Surah Al-Baqarah Ayat 2:188 hingga 189
Ayat 2:188 (klik sini utk paparan ayat)
وَلَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٰلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَٰطِلِ وَتُدۡلُواْ بِهَآ إِلَى ٱلۡحُكَّامِ لِتَأۡكُلُواْ فَرِيقٗا مِّنۡ أَمۡوَٰلِ ٱلنَّاسِ بِٱلۡإِثۡمِ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَDan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).
Hukum Tajwid: "Ikhfak Syafawi":
- Ikhfak syafawi adalah apabila "mim mati" bertemu dgn huruf "ba"
- Dlm ayat 188 ini, ikhfak syafawi ditemukan pada 2 tempat.
- Cara bacaan ikhfak syafawi sama dgn bacaan iklab.
Hukum Tajwid: "Iklab":
- Iklab bermaksud apabila nun mati atau tanwin bertemu huruf ba, maka nun mati atau tanwin "digantikan" dgn huruf mim.
- Dlm Al-Quran, iklab akan diletakkan huruf "mim kecil", menunjukkan bacaan disitu adalah iklab ie perlu ditukarkan kpd "mim"
- Cara bacaan iklab ada 2, (kedua-duanya diterima):
- merapatkan kedua-dua bibir (atas dan bawah) dgn dengung
- merenggangkan (membuka) sedikit antara kedua bibir (bibir tidak ditutup rapat) dgn dengung. -- lubang kecil sekadar keluar angin yg sedikit atau sekadar sehelai kertas.
- Cara sebutan huruf "ba" adalah nipis. Bukan tebal. Kecuali apabila qalqalah.
Ayat 2:189 (klik sini utk paparan ayat)
۞يَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡأَهِلَّةِۖ قُلۡ هِيَ مَوَٰقِيتُ لِلنَّاسِ وَٱلۡحَجِّۗ وَلَيۡسَ ٱلۡبِرُّ بتَأۡتُواْ ٱلۡبُيُوتَ مِن ظُهُورِهَا وَلَٰكِنَّ ٱلۡبِرَّ مَنِ ٱتَّقَىٰۗ وَأۡتُواْ ٱلۡبُيُوتَ مِنۡ أَبۡوَٰبِهَاۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَMereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya."
Hukum Tajwid: "Qalqalah Akhbar"
- Qalqalah Akhbar dibunyikan selepas 2 harkat
"wal haj... jeh" (... berhenti sekira-kira 2 harkat kemudian membunyikan qalqalah dgn bunyi "jeh").
qalqalah spt menekan udara sebelum dilepaskan.
- Hadis berkenaan amalan pada bulan Rajab:
Dalam hadith Hamid bin Abi Hamid al-Tawil, bahawasanya beliau mendengar Anas bin Malik ra berkata: telah datang 3 lelaki ke rumah isteri-isteri Nabi saw bertanya tentang ibadah Nabi saw. Apabila dikhabarkan kepada mereka tentang ibadah Baginda saw, mereka seolah-olah memperkecilkan ibadah Baginda, lalu berkata: Siapalah kami jika dibandingkan dengan Nabi saw? Allah telah mengampunkan segala dosa Baginda yang telah lalu dan akan datang. Berkata salah seorang dari mereka: “Sesungguhnya aku solat sepanjang malam.” Berkata seorang lagi: “Aku berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka.” Berkata seorang lagi: “Aku menjauhi wanita dan aku tidak berkahwin,” Kemudian Rasulullah saw datang kepada mereka, lalu bersabda:
Setelah mereka beredar, Aisyah menceritakan hal 3 lelaki itu kepada Rasulullah saw. Rasulullah kemudiannya mengarahkan mereka dipanggil, membetulkan fahaman 3 orang itu.
Maksudnya: “Kaliankah yang berkata begini dan begini? Demi Allah, aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan paling bertaqwa dari kalangan kamu, tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku solat dan tidur, aku berkahwin dengan wanita, maka barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku, dia bukanlah dari kalanganku.”
- Hadis bekenaan perbicaraan:
Maksud: Aku hanya seorg manusia dan aku didatangi oleh orang-orang yg berguam, dan mungkin setengah kamu lebih pintar dalam mengeluarkan hujahnya dari setengah yang lain. Lalu aku menajtuhkan hukuman yang memberi kemenangan kepadanya. Oleh itu sesiapa yg aku telah jatuhkan hukuman yang memberi kemenangan kepadanya yang merugikan hak sesorang muslim yang lain, maka sesungguhnya itulah sepotong api neraka. Maka hendaklah ia tanggungnya atau jauhinya.
Pengajaran: Jangan ambil harta sekiranya kemenangan hasil dari perbicaraan itu adalah disebabkan kelebihan hujah, bukannya kebenaran.
No comments:
Post a Comment