Wednesday, January 11, 2012

Wasiat

-Us Shahrul Nizam Kuliah Maghrib Rabu 11-Jan-2012

Al-Wasiah (wasiat)

- Maksud "wasiat" dari sudut bahasa bermakna sampaikan.

- dr sudut syariat adalah suatu pemberian yg dilakukan selepas kematian. Sedikit berbeza dgn sedekah atau hadiah adalah dilakukan sewaktu individu muslim intu masih hidup.


- Dalil: Al-Baqarah Ayat 2:180

A180


"Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa." (Al-Baqarah 2:180)


- Terdapat juga hadis-hadis yang menggalakkan seseorang itu membuat wasiat. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tiada hak (patut) bagi seorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan dibiarkan hingga dua malam melainkan wasiatnya itu tertulis di sisinya” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

- Ijmak: sepakat mengakui wasiat itu disyariatkan dlm Islam.

- dr sudut afdalnya, yg lebih antara wasiat dgn sedekah, sedekah adalah lebih afdal. Kerana sedekah diberi sewaktu hidup, lebih besar pahala/ganjarannya. Jika kita memberi sesuatu dlm keadaan masih memerlukan maka itu adalah lebih afdal. Hal ini disandarkan kpd dalil dr surah Al-Munafikun Ayat 63:10.

A010


"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ". (Al-Munaafiquun 63:10)

- dlm kitab Imam Bukhari, dr Abu Hurairah, dtg seorg lelaki kpd Rasulullah bertanya sedekah yg paling tinggi di siai Allah. Baginda menjawab, iaitulah sedekah dlm keadaan kamu kedekut, kamu takut fakir berlaku ke atas diri kamu, dan kamu pula dlm masa yg sama bercita2 mengumpul harta.

-Hikmah

1) pd logik akal tiada pahala utk wasiat, kerana individu tsbt tlh meninggal dunia dan ia tiada kuasa di atas pemberian tsbt.

2) wasiat pd kebiasaannya diberi kpd kaum keluarga terdkt, kpd mereka yg tiada hak mendpt harta pusaka. Anak tidak wajib dpt wasiat, kerana dia tlh mendpt bahagiannya dr pembahagian harta pusaka.

3) wasiat kpd masyarakat, membolehkan masyarakat saling membantu.

Hukum wasiat

1) pd awal kedatangan Islam, wasiat adalah wajib kpd kedua ibu-bapa dan kaum kerabat terdekat. Namun apbl turunnya ayat2 pusaka, maka hukum ini dinasahkan oleh Allah (bukannya ayat yg dinasahkan, hanya hukum).

2) hukum wasiat menjadi wajib, sekiranya dia masih berhutang dgn Allah spt zakat, dan menunaikan haji dan hutang dgn manusia.

3) hukumnya menjadi haram jika diwasiatkan utk perkara2 haram. Warisnya tidak perlu melaksanakan wasiat tsbt, cth wasiat dgn tujuan utk memudaratkan kpd mereka2 yg mendpt harta pusakanya. Wasiat mesti tidak memudaratkan org yg sepatutnya berhak menerima harta peninggalannya.

4) hukumnya harus, jika wasiat kpd sahabat atau sesiapa yg dia suka sekiranya dia berniat utk kebaikan.

5) hukumnya makruh, sekiranya hartanya tidak berapa byk utk ditinggalkan kpd warisnya.

Rukun dlm wasiat

1. Ada org yg mewasiatkan hartanya. Syaratnya:

1.1 berakal.

1.2 balikh

1.3 pilihan sendiri, bukanya atas paksaan

1.4 tidak disyaratkan Islam (pemberian dr org bukan islam adalah dibenarkan)


2. Org yg diberikan wasiat. Syaratnya:

2.1 org yg mempunyai kuasa ke atas pemberi wasiat ie org yg masih hidup.

2.2 org yg tidak melakukan/menjahui maksiat.

2.3 mesti berugama Islam

2.4 jelas

2.5 mesti dia ada semasa wasiat itu ditulis.

Sambung 2 minggu lg.

Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, January 7, 2012

Bandingan manusia dgn sifat haiwan (yg perlu dijauhi)

-Us Ibrahim Kuliah Maghrib Sabtu 6-Jan-2012

-Tasauf: tafsiran Surah Al-Ankabut Ayat 41







"Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan." (Al-'Ankabuut 29:41)

- bandingan manusia dgn (sifat) haiwan, spt dlm surah Al-Ankabut ayat 41, spy tidak mengikut spt labah2 yg tidak berakal, bergantung kpd benda yg rapuh. Dlm bab akidah, bandingannya adalah spt bergantung kpd selain dr Allah.

--> dr aspek najis: manusia mesti beristinjak dgn betul. Jika tidak manusia sama spt haiwan kerana tidak beristinjak. Beristinjak akan mempastikan solat seseorg diterima Allah. Salah satu syarat sah solat adalah wuduk; berwuduk membersihkan diri dr najis.

--> dr aspek pergaulan: ada batas2 pergaulan yg perlu dipatuhi, adanya batasan muhrim yg perlu dipatuhi. Jika tidak menusia bersifat spt haiwan tanpa ada batasan pergaulan.

- Jgn beriya-iya nak makan makanan org kafir, jgn paksa/minta pengeluar makanan (yg bukan islam) mendptkan sijil halal semata-mata utk org islam meneruskan memakan makanan tersbt.

- mengambil jln selain dr memohon kpd Allah, sebagai contoh menipu, rasuah, dan riba. Rezeki yg diperoleh dgn cara di atas akan menghasilkan anak2 yg tidak mendgr nasihat, tidak soleh/solehah, isteri tidak menjadi isteri yg bertakwa. Kita sendiri akan menjadi seorg yg tidak bertakwa, seorg yg soleh, menjadi seorg pemarah. Kita mudah utk menyumpah, memaki dan merendahkan org lain. Eg semasa jam, mudahnya mulut memaki pengguna lain.

- istighfar akan menyucikan hati kita dan mendekatkan diri kpd Allah.

- kita mesti membersihkan islam, menjadikan ramai manusia kembali mengingati Allah, takut kpd Allah dan meng-esa-kanNya. Kita mesti berniat utk menjadi tentera Allah, org bertakwa dan pendokong kpd syariat islam. Niat yg bersungguh2 agar menjadi pengembang agama Allah.

- jgn langsung tiada niat utk mengembangkan agama Allah. Setelah kita redha islam sebagai ugama kita (dlm bacaan iftitah) setiap kali bersolat.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, January 6, 2012

Bicara dlm neraka antara pengikut dan pemimpinnya

-Us Hasnan Kassan Kuliah Maghrib Jumaat 6-Jan-2012

- Punca dosa disebabkan oleh pengaruh persekitaran (dosa kerana mengikut orang)

Surah Ibrahim Ayat 14:21 (klik sini utk paparan ayat)

{ وَبَرَزُواْ لِلَّهِ جَمِيعٗا فَقَالَ ٱلضُّعَفَٰٓؤُاْ لِلَّذِينَ ٱسۡتَكۡبَرُوٓاْ إِنَّا كُنَّا لَكُمۡ تَبَعٗا فَهَلۡ أَنتُم مُّغۡنُونَ عَنَّا مِنۡ عَذَابِ ٱللَّهِ مِن شَيۡءٖۚ قَالُواْ لَوۡ هَدَىٰنَا ٱللَّهُ لَهَدَيۡنَٰكُمۡۖ سَوَآءٌ عَلَيۡنَآ أَجَزِعۡنَآ أَمۡ صَبَرۡنَا مَا لَنَا مِن مَّحِيصٖ }

Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat); kemudian orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): "Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah? " Mereka menjawab: "Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja kepada kita, sama ada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu)".

-Org (pengikut) yg dimasukkan dlm neraka akan bertanya kpd pemimpinnya (yg juga dlm neraka) sama ada pemimpinnya dpt memberi sedikit jln utk meringankan azab neraka atau keluar dr neraka. Pemimpin itu menjawab dia tidak mempunyai hidayah utk berbuat demikian dan menyalahkan pengikutnya semasa di dunia kerana mengikut katanya/pelawaan/kempen/angan2nya. Dia di dunia dulu sesat dan menyalahkan pengikutnya kerana mengikutnya.

-Islam moderate (sederhana) adalah sesat. Tiada islam moderate dlm Islam. Antara slogan Islam moderate adalah menge-sah-kan/meng-ia-kan/mengiktiraf agama kristian itu benar (hindu itu benar dan bhuda itu juga benar).

- Surah Saba' Ayat 34:31-33

Ayat 34:31 (klik sini)

{ وَقَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لَن نُّؤۡمِنَ بِهَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانِ وَلَا بِٱلَّذِي بَيۡنَ يَدَيۡهِۗ وَلَوۡ تَرَىٰٓ إِذِ ٱلظَّٰلِمُونَ مَوۡقُوفُونَ عِندَ رَبِّهِمۡ يَرۡجِعُ بَعۡضُهُمۡ إِلَىٰ بَعۡضٍ ٱلۡقَوۡلَ يَقُولُ ٱلَّذِينَ ٱسۡتُضۡعِفُواْ لِلَّذِينَ ٱسۡتَكۡبَرُواْ لَوۡلَآ أَنتُمۡ لَكُنَّا مُؤۡمِنِينَ }

Dan orang-orang yang kafir berkata: Kami tidak akan beriman sama sekali kepada Al-Quran ini dan tidak juga kepada Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya". Dan (sungguh ngeri) kalau engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dibawa berdiri di hadapan Tuhan mereka (untuk dihisab), masing-masing tuduh menuduh antara satu dengan yang lain. Orang-orang yang tertindas berkata kepada orang-orang yang sombong takbur (yang menjadi ketuanya): "Kalaulah tidak kerana kamu (menindas dan memperdayakan kami), tentulah kami sudah menjadi orang yang beriman".

Ayat 34:32 (klik sini)

{ قَالَ ٱلَّذِينَ ٱسۡتَكۡبَرُواْ لِلَّذِينَ ٱسۡتُضۡعِفُوٓاْ أَنَحۡنُ صَدَدۡنَٰكُمۡ عَنِ ٱلۡهُدَىٰ بَعۡدَ إِذۡ جَآءَكُمۖ بَلۡ كُنتُم مُّجۡرِمِينَ }

Orang-orang yang sombong takbur itu menjawab kepada orang-orang yang tertindas: Kamikah yang telah menghalang kamu daripada menerima hidayah petunjuk sesudah ia datang kepada kamu? (Bukan kami yang menghalang) bahkan kamulah yang menyebabkan diri sendiri menjadi orang-orang yang berdosa".


Orang-orang yang sombong takbur itu menjawab kepada orang-orang yang tertindas: Kamikah yang telah menghalang kamu daripada menerima hidayah petunjuk sesudah ia datang kepada kamu? (Bukan kami yang menghalang) bahkan kamulah yang menyebabkan diri sendiri menjadi orang-orang yang berdosa".

Ayat 34:33 (klik sini)

{ وَقَالَ ٱلَّذِينَ ٱسۡتُضۡعِفُواْ لِلَّذِينَ ٱسۡتَكۡبَرُواْ بَلۡ مَكۡرُ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ إِذۡ تَأۡمُرُونَنَآ أَن نَّكۡفُرَ بِٱللَّهِ وَنَجۡعَلَ لَهُۥٓ أَندَادٗاۚ وَأَسَرُّواْ ٱلنَّدَامَةَ لَمَّا رَأَوُاْ ٱلۡعَذَابَۚ وَجَعَلۡنَا ٱلۡأَغۡلَٰلَ فِيٓ أَعۡنَاقِ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْۖ هَلۡ يُجۡزَوۡنَ إِلَّا مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ }

Dan berkata pula orang-orang yang tertindas kepada orang-orang yang sombong takbur itu: "Tidak! Bahkan (yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdaya kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu-sekutu bagiNya. Akhirnya masing-masing diam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa semasa mereka melihat azab; dan Kami pasangkan belenggu-belenggu pada leher orang-orang yang kafir itu. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka telah kerjakan.
  • Golongan pengikut akan menyalahkan pemimpin kerana siang dan mlm merancang melalaikan / menjauhkan pengikutnya dr mengingati Allah. eg penyiar siaran consert/bola/wayang/drama.
  • Bila dah nampak neraka di hadapan mereka, maka menyesallah mereka (pengikut dan pemimpin). Mereka akan dibelenggu di tengkuk-tengkuk mereka. Allah berkata kpd mereka supaya tidak menyalahkan org lain, sebaliknya itulah balasan akibat dr keputusan diri sendiri.

Dari tafsir at-Tabari: sesungguhnya penghuni syurga dpt masuk syurga kerana di dunia dulu mereka menangis kerana mengingati Allah, tabarruk (meyerahkan diri dan mengesakan Allah). (menangis sewaktu membaca Al-Quran kerana takutkan azab Allah).

Penghuni neraka akan mengajak lain2 org utk sama2 menangis. Setelah menangis terlalu lama, dan masih tidak dpt perhatian Allah maka mereka pun berhenti menangis dan mengatakan bhw mereka yg masuk syurga itu kerana mereka dulu di dunia sabar (spt sabar dr melayan selera/berpuasa setiap Isnin dan Khamis, bersabar dgn membaca Al-Quran). Oleh itu mari kita bersabar di dlm neraka, mereka bersabar disamping azab neraka dilaksanakan ke atas mereka, kepingan kulit-kulit mereka berlonggok di kaki mereka, urat saraf mereka hancur. Akhirnya mereka kecewa kerana setelah menangis, bersabar dan bertabaruk namun tidak diendahkan oleh Allah. Kekallah mereka dlm neraka dgn azab neraka.


-samb 2 minggu lg utk kata syaitan pula kpd penghuni neraka.


Saturday, December 17, 2011

Tafsir Surah Al-Araf Ayat 7:46 hingga 47

-Us Hasnan Kasan Kuliah Maghrib 16-Dis-2011

Keadaan org yg timbangan pahalanya sama dgn timbangan dosa di akhirat nanti.

- surah As-Sajdah: di akhirat nanti manusia akan mohon kpd Allah utk kembali ke dunia utk membuat amal. Keadaan ini akan berlaku bila timbangan dosa lebih berat dari pahala.


Surah As-Sajdah Ayat 32:12 (klik sini utk paparan ayat)

وَلَوۡ تَرَىٰٓ إِذِ ٱلۡمُجۡرِمُونَ نَاكِسُواْ رُءُوسِهِمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ رَبَّنَآ أَبۡصَرۡنَا وَسَمِعۡنَا فَٱرۡجِعۡنَا نَعۡمَلۡ صَٰلِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".

- kata ibnu Mas'ood lagi, mereka akan tinggal di tembok antara syurga dan neraka. Dia nampak dan kenal penghuni syurga dan neraka. Bila dia paling ke kanan, nampaklah dia ahli syurga dan dia pun memberi salam kpd mereka. Bila dia paling ke kiri, dia nampak  dan kenal org dlm neraka dan berdoa agar tidak dimasukkan ke dlm neraka.


Surah Al-Araf Ayat 7:46 (klik sini utk paparan ayat)

وَبَيۡنَهُمَا حِجَابٞۚ وَعَلَى ٱلۡأَعۡرَافِ رِجَالٞ يَعۡرِفُونَ كُلَّۢا بِسِيمَىٰهُمۡۚ وَنَادَوۡاْ أَصۡحَٰبَ ٱلۡجَنَّةِ أَن سَلَٰمٌ عَلَيۡكُمۡۚ لَمۡ يَدۡخُلُوهَا وَهُمۡ يَطۡمَعُونَ


Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok "Al-A'raaf "(yang menjadi) pendinding, dan di atas tembok Al-A'raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya.

 

Surah Al-Araf Ayat 7:47
 (klik sini utk paparan ayat)

۞وَإِذَا صُرِفَتۡ أَبۡصَٰرُهُمۡ تِلۡقَآءَ أَصۡحَٰبِ ٱلنَّارِ قَالُواْ رَبَّنَا لَا تَجۡعَلۡنَا مَعَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلظَّٰلِمِينَ


Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim".


- org yg pahalanya byk walaupun lebih satu (1) dari dosanya, Allah akan memberinya nur di hadapan, kanan dan kirinya utk meniti titian sirat. 
  • Di akhirat nanti keadaannya gelap gelita, tanpa cahaya maka akan tergelincirlah org yg meniti titian sirat.

- org munafik di akhirat nanti akan ditarik semula cahaya padanya ketika meniti titian sirat. Melihat keadaan itu penghuni syurga berdoa agar cahaya mereka dikekalkan.
  • org yg berada di tengah-tengah titian sirat (antara syurga dan neraka), dia hanya mempunyai cahaya di hadapan sahaja.

- riwayat dr ibnu Abbas, apbl sampai masanya ashabul a'raf nanti akan diampunkan oleh Allah.
  • Mereka dihalau ke suatu sungai, dimana dasarnya adalah emas, tanahnya wangi, lalu mereka pun terjun ke dlm sungai itu dan pulih semula cahayanya. 
  • Mereka akan keluar dr sunagi itu dgn di leher mereka satu tanda warna putih yg dia dikenali dgn tanda itu, penghuni syurga akan kenali mereka dgn tanda dileher itu. 
  • Setelah dia mandi di sungai itu maka Allah suruh mereka berangan-angan, (pastilah mereka berangan-angan memasuki syurga), utk meminta masuk syurga. 
  • Allah perkenankan hajat mereka, maka masuklah mereka ke syurga dgn tanda putih di leher. 
  • Mereka ini digelar ahli syurga yg dibelas (atas belas ihsan Allah, bukannya atas ganjaran dr amalannya).

- doa: Ya Allah, ringankan hati dan tubuh bdn kami utk melakukan ketaatan kepadaMu.

- syarat utk wanita mendpt pahala menyamai lelaki, kerana mereka kurang berpeluang keluar berperang (utk mati syahid), bersolat berjemaah. 
  • Hal ini berlaku sewaktu wanita Madinah cemburu dgn kaum lelaki kerana peluang mendpt pahala yg byk. Kaum wanita Madinah berlumba2 menemui Aisyah r.a. utk mendpt berita tersbt.
    1. Solat lima waktu
    2. Puasa di bulan Ramadhan
    3. Taat kpd suami.

- doa: Ya Allah jadikan kami dr golongan yg Engkau bebaskan dr neraka.

- as-habul a'raf nanti tidak diberi keistimewaan tempat dlm syurga.

- ada riwayat lain mengatakan bhw mereka yg tergolong dlm as-habul a'raf adalah anak2 hasil luar nikah.

- anak2 luar nikah:
  1. Sukar utk menerima ajaran
  2. Sukar menerima nasihat dan teguran.

- suami yg selalu mengucapkan cerai kpd isterinya (hadnya 3x shj) tetapi tidak bernikah semula, maka anak yg lahir selepas itu hukumnya adalah juga anak luar nikah.





Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, December 11, 2011

Kuliah Tasauf

- Us Ibrahim Kuliah Maghrib 11-Dec-11


- dr kitab imam Ghazali: setiap amalan kita mesti ada harapan dan rasa tukut.

- jaga2 ketika solat dr sifat riak, juga perasaan ujub ie menunjuk2 dlm diri.

- sifat ikhlas dpt mengatasi sifat ujub.

- fadhilat Al-Quran, baca Al-Quran (dan lihat tafsiran), hembuskan pd air dan sapukan pd seluruh badan. Kahfiyatnya menyembuhkan penyakit.

- bersungguh2 dan cermat dlm melakukan solat.

- solat itu amalan yg rumit, kerana makhluk yg kita tidak nampak buleh nampak hati kita, iblis dan syaitan sentiasa mengambil kesempatan utk menyelewengkan hati dan perhatian org yg bersolat agar solat itu tidak bernilai. Ada yg diganggu dgn bayangan ingatan yg tidak menentu dlm solatnya hingga dia lalai dlm solat.

- org yg mendpt petunjuk dr Allah, maka dia akan berfikir terlebih dahulu. Allah membimbing dan memelihara org yg sentiasa mengingati Allah.

- org yg mendpt kekuatan, dorongan dan kawalan dr Allah, maka dia terpelihara dr melakukan kesilapan.

- apbl dia dipelihara Allah maka dia mendpt karamah dr Allah, hasil dr menjaga ibadat/solat.

- org yg mendpt karamah hasil dr menjaga amalannya ada 2, (1) zahir: sesuatu yg buleh dibuat sedangkan org lain tidak buleh melakukannya, (2) batin: watak istimewa hasil dr amalannya.

- solat sunat tahajud amat istimewa, byk perkara diringankan oleh Allah kpdnya.

- solat tahajud berakhir 10min sebelum masuk waktu subuh. kita selesaikan solat tahajud sebelum subuh.

- jika kekalkan solat tahajud dan membaca Al-Quran setiap hari, maka beribu malaikat mendoakan ke atas org tersebut.


- kenapa solat itu diulang2?

Said Kutub menghuraikan: solat yg berulang2 itu utk menyucikan jiwa/hati dr dosa2 yg dilakukan di antara 2 waktu solat.

. Misalan yg diberikan oleh Rasulullah bhw jika ada sebatang sungai di hadapan rumah sesorg itu dan dia mandi di situ lima kali sehari. Kemudian baginda bertanya kpd para sahabt jika org itu masih ada kekotoran pd dirinya? Jawab para sahabat, tiada. Maka begitulah ibarat org yg bersolat 5 kali sehari.

. Jika ada org yg tinggal dlm sebuah rumah tetapi dia tidak bersolat, maka rumah itu tidak berkat.

. Solat memadamkan sifat2 mazmumah dlm jiwa/hati manusia.

. Dlm solat ada membaca Al-Quran, bertasbih dan doa kpd Allah.

. Solat ada peranan lain ie dpt melepaskan manusia dr kesibukan dunia, meringankan beban fikiran, jiwa dpt ketenangan, dpt melawan nafsu gelojoh.


- kalimah Allah perlu selalu diperdengarkan kpd setiap anak, agar dia sentiasa mengingati kalimah Allah dan berhubung dgn Allah hinggalah dia mati.

- roh yg hidup dlm jiwa/hati seseorg akan menjadikan dia terpelihara dr segala keburukan.


- utk masuk/melakukan solat, perlu berhati2 utk menja kesempurnaan solatnya. Malaikan akan menunggu amalan solat sesorg itu, sebaik memberi salam maka malaikat akan membawa amalan solat itu kpd Allah. Jika diterima Allah maka dituliskan syurga baginya, jika tidak diterima maka Allqh perintahkan agar dicampakkan amalan solat itu ke muka pelakunya.

- bersuci spt bersiwak amat dituntut sebelum bersolat.

- solat menuntut seseorg bangun awal utk mengingati Allah dan kemudian segera mengingatkan kerja.

- dlm solat perlu cergas, tidak buleh malas.

- apbl rog sudah seronok utk bersolat, maka sesorg seronok utk melakukan solat dan lidahnya selalu bersyukur dgn nikmat yg diberikan oleh Allah.

- tinggi martabat org yg amalannya diterima oleh Alah, dan dijamin tempat g mulia di sisi Allah di akhirat nanti. Solat akan menjadi hujah di akhirat nanti.

- perlu byk bertabat ie istihgfar, utk mendptkan rasa mudah utk melakukan amalan kpd Allah.


-11 perkara dlm solat, akan disambung dlm kuliah akan dtg.


Kuliah akan dtg "Halangan dlm menuntut ilmu"

P


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, November 13, 2011

Kitab Minhajul 'Abidin

-Us Ibrahim Kuliah Maghrib Ahad 13-Nov-2011

Kitab Minhajul 'Abidin

Sifat2 terpuji memudahkan sesorg hamba utk menjlnkan amal2 kpd Allah. Syaitan menggoda hamba Allah utk melengah dan melalaikan seaorg dr beribadat kpd Allah.

Beberapa ringtangan yg melalaikan seseorg hamba dr beribadat kpd Allah. Syaitan melalaikan dan menyengkang dr menunaikan ibadat yg sempurna, melalui 4 perkara bkt:

1. Rezeki - nafsu sgt berkehendak kpd makan. Mkn dan minum tatapi jgn membazir.

2. Perkara yg membimbangkan, atau yg dikhuatiri, atau yg diharap2kan - jangan menipu dlm melakukan segala perbuatan, kerana akhir perbuatan adalah samar2 dan membimbangkan dan menjadikan sembahyang tidak khusyuk.

3. Keberatan yg menimpa akibat dr perkara yg tidak dilaksanakan - cth wang zakat perlu dikeluarkan, kerana pelbagai musibah akan menimpa sekiranya ada hak asnaf dlm wang/harta simpanan kita.


Nafsu perlu dimujahadah,

- apbl sesorg keluar rumah ke masjid/surau utk beribadat, malaikan mengiringinya, kemudian namanya dilaungkan oleh malaikat.

- lebih byk amalan kpd Allah lagi byk/tinggi cubaan dr syaitan utk melalaikan


4. Berbagai peringkat ujian dr masa ke semasa - syaitan menggerakkan pelbagai halangan dan manusia utk melalaikan sesorg dr melalaikan.


4 cara utk melawan 4 perkara tadi:

1. Bertawakal - setiap rezeki yg kita dpt perlu kita bertawakal kpd Allah. Berikhtiar sehabisnya utk mendptkan rezeki, hasilnya: isteri akan taat dan patuh kpd suami, anak2 akan menjadi anak yg menuruti kata2 ibu bapanya. Apbl kita diuji maka bermuhasabahlah utk memperbaiki amalan kpd Allah. Apbl hendak membuat sesuatu dia akan berfikir terlebih dahulu supaya tidak membazir, atau perbuatan itu tidak mendtgkan faedah. Nafsu akan menybbkan kita lupa dan lalai. Al-Quran akan melawan syaitan, dan nafsu.


Baca Al-Quran 1 ain, hembuskan ke tapak tangan dan sapu seluruh badan . Ianya menjadi penawar penyakit.


2. Sifat harap dan takut/gerun kpd Allah. - Harap mendpt/diterima oleh Allah dan takut/gerun akan balasan Allah. Dr amalan2 iru kita berharap mendpt keberkatan hidup, pahala dan kebaikan dr Allah. Serta mengharapkan karamah yg mulia, (semua makhluk2 Allah) berdoa terhadapnya, menjadikan dia taat kpd Allah.


Membayangkan azab dan seksaan neraka menjadikan sesorg utk terus taat kpd Allah.


Menjauhkan seseorg dr mendekati maksiat. Apabl byk amalan buruk/maksiat, maka akan melemahkan hati seseorg utk beribadat kpd Allah.


2 perkara yg merosakkan amalan:

1. Riak

2. ujub


Bersambung.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, November 4, 2011

Samb. qunut

J- Us Hasnan Kuliah Maghrib Jumaat 4-Nov-2011


- Puasa sunat hari arafah adalah sunat kpd org yg tidak menunaikan haji. Diampunkan dosa (dosa kecil) org itu sethun yg lalu dan setahun yg akan dtg.


- hari arafah adalah hari yg paling mulia. Tidak ada satu hari kecuali hari arafah ie Allah selamatkan org dr azab neraka.


- niat: shj aku puasa hari arafah kerana Allah Ta'ala.


- samb. Qunut

- fainna qatakdi wala yukhdho 'alait.  Ini bukan lg doa, ia adalah sanat.

- sunat berselawat ke aras Nabi diakhir qunut. Sunat mengangkat tangan menadah tangan (spt kebiasaan org berdoa), tidak disunatkan utk disapu ke muka.

- Imam membaca kuat dan makmum pula mengaminkan.

- doa makmun aminkan, apabila tiba pd sanat (pujian) disebut sendiri oleh imam dan makmum.

-fa inna qatakdi..., hanya Allah yg berkuasa mutlak dlm menetapkan qadak dlm kalangan makluk2Nya.

-org beriman akan sentiasa berserah kpd Allah atas setiap perkara.


- innahu wala yadzillu man walaita -

- org yg taat Allah dan meninggalkan larangan Allah, maka dia akan dimuliakan. Dalil: surah Ali-Imran ayat 139.


- org g beriman sentiasa menunaikan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah.


- menjadi imam dan sembahyang jenazah mempunyai persamaan, ie perlu diuruskan oleh ahli kariah.

-- imam perlu dilantik dr kalangan ahli kariah. Makhruh diminta org luar kariah mengimakkanbsolat.

-- jenazah perlu diuruskan oleh ahli kariah tempat dia tinggal. tanggugjawab fardu kifayah adalah ke atas ahli kariah, bukan ahli kariah lain. Dikhuatiri jenazah itu mati dlm keadaan murtad dan di bawa ke kariah lain utk disembahyangkan. Ahli kariah perlu terlebih dahulu menyiasat mana2 jenazah yg bukan ahli kariah utk mengelak dr menyembahyangkan jenazah org yg murtad.


- wala yaizzu man 'adaita,

- sesungguhnya tidak mulia org yg memusuhi Allah. Begitu juga disisi org yg mulia dia disisihkan.

- kadang2 org yg memusuhi Allah disanjung oleh manusia. Manusia yg memulikan org sebegini adalah sebenarnya juga memusuhi Allah.


- ta ba rakta ...

-- Maha Suci Allah dr melakukan kesilapan. Maha Tinggi kuasa Allah dr dikalahkan oleh kuasa makhluknya.


- falakalhamdu ala ..

-- segala pujian bg Allah utk segala perkara/qadak yg ditentukan.


- doa bermula semula dr falakalhamdu..., kemudian disunatkan utk menutup qunut dgn selawat ke atas Nabi.


Published with Blogger-droid v2.0