- us Lt Kol Shukri Yahya kuliah Suboh Ahad 1-Mac-2026
Memilih Keutamaan Dalam Beribadah - Bab Puasa
- Dalil perintah Allah untuk umat Islam melaksanakan puasa spt dalam surah Al-Baqarah ayat 2:183 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ }
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
- "كُتِبَ" bila Allah panggil kita sebagai org² beriman, Allah perintahkan kpd kita/org² Islam wajib berpuasa, maka hendaklah kita/org² Islam laksanakan ibadah puasa.
Surah Al-Baqarah ayat 2:185 (klik sini)
{ شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهۡرَ فَلۡيَصُمۡهُۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٖ فَعِدَّةٞ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُكۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ }
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
- "فَلۡيَصُمۡهُۖ" maka hendaklah kamu berpuasa apbl telah nampak ank bulan.
Menurut Syekh Yusuf al‑Qardhawi dalam kitab Fiqh al‑Shiyam (Fiqh Puasa), ayat ini menegaskan konsep kewajiban puasa bagi orang yang mampu dan hadir di tempat tinggalnya, sekaligus menutup fasa “pilihan” (takhyir) antara puasa atau fidyah yang ada dalam ayat sebelumnya (Al‑Baqarah: 2:184)
- Maqasid syariah (matlamat syariah) berkenaan ibadah puasa ie Islam memberi kemudahan atau kelonggaran kpd umatnya (yg tidak mampu) dlm melaksanakan perintah Allah.
1. Allah menjadikan ibadah puasa Ramadhan dalam tempoh yang mampu dan memberi keringanan:
(a) org yg bermusafir (syaratnya mesti melebihi 2 marhalah);
(b) org yg sakit dibolehkan qadak (menggantikan puasa);
(c) org yg sakit sgt berat danntidak mampu qadak puasanya dibolehkan utk bayar fidyah.
- Pelaksanaan ibadah puasa itu faedahnya adalah utk individu itu sendiri, bukan utk Allah.
Hadis:
- Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Allah berfirman: "Setiap amal anak Adam adalah untuk anak Adam itu sendiri, melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu bagi-Ku, dan Aku membalasi puasanya itu. Puasa itu bagaikan perisai; maka apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah berkata kotor dan jangan pula berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya, maka hendaklah ia mengatakan: 'Aku ini puasa.' Demi Allah, yang diri Muhammad berada dalam genggaman-Nya, sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Bagi orang yang puasa ada dua kegembiraan yang menggembirakannya: Apabila ia berbuka ia gembira, dan apabila ia menemui Tuhannya, ia gembira dengan puasanya. " [Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0935]