Monday, February 21, 2022

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:190 hingga 193

- us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 21-Feb-2022

Surah Al-Baqarah Ayat 2:190 hingga 193


وَقَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ

Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.

- ayat² ini adalah ayat² peperangan, yg Rasulullah sendiri terlibat dlm peperangan. 
- bila berperang niat mestilah berperang kerana Allah (fisabilillah), bukan atas sebab² lain. 
- hadis: 3 jenis manusia yg pada pandangan manusia lain (biasa) mereka adalah ahli syurga: 

(a) org Islam yg mati dlm peperangan yg dikategorikan oleh org lain sebagai mati syahid. Apbl dibangkitkan nanti Allah akan tanyakan kpd dia apakah yg dilakukan dgn nikmat kesihatan. Dia kata dgn kesihatan dan kekuatan tubuh badannya dia menyertai peperangan hingga terbununh dlm peperangan. Allah mengatakan kpd dia bhw dia menipu kerana dia berperang kerana ingin mendapatkan sanjungan dan pujian, dan memang dia telah dpt apa yg diharapkan. Setelah kematiannya manusia memujinya, berikan pingat dan lain² sanjungan. Allah katakan kpdnya maka pd hari ini dia tidak dapat apa² kerana niat dia berperang bukan kerana Allah. Maka Allah perintahkan malaikat humbankan dia dlm neraka.  (sila rujuk nota tambahan di akhir nota)

- Dlm ayat ini Allah melarang org Islam memulakan peperangan kecuali membalas tindakan dan kekejaman yg dilakukan oleh pihak kufar ke atas org Islam. 

- Dlm suatu hadis yg lain, perkara² yg dilarang yg menjadi adab peperangan adalah: 
a) mengelak dari me bunuh perempuan dan kanak², walaupun mereka bersenjata
b) menjauhi dari mencederkan muka pihak musuh dlm maksud lain jangan menyiksa. Jika perlu bunuh, maka lakukan dgn cepat agar tidak berlaku penyiksaan kpd musuh. 

- Ada juga mentafsirkan "wa la tak tadu" adalah berperang dgn tentera yg hendak menyerang/membunuh org Islam shj. Bukan utk membunuh ahli keluarga, harta benda pihak musuh. 


وَٱقۡتُلُوهُمۡ حَيۡثُ ثَقِفۡتُمُوهُمۡ وَأَخۡرِجُوهُم مِّنۡ حَيۡثُ أَخۡرَجُوكُمۡۚ وَٱلۡفِتۡنَةُ أَشَدُّ مِنَ ٱلۡقَتۡلِۚ وَلَا تُقَٰتِلُوهُمۡ عِندَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ حَتَّىٰ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِيهِۖ فَإِن قَٰتَلُوكُمۡ فَٱقۡتُلُوهُمۡۗ كَذَٰلِكَ جَزَآءُ ٱلۡكَٰفِرِينَ

Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.

- Allah membenarkan musuh Islam yg memusuhi org Islam, dibunuh walau di mana dia ditemui. Islam tidak mengacau org lain, tetapi jika mengamcam utk melakukan kerosakan/bunuh kpd org Islam, maka darahnya halal bagi org Islam (ie dibenarkan utk org Islam membunuhnya). 

- Jangan membunuh dlm Masjidil Haram, kecuali pihak musuh masuk menceroboh dlm kawasan Masjidil Haram. 


فَإِنِ ٱنتَهَوۡاْ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٞ

Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

- Jika pihak musuh berhenti berperang dan menyerah diri, mereka tidak dibenarkan utk dibunuh. 



وَقَٰتِلُوهُمۡ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتۡنَةٞ وَيَكُونَ ٱلدِّينُ لِلَّهِۖ فَإِنِ ٱنتَهَوۡاْ فَلَا عُدۡوَٰنَ إِلَّا عَلَى ٱلظَّٰلِمِينَ

Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.

- Inilah matlamat peperangan ie: 
  1. supaya tiada lagi penindasan terhadap ugama Islam dan juga org Islam, 
  2. mempertahankan ugama Islam. 

- peperangan di Palestine adalah peperangan ugama, ianya medan perang yg dibenarkan hinggalah Masjidil Aqsa dibebaskan dari cengkaman Israel, dan diuruskan oleh org Islam. Ruang utk berperang dalam mempertahankan ugama Islam masih terbuka, spt di tempat-tempat di mana umat Islam dizalimi dan ditindas/dibunuh oleh musuh-musuh Islam.

- Ayat jihad dan seruan jihad kekal hingga bila-bila. Sehinggalah Islam menguasi dunia. Tugas seluruh umat Islam adalah utk membantu tentera Palestine dlm bentuk doa, wang, ubat-ubatan dan kebendaan/peralatan.  
 

Nota tambahan:
Daripada Abu Hurairah R.A, ia berkata, aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud;

“Orang yang akan diadili paling awal ialah seorang yang mati syahid. Allah memperlihatkan kurniaan yang diberikan kepadanya. Allah bertanya: ‘Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat tersebut?’  ‘Aku berperang di jalan-Mu sehingga aku gugur sebagai syahid.’  ‘Kamu tipu! Kamu berperang supaya dipanggil sebagai seorang perwira(berani). Dan gelaran itu telah diberikan.’ Lalu Allah memerintahkan dia dibawa pergi dengan wajahnya terseret sampailah dia dilemparkan ke dalam neraka.

Kemudiannya, seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya serta membaca al-Quran. Allah memperlihatkan kurniaan yang pernah diberikan kepadanya. ‘Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat tersebut?’ ‘Aku belajar ilmu dan mengajarkannya serta membaca al-Quran keranaMu.’ ‘Kamu tipu! Kamu belajar ilmu supaya dipanggil orang alim dan kamu membaca al-Quran kerana ingin dipanggil qari. Dan gelaran itu telah diberikan.’ Lalu Allah perintahkan dia dibawa pergi dengan wajahnya terseret sampai-lah dia dilemparkan ke dalam neraka.

Selepas itu, datanglah pula seorang yang Allah berikan kemewahan. Allah memperlihatkan kurniaan yang pernah diberikan kepadanya.  Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat itu?’  ‘Tidak ada satu jalan (kebaikan) pun yang Engkau sukai melainkan aku sedekahkan harta pada jalan tersebut.’ Kamu penipu! Kamu melakukannya kerana mahu dipanggil dermawan. Dan gelaran itu sudah diberikan.’Lalu Allah memerintahkan dia dibawa pergi dengan wajahnya terseret hingga sampai ke dalam neraka.” ; [HR Muslim]






No comments: