Monday, February 7, 2022

Jangan Suka Memuji Diri Sendiri

- us Alif Syukri kuliah Suboh Ahad 6-Jan-2022

Larangan memuji diri utk menunjuk-nunjuk

- Jangan memuji diri sendiri semata-mata nak membezakan diri kita lebih baik dari orang lain. Tabiat suka menyalahkan org lain perlu dielakkan. Orang yang tidak mengakui kelemahan diri sendiri akan menyalahkan org lain demi menutup kelemahan/kesalahannya.

Surah An-Nisa Ayat 4:49 (klik sini utk paparan ayat

Jأَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ يُزَكُّونَ أَنفُسَهُمۚ بَلِ ٱللَّهُ يُزَكِّي مَن يَشَآءُ وَلَا يُظۡلَمُونَ فَتِيلًا

Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jualah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.

- Hadis manusia menjadi muflis di Akhirat kerana dosa dgn manusia. 

Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bertanya:

أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ ؟ قَالُوا : الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لاَ دِرْهَمَ لَهُ وَلاَ مَتَاعَ ، فَقَالَ : إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلاَةٍ ، وَصِيَامٍ ، وَزَكَاةٍ ، وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا ، وَقَذَفَ هَذَا ، وَأَكَلَ مَالَ هَذَا ، وَسَفَكَ دَمَ هَذَا ، وَضَرَبَ هَذَا ، فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ ، وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ ، فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ، ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ

Maksudnya: "Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?" Para sahabat menjawab: "Orang yang muflis di kalangan kami adalah orang yang sudah tidak lagi memiliki dirham dan harta benda." Baginda bersabda: "Orang yang muflis adalah orang yang datang pada hari Kiamat dengan membawa amalan solat, zakat dan puasa, Namun dia datang dalam keadaan dahulu pernah mencaci maki si fulan, menuduh dan memfitnah fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan dan memukul si fulan. Amal-amal kebaikannya dibahagi-bahagikan kepada orang-orang tersebut. Jika hak yang pernah dia langgar belum dapat dipenuhi semuanya, sedangkan amal-amal kebaikannya sudah habis, maka kesalahan-kesalahan mereka diambil lalu dipikulkan ke belakangnya. Kemudian dia dilempar ke dalam neraka.” [HR Muslim (2581), Ahmad (8829) dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman (338)]


- Dosa dgn orng lain. Pesanan Rasulullah supaya meninggalkan 3 perkara, yg menjadi hilang pahala, muflis di Akhirat nanti. 
  1. buruk sangka dgn org lain -- menzalimi org lain dgn mencaci, mengatakan sesuatu yg tidak benar terhadap seseorg
  2. mencari-cari kesilapan/keburukan org lain
  3. suka bermegah-megah dgn perbuatan/amalan diri sendiri

- Terdapat 2 jenis taubat:
1) taubatan nasuha ie taubat yg sempurna ie cukup syaratnya. Jika dosa terhadap Allah maka 3 syarat taubat dan jika dosa terhadap manusia ada 4 syarat taubat. 

Kata imam Nawawi, barangsiapa bertaubat tetapi tidak memenuhi syarat sah taubat, maka taubat mereka tertolak disisi Allah.

Imam al-Nawawi menyebut dalam kitab Riyadh al-Salihin: “Para ulama berkata, bertaubat dari setiap dosa hukumnya adalah wajib. Jika maksiat (dosa) itu antara hamba dengan Allah SWT - yang tidak ada sangkut pautnya dengan hak manusia - maka syaratnya ada tiga:

  1. Menjauhi dan meninggalkan maksiat
  2. Menyesal kerana telah melakukan maksiat tersebut.
  3. Berazam dan bertekad untuk tidak mengulangi perbuatan maksiat itu selama-lamanya.

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubatnya tidak sah.

Namun, sekiranya maksiat itu berkaitan dengan hak manusia yang lain, maka syaratnya ada empat. Iaitu ketiga-tiga syarat di atas (dan ditambah satu syarat lagi, iaitu):

  • Hendaklah dia meminta dibebaskan daripada hak orang yang dizaliminya. Jika berbentuk harta benda atau sejenisnya maka dia harus mengembalikannya (kepada orang yang diambil hartanya). Jika dalam bentuk tuduhan palsu atau seumpamanya, maka hendaklah dipulihkan namanya atau meminta maaf kepadanya. Jika ia berbentuk ghibah, maka harus minta dihalalkan. (Lihat Riyadh al-Salihin, hlm. 41-42)


Ibn Abbas ra:

التَوْبَةُ النصوحُ الندمُ بالقَلْبِ، والاسْتِغْفَارُ بِالِسَانِ، والاقلاعُ بالبَدْنِ، والإِضْمَارُ عَلَى ألا يعودَ

MaksudnyaTaubat Nasuha ialah sesal dengan hati, istighfar dengan lidah, buang perlakuan maksiat dengan tubuh badan dan berazam tidak kembali semula.


2) taubat naqisah

- org yg bersyukur dia akan beramal dgn cara bersedekah dan mengeluarkan zakat. 

- 3 tanda-tanda ajal sudah dekat. 
1. Badan yg segak/tegap menjadi lemah
2. Bulu di badan (termasuk rambut) yg berwarna hitam menjadi putih
3. Gigi mula luruh. 

- para ulamak memberi ingatkan kpd kita

.. siapa beri ingatkan bhw telah rosak seseorg... 
Jika dia mengatakan seseorg itu tidak elok sebenarnya dialah yg tidak elok. 

- org yg mempunyai hati yang sakit, dia akan mengadu domba keburukan org lain.

- di dunia ini ada suatu tempat yg diampunkan dosanya iaitu berada dlm majlis ilmu.

- Para ulamak membenarkan 3 golongan yg dibenarkan mengungkit itupun utk memberi ingatan kpd mereka, bukan utk membesar diri. 

  1. Ibubapa -- Ibubapa boleh mengungkit bilamana anak-anak tidak mengenang jasa dan budi, supaya mereka kembali taat kpd ibubapa. 

  2. Guru -- guru boleh mengungkit akan ilmu baik yang dicurahkannya supaya anak-anak murid menjaga adab dengan guru. 

  3. Suami -- suami mengungkit dengan isteri-isteri yg derhaka kpdnya. 

Malaikat mendoakan org yg hidupnya melakukan kebaikan. Kisah Uwais yg berkhidmat kpd ibunya. (klik sini utk bacaan kisah Uwais bin Al-Qarani

Uwais termasuk dari kalangan tabi’in yang utama. Ini berdasarkan nas yang diriwayatkan daripada Umar al-Khattab R.A, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ خَيْرَ التَّابِعِينَ رَجُلٌ يُقَالُ لَهُ أُوَيْسٌ وَلَهُ وَالِدَةٌ وَكَانَ بِهِ بَيَاضٌ فَمُرُوهُ فَلْيَسْتَغْفِرْ لَكُمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya tabi’in yang terbaik ialah seorang lelaki yang bernama Uwais. Dia memiliki seorang ibu dan dahulu dia berpenyakit kulit (tubuhnya ada putih-putih). Suruhlah dia untuk memohon ampun untuk kamu semua.” [HR Muslim (2542)]


No comments: