Saturday, January 24, 2026

Mengikat Diri Kepada Allah

- us Ibrahim bin Mat Isa kuliah Maghrib Sabtu 24-Jan-2026

Mengikat Diri Kepada Allah

- Allah SWT memerintahkan hamba-Nya untuk memohon rezeki dan makanan daripada-Nya melalui doa dan tawakal, seperti dalam beberapa ayat Al-Quran yang menekankan kebergantungan kepada-Nya sebagai Pemberi Rezeki (Ar-Razzaq).

- Dalil Allah perintahkan kita berdoa kpd-Nya meminta apa yg kita perlukan, spt dlm surah Ghafir ayat 40:60 (klik sini)
{ وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدۡعُونِيٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِي سَيَدۡخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ }

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

Ayat ini secara spesifik menyuruh berdoa (minta) kepada Allah, termasuk memohon rezeki dan makanan, kerana segala rezeki dari-Nya. Dalil Allah pemilik rezeki dlm surah Hud ayat 11:6 (klik sini)
{ ۞وَمَا مِن دَآبَّةٖ فِي ٱلۡأَرۡضِ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ رِزۡقُهَا وَيَعۡلَمُ مُسۡتَقَرَّهَا وَمُسۡتَوۡدَعَهَاۚ كُلّٞ فِي كِتَٰبٖ مُّبِينٖ }

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

- Ayat-ayat ini mengajar kita untuk selalu berdoa meminta makanan dan rezeki, kerana hanya Allah yang Maha Kuasa mengadakannya.

- Allah juga sebutkan dlm Al-Quran, rezeki pakaian juga diberikan oleh-Nya, maka kita berhajat kpd pakaian dan dgn itu dituntut utk berdoa kpd Allah utk memperoleh pakaian yg baik-baik utk kita dan ahli keluarga.  Dalil Allah menurun/sediakan pakaian kpd hamba-Nya dlm surah Al-Araf ayat 7:26 (klik sini)
{ يَٰبَنِيٓ ءَادَمَ قَدۡ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكُمۡ لِبَاسٗا يُوَٰرِي سَوۡءَٰتِكُمۡ وَرِيشٗاۖ وَلِبَاسُ ٱلتَّقۡوَىٰ ذَٰلِكَ خَيۡرٞۚ ذَٰلِكَ مِنۡ ءَايَٰتِ ٱللَّهِ لَعَلَّهُمۡ يَذَّكَّرُونَ }

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

- Minta keampunan hanya kpd Allah, tanpa ada perantara spt pendeka atau bahan-bahan sembahan. Dalilnya dlm surah Hud ayat 11:3 (klik sini)
{ وَأَنِ ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ ثُمَّ تُوبُوٓاْ إِلَيۡهِ يُمَتِّعۡكُم مَّتَٰعًا حَسَنًا إِلَىٰٓ أَجَلٖ مُّسَمّٗى وَيُؤۡتِ كُلَّ ذِي فَضۡلٖ فَضۡلَهُۥۖ وَإِن تَوَلَّوۡاْ فَإِنِّيٓ أَخَافُ عَلَيۡكُمۡ عَذَابَ يَوۡمٖ كَبِيرٍ }

Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).

- Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, spt dalil dlm surah Al-Baqarah ayat 2:199 (klik sini)
{ ثُمَّ أَفِيضُواْ مِنۡ حَيۡثُ أَفَاضَ ٱلنَّاسُ وَٱسۡتَغۡفِرُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٞ }

Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

- Ayat ini membuktikan istighfar adalah ketaatan wajib yang mendatangkan keampunan dan keberkatan.

- Ibnu Katsir dalam tafsirnya menyatakan bahawa Surah Ali Imran ayat 31 adalah hakim (penentu) bagi mereka yang mengaku mencintai Allah tetapi tidak mengikuti jalan Nabi Muhammad saw. Pengakuan cinta itu dusta sehingga mereka mengikuti syariat baginda Rasulullah saw sepenuhnya dalam kata-kata, perbuatan, dan keadaan.
Surah Ali-Imran ayat 3:31 (klik sini)
{ قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ }

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

- Ayat ini menyangkal orang Yahudi dan Nasrani yang mendakwa cinta Allah padahal menolak Nabi Muhammad saw, serta orang munafik yang mengaku beriman tapi tidak taat. 
  • Ibnu Kathir mengaiktkan hadis berikut: 
  • Dari Ubadah bin Shamit r.a., dia menceritakan bahawa Rasulullah bersabda) sedang beliau dikelilingi oleh sekumpulan sahabat-sahabat beliau. Sabda beliau: "Marilah kamu mengadakan perjanjian dengan saya, bahawa kamu tidak akan mempersekutukan Tuhan dengan sesuatu apapun. Kamu tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak membunuh anak-anak kamu, tidak melakukan kebohongan (kepalsuan) yang kamu ada-adakan antara tangan dan kaki kamu (melakukan kejahatan), dan tidak akan mendurhakai saya dalam amal kebaikan. Barangsiapa di antara kamu yang menepati janjinya, maka upahnya dari Tuhan. Siapa yang terlanjur melakukan sesuatu di antaranya, lalu ia diseksa di dunia ini, itu menjadi kifarat (menghapuskan dosanya). Siapa yang terlanjur melakukan sesuatu di antara yang demikian dan Tuhan menutupinya (tidak diketahui orang), urusannya terserah kepada Tuhan. Jika Tuhan menghendaki diseksaNya, dan jika Tuhan menghendaki dimaafkanNya" Kata Ubadab: "Lalu kami mengadakan perjanjian dengan beliau berkenaan dengan yang demikian itu". [Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1555]

  • Al-Hasan Al-Basri dan Salaf lain menyebut ayat ini sebagai ujian: Ada yang mendakwa cinta Allah, maka Allah uji dengan perintah "Ikutilah aku (Nabi saw), nescaya Allah mengasihi kamu." Mengikuti Nabi mendatangkan cinta dan keampunan Allah yang lebih besar daripada usaha mereka.

- Surah Ali-Imran ayat 3:32 (klik sini)
{ قُلۡ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡكَٰفِرِينَ }

Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.

- Ikat keimanan kita dgn Allah, kerana ancaman dlm ayat 3:32 ini adalah balasan neraka, bilamana kita tidak mengikat diri dan amalan hanya kpd Allah SWT.

- Imam Syafie menekankan ikatan ini melalui ketaatan mutlak kepada syariat, tauhid, dan penyerahan diri (tawakal) kepada Allah sebagaimana sifat-sifat-Nya yang ditetapkan dalam Al-Quran dan Sunnah. "Kita itsbatkan (tetapkan) sifat-sifat Allah yang disebutkan oleh Al-Qur'an dan Sunnah, dan nafikan tasybih (penyerupaan dengan makhluk) daripada-Nya," seperti Allah di atas Arasy-Nya dan turun ke langit dunia mengikut kehendak-Nya.

- Ikatan diri bermakna berpegang teguh pada nama dan sifat Allah tanpa ta'wil (penafsiran) akal, kerana "ilmu tentang sifat Allah tidak dicapai dengan akal atau fikiran, tetapi melalui wahyu"

- Imam Syafie mengajarkan cara mengikat diri kpd Allah:
  1. Taat kepada Allah dan Rasul: 
    Mengikuti sunnah sebagai bukti cinta, selari dengan Ali Imran 3:31 yang dibincangkan di atas.
  2. Menghindari bid'ah:
    Imam Syafie menegur pengikutnya supaya berpegang pada sunnah Salaf, bukan kalam atau hawa nafsu.
  3. Tawakal mutlak:
    Segala usaha duniawi (fiqh) mesti diikat dengan keimanan bahawa Allah mengurus segala sesuatu

Sunday, January 18, 2026

Iman dan Moral

- us Dr Mohamed Sabir bin Jamaludin kuliah Suboh Ahad 18-Jan-2026

Iman dan Moral

Hadis:
  • Abu Kuraib Muhammad bin Alaa' menceritakan kepada ku, Abdah bin Sulaiman memberitahukan kepada ku, dari Mohammad bin Amr. Abu Salamah memberitahukan kepada ku dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah saw bersabda: "Mukmin yang paling sempurna imannya adalah sebaik-baik budi pekertinya dan yang sebaik-baiknya budi pekerti adalah yang baik terhadap isterinya." Di dalam bab ini ada hadis yang diriwayatkan dari Aisyah dan Ibnu Abbas. Hadisnya Abu Hurairah adalah hadis hasan sahih. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1171]

- Akhlak itu ada dua (2) hubungan ie hubungan kpd Allah dan kedua adalah hubungan kpd manusia.

- Akhlak kpd Tuhan adalah hubungan yg besar, segala nikmat yg kita terima tanpa perlu dibayar kpd Allah melainkan bersyukur dan beringat kpd tuhan akan apa yg diperolehi dlm dunia ini dlm pada masa yg sama jangan menyekutukan/mensyirikkan Allah.

- Sebagai seorg Islam, kita tidak boleh lari dari menundukkan diri kpd Allah. Dlm solat kita minta/dia agar ditunjukkan jalan yg lurus supaya kita tidak tergelincir dari iman akibat dari bisikan² syaitan.

- Bisikan² syaitan amat kuat bukan hanya pd zaman kita, tetapi berlaku juga pd zaman Nabi. Kisah para sahabat termakan bisikan syaitan walupun mereka hidup sezaman dgn Nabi.

Selepas Bani Nadir diusir atas pengkhianatan mereka, harta rampasan seperti kebun kurma dan rumah-rumah diberikan kepada Muhajirin sahaja, tanpa bahagian untuk Ansar. Sebahagian Ansar, termasuk Sa'ad bin Ubadah dan Sa'ad bin Mu'adh, menyuarakan rasa tidak puas, dengan berkata, "Wahai Rasulullah, ini pembahagian yang belum pernah kami lihat sebelum ini," kerana sebelumnya ghanimah perang seperti di Badar dibahagikan kepada semua peserta.

Syaitan cuba menanam perasaan iri hati, tetapi Nabi saw menenangkan mereka dengan menjelaskan hikmah pembahagian itu.Respon Nabi saw. Nabi saw mengumpulkan Ansar di tempat khusus dan memberi khutbah panjang, menegaskan: "Wahai Ansar, bukankah Allah telah cukupkan kamu dengan agama, manakala Muhajirin diberi harta?" Ansar menjawab dengan setia: "Cukuplah bag kami Allah dan Rasul-Nya." Mereka pulang tanpa ghanimah fizikal tetapi membawa Rasulullah SAW sebagai 'harta' terbesar, mengukuhkan ikatan ukhuwah.

Surah Al-Qalam ayat 59:6 (klik sini)
{ وَمَآ أَفَآءَ ٱللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ مِنۡهُمۡ فَمَآ أَوۡجَفۡتُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ خَيۡلٖ وَلَا رِكَابٖ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ يُسَلِّطُ رُسُلَهُۥ عَلَىٰ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ }

Dan apajua yang Allah kurniakan kepada RasulNya dari peninggalan harta benda mereka (yang telah diusir itu, maka kamu tidak berhak mendapatnya), kerana kamu tidak memecut seekor kuda pun dan tidak menunggang seekor unta pun (untuk berperang mengalahkan mereka); tetapi Allah memberikan kekuasaan kepada Rasul-rasulNya mengalahkan sesiapa yang dikehendakiNya (dengan tidak payah berperang); dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

2. Akhlak kpd manusia
- AJK masjid/surau perlu jaga mulut dan hubungan dgn warga penduduk dan juga jemaah. Lebih² lagi bilamana anak² warga kariah dtg mohon bantuan/pertolongan. Jaga mulut dan jangan perli, tolak permintaan sewenangnya atau hina mereka kerana bapa mereka tidak dtg ke masjid/surau. Hati² kerana syaitan sentiasa mencari peluang utk membisikkan hasutan² agar kita berlaku sombong/takbur.

- Setiap hari kita keluar rumah, paling kurang ke tempat kerja dan ke masjid/surau. Kita ke pejabat berjumpa org utk mencari rezeki. Jaga hubungan sesama pejabat. Bila pulang ke rmh jaga hubungan sesama jemaah, caranya hadir solat berjemaah, dengar kuliah dan join aktiviti² anjuran masjid/surau. Jaga hubungan sesama jiran, bertolak ansur. Jangan sombong dan meninggi suara/diri bilamana ada jiran/saudara jiran tumpang pakir dpn rmh.

- Kesempurnaan iman bergantung kpd kesempurnaan akhlak.

Saturday, January 10, 2026

Kategori Jenayah Membunuh

- us Fathi Mohamad kuliah Maghrib Sabtu 10-Jan-2026

Kategori Jenayah Membunuh

Tiga (3) Kategori Pembunuhan:
  1. Qatl al-'Amd (Pembunuhan Sengaja Murni):
    Pembunuh sengaja rancang dan gunakan alat mematikan untuk bunuh orang terlindung (Muslim atau mu'ahid). Perlu ada 2 syarat berikut (i) Ada niat utk membunuh (ii) Ada alat yg digunakan yg boleh menyebabkan kematian. {Jika alat yg digunakan spt pen, ranting kayu, pembaris, paip getah maka tidak memenuhi syarat alat. Namun sekiranya pukulan atau tikaman bertalu-talu maka cara membunuh itu diambil kira sebagai kaedah membunuh dgn sengaja. }
    Hukuman: Qisas (balas bunuh) oleh wali mangsa.

  2. Qatl Syibh al-'Amd (Pembunuhan Mirip Sengaja atau Separa Sengaja):
    Niat bukan bunuh, tetapi tindakan biasa (contoh: pukul dengan kayu tebal) menyebabkan mati. 
    Hukuman: Diyat penuh + kafarat + ta'zir.

  3. Qatl al-Khata' (Pembunuhan Tidak Sengaja):
    Tindakan mubah (contoh: anak panah nyasar ke manusia semasa buru) menyebabkan mati. Contoh lain adalah tertembak rakan sewaktu memburu kerana salah sangka kawan adalah haiwan buruan.
    Hukuman: Diyat separuh + kafarat (puasa 2 bulan berturut).

- Org yg membunuh org lain dlm keadaan beranggapan bhw perbuatannya itu halal maka dia dihukumkan kafir. Org yg membunuh dlm keadaan tidak sengaja membunuh dia dihukumkan munafik dan diserahkan kpd Allah hukuman yg sewajarnya.

Contoh Pembunuhan Sengaja:
  1. Tetakan dgn pedang/pisau tajam ke bhgn/anggota penting (spt jantung, leher)
  2. Tusukan dgn jarum kecil di tempat² yg sensitif.
  3. Ketukan/Hentakan dgn batu.
  4. Tembak dengan senjata atau peluru (spt senapang, pistol, panah, tombak) ke kepala/ dada.
  5. Mencekik/Menutup cara bernafas/Tekup dgn bantal.
  6. Memberi racun/Kurung/Sihir hingga membawa kematian.
  7. Membaling/Memukul berulang² dgn batu/kayu kecil.
  8. Saksi yg memberikan persaksian palsu hingga menyebabkan org yg dituduh dijatuhkan hukuman bunuh. Setelah org yg dituduh telah meninggal saksi itu membuat pengakuan bhw persaksiannya sebelum ini adalah palsu. Maka saksi tersbt dikira membunuh dgn sengaja.

Contoh Pembunuhan Separa Sengaja:
  1. Memukul atau melukai dengan tangan kosong, kayu kecil, atau benda tumpul yang tidak biasa menyebabkan kematian, tetapi org itu akhirnya mati akibat luka itu.
  2. Mencampakkan seseorg ke dlm air/laut yg diketahui org tersbt boleh berenang
  3. Mengikat seseorg pd tiang tanpa mengetahui air pasang laut melebihi paras hidung
  4. Jatuh dan menimpa seseorg hingga menyebabkan org yg dihimpap itu mati.

Hadis:
  • Maksudnya :"Muhammad bin Abdil 'A'laa menceritakan kepada kami Khalil bin Al Harits memberitahukan kepada kami dari Syu'bah Ubaidillah bin Abi bakar memberitahukan kepada kami dari Anas bin Malik dari Nabi SAW. dalam masalah dosa-dosa besar, beliau bersabda :"Iaitu syirik kepada Allah, memutus hubungan kepada kedua orang tua, bunuh diri dan perkataan dusta". Hadis ini hasan gharib sahih. Rauh bin Ubadah juga meriwayatkan hadis ini dari Syu'bah ia berkata :"Dari Abdullah bin Abi Bakar tidak benar, (yang benar Ubaidillah). [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 4108]


Tuesday, January 6, 2026

Hamzah Wasal dgn Membuang Alif dan Ketika Wakaf dikekal Alif sebagai Mad Asli

-us Ahmad Rijal bin Ghazali kuliah Maghrib Selasa 6-Jan-2026

Hukum Tajwid:  Hamzah Wasal dgn Membuang Alif dan Ketika Wakaf dikekal Alif sebagai Mad Asli

Hukum tajwid untuk hamzah wasal (Alif wasal) ialah membuang Alif apabila dibaca secara wasal (disambung dengan ayat sebelumnya), dan membaca Alif (sebagai mad asli 2 harakat) apabila berwakaf (berhenti).

Bacaannya apbl di wakaf sebagai 2 harkat.

1. Kalimah "ana", spt kalimah Iftitah
Surah Al-An'am 6:79 (klik sini)
{ قُلْ إِنِّيْ وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضَ حَنِيْفًا ۖوَمَآ اَنَا۠ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ}

"Katakanlah: 'Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku (menyembah) kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi secara bersih (dengan ikhlas), dan aku bukan termasuk orang-orang musyrik.'"

2 Kalimah "la kinna" spt dlm surah Al-Kahfi ayat 18:38 (klik sini) m/s 298
{ لَّٰكِنَّا۠ هُوَ ٱللَّهُ رَبِّي وَلَآ أُشۡرِكُ بِرَبِّيٓ أَحَدٗا }

Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.

3. Kalimah "Azzununa" spt di hujung ayat dlm Surah Al-Ahzab ayat 33:10 (klik sini) m/s 419
{ إِذۡ جَآءُوكُم مِّن فَوۡقِكُمۡ وَمِنۡ أَسۡفَلَ مِنكُمۡ وَإِذۡ زَاغَتِ ٱلۡأَبۡصَٰرُ وَبَلَغَتِ ٱلۡقُلُوبُ ٱلۡحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِٱللَّهِ ٱلظُّنُونَا۠ }

Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.

4. Kalimah "Arrasula" Surah Al-Ahzab ayat 33:66 (klik sini) m/s 427
{ يَوۡمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمۡ فِي ٱلنَّارِ يَقُولُونَ يَٰلَيۡتَنَآ أَطَعۡنَا ٱللَّهَ وَأَطَعۡنَا ٱلرَّسُولَا۠ }

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.

5. Kalimah "Assabila" spt dlm surah Al-Ahzab ayat 33:ن67 (klik sini) m/s 427
{ وَقَالُواْ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعۡنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠ }

Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.

6. Kalimah "qawariro" spt (i) dlm surah Al-insan 76:15 (klik sini) m/s 579
{ وَيُطَافُ عَلَيۡهِم بِـَٔانِيَةٖ مِّن فِضَّةٖ وَأَكۡوَابٖ كَانَتۡ قَوَارِيرَا۠ }

Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) -

(ii) dlm surah Al-Insan 76:16 (klik sini) m/s 579
{ قَوَارِيرَاْ مِن فِضَّةٖ قَدَّرُوهَا تَقۡدِيرٗا }

(Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.

Nota Kuliah:
  • Hukum Tajwid: Mad Badal | us Ahmad Rijal Ghazali  | 16-Ogo-20222 (klik sini)
  • Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:165 hingga 167 | us Mahdzir Md Nor | 5-Okt-2020 (klik sini)

Monday, January 5, 2026

Punca Rezeki Yang Syubhah dan Haram

- us Mohd Al-Dandarawi kuliah Maghrib Isnin 5-Jan-2026

Punca Rezeki Yang Syubhah dan Haram

Kisah ibu imam Syafie menjaga makanan anaknya.
  • Fatimah az-Zahra, ibunda Imam Syafii, amat menjaga kehalalan makanan anaknya sejak dalam kandungan hingga kecil.
  • Suatu hari, Fatimah meninggalkan Imam Syafie yang masih bayi di rumah untuk ke pasar. Bayi Syafie terbangun dan menangis keras hingga kedengaran tetangga yang sedang menyusui anaknya. Jiranjya itu tiba lalu menyusukan Syafie untuk menenangkannya. Apbl Fatimah pulang ke rumah dan mendengar perkara itu, Fatimah khuatir jika susu jirannya itu mengandungi unsur syubhat atau haram, dia memasukkan jari telunjuknya ke mulut Syafie hingga ke kerongkong, hinggalah imam Syafie memuntahkan susu yg diminumnya. Kesedaran mendalam bahawa makanan halal membentuk akhlak dan ilmu anak.

- Rezeki bukan shj dlm bentuk manfaat makanan tetapi juga usia dan kesihatan.

Tawakkal kpd Harta/Rezeki
- Jangan berpegang teguh kpd dinar dan dirham, kerjaya atau kerja yg dilakukan, atau makhluk (spt boss) sebagai punca rezeki. Sebaliknya meletakkan tawakkal kpd Allah kerana Allah Dia Maha Kuasa, Maha Mengetahui, dan Pengatur segala urusan, manakala makhluk tidak berkuasa menjamin hasil, menyebabkan syirik jika bergantung kepada selain-Nya.

Definasi Tawakkal
Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin, tawakkal ialah menyandarkan hati kepada Allah SWT semasa menghadapi keperluan, bersandar kepada-Nya ketika kesukaran, dan teguh hati ketika ditimpa musibah dengan jiwa tenang.

Dalil tawakkal kpd Allah spt dlm surah Al-Talaq ayat 65:3 (klik sini)
{ وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَيۡءٖ قَدۡرٗا }

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

- Ayat 1,000 dinar ie hujung ayat 65:2 dan 65:3 surah At-Talaq
{ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا ۝ وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۗ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۗ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا }  
dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.