Saturday, March 10, 2012

Iman dan Kehidupan

-Us Aizam Kuliah Maghrib Sabtu 10-Mac-2012

-kitab Iman Dan Kehidupan, karangan imam Yusuf Al-Qardawi (kitab aqidah, cetakan 1985)


-Mukadimah

--iman bukan perkara tambahan sebaliknya perkara asas/wajib, dgn itu Allah mengutuskan Nabi Muhammad saw dan diberikan mukjizat Al-Quran kpdnya utk manusia mengenali iman.


--iman adalah penetuan hala tuju kehidupan manusia di Akhirat nanti. Jika tiada iman, dan segala benda kebaikan yg dilakukan berdasarkan pemikirannya/nalurinya maka amalan baik itu akan sia-sia. Allah menilai sesuatu perbuatan baik berdasarkan keimanannya. Kebaikan yg dilakukan oleh org bukan muslim hanya spt fartamurgana, tiada nilai pd sisi Allah.

---kaum thamud memiliki teknologi pembinaan yg tinggi, menjadikan gunung2 sebagai tempat kediaman mereka yg indah/cantik. Kehebatan dan kepandaian mereka diuji apbl Allah mengutuskan nabi Soleh as, utk menyuruh mereka menyembah Allah. Kaum thamud menafikan kehidupan selepas mati, mereka berkata masa yg akan menentukan segalanya, tidak wujud difikiran mereka bhw Allah akan memberikan balasan atas apa yg dilakukan di dunia dan pembalasan syurga dan neraka.


--surah Ibrahim Ayat 10


-Org yg berpegang kpd kekuatan diri dan kepandaiannya sendiri dan mempersoalkan sifat Allah, maka mereka ini sebenarnya tidak mempercayai kewujudan Allah. Tidak boleh dipersoalkan hak Allah utk berkehendak (iradat), kemahuan Allah utk menciptakan apa shj (irada kauniah).


-masalah free thinker wujud dlm semua ugama.


-muslim dan mukmin ada perbezaannya. Seorg yg beriman ada tingkatannya, org muslim mempunyai keimanan dlm dirinya, namun org mikmin memiliki tingkatan iman yg lebih tinggi dr org muslim.


-surah Ar-Rum Ayat 30


-ayat ini utk menerangkan fitrah Allah, yg mana seseorg manusia itu sesuai utk menerima Islam. Allah tlh sediakan tubuh setiap manusia utk menerima Islam.


-fahaman prularism mengatakan bhw manusia ada titik ketuhanan (god spot) dlm diri mereka, selagi mana manusia itu mengikuti aturan dlm dirinya merujuk kpd god spot tsbt. Perkara ini salah dan cuba disebarkan oleh musuh2 Islam.


-prinsip sebab-musabab juga tidak buleh diterima jika di akir rantaian sebab musabab itu tidak dikaitkan dgn Allah. Pemikiran yg tidak mengaitkan sesuatu perkara itu adalah kekuasaan Allah. Mereka ini akan mengatakan bhw kejadiaan di dunia (spt punca berlakunya tsunami di Jepun) adalah kerana bumi ini terjadi dgn sendirinya, dan pergerakan plate bumi adalah terjadi dgn sendiri yg apabl setelah bertahun2 bergerak maka akan meletuskan terori tsunami dan gempa bumi.


-org athis kata tiada hari akhirat dan syurga neraka.


-akhlak org yg beriman dgn Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata perkara yg baik2, jika tidak ia akan berdiam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 9, 2012

Beriman kpd Rasul (sambungan)

-Us Yusri Kuliah Maghrib Jumaat 9-Mac 2012


- Beriman kd Rasul

-Ciri ke 11 - Beriman bhw Nabi Muhammad saw adalah imam bagi org yg bertakwa dan bhw baginda adalah org yg dikasihi oleh Allah.


-adab mengikuti imam dlm solat: apbl imam beralih/menukar rukun solat dr sesuatu rukun sebelumnya, maka makmum kena ikut sama. Namun tidak boleh mendahului perbuatan imam. Makruh hukumnya jika makmum tidak mengikut imam, spt semasa sujud terakhir, sujud terlalu lama hingga imam hampir memberi salam.


-Surah Ali Imran Ayat xxx


..."Katakanlah wahai Muhammad kiranya kamu semua betul2 cinta kpd Allah maka ikut Rasulullah"...


-Ikut cara hidup Rasulullah:

1. Berusaha bersungguh-sungguh tiru cara hidup Rasulullah saw. 

Cth sunnah utk makan; baca bismillah, baca doa sebelum makan, ambil makanan yg palung hampir dahulu, ambil makanan/lauk dgn tangan kanan, makan dgn tangan kanan, makan sepertiga perut, berhenti sebelum kenyang, ucap Alhamdulillahbsesedah makan. Tidak dikira adat sesuatu kaum spt mengguna jari, sudu/garfu, chopstik.


- mesti terima arahan/keputusan dr Nabi sepenuh hati

Surah An-Nisa' Ayat 56.


-menerima ketentuan dgn berlapang hati. Kena lawan sifat yg bercanggah dgn apa yg dibawa oleh Nabi.

-amalan solat di awal waktu, tetapi nafsu membawa kita melakukan perkara harian hingga terlewat melakukan solat.


-Ciri ke13 - wajib beriman bhw Rasul diberikan mukjizat oleh Allah


-Mukjizat sebagai bukti bhw ajaran yg di bawa oleh rasulbadalah benar dan dtgnya dr Allah.

-Org yg tidak terima ajaran yg dibawa oleh para rasul adalah org yg kufur. Kufur berasal dr kafara, ie utk menutup/menyangkal perkara yg benar (yg dlm hati mereka mempercayai perkara itu adalah benar). Golongan yg menolak ajaran para rasul adalah mereka yg berpengarh, ada kepentingan, org kaya.


-mukjizat adalah perkara yg dikurniakan Allah kpd para Nabi dan Rasul mengatasi kepandaian sesuatu kaum pd ketika itu.

1. Nabi Musa dgn tongkatnya

2. Nabi Isa dgn mukjizatnya yg buleh menyembuhkan org buta, mengatasi para ilmuan/doktor pd ketika itu.

3. Nabi Muhammad saw dgn Al-Quran. Al-Quran mengatasi kepakaran ahli bahasa pd ketika itu utk mengatasi Al-Quran. Terbukti hingga hari ini tidak ada satu org yg mampu menangani Al-Quran. Mukjizat yg kekal hingga hari Akhirat.


Firman Allah dlm Surah xxx Ayat xxx


...sesungguhnya Kamilah yg menerunkan Al-Quran dan Kamilah yg menjaganya hingga hari Akhirat.


Bukti: Al-Quran dihafal oleh ribuan dan jutaan manusia.


Samb. Hikmat perutusan para nabi dan rasul, 2 minggu lagi.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, March 4, 2012

Peristiwa-peristiwa Penting Kerajaan Islamiah

-Us Fauzi Kuliah Maghrib Ahad 4-Mac-2012


- Tarikh kejatuhan kerajaan khalifah Islamiah adalah pd 3-Mac-1924, (kira-kira 88 thn telah berlalu).

  • Mustafa Kemal Ataturk menghapuskan sistem kesultanan Islam (yang juga khalifah), menghapuskan Pejabat khalifah di Turki, dan menamatkan pemerintahan Empayar Uthmaniyah, dalam tahun 1924.

- Tempoh pemerintahan amirul mukminin adalah 30 thn dan tempoh pemerintahan khalifah adalah 130 thn.



- Peristiwa2 yg membawa kpd kejatuhan Kerajaan Islamiah


#1. Semasa pemerintahan saidina Abu Bakar ra.

  • 2 tahun 3 bulan 10 hari dipimpin oleh saidina Abu Bakar ra. Saidina Abu Bakar dpt menangani unsur2 nabi palsu dan memerangi org yg tidak membayar zakat. Dia juga menghantar para tentera Islam dlm usaha meneruskan usaha meluaskan Islam, 11 tempat dikerahkan tentera Islam.

  • selepas kewafatan Rasulullah saw, dtg seorg Arab meminta utk tidak membayar zakat. Saidina Abu Bakar menolak permintaannya. Alasan yang diberikan untuk tidak membayar zakat adalah zakat hanya wajib semasa zaman pemerintahan Rasulullah saw. Saidina Abu Bakar ra memerangi golongan yang murtad, yang juga tidak membayar zakat.


#2. Semasa pemerintahan saidina Umar ra

  • Pembukaan utara Afrika

  • Pembebasan Baitul Muqaddis (dr Rome)

  • Kejatuhan empire Farsi (Iran), hamba Farsi dibenarkan masuk ke Madinah termasuk juga Abu Luk-luk Al-Parsi.
    • Pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar, golongan yan murtad tidak dibenarkan memasuki Madinah. Mereka melarikan diri ke negeri di luar Madinah. 
    • Abu Luk-luk menyimpan demdam terhadap khalifah, dan berjaya bergaul rapat dengan sabahat rapat Saidina Umar (menjadi seakan-akan rapat dengan Saidina Umar).
    • Abu luk-luk ini membunuh saidina Umar ra dgn pisau dua mata. Kesan tikaman ini  hinggakan apabila saidina Umar minum susu dan keluar semula susu di kerongkongnya.


#3. Saidina Usman ra

  • Pembukaan kota Cyprus. Selama 50 thn Islam bertapak di Cyprus.

  • Abdullah bin Sabak berkempen menjatuhkan saidina Usman kira2 4 thn. Mukanya terlalu gelap. Dia pergi ke Khufah, Basra dan Mesir dia dpt pengikut utk menjatuhkan saidina Usman, namun dia gagal mendpt pengikut di Syam. Khufah dan Basra terletak di Iraq. Dia pergi ke Mesir lama (Fustal), di sana dia dpt pengikut. Mereka mengepung rumah saidina Usman. Mereka diusir namun mereka dtg semula. Saidina Ali menjangkakan mereka yg dtg ke rumah saidina Usman, itu mempunyai komplot kerana mereka yg diarah pulang tidak pulang ke negeri asal mereka, sebaliknya berkumpul dln kelompok yg besar. 

  • Kira-kira 10 ribu org mengepungnya, dia berjaya dibunuh oleh org Islam sendiri. Tidak diketahui siapa yg membunuh saidina Usman. Ketika dibunuh dirumahnya saidina Usman bersama isterinya shj.


#4. Zaman pemerintahan Saidina Ali karamallahuwajhah

  • Pada zaman pemerintahan saidina Ali, dia berusaha menghapuskan pemberontakan dalaman (yg timbul akibat dr pembunuhan saidina Usman), secara berasingan, ada cara berhujah juga cara berperang.


#5. Pada zaman saidina Hassan bin Ali

  •  Tempoh Saidina Hasan menjadi khalifah adalah 6 bulan shj. Kemudiannya menyerahkan jawatan khalifah kpd Muawiyah bin Abu Sufyan.


#6. Pada zaman Muawiyah

  • Islam mula berkembang semula, akibat dr usaha saidina Ali menangani krisis dalaman.

  • Muawiyah adalah seorg gabenor di Syam. Dia seorg yg bijak, disbbkan itu apbl Abdullah pergi ke Syam utk mendpt sokongan mejatuhkan saidina Usman, Abdullah tidak mendpt sokongan.

  • Perlantikan gabenor tlh diperkenalkan di Syam sejak dr zaman saidina Abu Bakar.

  • Bani Muawiyah dilantik menjadi gabenor di Syam kerana mereka golongan yg pandai berperang dan keduanya mereka bijak berpolitik.

  • Muawiyah bin Abu Sufyan mencadangkan tentera Islam menggunakan kapal utk berperang. Cadangan ini mula dicadangkan pd zaman saidina Umar, namum saidina Umar pd ketika zaman akhir pemerintahannya, dia tidak suka umat Islam membunuh sesama sendiri. Muawiyah mencadang kpd saidina Usman (pd zaman pemerintahan saidina Usman), dan akhirnya tentera berkapal diwujudkan.

  • Muawiyah melancarkan serangan ke atas Rome, dan pernah mengarahkan anaknya Zaid bin Muawiyah utk meneruskan peperanagn membebaskan Constatinopole.

  • Hubungan Melaka dgn Cina berlaku sebelum 1400, 1409 rombongan pedagang Mereka ke Cina.

  • Baghdad berada pd zaman kegemilangan, berlaku perbalahan di Mesir. Tidak setuju dengan raja Mesir kemudiannya mereka bunuh dan lantik raja baru.

  • Baghdad dijatuhkan oleh bangsa Tartar (atau bari-bari) yg tidak bertamadun.

  • Tentera tartar serang Baghdad pd thn 1258, dikatakan 1,800,000 org mati (mungkin dicampur dgn rakyat negeri sekitarnya), hinggakan sungai Nil bertukar warna darah.

  • Nasaruddin al Tausi adalah membantu dlm kejatuhan Baghdad. Dlm kepercayaan org Monggol (tartar) jika darah raja org islam jatuh ke bumi maka akan berlaku kiamat. Syiah mencadangkan agar dipukul dgn kayu, akhirnya khalifah Islam mati.

  • Langkah menentang tentera Monggol, Raja Muzafar Al-Qutus ada persepakatan dgn paluan gendang, berjaya menjatuhkan monggol dlm masa 2 hari tanpa tinggal seorgpun. Raja Muzafar Al-Qutus berjaya mendpt rahsia kelemahan Monggol ie disebelah kanan dan kiri.

  • Cucu Holugu ada 3. Cucu Holugu masuk Islam dan pertahankan Islam. Holugu mati pd usia 88 thn, sebagai pemerintah perang.

  • Kejatuhan islam pd zaman Usmaniah, semasa sultan Hamid dipecat. Dlm muktamar pemecatan itu ada 2 org Yahudi.

Yakini bhw sistem Khilafiah akan bangun semula secara tobie, kini rakyat Islam bertambah dan memulakan didikan Islam dr bawah semula. Yakini bhw rezeki diberikan oleh Allah dan rezeki anak pasti ada. Berbanding ugama lain mereka tidak yakin rezeki dr Allah


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, March 3, 2012

Bandingan manusia dgn pokok yg tegap, rimbun dan berbuah manis

-Us Ibrahim Kuliah Maghrib 3 Mac 2012


Bandingan manusia spt sebatang pokok yg berakar tunjang, kuat menyokong; ada batang yg keras; berdahan besar;berdahan kecil dan ranting; berdaun, berbung dan berbuah; buahnya manis.


- akar adalah iman

-- iman yg kukuh yg menyokong batang yg kuat/tegap.

- batang adalah solat 5 waktu

-- solat 5 waktu ibarat batang besar yg kuat.

- dahan2 besar adalah rukun2 Islam

-- dahan besar ini bergantung kpd amalan solat.

- dahan kecil adalah fardu kifayah

- ranting, bunaga dan daun adalah sunat hingga merimbun

- buah dan rasa isi buah adalah kelakaun individu itu sendiri.


Keimanan kpd Allah adalah akar kpd

Rukun yg 13 adalah batang besar pokok

Buah itu adalah khusyuk dlm melakukan ibadah

Manis dan isi buah adalah nikmat melakukan amalan/kasih kpd Allah.

- Apbl lengkap sesuatu amaln barulah kita mendpt lenikmatan melakukan amalan Allah..


-sepatutnya setiap org kini dpt merasakan kenikmatan beramal kpd Allah.

-Al-Quran itu dpt memberi kemanisan kpd pembacanya.


-kita perlu usahakan utk mendptkan kemanisan dlm melakukan amalan kpd Allah.


-kita dilarang menyokong aktiviti yg dianjur oleh org kafir kerana aktiviti mereka mesti ada urusan yg dimurkai Allah.orh Islam diminta membina/menjadi pokok yg kuat/besar, layak Islam dipuji, disanjung dan diikuti oleh org bukan Islam.


-wahai org2 g beriman, jangan kamu ambil selain dr org beriman utk mengetuai kamu.


-Allah bersifat Aziz, Allah mahu kita berpegang kpd perintah Allah dan kita bersungguh-sungguh mencari kemuliaan Allah. Yakin hanya Allah yg dpt memberi hidayah dan petunjuk dan membolehkan kejayaan dicapai. Tidak perlu berharap kpd org bukan Islam utk menjamin kejayaan yg kita hajatkan.


-Islam akan kembali menjadi ummah buat kali ke2, setelah itu barulah dajjal akan turun.


-kita perlu berasa bertanggungjawab tu menolong ugama Allah, perlu berusaha spt usaha org yg hebat suatu masa dahulu.


-kita tidak perlu menghebahkan hal kehebatan/keilmuan seseorg lain, kecuali kita berbangga dgn amalan kita sendiri dgn melebihkan amalan2 yg meninggikan keimanan kpd Allah. Biar Allah nampak kita sebagai pejuang /pembela/pengembang ugamaNya.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 2, 2012

Tafsir surah Al-Israk Ayat 17:18 hingga 21

-Us Hasnan Kasan Kuliah Maghrib Jumaat 2-Mac-2012

Tafsir Surah Al-Israk Ayat 17:18 hingga 21


A018

Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.


Ayat 17:19


A019

Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.


Ayat 17:20

A020

Tiap-tiap golongan dari keduanya, golongan dunia dan golongan akhirat Kami hulurkan kepada mereka dari pemberian Tuhanmu (wahai Muhammad); dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (dari sesiapapun).


Ayat 17:21

A021

Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya.


-mengapa ayah Nabi Ibrahom tidak masuk Islam? adalah kerana dia pembuat patung berhala.

-qardul hasan: sistem kewangan islam utk membolehkan org2 kaya memberikan kemudan kewangan kpd org miskin dlm suatu jumlah dgn tempoh byrn tertentu tanpa mengenakan faedah ke atas jumlah yg diberi pinjam. Cth bank beri pinjam kpd org miskin utk beli rumah rm150K, dan org tersbt bayar semula dlm tempoh 30 thn utk jumlah terkumpul rm150K.


-jangan sesekali benarkan anak-cucu terima wang zakat selagi mana masih ada org yg lebih miskin, yg terpaksa pergi dptkan bantuan dr gereja/kuil. Adalah menjadi tanggungjawab bapa utk membiayai pelajaran anak2, jgn biarkan mereka berhutang dgn bank/ptptn/mara, ambil peluang utk mendapatkan pahala fardu ain kerana membiayai perbelanjaan pelajaran anak2 kita.


-kegembiraan2 yg dijanjikan oleh Allah utk mereka yg cintakan akhirat:

#1: dilindungi sewaktu menunggu di padang mahsyar, berbanding org yg diletakkan matahari sejengkal jaraknya.

Ke2: dipercepatkan hisab

Ke3: terima buku amalan dgn tangan kanan

Ke4: segala dosa ditukarkan dgn pahala

Ke5: Al-Quran menjadi cahaya/sinar sewaktu meniti titian sirat

Ke6: dialu-alukan utk masuk syurga, ketika melalui syurga kita akan diberikan/dicedokkan air dr telaga Al-Kausar (tanpa perlu menunggu utk mendapatkannya)

Ke7: dpt minum madu dan susu (susu ini tidak akan masam walau dibiar lama), dikurniakan nikmat dpt melihat wajah Allah swt, setelah itu Allah bertanya adakah kita pernah mendpt nikmatw lain? Waktu itu kita akan menjawab tiada (kerana nikmat meliat wajah Allah swt adalah nikmat yg paling tinggi/indah).


-syurga ada 100 darjat/tingkat. Beza antara setiap tingkat adalah sejauh langit dan bumi.

-selepas 1,000 thn org yg diazab dlm neraka, malaikat jibrail akan membawa mereka yg dulunya tidak murtad (yg ketika matinya masih mengekalkan syahadahnya) mengadap Allah, setelah ditanya oleh Allah swt, mereka berkata bhw tidak mahu lagi pulang ke neraka. Allah kemudian membenarkan mereka dimasukkan ke syurga namun ditandakan di dahi mereka dgn tanda hitam di dahinya.

-Jangan lupa doakan kpd ayah dan ibu, anak yg soleh boleh bertanyakan kedudukan ibu bapanya dan memohon (syafaat) kpd Allah utk membawa ibu bapa dia yg berada ditingkatan syurga yg lebih rendah utk dibawa bersama dlm tingkatan syurga tempat tinggal anaknya.

-mereka yg dimasukkan dlm syurga tingkatan yg lebih tinggi boleh menziarahi mereka yg berada di tingkatan syurga yg lebih rendah. Tidak sebaliknya.

-beza di akhirat adalah beza yg berkekalan. Pilih akhirat syaratnya perlu berusaha utk mendapatkan akhirat.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, February 19, 2012

Dosa Besar ke-4, Dosa Meninggalkan Solat

-Us Shairozi Hashim Kuliah Maghrib Ahad 18 Feb 2012

Dosa Besar ke-4 ie Meninggalkan Solat dlm bab solat yg sempurna


1. Solat yg tidak sempurna kerana solatnya laju (yg memetuk-matuk sujudnya), rukuknya tidak betul, dan sujudnya tidak betul.


- suatu hari sorg lelaki masuk ke masjid Nabi, selepas solat dia memberi salam kpd Rasulullah. Rasulullah menyuruhnya bersolat semula, dia solat semula spt solatnya yg tadi. Rasulullah menyuruhnya solat semula. Bila dah solat kali ke-3, lelaki tadi berkata bhw dia tidak tahu cara bersolat dan meminta Rasulullah mengajarkannya solat. Lalu Rasulullah berkata, apbl kamu berdiri dan takbirlah, kemudian baca Al-Fatihah, kemudian rukuk dgn tomakninah, sehingga kamu tenang, kamu bangun semula (iktidal), kemudian sujud hingga kamu tomakninah, kemudian kamu duduk dgn tomakninah, kemudian sujud dgn tomakninah, dan buatlah dlm kesemua solat kamu.

- biasanya solat laju adalah waktu berseorangan.


- tomakninah:

-- tidak dikira pahala seorg itu jika rukuknya tidak lurus (lurus di antara punggung dan bahu)

-- belakang perlu tegak/lurus ketika rukuk dan sujud.

-- setiap anggota perlu berada di tempatnya.

-- tiada tomakninah spt mencuri dlm solat. Kata Rasulullah, org yg mencuri dlm solat adalah apabila tak sempurna bacaan Fatihah, tidak ada tomakninah dlm rukuk dan sujudnya.


- Nabi berkata Allah tidak melihat solat org yg solatnya tiada rukuk dan sujudnya (ie tiada tomakninahnya).


Mencuri dlm solat:

- Nabi ulang 3x utk sifat org munafik iaitu sengaja melengah2kan solat dan apbl telah hampir luput waktu maka barulah mereka bergesa2 utk bersolat. Ke2 dia bersolat dgn laju, ke3 tiada berzikir selepas solatnya.


- beruntung solat berjemaah, adalah tiada terlibat dgn sifat org munafik.

- kata Abi Abdullah, sewaktu Nabi bersama para sahabat selepas solat (Nabi akan bersama para sahabatnya di masjid utk mensengar bacaan Al- Quran dan mengajarkan kpd para sahabat), kemudian dtg seorg lalu bersolat. Nabi kemudiannya memberitahu para sahabat dan menunjuk kpd org yg tengah bersolat tadi. Kalaulah org ini mati selepas solatnya itu maka dia mati bukan dlm ugama Muhammad.


- dlm hadis lain (hadis ini hadis daif), sewaktu solat ada 2malqikat yg memmerhatikan solat seserg itu. Satu malaikan berada di sebelah kanan, dan satu lagi disebelah kiri. Apbl selesai solat, ke 2-2 malaikat tadi akan membawa solat tadi mengadap Allah, jika tidak diterima solatnya oleh Allah, maka akan dilemparkan solat itu ke muka org tersbt.


- jika berwuduk dgn sempurna, kemudian dia bangun utk bersolat, dan menjaga solatnya, maka selesai solat tersbt solatnya akan naik mengadap Allah dan diterima oleh Allah, solat akan mendoakan kpd org tadi dan akan menjadi syafaat kpdnya di akhirat nanti.


- Hadis daif ini buleh diguna pakai utk diambil iktibar.


Mencuri dlm solat

- kata Salman Al-Farisi, berkata Rasullah, solat itu adalah spt timbangan, jika solatnya tidak sempurna, samalah org yg mengurangkan timbangan solatnya spt tidak sempurna Fatihahnya, tidak sempurna rukuk dan solatnya. Oleh kerana dia menipu dlm solatnya, maka tidak diterima solatnya, maka dimasukkan dia dlm neraka mutaffifin.


- kata Ibn Abbas ra, apbl seseorg itu sujud maka dia perlu letak dahi, hidung dan telapak tangannya ke lantai/tempat sujud


7 anggota sujud:

1. dahi dan hidung (dikira satu pakej)

2. 2 tapak tangan

3. 2 lutut

4. 2 hujung kaki


Tiada halangan pada dahi spt rambut atau kain. telapak tangan bermaksud keseluruhan tapak tangan mencecah lantai/sejadah, bukannya hujung jari.


Hadis ini hadis yg soheh. Perlu jaga 7 anggota sujud utk menggelak laknat dr Allah.


- kiranya ada org yg menegur solat kita maka ucapkanlah terima kasih kerana dia membetulkan solat kita.


- ada dua bab solat lagi, sambung 2 minggu lagi.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, January 28, 2012

Syafaat

-Us Dr. Ikhsan Kuliah Maghrib Sabtu 28 Jan 2012

Zalim: tidak meletakkan sesuatu pd tempatnya.
Amal soleh: amalan yg boleh membantu kita setelah kita mati.
Syafaat: (dr sudut bahasa) suatu permintaan (kpd Allah) utk menghapuskan dosa2 (dgn maksud masukkan kita ke syurga)

Allah mengkhususkan 5 perkara kpd Rasulullah dan tidak kpd Nabi2 dan Rasul2 sebelumnya:

1. Dibantu oleh Allah dgn perasaan gerun/takut (di dlm hati para penentang Islam), kpd Rasulullah saw.
2. Dihalalkan harta rampasan perang yg tidak dihalalkan kpd nabi sebelum baginda
3. Menjadikan masjid suci
-Fitnah besar kpd umat Islam hari ini, apbl sakit ramai tidak bersembahyang.
4. Diberikan syafaat
5. Setiap Nabi diutuskan kpd kaumnya tertentu, tetapi Nabi diutuskan kpd sekelian manusia.

-soalan: Bolehkah kita bertawakal bhw Nabi Muhammad saw akan memberi syaafaat kpd kita (sbb kita umatnya)?
jawapan: Tidak boleh.

Syarat2 mendapat syafaat

1. Mendpt keizinan Allah.
2. Mestilah dgn keredhaan Allah.
-keredhaan Allah adalah perkara ghaib, tanda keredhaan Allah adalah kita redha dgn ketetapan Allah.
-peringkat keredhaan: sabar < syukur < redha. Sabar adalah peringkat paling rendah, peringkat pertengahan adalah bersyukur dgn ketetapan Allah, dan paling tinggi adalah redha.

3. Hanya utk orang Islam sahaja.
-aliran yg menyeleweng tidak akan mendpt syafaat.
-walaupun seorg tlh mengucap dua kalimah syahadah kemudian dia menyeleweng/mengingkari perintah Allah, dia tidak akan mendapat syafaat.
-menunjukkan kehebatan/ketinggian Rasullah saw berbanding lain2 Nabi dan Rasul.
-sahabat pernah bertanya kpd Rasulullah kenapa baginda tidak memohonb kpd Allah utk menjadi raja spt nabi Sulaiman as, baginda hanya tersenyum. Baginda hanya memohon utk kenyang sahari dan lapar sehari.
-Allah sediakan satu doa yg mustajab kpd para nabinya. Ada yg memohon utk menjadi raja, ada yg memohon supaya dihancurkan umatnya, namun baginda menyimpan hajatnya (memberi syafaat) di akhirat nanti.

-Doa:
(a) tugas kita berdoa bersungguh2, dgn penuh harapan.
(b) balasan doa adalah samada di dunia atau di akhirat.
-Nanti akan ditunjukkan kotak2 ada yg berisi dan ada yg kosong. Kita akan bertanya kpd Alah kenapa ada kotak2 yg kosong, Allah akan mengatakan bhw kotak yg kosong itu adalah permintaan/doa yg tlh ditunaikan di dunia.

Syafaat

1. Syafaat di akhirat ie syafat Nabi Muhammad saw

-di akhirat nanti, manusia akan mencari rasul utk memberikan syafaat dan dipercepa5an kiraan amal. Merke bertemu dgn:

Nabi Adam: tak mampu kerana kesalah baginda memakan buah halkom

Nabi Nuh: tak mampu kerana tlh berdoa memohon menghancurkan umatnya, dan tidak mampu memdidik anaknya menyembah Allah

Nabi Ibrahim: tak mampu kerana pernah menipu 3 kali.

-(i)menipu mengatakan sakit perut, (ii) menipu mengatakan patung paling besar di kuil yg tlh menghancurkan patung2 berhala yg lain (iii) menipu terhadap raja mengatakan isterinya adalah adiknya.

Nabi Musa: tak mampu

Nabi Isa: tak mampu kerana ramai manusia sembah baginda dan bukannya sembah Allah.

Nabi Muhammad saw: Nabi terus bangun dan menuju kpd Allah, dan memuji Allah (dgn kalimah pujian yg terlalu indah). Allah meminta Nabi bangun dan mohon syafaat. Nabi bangun dan menyebut umatnya, ummati, ummati.
 
-Aisyah pernah bertanya kpd Rasulullah saw, bhw di akhirat nanti di mana beliau boleh menemui baginda. Nabi menjawab carilah dia di telaga kauthar.

Syafaat2 lain:
2. Menaikkan darjat dlm syurga
3. org yg berdosa besar terlepas dr neraka dan dpt masuk syurga.
4. Bapa saudara baginda adalah abu talib dr neraka kpd syurga yg paling bawah.

Syafaat selain dr syafaat yg diberi oleh Nabi Muhammad saw

1. Al-Quran: boleh bantu kita sewaktu dlm kubur, menemani kita dan menghilangkan rasa bosan dlm kubur. Di akhirat nanti Al-Quran akan menjelma sebai makhluk dan  memberi syafaat kpd kita.
2. Org yg mati syahid, org mati syahid di medan jihad boleh memberi syafaat kpd 70 org ahli keluarganya.
3. Org alim, kita mesti ada idola (org yg alim) utk mendpt syafaat drnya di akhirat nanti.
4. Ada yg boleh memberi kpd kaumnya
5. Anak yg soleh
6. Puasa, dgn syarat kita menjadi ahlu puasa. Puasa Ramadhan tidak mencukupi, tambah puasa2 sunat.

Bagaimana cara mendapat syafaat Nabi

1. Doa selepas azan
- sabda Nabi, apbl kita mendgr azan maka jawablah spt kata muazin. Kemudian selepas azan berdoalah. Dlm doa tersebut ada permohonan utk Nabi Muhammad saw mendpt  wasilah (tempat tertinggi).

2. Selalu berselawat ke atas Nabi. Paling kurang 10 kalu pagi dan 10 kali waktu petang.
3. Khusus utk org Madinah: kpd org yg bersabar di Madinah.
4. Perbanyakkan sembahyang sunat. Sunat dhuha, sebelum dan selepas solat.
5. Tunaikan hajat org Islam. SabdaNabi Nabi akan berada di sisi timbangan.
6. Bersaudara kerana Allah. Bersahabat dgn niat kerana Allah.

Penghalang syafaat

1. Suka menyumpah/melaknat.

-marah cara Islam ie dln bentuk doa. Mohon Allah beri petunjuk kpd org yg dimarahi itu (sebutlah ittakillah!)


Ringkasan Riyadhus Solihin, Imam Nawawi, Diringkaskan oleh Syaikh Yusuf Al-Nabhani. ms 268:

Al-Buhkari dan Muslim meriwayatkan drpd Abu Hurairah ra, beliau berkata: Kami pernah berada dalam sebuah jamuan makan bersama Rasulullah saw. Baginda dihidangkan daging (kambing) bahagian kaki kepadanya, kerana Baginda memang menyukainya, lalu Baginda memakan daging tersebut. Setelah selesai Baginda bersabda, yg bermaksud:

"Aku adalah orang yang paling utama kelak pada hari kiamat. Tahukah kamu bagimana keadaan nanti saat Allah mengumpulkan semua manusai di sebuah tempat yang luas (padang Mahsyar)? Pada hari itu Allah melihat dan mendengar semua yang telah mereka lakukan dan katakan. Matahari akan sangat dekat jaraknya sehingga semua manusia akan merasa cemas dan kepayahan yang sangat, yang belum pernah mereka rasakan sebelum ini. Saat itu sebahagian manusia lalu berkata kepada yang lain: 'Tidakkah kamu pedulikan apa yang menimpa kamu sekarang ini? Tidakkah kamu mencari seseorang yang boleh memohonkan syafaat kepada Tuhan kamu?' Sebahagian manusia yang ditanya tadi menjawab: 'Bapu kamu, Nabi Adam.' Mereka pun lalu mendatangi Nabi Adam dan berkata: 'Wahai Nabi Adam, engkau adalah bapa daripada semua manusia yang ada. Allah telah menciptakanmu dengan tanganNya, lalu meniupkan rohNya kepadamu, memerintahkan para malaikat untuk bersujud kepadamu dan mereka pun bersujud, dan menempatkanmu di syurga. Mohonkalah syafaat kepada Tuhanmu untuk kami? Tidakkah engkau perhatikan bagaimana keadaan kami dan apa yang menimpa kami sekarang ini?' Nabi Adam menjawab: 'Sesungguhnya pada hari ini Tuhanku sangat murka dengan kemurkaan yang belum pernah terjadi sebelumnya dan tidak akan pernah terjadi lagi sesudahnya. Dahulu Dia pernah melarangku untuk mendekati sebuah pohon, namun aku melanggarnya. Aduhai diriku, sesungguhnya diriku juga memerlukan syafaat saat seperti ini. Menghadaplah kamu kepada selainku. Menghadaplah kamu kepada Nabi Nuh.' Mereka pun lalu menemui Nabi Nuh dan berkata: 'Wahai Nabi Nuh, engkau adalah rasul pertama yang Allah utus kepada penduduk bumi dan Allah telah memberikanmu gelaran sebagai 'abdan syakura (seorang hamba yang banyak bersyukur). Tidakkah engkau perhatikan bagaimana keadaan kami dan apa yang menimpa kami sekarang ini? Mohonkanlah syafaat kepada Tuhanmu untuk kami?' Dia menjawab: 'Sesungguhnya pada hari ini Tuhanku sangat murka dengan kemurkaan yang belum pernah terjadi sebelumnya dan tidak akan pernah terjadi lagi sesudahnya. Sesungguhnya, aku dahulu pernah memanjatkan doa kebinasaan bagi kaumku yang tak sepatutnya aku panjatkan. Aduhai diriku, sungguh diriku pun juga memerlukan syafaat pada saat seperti ini. menghadaplah kamu kepada selainku. Manghadaplah kamu kepada Nabi Ibrahim.' Mereka pun lalu menemui Nabi Ibrahim dan berkata: 'Ya Nabi Ibrahim, engkau adalah seorang nabi Allah sekaligus kekasihNya di antara sekalian banyak penduduk bumi. Mohonkanlah syafaat Tuhanmu kepada kami? Tidakkah engkau perhatikan bagaimana keadaan kami sekarang ini?' Nabi Ibrahim menjawab: 'Sesungguhnya hari ini Tuhanku sangat murka murkaan yang belum pernah terjadi sebelumnya dan tidak akan pernah terjadi lagi sesudahnya. Sesungguhnya dahulu aku pernah berdusta sebanyak tiga kali. Aduhai diriku, sesungguhnya aku pun juga memerlukan syafaat pada saat seperti ini. Menghadaplah kamu kepada selainku. Menghadaplah kamu kepada Nabi Musa.' Mereka pun menemui Nabi Musa dan berkata: 'Wahai Nabi Musa, engkau adalah seorang rasul Allah dan Allah telah melebihkanmu di atas semua manusia dengan kerasulan dan mengajakmu berbicara secara langsung. Mohonkanlah syafaat kepada Tuhanmu untuk kami" Tidakkah engkau perhatikan bagaimana keadaan kami sekarang ini?' Musa menjawab: 'Sesungguhnya pada hari ini Tuhanku sangat murka dengan kemurkaan yang belum pernah terjadi sebelumnya dan tidak akan pernah terjadi lagi sesudahnya. Sesungguhnya, dahulu aku pernah membunuh seseorang yang aku tidak diperintahkan untuk membunuhnya. Aduhai diriku, sesungguhnya aku juga memerlukan syafaat pada ketika ini. Menghadaplah kamu kepada selainku, iaitu kepada Nabi Isa.' Mereka pun lalu menemui Nabi Isa dan berkata: 'Wahai Nabi Isa, sesungguhnya engkau adalah seorang rasul Allah, (yang diciptakan dengan) kalimatNya yang disampaikanNya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) ruh daripadaNya. Engkau juga telah diberi kemampuan untuk berbicara dengan manusia sewaktu masih berada dalam buaian. Mohonlah syafaat kepada Tuhanmu untuk kami. Tidakkah engkau perhatikan bagaimana keadaan kami sekarang ini?' Nabi Isa menjawab: 'Sesungguhnya, pada hari ini Tuhanku sangat murka dengan kemurkaan yang belum pernah terjadi sebelumnya dan tidak akan pernah terjadi lagi sesudahnya.' Nabi Isa tidak memaparkan apa dosa yang pernah diperbuatnya, lalu dia berkata: 'Aduhai diriku, sesungguhnya diriku pun juga memerlukan syafaat pada ketika ini. Menghadaplah kamu kepada selainku, iaitu kepada Nabi Muhammad.' Mereka pun lalu menemui Nabi Muhammad dan berkata: 'Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah seorang Rasulullah dan penutup para nabi. Semua dosamu, baik yang terdahulu mahupun yang terkemudian, juga telah diampuni oleh Allah. Mohonlah syafaat kepada Tuhanmu untuk kami. Tidakkah engkau perhatikan bagaimana keadaan kami sekarang ini?' Aku pun lalu pergi ke bawah Arasy. Di sana aku bersujud kepada Tuhanku. Seterusnya, Allah mengajariku lafaz pujian dan sanjungan kepadaNya yang belum pernah Dia ajarkan kepada seorang pun sebelumku. Setelah itu Dia berfirman: 'Wahai Muhammad, bangunlah. Sekarang mintalah, nescaya engkau akan diberi; dan mohonlah syafaat, nescaya akan dikabulkan bagimu.' Aku pun lalu bangun dan berkata 'Umatku, wahai Tuhan, Umatku wahai Tuhan, Umatku, wahai Tuhan (berilah mereka rahmat dan keampunan).' Dia lalu berfirman: 'Wahai Nabi Muhammad, bawa masuklah ke dalam syurga segolongan umatmu yang (sudah dijamin masuk syurga) tanpa hisab melalui pintu yang berada di sebelah kanan syurga. Namun mereka juga tidak dilarang untuk memasukinya melalui pintu yang lain bersama orang ramai.' Seterusnya, Nabi saw bersabda: Demi Tuhan yang diriku berada di tanganNya, sesungguhnya jarak antara kedua daun puntu syurga itu sebagaimana jauhnya jarak antara kota Makkah dan Kota Hajar atau antara Kota Makkah dan Kota Bushra." (Riwayat Al-Buhkari no. 3340 dan Muslim no. 194)


Published with Blogger-droid v2.0.4