Friday, February 11, 2022

Cabaran Rasuah

- Dato Abdul Samat bin Kasah tazkirah Magrib Rabu 9-Feb-2022

Rasuah
Rasuah berpunca dari 2 sebab (i) kemahuan (ii) peluang. 

- Rasuah melibatkan integriti ie akhlak terhadap Allah. Hari ini kita terdedah dgn adab yg mana kita boleh tertipu dgn penampilan. 

Cabaran terhadap menolak godaan telah bermula sejak dari zaman Nabi Adam as. Keinginan/Kemahuan Inilah mendorong seseorg utk mendapatkan habuan. 

Surah Al-Baqarah Ayat 2:35 (klik sini utk paparan ayat

وَقُلۡنَا يَٰٓـَٔادَمُ ٱسۡكُنۡ أَنتَ وَزَوۡجُكَ ٱلۡجَنَّةَ وَكُلَا مِنۡهَا رَغَدًا حَيۡثُ شِئۡتُمَا وَلَا تَقۡرَبَا هَٰذِهِ ٱلشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ

Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim".

- Keinginan/Kemahuan manusia dinyatakan oleh Allah dlm Surah Ali Imran Ayat 14.

Surah Ali Imran Ayat 3:14 (klik sini utk paparan ayat

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٰتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلۡبَنِينَ وَٱلۡقَنَٰطِيرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَيۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ ذَٰلِكَ مَتَٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

- kata kunci rasuah adalah "ar risuah". 

- Allah beri amaran utk tidak memakan harta haram, dan jangan melakukan rasuah. 

Surah Al-Baqarah Ayat 2:188 (klik sini utk paparan ayat

وَلَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٰلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَٰطِلِ وَتُدۡلُواْ بِهَآ إِلَى ٱلۡحُكَّامِ لِتَأۡكُلُواْ فَرِيقٗا مِّنۡ أَمۡوَٰلِ ٱلنَّاسِ بِٱلۡإِثۡمِ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

- Terdapat 3 pihak dlm urusan rasuah (i) pemberi (ii) penerima (iii) pembantu. 

- Cabaran utk mengubah masyarat amat berat. 
a) pemimpin politik, menteri, idola/artis, malah ada tokoh ugamawan memperagakan harta dan kekayaan, menjadikan rakyat melihat harta sebagai suatu yg dibanggakan namun tidak menitik beratkan sumber kekayaan itu, adakah halal atau haram. 

b) melabelkan kesalahan kpd pihak yg kita tidak suka. 

- integriti bermula dari diri kita, isteri, anak2, adik-beradik.

- Kita perlu kuat menjaga hak, jaga hati dan hak org lain. Utk diri kita sendiri ie hati, kita perlu pujuk hati kita utk redho. Apbl diberi kuasa, jangan gunakan kuasa utk menzalimi orang lain.

- 4 bentuk rasuah
  1. Ambil rasuah  
  2. Beri rasuah 
  3. Claim/Tuntutan palsu
  4. Menggunakan kedudukan 

Surah Al-Fajr Ayat 89:27 dan 28 mengajarkan kita utk redho, dgn pemberian Allah. Redho dgn hantar yg diperoleh dan tidak mengidamkan harta yg dikurniakan kpd org lain.

Surah Al-Fajr Ayat 89:27 dan 28 (klik sini utk paparan ayat

يَٰٓأَيَّتُهَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَئِنَّةُ

(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
ٱرۡجِعِيٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةٗ مَّرۡضِيَّةٗ

"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -


- utk mendapatkan redho Allah, kita perlu mendapatkan redho manusia. Mendapat redho manusia bukan bermaksud memuja, atau patuh membuta-tuli kpd manusia yg lain, tetapi melakukan sesuatu perbuatan dan ucapan tidak menyakiti, menganiaya, menzalimi org lain. 



No comments: