:17 (klik sini)
{ وَٱلَّذِي قَالَ لِوَٰلِدَيۡهِ أُفّٖ لَّكُمَآ أَتَعِدَانِنِيٓ أَنۡ أُخۡرَجَ وَقَدۡ خَلَتِ ٱلۡقُرُونُ مِن قَبۡلِي وَهُمَا يَسۡتَغِيثَانِ ٱللَّهَ وَيۡلَكَ ءَامِنۡ إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقّٞ فَيَقُولُ مَا هَٰذَآ إِلَّآ أَسَٰطِيرُ ٱلۡأَوَّلِينَ }

Dan (sebaliknya amatlah derhakanya) orang yang berkata kepada kedua ibu bapanya (ketika mereka mengajaknya beriman): "Ah! Bosan perasaanku terhadap kamu berdua! Patutkah kamu menjanjikan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan keluar dari kubur, padahal berbagai umat sebelumku telah berlalu (masih lagi belum kembali)? " Sambil mendengar kata-katanya itu - ibu bapanya merayu memohon pertolongan Allah (menyelamatkan anak mereka) serta berkata (kepada anaknya yang ingkar itu): "Selamatkanlah dirimu! Berimanlah (tentang hidup semula menerima balasan amal)! Sesungguhnya janji Allah tetap benar". Lalu ia menjawab (dengan angkuhnya): "Semuanya itu hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala!"
    
- "waila" dlm ayat ini kecelakan.

Surah Mutaffifin ada 36 ayat. Dlm surah Mutaffifin ini Allah mulakan surah dgn celakakan kpd org yg mengurangi timbangan. Bila nak timbang/sukat barang dia, dia minta sukatan/timbangan yg sempurna, tetapi bila dia timbang/sukat utk orang lain, dia mengurangkan sukatan/timbangan.

Surah Mutaffifin ayat 83:1 (klik sini)
{ وَيۡلٞ لِّلۡمُطَفِّفِينَ }

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),

- Dlm Al-Quran ada 27 perkataan "wailun", 2 kali dalam surah Al-Humazah, 10 kali dalam surah Al-Mursalat. 

Surah Al-Mursalat ada 50 ayat. Allah ulangi 10 kali kecelakaan dan kebinaan kpd org² yg (menipu dirinya sendiri) mendustakan hari kiamat, dustakan Allah, dustakan rasul. Allah mencela sifat org² yg kufur dlm ayat ke-15, 19, 24, 28, 34, 37, 40, 45, 47 dan 49

Surah Al-Mursalat ayat 77:15 (klik sini)
{ وَيۡلٞ يَوۡمَئِذٖ لِّلۡمُكَذِّبِينَ }

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang dijanjikan oleh Rasulnya)!

Surah Al-Qalam ayat 68:11 (klik sini)
{ هَمَّازٖ مَّشَّآءِۭ بِنَمِيمٖ }

Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), -

Ayat 104:2 (klik sini)
{ ٱلَّذِي جَمَعَ مَالٗا وَعَدَّدَهُۥ }

Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;

- bayangan sifat humazah tadi adalah mengumpulkan. Mengumpulkan bermaksud himpunkan dua atau lebih.
"ma lan" adalah singular. Kenapa Allah gunakan "ma lan" bukan "an walan" ie plural? adalah kerana harta dan keduniaan yg manusia kumpulkan di atas muka bumi , ianya hanya sedikit sangat berbanding dgn harta milik Allah. Walaupun banyak dikumpulkan harta/keduniaan tetapi hakikatnya,  harta itu adalah milik Allah. 

Ayat 104:3 (klik sini)
{ يَحۡسَبُ أَنَّ مَالَهُۥٓ أَخۡلَدَهُۥ }

Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

- Kaum Ad menyangka harta kekayaan dan bangunan-bangunan tinggi yang mereka bina boleh menjadikan mereka hidup kekal. Kaum Ad adalah kaum Nabi Hud. Ada tafsir mengatakan binaan mereka itu adalah bagi tujuan supaya umat-umat terkemudian mengingati kehebatan mereka, iaitulah rasa riak dlm kaum Ad. Oleh kerana riak itu, maka Allah balas dgn kebinasaan dan keruntuhan terhadap apa yang mereka bina.

As-Syuara ayat 42:29 (klik sini)
{ وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَثَّ فِيهِمَا مِن دَآبَّةٖۚ وَهُوَ عَلَىٰ جَمۡعِهِمۡ إِذَا يَشَآءُ قَدِيرٞ }

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata; dan Ia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki (melakukannya).

- "khalada" bermaksud kekal. Dlm kisah Nabi Adam as, setelah digoda oleh iblis, Nabi Adam as terlupa lalu memakan buat dari pohon yg dilarang utk didekati. Kita biasa mendengar Nabi Adam as memakan buah "khuldi", namun tidak disebutkan Al-Quran nama buah yg dimakan. Namum sejarah kaitkan namanya khuldi yg dikaitkan dgn maksud mengekalkan.

Ayat 104:4 (klik sini)
{ كَلَّاۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِي ٱلۡحُطَمَةِ }

Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".

- pasti dan pasti dia akan dilemparkan dlm neraka Al-Hutamah.
- maksud "hutama" adalah lenyek.
surah An-Namlu ayat 27:18 (klik sini)
{ حَتَّىٰٓ إِذَآ أَتَوۡاْ عَلَىٰ وَادِ ٱلنَّمۡلِ قَالَتۡ نَمۡلَةٞ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّمۡلُ ٱدۡخُلُواْ مَسَٰكِنَكُمۡ لَا يَحۡطِمَنَّكُمۡ سُلَيۡمَٰنُ وَجُنُودُهُۥ وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ }

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".

- "nabaza" bermaksud lemparkan secara terang-terang. Manakala ,"tarhun" bermaksud lempar, tetapi benda yg dilempar tidak kelihatan.

Nabaza juga digunakan dlm surah Al-Baqarah ayat 2:100

Surah Al-Baqarah ayat 2:100 (klik sini)
{ أَوَكُلَّمَا عَٰهَدُواْ عَهۡدٗا نَّبَذَهُۥ فَرِيقٞ مِّنۡهُمۚ بَلۡ أَكۡثَرُهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ }

Patutkah (mereka ingkarkan ayat-ayat keterangan itu) dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? Bahkan kebanyakan mereka tidak beriman.

Ayat 104:5 (klik sini)
{ وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا ٱلۡحُطَمَةُ }

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?

- Hutamah berasal dari perkataan"hatama" yg bermaksud patah.

Ayat 104:6 (klik sini)
{ نَارُ ٱللَّهِ ٱلۡمُوقَدَةُ }

(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -

- api Allah, ie api neraka.

Ayat 104:7 (klik sini)
{ ٱلَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى ٱلۡأَفۡـِٔدَةِ }

 Yang naik menjulang ke hati;

Ayat 104:8 (klik sini)
{ إِنَّهَا عَلَيۡهِم مُّؤۡصَدَةٞ }

Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

Ayat 104:9 (klik sini)
{ فِي عَمَدٖ مُّمَدَّدَةِۭ }

(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.


Wednesday, October 26, 2022

Tadabbur Surah An-Naziat ayat 79:34 hingga 46

- us Dr Zawawi Ismail kuliah Maghrib Rabu 26-Okt-2022

Tadabbur Surah An-Naziat ayat 79:34 hingga 46

Surah An-Naziat ayat 79:34 (klik sini utk paparan ayat)

{ فَإِذَا جَآءَتِ ٱلطَّآمَّةُ ٱلۡكُبۡرَىٰ }

Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar, -

ayat 79:35 (klik sini)

{ يَوۡمَ يَتَذَكَّرُ ٱلۡإِنسَٰنُ مَا سَعَىٰ }

Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya, -

- "sa'a" bermaksud apa yg dibuat sehingga ianya selesai, yg penuh kesungguhan, atau beriya-iya atau bersungguh-sungguh yg melibatkan tenaga fizikal dan sikologi.
- ibrah kpd ibadah sa'ie adalah kesulitan yg turut ditanggung secara sikologi.

ayat 79:36 (klik sini)

{ وَبُرِّزَتِ ٱلۡجَحِيمُ لِمَن يَرَىٰ }

Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, -

- "barazo" bermaksud suatu yg tersembunyi diserlahkan, ie pertukaran dari tidak nampak kpd jelas kelihatan. Iaitulah diperlihatkan neraka.
- adakah neraka jahanam hanya diperlihatkan kpd org kafir sahaja?
  • Ahli syurga juga boleh melihat neraka, mereka nampak org² yg sedang diseksa dlm neraka. Ahli syurga merasakan amat bersyukur kerana terlepas dari azab seksaan neraka.
  • Begitu juga org kafir yg dimasukkan dlm neraka, mereka boleh melihat org² yg berada dlm syurga dgn kesenangan dan kenikmatan yg diperoleh oleh ahli syurga.

ayat 79:37 (klik sini)

{ فَأَمَّا مَن طَغَىٰ }

Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), -

- "togho" bermaksud melampau iaitulah melebihkan atau mengurangkan apa yg diperintahkan Allah.

ayat 79:38 (klik sini)

{ وَءَاثَرَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا }

Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata,

- org yg melebihkan dunia, dan kehidupan dunia.

ayat 79:39 (klik sini)

{ فَإِنَّ ٱلۡجَحِيمَ هِيَ ٱلۡمَأۡوَىٰ }

Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.

- "tempat tinggal" adalah dirujukkan tempat yg kekal. 
  • Allah tidak gunakan "dimasukkan" dlm ayat ini kerana sesuatu yg dimasukkan nescaya ianya akan dikeluarkan pd suatu masa nanti. Bila Allah rujukkan tempat tinggal, maka ianya bermaksud masuk dan tidak keluar, iaitulah tempat kekal yg abadi di dlm neraka.

ayat 79:40 (klik sini)

{ وَأَمَّا مَنۡ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفۡسَ عَنِ ٱلۡهَوَىٰ }

Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu,

- "khouf" bermaksud ketakutan yg terthasil dari kesilapan yg telah dilakukan.
- "khaisyah" memberi maksud ketakutan yg lebih mendalam kerana dia ketahui (ada pengetahuan) akibat yg lebih dahsyat.

ayat 79:41 (klik sini)

{ فَإِنَّ ٱلۡجَنَّةَ هِيَ ٱلۡمَأۡوَىٰ }

Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.

Ayat seterusnya masuk kpd bhgn terakhir surah An-Naziat,

ayat 79:42 (klik sini)

{ يَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلسَّاعَةِ أَيَّانَ مُرۡسَىٰهَا }

Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?"

- pelik kpd org musyirikin Mekah yg menanyakan bilakah berlaku hari kiamat, sedangkan mereka sudah sebati dgn tidak mempercayai hari kiamat itu sendiri. 
  • Pertanyaan tsbt adalah utk mempersenda dan memperlekeh Nabi Muhammad saw.

ayat 79:43 (klik sini)

{ فِيمَ أَنتَ مِن ذِكۡرَىٰهَآ }

Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?

ayat 79:44 (klik sini)

{ إِلَىٰ رَبِّكَ مُنتَهَىٰهَآ }

Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya.

ayat 79:45 (klik sini)

{ إِنَّمَآ أَنتَ مُنذِرُ مَن يَخۡشَىٰهَا }

Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.

- "munzir" bermaksud beri peringatan. 
- memberi peringatan dgn pengetahuan. 

ayat 79:46 (klik sini)

{ كَأَنَّهُمۡ يَوۡمَ يَرَوۡنَهَا لَمۡ يَلۡبَثُوٓاْ إِلَّا عَشِيَّةً أَوۡ ضُحَىٰهَا }

(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.

- Apbl ahli neraka telah melihat neraka jahanam, maka mereka merasakan itulah pengakhiran bagi mereka buat selama-lamanya. Disebabkan kedahsyatan yg menanti mereka berkurun-kurun lamanya dlm neraka itu nanti, mereka membandingkan tempoh hidup mereka hanya sepetang atau sepagi shj. 


Nota kuliah sebelum ini:
  • Tadabbur Surah An-Naziat ayat 79:15 hingga 24 (klik sini)


Sunday, October 16, 2022

Kenapa Al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab perlu dilupuskan?

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Ahad 16-Okt-2022

Soalan kuiz: Mengapakah Al-Quran pada gambar di bawah tidak mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN)?

Cuba teka apakah jawapannya:
(A) tidak bayar permit cetakan kpd KDN.
(B) ayat² tidak bersambungan ie dipisah-pisahkan.
(C) dijual secara online ie tidak dijual di kedai² buku.
(D) mengandungi transilaterasi latin.


Jawapan kuiz: (D) mengandungi transilaterasi latin


Penjelasan:
Al-Quran dlm gambar di atas tidak mendapat kelulusan dari KDN kerana cetakan Al-Quran itu mengandungi ayat² Al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan tulisan Al-Quran ie dlm tulisan rumi (seperti yang dicetak dgn font warna merah. rujuk cetakan di bwh tulisan Al-Quran huruf Arab).

  • Nota: Majlis Fatwa Kebangsaan dan KDN membenarkan sesebuah Al-Quran mengandungi tafsiran dlm huruf rumi.

Rujukan fatwa:
Tajuk: Penulisan Ayat-Ayat Al-Quran Dengan Huruf Roman


Justifikasi:
a) Penulisan bukan huruf Arab atau bukan tulisan Al-Quran atau huruf-huruf roman atau latin tidak mempunyai beberapa huruf yang ada dalam bahasa atau huruf-huruf Arab menjadikan ia tidak dapat memainkan peranan sepertiman yang dilakukan oleh huruf-huruf Arab.

b) Sekiranya Al-Quran ditulis dengan penulisan bukan huruf Arab atau bukan tulisan Al-Quran atau huruf-huruf Roman atau latin itu mengikut gaya bahasa Arab, pastilah akan terjadi kekurangan dan perubahan dalam lafaznya. Seterusnya akan berlaku pertukaran dan rosak makna Al-Quran itu.

  • Bacaan Al-Quran dlm rumi tiada hukum tajwid.
  • Kehilangan huruf² Al-Quran dlm penulisan rumi/latin menjadikan sebutan/bacaan Al-Quran tidak tepat. 
  • Kesilapan dlm sebutan dlm bacaan Al-Quran menjadikan maksud ayat Al-Quran berbeza dari maksud sebenar.

Kebenaran penggunaan Al-Quran dgn transilaterasi latin hanya dibenarkan di pusat dakwah sahaja, bagi tujuan pembelajaran kpd org yg baru memeluk Islam utk belajar membaca Al-Quran. Setelah itu mereka perlu menggunakan Al-Quran tanpa transilaterasi latin.