Saturday, June 10, 2023

Panggilan kepada orang beriman supaya tidak merosakkan pahala sedekah/infaq

- kuliah Suboh Sabtu 10-Jun-2023

Panggilan ke-8 Allah Ar-Rahman kpd org² yg beriman supaya tiak merosakkan pahala sedekah/infaq

- Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:264 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُبۡطِلُواْ صَدَقَٰتِكُم بِٱلۡمَنِّ وَٱلۡأَذَىٰ كَٱلَّذِي يُنفِقُ مَالَهُۥ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ وَلَا يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۖ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ صَفۡوَانٍ عَلَيۡهِ تُرَابٞ فَأَصَابَهُۥ وَابِلٞ فَتَرَكَهُۥ صَلۡدٗاۖ لَّا يَقۡدِرُونَ عَلَىٰ شَيۡءٖ مِّمَّا كَسَبُواْۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡكَٰفِرِينَ }

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

- ayat 2:264 ini adalah ayat ke8 yg mana Allah mulakan dgn "يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ" Allah menyeru kpd hamba²Nya yg beriman.
- peringkat/tahap keimanan: seorg yg beriman kpd menjadi seorg yg muttakin.
- dlm ayat ini Allah mengajarkan adab dlm melakukan sedekah, ie sedekah atau berinfaq perlu dilakukan dgn rendah diri tanpa menyakiti hati org lain sama ada dlm bentuk kata² atau perbuatan, agar tidak hilang pahala sedekah/infaq yg dilakukannya.

- dlm surah Al-Baqarah ayat 2:261 (klik sini)
{ مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنۢبُلَةٖ مِّاْئَةُ حَبَّةٖۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ }

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

- Imam Ibnu Kathir mengingatkan kita bhw amal soleh akan ditumbuh subur menjadikan jiwa kita sentiasa beramal soleh. Apbl jiwa kita subur maka senanglah binih yg disemai menumbukan tanaman.

Dlm surah Al-Kahfi disebutkan surah Zulkarnain dan kisah Nabi Khidir yg mana kisah yg diceritakan:
a) Zulkarnain dlm setiap perjalanan sentiasa memberikan bantuan kpd penduduk di mana dia berhenti.
b) Nabi Khidir memberikan pengajaran kpd Nabi Musa tentang hakikat sebenar kehidupan.

- hadis: seorg lelaki bersedekah seekor kuda yg bertanda pd hidungnya. Balasannya 700 ekor kuda yg bertanda.

Hadis: ganjaran amalan kebaikan adalah antara 10 hingga 700 kali ganda.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah saw. sabdanya: "Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Apabila hambaKu berniat hendak melakukan suatu kebajikan tetapi belum dilaksanakannya, Aku tulis untuknya sepuluh sampai tujuh ratus ganda kebajikan. Apabila dia berniat hendak melakukan suatu kejahatan tetapi belum dilaksanakannya, tidak Ku tulis apa-apa baginya. Jika dilaksanakannya, Ku tulis untuknya satu kejahatan." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0103]

- Kedudukan puasa berbeza dgn amalan² yg lain.

- Allah jadikan manusia dlm tingkatan ekonomi yg berbeza, tingkatan kemiskinan. Org miskin mempunyai pendapatan namun pendapatannya tidak mencukupi utk kehidupannya.
- Seseorg itu boleh meningkatkan ketaatannya kpd Allah dgn melakukan sedekah/infaq dgn mengharapkan keredaan Allah (mengharapkan amalannya diterima oleh Allah).

- harta itu sama ada mendekatkan diri kpd Allah atau menjadikan seseorg itu jauh dari Allah. Rasulullah saw memuji org² yg menggunakan hartanya dgn mendahulukan org lain, org² Ansar memuliakan org² Muhajirin dgn memberikan sebhgn dari harta mereka utk org² Muhajirin.

- sedekah itu perlu berpunca dari usaha yg halal. Kerana sumber yg haram tidak menghasilkan pahala.

  • Jangan menyebut² sedekah yg telah diberikan.
Rujuk catatan kuliah dosa besar: Dosa Besar ke-40 Mengunkit-ungkit pemberian (Al-Mannan)

- kata imam Al-Ghazali, tempat muncul al-mannan adalah dari hati yg tidak baik (tidak subur). Dia merasa dirinyalah pemilik harta itu dan menjadi tugasnya memberikan hartabkpd org² muskin.

Menganggap pemberian itu suatu yg kecil.
- Semua pemberian sedekah/infaq yg dilakukan itu perlu dianggap suatu yg kecil. Dgn itu tidak menimbulkan riak. Sekiranya sesuatu pemberian itu dianggap sesuatu yg besar/bernilai tinggi, akan menjadikan kita berasa lebih dari org lain (sombong).

Memilih sesuatu yg paling baik utk bersedekah/infaq
- Pilih dari harta² yg baik utk dijadikan bahan sedekah/infaq. Keadaan, sifat dan rupa bahan/harta itu dlm keadaan yg senang diterima oleh penerima sedekah/infaq, bukannya dia perlu keluarkan belanja utk membaiki kerosakan bahan yg diterima.

Memberikan kpd org yg memurnikan maksud sedekah.
- apbl hendak berkawan pilihlah kawan yg membawa kpd ketaatan kpd Allah (membawa ke syurga).

Bersedekah dgn niat yg baik.
- Bersedekah/Infaq tanpa mengharapkan balasan dari manusia.

Monday, June 5, 2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:231 dan 232

- us Mahadir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 5-Jun-2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:231 dan 232

- 2 talak yg boleh dirujuk ie 1 dan 2 disebut talak rajai. Talak ke3 ie talak batil iaitulah tidak boleh dirujuk kembali.

Surah Al-Baqarah ayat 2:231 (klik sini)
{ وَإِذَا طَلَّقۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَبَلَغۡنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمۡسِكُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٍ أَوۡ سَرِّحُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٖۚ وَلَا تُمۡسِكُوهُنَّ ضِرَارٗا لِّتَعۡتَدُواْۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٰلِكَ فَقَدۡ ظَلَمَ نَفۡسَهُۥۚ وَلَا تَتَّخِذُوٓاْ ءَايَٰتِ ٱللَّهِ هُزُوٗاۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ وَمَآ أَنزَلَ عَلَيۡكُم مِّنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَٱلۡحِكۡمَةِ يَعِظُكُم بِهِۦۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٞ }

Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). Dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

- Ayat 231 ini waktu hampir tamat edah.
- Ayat 232 bila tempoh edah telah tamat. Jika hendak kembali semula maka berlaku pernikahan spt mereka pasangan pengantin baru.

Ayat 2:232 (klik sini)
{ وَإِذَا طَلَّقۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَبَلَغۡنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا تَعۡضُلُوهُنَّ أَن يَنكِحۡنَ أَزۡوَٰجَهُنَّ إِذَا تَرَٰضَوۡاْ بَيۡنَهُم بِٱلۡمَعۡرُوفِۗ ذَٰلِكَ يُوعَظُ بِهِۦ مَن كَانَ مِنكُمۡ يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۗ ذَٰلِكُمۡ أَزۡكَىٰ لَكُمۡ وَأَطۡهَرُۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ }

Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu habis masa idah mereka ' maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang dibenarkan oleh Syarak). Demikianlah diberi ingatan dan pengajaran dengan itu kepada sesiapa di antara kamu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih suci. Dan (ingatlah), Allah mengetahui (akan apa jua yang baik untuk kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.

- apbl bercerai, maka perlu ke Pejabat Qadi utk menfailkan perceraian dihadapan Qadi. Apbl rujuk semula dlm tempoh edah, perlu rekodkan di Pejabat Qadi.
Dlm tempoh edah, isteri kekal di dlm rumah, tetapi bekas suami perlu keluar dari rumah.

- jangan mempermain²kan ayat Allah contohnya di akhir tempoh edah, dia rujuk semula, kemudian dia ceraikan isteri itu (dgn tujuan menyusahkan bekas isteri supaya tidak boleh bernikah utk tempoh tiga bln edah). Allah jelaskan bhw mereka sedang menganiaya diri mereka sendiri, kerana balasan azab disediakan utk mereka yg melakukan perkara sedemikian.

- tempoh edah:
  1. Edah bagi wanita yang bercerai adalah selama tiga kali suci.
  2. Jika isteri diceraikan ketika mengandung, edah tamat apabila wanita tersebut melahirkan anaknya, (bukan hingga suci dari nifas).
  3. Jika wanita tersebut telah menopause, edah ialah selama tiga bulan.
  4. Jika wanita tersebut telah kematian suami, tempoh edah adalah empat bulan 10 hari namun mereka tidak berhak mendapat nafkah.
  5. Jika isteri diceraikan tanpa disetubuhi, tiada tempoh edah.
- wanita yg bercerai dan melahirkan anak, dia boleh bernikah dgn lelaki (suami baru) sebaik shj melahirkan anak yg dikandungnya.

...

Sunday, June 4, 2023

Fiqh Aulawiyyat - Intro

- us Syukri Ahad 4-Jun-2023

Buku Fiqh Aulawiyyat (Faham Keutamaan) oleh Dr Yusuf Al-Qardawi

Maksud fiqh aulawiyyat adalah keutamaan dlm melakukan sesuatu, baik antara sesuatu itu sendiri dan sesuatu yg lain atau antara perkara² dalam sesuatu yg hendak dilakukan.

- sebagai meletakkan segala seauatu pada tangga dan peringkatnya yg sebenar dgn pertimbangan keadilan, sama ada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum² dan nilai akhlak mulia.

- Dalil akhirat lebih baik dan lebih kekal,
(i) surah Al-Ala ayat 87:17 (klik sini)
{ وَٱلۡأٓخِرَةُ خَيۡرٞ وَأَبۡقَىٰٓ }

Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.

(ii) surah Al-An'am ayat 6:32 (klik sini)
{ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا لَعِبٞ وَلَهۡوٞۖ وَلَلدَّارُ ٱلۡأٓخِرَةُ خَيۡرٞ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ }

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

- menentukan keutamaan masing² berdasarkan kpd pertimbangan syarak yg betul dgn berpandukan dalil² Al-Quran dan as-sunnah.
- semua perkara diletakkan pd tempatnya berpandukan ukuran keadilan.

- Fiqh aulawiyyat ini penting kpd para ulamak dan pendakwah, supaya menyampaikan Islam dan ilmu mengikut keutamaan. Juga interaksi dgn jemaah yg pelbagai/kumpulan, supaya tidak berlaku perselisihan.
-- Jangan bawa perkara² furuk kpd masyarakat.
-- Jangan melampau, begitu juga jangan terlalu lemah hingga melalaikan sesuatu.

Sunday, May 28, 2023

Redha Dengan Qada' Allah

- us Zainal Arifin kuliah Suboh Ahad 28-Mei-2023

Rintangan ke3: Qada' Allah

- Cara menghadapi halangan/rintangan ini adalah dgn redha, kerana sesuatu kejadian itu adalah ditentukan oleh Allah. Tidak terjadi sesuat perkara melainkan telah ditetapkan oleh Allah, iaitulah dinamakan qada'.

- Tidak beradab (biadab) apbl mempersoalkan/menanyakan kenapa diberikan rezeki yg sedikit/kurang, kenapa ditimpakan malapetaka/bencana kpd dirinya dan bukan kpd org lain.

- Dlm bab rezeki, kita memohon kpd Allah supaya diberikan keberkatan (rezeki yang berkat) Kita bermohon kpd Allah supaya ditambah ilmu (bukan rezeki).
  • Mohon supaya berkat rezeki
  • Mohon supaya ditambah ilmu

- Allah kurniakan kelebihan rezeki kpd sesiapa yg dikehendakiNya, dan menyempitkan rezeki kpd sesiapa yg dikehendakiNya, surah Al-Qasas ayat 28:82 (klik sini)

{ وَأَصۡبَحَ ٱلَّذِينَ تَمَنَّوۡاْ مَكَانَهُۥ بِٱلۡأَمۡسِ يَقُولُونَ وَيۡكَأَنَّ ٱللَّهَ يَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن يَشَآءُ مِنۡ عِبَادِهِۦ وَيَقۡدِرُۖ لَوۡلَآ أَن مَّنَّ ٱللَّهُ عَلَيۡنَا لَخَسَفَ بِنَاۖ وَيۡكَأَنَّهُۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلۡكَٰفِرُونَ }

Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun - mulai sedar sambil berkata: "Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah juga yang menyempitkannya kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!"

- Jangan jadi org yg kedekut, ie apbl diberikan kelebihan/rezeki dia jadi kedekut. Surah Yasiin ayat 36:47 (klik sini)

{ وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ أَنفِقُواْ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ قَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لِلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَنُطۡعِمُ مَن لَّوۡ يَشَآءُ ٱللَّهُ أَطۡعَمَهُۥٓ إِنۡ أَنتُمۡ إِلَّا فِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٖ }

Dan apabila dikatakan kepada mereka:" Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu", berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): " Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata".


Saturday, May 27, 2023

Beriman kpd Nabi dan Rasul (Siri 3)

- us Abdull Rahman bin Mahmood kuliah Suboh Sabtu 27-Mei-2023

Beriman kpd Nabi dan Rasul

Surah Al-Araf ayat 7:180 (klik sini utk paparan ayat)
{ وَلِلَّهِ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ فَٱدۡعُوهُ بِهَاۖ وَذَرُواْ ٱلَّذِينَ يُلۡحِدُونَ فِيٓ أَسۡمَٰٓئِهِۦۚ سَيُجۡزَوۡنَ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ }

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

- berpalinglah dari golongan yg memberikan nama atau sifat² yg tidak disebutkan oleh Allah, yg dikhususkan kpd diri-Nya. Nama atau sifat yg ditentukan oleh syarak shj yg diterima, bukannya diberikan nama atau sifat yg disukai atau dikatakan mengikut peredaran zaman.
  • Awasi dari terpengaruh dgn fahawan moden yg memberikan Allah dgn nama² moden yg dikatakan mengikut peredaran zaman.

- Awasilah dgn fahaman dan bawaan sesetengah org/golongan bhw Allah ada banyak atau Allah ada dlm setiap ugama. Ini samalah spt fahaman org² kristian, tuhan trinity.

Surah Al-Maedah ayat 5:73 (klik sini)
{ لَّقَدۡ كَفَرَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّ ٱللَّهَ ثَالِثُ ثَلَٰثَةٖۘ وَمَا مِنۡ إِلَٰهٍ إِلَّآ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞۚ وَإِن لَّمۡ يَنتَهُواْ عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۡهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ }

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

- Apbl sesorg mengenali Nabi Muhammad saw, dia akan beriman. Apbl seseorg itu mengenali Rasulullah, dia berpegang kpd Al-Quran dan hadis.

Hadis:
تَركْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ، لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ، وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).” [Riwayat Malik (1594)]

// Kuliah akan datang, keimanan dan kepercayaan kpd Al-Quran.

Saturday, May 13, 2023

Istiqamah Dalam Melakukan Ibadat

- us Syukri kuliah Suboh Sabtu 13-Mei-2023

Istiqamah dalam Melakukan Ibadat

Dalil: Dlm surah Hud ayat 112, Allah perintahkan supaya kita tetap teguh sebagaimana yang diperintahkan.

Surah Hud ayat 11:112 (klik sini)
{ فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ }

Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

- Dlm hal ibadat kita perlu lakukan amalan hingga akhir hayat.

Dalil: Dlm surah Al-Hijr ayat 99, Allah perintahkan supaya kita sembahlah Dia (Allah) hingga akhir hayat

Surah Al-Hijr ayat 15:99 (klik sini)
{ وَٱعۡبُدۡ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأۡتِيَكَ ٱلۡيَقِينُ }

Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.

- Kita perlukan iman yg mantap utk menjadikan kita berterusan melakukan ibadah. Jika tidak ianyanya menjadi terputus-putus ("futhur").

a) Persekitaran yg baik, spt berada di surau/masjid menjadikan kita lebih terdorong utk melakukan ibadat.
b) Dorongan yg baik ketika berada di surau/masjid selepas dari solat suboh, membenarkan kita utk teruskan beramal spt berzikir mengingati Allah hinggalah waktu Israq (ie kira² 12 ke 15 minit selepas terbit matahari) utk teruskan amalan solat Israq.
  • Jika seseorang bersolat suboh berjemaah, kemudian dia kekal mengingati (berzikir) kpd Allah hingga terbit matahari kemudian dia lakukan solat sunat Israq 2 rakaat, maka dia mendapat pahala seperti melakukan ibadah umrah yg sempurna.
  • Jika disambung tunggu di surau/masjid kira² selepas 27 minit selepas terbit matahari, kita boleh teruskan amalan utk solat dhuha.
  • Waktu haram bersolat adalah selepas terbit matahari. Kita di Malaysia, pastikan solat Israq itu tidak dilakukan sebelum kiraan 12 minit selepas waktu terbit matahari.

- Tips istiqamah utk sesuatu amalan
1. Tidak lakukan amalan yg banyak. Mula dgn amalan yg sedikit, pendek atau mudah. Contohnya:
a) mula dgn bilangan zikir yg kecil spt 100x dn bukannya bermula dgn 1,000x.

b) berselawat yg pendek, berbanding dgn menghafal selawat yg panjang. Lakukan 10x sehari, kemudian tambah bilangan selawat, hinggalah timbul rasa seronok dlm diri. Kemudian panjangkan sedikit selawat.
c) begitu juga dgn istigfar, mulakan yg pendek dan mudah "astaghfirullah" maksudnya "aku meminta ampun kpd Allah".
  • Manusia tidak terlepas dari noda dosa. Mungkin juga kita tidak perasan, telah melakukan dosa.
d) baca Al-Quran, mulakanlah membaca setengah atau satu muka surat sehari, kemudian ditambah bilangan muka surat. Jika mulakan dgn satu juzuk, ianya akan berat dan mengambil masa lama.

2. Doa yg diajarkan oleh Rasulullah saw utk istiqamah,  
  • Hannad menceritakan kepada kami, Muawiyah memberitahukan kepada kami dari Al Aamasy dari Abi Sufyan dari Anas berkata: "Rasulullah SAW selalu memperbanyak berdoa: "Wahai Zat yang membalikkan hati tetapkanlah hatiku atas agamaMu", lalu aku berkata: "Wahai Rasulullah, kami beriman kepada mu dan apa yang engkau bawa apakah engkau khuatir kepada kami?", Beliau bersabda: "Ya, sesungguhnya hati itu di antara dua jari dari jari-jari Allah yang membalikkannya menurut apa yang Dia kehendaki." Dalam bab ini terdapat hadis dari An Nawas ; bin Samaan, Ummi Salamah, Aisyah dan Abi Zarr.Hadis ini adalah hasan sahih. Demikian pula tidak hanya seorang meriwayatkan dari Al-Aamasy dari Abi Sufyan dari Anas. Sebahagian rawi meriwayatkan dari Al-Aamasy dari Abi Sufyan dari Jabir dari Rasulullah SAW. Hadis Abi Sufyan dari Anas adalah lebih sahih. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2226]
 

Sunday, May 7, 2023

Persaudaraan dalam Islam

- us Mohd Syukri kuliah Suboh Ahad 7-Mei-2023

Persaudaraan dalam Islam

Mukadimah:
Tafsir Surah Al-Qasas ayat 28:71 hingga 73

Surah Al-Qasas Ayat 28:71 (kik sini)
{ قُلۡ أَرَءَيۡتُمۡ إِن جَعَلَ ٱللَّهُ عَلَيۡكُمُ ٱلَّيۡلَ سَرۡمَدًا إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِ مَنۡ إِلَٰهٌ غَيۡرُ ٱللَّهِ يَأۡتِيكُم بِضِيَآءٍۚ أَفَلَا تَسۡمَعُونَ }

Katakanlah: "Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)?"

Ayat 28:72 (klik sini)
{ قُلۡ أَرَءَيۡتُمۡ إِن جَعَلَ ٱللَّهُ عَلَيۡكُمُ ٱلنَّهَارَ سَرۡمَدًا إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِ مَنۡ إِلَٰهٌ غَيۡرُ ٱللَّهِ يَأۡتِيكُم بِلَيۡلٖ تَسۡكُنُونَ فِيهِۚ أَفَلَا تُبۡصِرُونَ }

katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?"

Ayat 28:73 (klik sini)
{ وَمِن رَّحۡمَتِهِۦ جَعَلَ لَكُمُ ٱلَّيۡلَ وَٱلنَّهَارَ لِتَسۡكُنُواْ فِيهِ وَلِتَبۡتَغُواْ مِن فَضۡلِهِۦ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ }

Dan di antara rahmat pemberianNya, Ia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.

- Cuaca panas terik sekarang ini boleh kita kaitkan dgn ayat ini. Siang panas terik, lewat petang diturunkan hujan, ada kalanya hujan di malam hari. Malam pula dijadikan waktu utk kita berehat. Allah jadikan siang dan malam itu silih berganti. Allah tanyakan kpd manusia tuhan mana yg boleh buatkan aturan ini?


Persaudaraan dalam Islam

Dalil: Allah jadikan manusia berbilang kaum dan bangsa dlm surah Al-Hujrat ayat 49:13.

Surah Al-Hujrat ayat 49:13 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ }

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

- Allah lebihkan bangsa tiong hua sebagai bangsa yg rajin berusaha, bersungguh-sungguh dlm pekerjaan. Kita kenal sikap mereka dan inilah yg perlu dicontohi.
- Bangsa hindu, adalah bangsa yg kuat berugama, berpegang kuat kpd ugama yg dianutinya.
- Bangsa di Asia timur, Allah berikan mereka kekuatan ingatan.
- Bangsa Jepun, bangsa yg dikurniakan seni, mereka lembut, pembersih dan seni yg halus.
Bangsa di eropah spt German dikurniakan oleh Allah ilmu kejuruteraan, mereka mencipta teknologi yg mendhului bangsa² lain.

Faktor kpd perpaduan adalah:
(1) Berlapang dada dgn semua orang.
Allah satukan hati kita, ie suatu nikmat yg Allah berikan kpd manusia. Persaudaraan dlm silaturrahim adalah lebih kuat, yg tidak sepatutnya berpecah.

Surah Ali-Imran 3:103 (klik sini)
{ وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعٗا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءٗ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦٓ إِخۡوَٰنٗا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٖ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَهۡتَدُونَ }

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

- Dunia ini manusia bermegah dgn anak pinak. Allah sebutkan dlm surah Al-Hadid ayat 57:20 (klik sini)

{ ٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا لَعِبٞ وَلَهۡوٞ وَزِينَةٞ وَتَفَاخُرُۢ بَيۡنَكُمۡ وَتَكَاثُرٞ فِي ٱلۡأَمۡوَٰلِ وَٱلۡأَوۡلَٰدِۖ كَمَثَلِ غَيۡثٍ أَعۡجَبَ ٱلۡكُفَّارَ نَبَاتُهُۥ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَىٰهُ مُصۡفَرّٗا ثُمَّ يَكُونُ حُطَٰمٗاۖ وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِ عَذَابٞ شَدِيدٞ وَمَغۡفِرَةٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضۡوَٰنٞۚ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلۡغُرُورِ }

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

(2) Berkasih sayang
(3) Hormat-menghormati
(4) Percaya dan bersangka baik

Hasil dari sikap ini menimbulkan:
  1. Berkerjasama
  2. Beri keutamaan kpd org lain (Namun dlm bab ibadat kita perlu berlumba-lumba utk mendapatkan pahala dan keredhan Allah). Golongan Ansar disebutkan oleh Allah mempunyai sikap ini. Mereka mendahulukan golongan Muhajirin dan berkorban demi mengharapkan pahala dan ganjaran dari Allah.
  3. Rahman ie belas kasihan
  4. Membantu kpd yg susah, bantuan dlm bentuk wang ringgit dan tenaga.
  5. Pendiriannya dlm sifat² negatif ie tidak melakukan perkara² yg menjadikan org lain susah. Tidak merendah atau menjatuh atau merosakkan maruah org lain. - Aplikasi media sosial hari ini mendedahkan kita kpd fitnah dan perkara² yg boleh menjatuhkan maruah seseorg. Jangan terlibat dlm fwd berita yg kita sendiri tidak berada ditempat kejadian, atau tidak mendengar sendiri berita dari org itu.

- Ukhwah itu ada kaitan dgn iman dan takwa. "tidak sempurna iman jika tiada ukhwah." Org² muttakin menjaga ukhwah dan persahabatannya dgn ahli keluarga dan juga org sekelilingnya.

Dalil org² beriman itu bersaudara dlm surah Al-Hujrat ayat 49:10.

Surah Al-Hujrat ayat 49:10 (klik sini)
{ إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٞ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ }

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Perbalahan antara adik-beradik atau dgn kawan, bukan tunggu Hari Raya utk bermaafan. Contohi bangsa Arab, mereka bergaduh, bertumbuk tetapi berbaik semula dan tidak memendam hasad dengki.