Saturday, October 5, 2024

Sahabat Rasulullah: Sa'ad bin Muadz

- us Norazam Abdullah kuliah Suboh Sabtu 5-Okt-2024

Sahabat Rasulullah: Sa'ad bin Muadz

Sa'ad bin Mu'adz adalah seorang sahabat Nabi Muhammad dan pemimpin Bani Aus di Madinah. Ia memeluk Islam pada tahun 622 M dan dikenal sebagai tokoh penting di kalangan Anshar. Sa'ad terlibat dalam beberapa pertempuran, termasuk Badar, Uhud, dan Khandaq. Setelah pertempuran Khandaq, ia menjadi hakim bagi Bani Quraizah yang dihukum mati karena pengkhianatan mereka. Sa'ad wafat akibat luka yang dideritanya, dan saat kematiannya, langit bergetar dan jenazahnya dihantar oleh 70,000 malaikat.

- Ketua kpd bani Ashal
- Perjanjian Aqabah yang pertama Rasulullah hantarkan utusan Mus'ab utk memberitahu tentang Islam kpd penduduk Yathrib.
- Mus'ab meminta Usaib bin Hudair utk mendengar dahulu apakah yg ingin disampaikan. Usaib setuju dan akhirnya memeluk Islam.
- Usaib meminta Sa'ad bin Muadz sendiri pergi bertemu dgn Mus'ab. Mus'ab meminta Sa'ad bin Muafz utk mendengar dahulu apa yg ingin disampaikan, Sa'ad setuju mendengarkannya. Akhirnya dia bersetuju utk memeluk Islam.
- Setelah itu dia pulang menemui kaumnya (bani Ashal) dan bertanyakan status dia dlm kalangan kaumnya. Setelah kaumnya mengatakan Sa'ad itu seorg ketua yg mereka akan patuh kpdnya, Sa'ad mengatakan dia tidak akan berkata² dgn sesiapa yg menemuinya melainkan orang itu telah memeluk Islam. Maka seluruh kaumnya memeluk Islam.
- Dlm suatu majlis mesyuarat sebelum peperangan Badar, Rasulullah bertanya kpd para sahabat, namun Rasulullah tetap meminta cadangan dari kalangan sahabat. Sa'ad perasan yg baginda Rasulullah tidak berpuas hati dgn jawapan/cadangan para sahabat itu. Sa'ad memberitahu bahawa org² Ansar akan memberi perlindungan kpd Rasulullah walau apa yg terjadi. Itulah cadangan yg ditunggu oleh Rasulullah, kerana cadangan² yg sebelum itu datangnya dari para sahabat Muhajirin.

- Perang Khandak
- Org² yahudi bani Quraizah bersetuju utk menyertai Rasulullah dan tentera Islam mempertahankan Rasulullah dan Yathrib dari serangan tentera kafir.
- Di peringkat awal peperangan, panah yg dipanahkan oleh tentera kafir mengenai lengan Sa'ad bin Muadz. Dia cedera dan dibawa ke masjid Nabi utk dirawat.
- Allah hantarkan agin ribut sehinggakan tentera kafir berundur dari Khandak. Setelah mereka berundur, Rasulullah dan tentera Islam berundur ke Yathrib. Ketika tiba di rumah, baginda Rasulullah ketika menanggalkan baju perisai perang baginda, malaikat Jibrail muncul dan bertanyakan Rasulullah telah membuka baju perang, jawab Rasulullah, ya. Kata malaikat Jibrail, sesungguhnya para malaikat masih memakai baju perang mereka. Jibrail memberitahu Rasulullah bhw kaum Quraizah mengingkari perjanjian dgn Rasulullah. Rasulullah menyarung baju perangnya dan keluar dari rumah dan memberitahu para sahabat utk mereka semua bersolat Asar di Quraizah. Bermaksud mereka perlu bersegera ke perkampungan bani Quraizah.

- Bani Quraizah bersetuju dgn sebarang hukuman yg bakal diputuskan, namun mereka meminta supaya bukan Rasulullah yg memutuskan hukuman ke atas mereka kerana melanggari perjanjian dgn Rasulullah. Rasulullah bersetuju dgn permintaan bani Quraizah, dan mengarahkan supaya dibawakan Sa'ad bin Muadz yg ketika itu dirawat di masjid Nabawi.
- Permintaan bani Quraizah itu adalah kerana mereka lebih kenal Sa'ad bin Muadz, kerana tinggal di Yathrib dan mungkin juga pernah membuat persetujuan dlm perang² sebelum kedatangan Rasulullah ke Yathrib.
- Sa'ad bin Muadz dibawa ke Quraizah (dikhabarkan jarak Yathrib ke Quraizah sekitar 10 kilometer)

- 3 hukuman yg diputuskan oleh Sa'ad bin Muadz kpd bani Quraizah
  1. Semua lelaki bani Quraizah yg layak berperang mestilah dibunuh.
  2. Perempuan dan anak-anak mereka dijadikan tawanan.
  3. Harta benda mereka dibahagi-bahagikan di antara kaum Muslimin.
Keputusan ini disetujui oleh Rasulullah, yang menyatakan bahwa Sa'ad telah menghukum mereka sesuai dengan hukum Allah.

- Ada riwayat mengatakan 400 org yahudi bani Quraizah dihukum bunuh.

No comments: