Monday, August 15, 2011

Istighfar dan mohon keampunan dalam solat

- Us Hasnan Tazkirah Ramadhan Ahad 14 Ogos 2011 (**catatan kuliah)

Tempat2 istighfar dlm solat - lafaskan dgn sepenuh hati
1) ketika duduk antara 2 sujud.
2) Rasulullah secara maktum/jelas menyuruh doa utk memohon keampunan sebelum memberi salam.
3) ketika sujud bacalah "la ila ha ila anta astaghfiruka wa atu bu ilaih" 1x atau 3x, menggantikan "subha na rab bial 'akla wabihamdih"
4) ketika membaca qunut.
- memohon doa keampunan dosa spt tlh diampunkan dosa2 org terdahulu (spt keampunan kpd para pejuang perang Badar)
5) ketika sujud hendaklah kamu berdoa maka hampir2 doa itu diterima Allah.
- afdal didoakan utk ibu bapa dlm sujud terakhir.

-doa mohon dikeluarkan nama kita dr senarai ahli neraka "Allah humma ja 'alna muttaqa mi nan nar", 

- Allah melaknat hambanya yg masuk Ramadhan dan keluar Ramadhan tetapi dosanya tidak diampunkan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, August 14, 2011

Dosa besar

- Us Dr Kamaruzaman Ghani Kuliah Suboh Ahad 14 Ogos 2011 (** catatan kuliah)

Kata imam Al Basri, dlm hidup ini ada 3 hari:
a) semalam
b) hari ini - hari yg perlu direbut utk mencari sebyk mungkin saham utk bekalan ke akhirat
c) esok - tiada siapa dpt menentukan apa akn terjadi.

Sambungan bab dosa2 besar
- hasil dr kajian Al-Quran dan hadis2, terdpt 70 dosa besar yg perlu dijauhi.
1) syirik
- terbhg kpd 2, ie syirik besar dan syirik kecil
- org yg melakukan syirik maka gugurlah Islamnya dan gugurlah amalannya dr saat akhil balikh hinggalah saat kekufurannya.
- 3 bentuk syirik:
1. Hati
2. Tindakan
3. Tuturkata.

Imam Ibnu Hajar menghuraikan:
- huraian syirik amat perlu utk mengelakkan kejahilan dan khuathir Allah tlh menolak amalan2 yg dilakukan oleh seorg Islam tanpa disedari akan perkara/hal yg tlh membawa kpd murtad.
a) terniat utk merasai kehidupan seorg yg bukan Islam spt ingin menjadi seorg kristian atau hindu
b) bercakap menafikan perkara2 ghaib sebagai tidak benar, sama ada terus terang atau bergurau. Cth mengatakan alam ini suatu yg lama yg terjadi tanpa ada penciptanya. Cth menafikan ilmu Allah, atau menyamakan sifat2 kekurangan itu wujud kpd Allah spt Allah itu perlu tidur.
c) perbuatan

Perkara2 yg menjuruskan syirik dan murtad:
- melakukan amalan2 yg serupa dgn penganut bukan Islam.
- membuang ayat2 Al-Quran atau Al-Quran itu sendiri di tempat yg kotor/hina spt membuang dlm tandas.
- menafikan nabi2 yg 25 itu sebagai nabi.
- menafikan kitab2 yg tlh diturunkan oleh Allah.
- menafikan ayat2 Al-Quran, atau meragui kesahihan ayat.
- menyebabkan org yg mendengar menjadi ikutan atau was-was spt mengatakan aurat wanita tidak termasuk rambut.
- memburuk2kan Mekah
- memburuk2kan amalan haji, spt mengatakan tidak perlu bersesak2 utk berwukuf, haji buleh dibuat
- memperlekehkan amalan2 yg tlh diperintahkan spt solat, puasa, menunaikan haji, mengeluarkan, zakat.
- menafikan wuduk utk menunaikan solat.
- menyakiti seorg muslim lain, atau mengacau/menzalimi seorg kafir zimmi kerana amalan/iktiqat mereka.
- menafikan apa yg tlh dihalalkan oleh Allah spt berkahwin.
- menafikan Rasulullah seorg manusia
- mempercayai akan bangkit seorg lagi nabi selepas Rasulullah.
- meragui Nabi org Mekah, atau seorg berbangsa arab.
- mempercayai/beriktiqat bhw seseorg itu blh menjadi nabi jika dia beribadat seorg diri (mengambil cth bwh Rasulullah mendpt wahyu pertama ketika bersendirian di gua Hira')
- menyanjung gurunya spt sama darjat dgn Rasullah.
- menyamakan Rasulullah dgn mana2 individu/pemimpin yg diketahui dlm dunia ini.
- meredhai kekufuran seorg yg bukan Islam, cth mengiakan seorg kristian yg berkelakuan baik dan mengatakan dia sudah tidak perlu memeluk Islam.
- menangguh2 keinginan seseorg itu utk memeluk Islam.
- mengatakan/memanggil sesorg muslim lain itu kafir tanpa alasan yg nyata.
- mengiakan panggilan oleh seorg lain sebagai seorg kafir tanpa rasa marah/jijik lm diri. Cth jika ada org panggil kita dgn panggilan spt "oi kafir!" Kemudiaan kita pula menjawab panggilan itu dgn rasa senang hati atau rasa megah diri.
- mempersendakan nama2 Allah.
- meragui janji2 Allah spt kewujudan alam kubur, hari akhirat, padang mahsyar, titian sirat, syurga dan neraka.
- memperlekeh syurga dan merasa hebat/ego, spt mengatakan kita tidak hendak sgt syurga tu, spt ucapan "ah! aku bukannya nak sangat masuk syurga"
- menafikan takdir, spt meyakini apa yg berlaku ke atas sesorg lain adalah disbb pertolongan/bantuan darinya, tanpa mengaikkan dgn bantuan Allah.
- memperlekeh syiar Islam spt azan suatu yg membingitkan dan mengganggu kehidupan manusia.
- mengaitkan kesihatannya tanpa mengira samada Islam atau kafir, spt mengatakan, "buatlah apa2 pun asalkan penyakit pd diriku ini sembuh dan tidak kisahlah jika aku perlu kafir".
- mengatakan bhw org yahudi atau selain seorg muslim itu lebih hebat dan dgn itu ugama yg dianuti oleh org itu lebih hebat dr Islam.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, August 13, 2011

Puasa

- Us Muammar Ghadafi Kuliah Suboh 13 Ogos 2011 (**catatan kuliah)

- hadis dr Abu Hurairah ra, sabda Nabi "Allah itu baik dan Dia menerima benda yg baik".
- Rugilah kpd org yg berpuasa tetapi hanya mendpt lapar dan dahaga, jika umpamanya tidak bertudung kepala dgn sempurna bagi org perempuan.

3 kategori puasa
1. Umum: tinggalakn makan, minum dan kehendak syahwat. Tidak meninggalkan maksiat, spt bercakap dusta, mengumpat, menjadi saksi palsu.
- sekiranya Allah tidak berhajat kpd kita, maka sia2lah puasa org yg kategori ini.
- surah az-Zumar: hanya Allah sahaja yg membalas pahala org yg puasa setimpal dgn amalan mereka. 






"(Limpah kurnia yang demikian, diberikan kepada orang-orang yang bertaqwa) kerana Allah hendak menghapuskan dari mereka (kalaulah ada) seburuk-buruk amal perbuatan yang mereka telah lakukan, serta membalas mereka, akan pahala mereka, dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan." (Az-Zumar ayat 35) 
 
2. Puasa org yg terpilih - menahan hati, diri, nafsu, kemaluan dr melakukan perkara yg dilarang dlm tempoh puasa.
 
3. Puasa org yg lebih terpilih - menahan dan menjaga hati dr melakukan dosa dan kemaksiatan kpd Allah.


2 kegembiraan bg org yg berpuasa
1) sewaktu berbuka puasa, 
- ada riwayatkan apbl selesai menjalani sebulan puasa.
- rasa gembira kerana dpt melaksanakan ibadah, menewaskan nafsu dan dpt mengumpul amalan utk bekalan di Hari Akhirat.
- sekurang2 sebulan puasa adalah 29 hari

2) sewaktu bertemu Allah dan melihat pahala puasa yg ditunjukkan oleh Allah.

Ulasan hadis "ramai yg berpuasa tetapi hanya mendpt lapar dan dahaga"
1) berbuka puasa dgn makanan yg bersumber haram. Juga tinggalkan perkara yg syubhat, tinggalkan perkara yg makhruh spt merokok.
- doa berbuka puasa mesti diucapkan selepas masuk waktu Maghrib, amati maksud doa berbuka puasa itu dan maksud doa tersbt adalah menikmati pemberian Allah setelah berjaya berpuasa. Afdalnya selepas makan 3 biji tamar/kurma.

2) menjaga amalan2 sepanjang berpuasa
-tidak diterima amalan selama 40 pagi kerana tidak menjaga sumber makaanan yg haram
- jgn banyak tidur waktu siang.
- jgn makan byk pd waktu mlm.
 --> Sepertiga utk makanan, sepertiga utk air dan sepertiga utk udara.
 --> Afdalnya mkn separuh dr kebiasaan makanan mlm, tujuannya utk meringankan badan utk melakukan ibadah pd mlm hari spt tarawik, solat mlm.

3) Luqman Al-Hakim - Allah turunkan hikmah kpdnya dimana setiap perkataannya menjadi hikmah. Rujuk surah Luqman utk perkara2 baik yg beliau lakukan dan dirakamkan dlm Al-Quran

- Luqman berkata kpd anaknya "apbl perut tlh penuh (dgn makanan) dia akan hilang 3 perkara, (1) pemikirannya tidur/lembap (2) bisulah kebijaksanaannya (kata2, dan perbuatan) atau dirujuk kpd hikmah (3) terduduklah segala anggotanya utk melakukan ibadah". 

- kata saidina Umar "siapa yg mkn byk, maka org itu tidak dpt menikmati kelazatan berzikir/mengingati Allah".

Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, August 12, 2011

Syurga di bawah tapak kaki ibu

- Us Shairozi Tazkirah Ramadhan Jumaat 12 Ogos 2011 (** catatan kuliah)

- para sahabat bersedia dgn kedatangan Ramadhan 6 bln lebih awal. Apbl masuk bulan Ramadhan, para sahabat berdoa agar segala amalannya diterima oleh Allah.

- jika amalan kita baik, zakat kita keluarkan, solat tidak ditinggalkan, puasa tidak ditinggalkan dan haji ditunaikan bila berkemampuan, maka balasan di akhirat adalah setaraf dgn kedudukan para Nabi dan solihin. Tetapi semua itu akan berlaku jika taat kpd ibi bapa dan berbuat baik kpd mereka.

- 10 cara berbuat baik kpd ibu bapa
1) Menyediakan makanan kpd ibu bapa.
2) Menyediakan pakaian kpd ibu bapa. Surah Luqman "maka hendaklah kamu mengiringi..."
3) Kalau khidmat kita diperlukan, maka hulurkan bantuan
- berdosa besar jika menghina ibu bapa
4) Bila dipanggil, maka perlu dijawab, lebih baik utk dtg kpdnya
5) Bila disuruh, maka kita perlu taat (selagi mana arahan itu tidak berlawanan dgn syarak).
- had: selagi mana tidak utk melakukan maksiat, atau ibu bapa mengajak utk mengumpat org.
6) Bercakap dgn cara yg lemah lembut, perkataan yg baik2
- Nabi bersabda, umat ini berada dlm landasan yg baik, selagi mana ilmu tidak tercabut, selagi mana dlm masyarat itu tidak byk anak2 yg melakukan dosa dan maksiat (pengertian ke2, dlm masyarat itu tidak ramainya anak luar nikah), akan lahir manusia yg di akhir zaman nanti apbl mereka berjumpa maka akan mencarut.
- Akhir zaman, zikir2 anak adalah bercakap kasar dan mencarut. cth apbl bercakap2 "bagus sioul..."
- Termasuklah juga dlm dosa besar jika mengherdik/menengking ibu bapa.
7) Jgn sesekali memanggil ibu atau bapa dgn nama mereka
8) Apbl berjln, maka berjalan di belakang mereka.ada tafsiran lain spy berjln seiring dgn mereka.
9) Buat benda yg kita suka kpd ibu bapa kita. Cth, jika kita suka berjalan2 maka bawalah ibu bapa berjln sama
10) Mendoakan kpd ibu bapa.

- Diriwayatkan, kalaulah dlm doa kita tidak dimasukkan doa kpd ibu bapa maka doa itu dikhuatiri tidak terangkat ke langit. Oleh itu masukkan/doakan ibu bapa dlm doa.

- Ada 3 cara utk mendpt keredaan ibu bapa yg tlh meninggal
1) Kita mesti menjadi org yg soleh, mengubah diri dr kelakukan yg dahulunya amat tidak disukai oleh ibu bapa
2) Hendaklah dia menjalinkan silatur rahim kpd sanak saudara ke2-2 belah keluarga ibu dan bapa, juga menjalinkan hubungan kpd kawan2 ke dua ibu bapa
3) Doakan dan banyakkan sedekah.

- Kalaulah hari ini kita menderka kpd ibu bapa maka nescaya anak2 kita nanti akan membalas/menderhaka apa yg kita buat kpd ibu bapa kita dahulu.

- Jika kita mengambil berat kpd ibu bapa dgn mendengar kata2 mereka maka itu adalah lebih baik dr berperang.

- Jika kita melihat/merenung wajah ibu paba,maka itu lebih baik dr xxx.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, August 8, 2011

Beradab dgn Al-Quran

- Us Najib Kuliah Maghrib Selasa 12 Julai 2011 (** catatan kuliah)

Fasal ke-3: Bab beradab dgn Al-Quran (sambungan)

- org yg menguatkan bacaan Al-Quran adalah spt menguatkan sedekahnya. Sedekah itu adalah lebih baik jika dilakukan secara sembunyi2. Jika sedekah itu utk menjadi cth kpd org lain, maka ianya dibenarkan.

6. Hendaklah membaca Al-Quran dgn tadabbur (mendalami maksud ayat2 dan berfikir, dgn membesarkan Al-Quran).
- hendaklah menghadirkan hati, cuba utk memahami Al-Quran.

7. Hendaklah sesorg yg membaca Al-Quran itu agr tidak menjadi org yg keliru spt Al-Quran menyuruh menutup aurat, sebalikny dia tidak menutup aurat, Al-Quran melarang riba, sebaliknya dia melakukan makan riba, sesungguhnya dia sedang melaknati dirinya.

8. Apbl sesorg membaca Al-Quran maka dia perlu bersifat spt ah-lullah.
- para shbt khatam Al-Quran setiap 7 hari. Ada juga shbt yg khatam setiap 3 hari.
- bacaan Al-Quran akan mendtgkan para malaikat utk mendengr bacaan Al-Quran tsbt.
- sesorg yg hendak membaca Al-Quran spt ah-lullah, maka dia hendaklah bangun di tgh mlm utk membaca Al-Quran. Juga ketika waktu tenghari ketika mana manusia lain sibuk utk memenuhi perut2 mereka. Juga ketika manusia lain sibuk ketawa terbahak2 dia menangis dlm membaca Al-Quran.
- hati yg keras hanya buleh dilembutkan dgn bacaan Al-Quran.
- juga ketika manusia mencampur-adukkan Islam, maka org yg bersifat ah-lul Quran, terkenal dgn sifat waraknya; kekhusyukkannya dlm melakukan ibadah.

8 adab dlm kitab ini.


Fasal ke-4: adab dgn Rasulullah

- Nabi diutus utk menunjukkan kpd manusia cara beribadat kpd Allah.
- oleh itu utk beribadat kpd Allah, manusia perlu merujuk kpd sunnah Nabi, kerana Nabi mendpt ilmu utk beribadat yang diajarkan terus oleh Allah kpd Nabi. Manusia tidak buleh mengada2kan perkara2 lain utk beribadat kpd Allah.
Cth: solat hanya dgn berniat shj.

(sambungan Fasal ke-4 selepas Ramadhan)

Sunday, August 7, 2011

Alam kubur - sama ada tmn syurga atau suatu alur neraka

- Us Rosli Tazkirah Ramadhan 7 Ogo 2011 (**catatan kuliah)

- prinsip kesederhnaan diserapkan dlm setiap org muslim. Berbeza dgn penganut ugama lain, dimana ianya perlu sentiasa dirujuk kpd ketua2 kuil/gereja. Dlm bab seperti berita alam ghaib (spt alam kubur) adalah memadai mengambil iktibar tetapi perlu menyakini bhw ianya pasti wujud dan akan berlaku. Nabi menitik beratkan kpd umatnya utk membuat persediaan terhadap perkara yg pasti akan berlaku.

- objektif mengingati mati adalah spy kita mencongak2 apakah akan terjadi kpd diri kita apbl mengalami saat kematian dan dimasukkan dlm kubur. Apakah kita mahu kubur kita itu nanti suatu lubang neraka sementara menanti Hari Akhirat?

- di awal pengajaran Islam, Nabi tidak menggalakkan umat Islam utk menziarahi kubur. Kerana semasa zaman jahiliah,terdpt pelbagai amalan2 ganjil oran arab spt berguling2 di kubur, sehinggalah pemahaman Islam telahh meningkat, barulah Nabi membenarkan ziarah kubur.

- kena mengingati mati utk mengatasi cabaran semasa, perlu lebih rajin dan berusaha utk mempastikan kehidupan di alam kubur sbg tmn2 syurga. Begitu juga tidak membiarkan alam barzakh/kubur merupakan suatu tempat siksa sementara menantinya Hari Kiamat (iaitulah di disebutkan lubang kubur sebagai lubang2 neraka).

- adat org arab, sentiasa mendoakan kebaikan ke atas org yg berbuat baik kpdnya dgn mengucapkan "jazza kallah". Berbanding adat melayu amat payah mengucapkan doa kebaikan ke atas org yg memberikan bantuan/pertolongan.

- jika beramal/mengajar org maka itulah sebenarnya ilmu kpd/kebaikan kpd diri sendiri. Oleh itu jgn malas/kedekut mengajarkan ilmu kpd org lain, kerana ilmu kita adalah apa yg diajarkan kpd org lain.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, August 6, 2011

Allah itu dekat dgn hambanya

- Us Zamri Tazkirah Ramadhan/Suboh Sabtu 6 Ogo 2011 (** catatan kuliah)

Ayat Al-Quran dr surah Al-Baqarah ayat 2:186:

A186


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (Al-Baqarah Ayat 2:186)

- ayat yg bermula dr 183 adalah berkenaan perintah berpuasa. Ayat 183 hingga 187 membincangkan hal2 puasa. Namun ayat 186 seolah2 mencerikan hal yg berlainan sedikit dr hal puasa.

- ayat 186 diriwiyatkan apbl seorg orab bertanya kpd Rasulullah, adakah tuhan kita dekat, jika dekat maka bulehlah kita berbisik dgnnya, jika jauh maka kita serulah. Termenung seketika Nabi sebelum turunnya ayat ini. Turunnya ayat ini menjelaskan bhw Allah itu berada dekat dgn hambanya.
Riwayat lain mengatakan dlm suatu perang (khaibir?) ada seorg pejuang yg berdoa dgn kuat, Nabi kemudian menasihatinya agar berdoa dgn perlahan kerana Allah itu berada dekat dgn hambanya dan Maha Mendengar.

- kedudukan ayat ini dlm kelompok arahan berpuasa menyuruh manusia utk memperbanyakkan doa.
a) ada hadis Nabi ie bagi org yg berpuasa itu, doanya ketika hendak berbuka dan waktu awal berbuka adalah sgt mustajab. Permohonan doa seorg hamba itu bergantung kpd keikhlasannya sebaik-baik doa adalah dr ayat2 Al-Quran dan hadis2 Nabi, juga dr cetusan hati manusia. Tidak semestinya dia berdoa dgn perlu mengangkat kedua tangan, memadai dgn bacaan doa dlm hati.

b) manusia terlalu bergantung kpd keegoan diri, spt dlm melakukan kerja harian; manusia selalunya ingatkan Allah apbl dlm kesusahan. Sebaliknya perlu selalu memohon doa utk memudahkan urusan harian dan disamping itu berdoa utk lain2 perkara baik.

c) doa terbaik yg diajar oleh Nabi dlm bln Ramadan, (sewaktu ditanya oleh saidina Aisyah r.a. apakah doa terbaik yg perlu di doa dlm bulan Ramadhan) ie mohon supaya Allah redha kpd kita.
- dunia tidak bernilai bagi Allah, hanya syurga yg bernilai. Allah membeli diri dan harta kita utk perjuangan menegakkan hukum Allah di dunia ini, dan imbalannya adalah syurga.
- Apbl Allah redha dgn hambanya, maka itulah balasan yg setinggi-tinggi nikmat.
- apbl doa itu dimakbulkan adalah mudah bagi hambanya melakukan urusannya dan menyembuhkan penyakit yg dialaminya.
- ayat ini juga menjadi dalil bhw doa itu ada faedahnya.


4 syarat doa dimakbulkan:
1) menjaga hati apbl berseorangan. Ie menjaga hati dr perkara2 yg tidak baik, iaitu jugalah keikhlasan hati. Tetap menghubungkan diri kpd Allah apbl tiada manusia lain memerhatikan tingkah-lakunya.
2) menjaga lisan apbl bersama dgn makhluk.
- pertuturan amat sensitif. Tidak buleh sewenang2nya bercakap tanpa memikirkan kesannya kpd org yg mendengar, atau org yg diperkatakan.
3) menjaga mata melihat perkara2 yg tidak dihalalkan oleh Allah.
4) menjaga perut dr perkara yg haram.
- barang curi, benda2 yg diharanmkan oleh Allah, riba, rasuah.


7 syarat doa:
1) mohon dgn rasa rendah diri;
- tidak meletakkan rasa takabbur semasa berdoa.
2) takut dgn azab Allah;
3) dgn penuh yakin Allah akan makbulkan doa itu;
- Dalil: dr surah Ghaafir ayat 40:60, ...Berdoalah kpdKu nescaya Aku perkenankan. 

A060

 

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." (Ghaafir Ayat 40:60)

4) berterusan;
- Allah perkenan doa menurut pengetahuanNya spt Allah menganugerahkan nikmat pd suatu masa yg akan dtg (ditangguhkan permohonan doa), kerana pd ketika berdo itu Allah ketahui hambaNya tidak dpt menerima/melaksanakan nikmat yg bakal dikurniakan. sekiranya tidak ditunaikan permohonan di dunia, Allah akan tetap menunaikan doanya di Akhirat nanti.

Published with Blogger-droid v1.7.4