Saturday, June 1, 2024

Sahabat Rasulullah: Saidina Abdullah bin Amru bin Haram

us Nor Azam Abdullah kuliah Suboh Sabtu 1-Jun-2024 24-Syawal-1445H

Sahabat Rasulullah: Saidina Abdullah bin Amru bin Haram

- dari golongan Ansar Khazraj Assulami
- berasal dari Manidah, keturunan Khazraj berasal dari keluarga Sulam.
- Ayah kpd Jabir bin Abdullah
- Gelarannya Abu Jabir
- Masuk Islam semasa perjanjian Aqabah pertama dan yg kedua.
- Pd thn ke10 kerasulan Nabi. 6 org dari Madinah dtg menunaikan haji dan termaktub perjanjian Aqabah pertama. Pada tahun berikutnya (tahun ke11) 12 org datang menunaikan haji. Pd thn berikutnya 70 org datang menunaikan haji,dan termaktub perjanjian Aqabah ke2. Salah seorg itu adalah Abdullah bin Amru.

- Tahun pertama Nabi bina masyarakat di Yathrib, mewujudkan Piagam Madinah (perlembagaan bertulis pertakerajaan Madinah). Pd thn ke2 hijrah, Nabi dan para sahabat mengalami peperangan pertama ie Perang Badar.

- Abdullah bin Amru berkulit kemerahan, tidak berambut.
- Dia sertai Perang Badar dan Perang Uhud. Dia syahid dlm Perang Uhud.
- Islamnya dlm masa 4 tahun shj. Namun sumbangannya besar.
  • Semasa Perang Uhud hampir berlaku, Abdullah memanggil anaknya ie Jabir, (Imam Bukhari merekodkan kisah ini), di mana, beberapa malam sebelum Perang Uhud, Abdullah memanggil Jabir, mengatakan, "Aku tidak melihat melainkan menjadi org yg terawal akan gugur dlm perang. Dan aku tidak meninggalkan apa² yg lebih baik melainkan engkaulah (ie Jabir) yg aku paling sayang selepas Nabi Muhammad saw." Dia berpesan kpd Jabir, "Aku ada hutang, nanti engkau lunaskan hutangku, jaga adik² saudara perempuanmu".

- Abdullah adalah org yg awal syahid dlm Perang Uhud.
- Jabir bertemu dgn Rasulullah mengadu utk mendapatkan nasihat Rasulullah cara utk melunaskan hutang ayahnya. Abdullah mempunyai sebuah kebun, namun tidak mencukupi utk membayar hutang Abdullah. Rasulullah mengajak Jabir ke kebun tamar peninggalan Abdullah, dan memanggil org² yg Abdullah berhutang, kemudian baginda timbangkan tamar² mengikut jumlah hutang. Setelah mereka semua pulang Jabir dapati tamar dlm tempat simpanan masih ada, selepas diagihkan oleh Rasulullah saw. Mukjizat Rasulullah saw itu menjadikan tamar yg ada di tempat simapanan itu tidak menyusut walaupun diambil dan diberikan kpd org² yg datang menuntut hutang.

- Jenazah Abdullah tidak terlepas dari dicacatkan oleh tentera kafir. Semasa Jabir tiba pd jenazah ayahnya, mukanya tertutup. Dia ingin membuka kain penutup muka, tetapi dilarang oleh para sahabat yg ada di situ. Rasulullah saw lalu di kawasan itu, dan membenarkan Jabir melihat muka jenazah ayahnya. Jabir menangis meoihat kerosakan yg dilakukan jpd jenazah ayahnya. Ketika itu juga kedengaran suara perempuan yg menangis. Kata Nabi kpd Jabir dan perempuan yg menangis itu, sama ada kamu menangis atau tidak, ketahuilah bahawa jenazah para syuhadah (70 orang) ini sedang dipayungi oleh para malaikat.

- Setelah dikumpulkan semua kenazah para ayuhadah, Rasulullah saw arahkan dikemubikan dua (2) jenazah dlm satu liang kubur. Rasulullah saw tentukan siapa yg akan dikuburkan bersama. Abdullah dikebumikan bersama sahabatnya ie Amru bin Jamuh.
- Setelah 6 bulan, Jabir menceritakan rasa ralatnya jika jenazah ayahnya dikuburkan bersaorangan. Jabir mengorek kubur ayahnya dan didapati jenazah Abdullah sama seperti masa dikebumikan, terdapat sesikit shj perubahan pd bhgn telinganya shj.

- 46 tahun selepas itu, kawasan Uhud banjir, aliran air mengenai kuburan para syuhadah dlm Perang Uhud. Jabir mengorek kubur ayahnya, dan dia dapati apabila ingin mengangkat tangan yg di muka, keluar darah. Diletakkan semula tangan ayahnya ke bhgn muka dan berhenti darah itu.
- Rasulullah saw berjumpa dgn Jabir selepas itu, bertanyakan kenapa Jabir nampak sedih. Kata Jabir, ayahku telah syahid dan tinggalkan hutang dan wasiat utk menjaga adik² perempuannya. Kata Rasulullah saw, mahukah kamu aku khabarkan keadaan ayahmu? Kata Rasulullah, sekiranya Allah hendak berbicara melainkan di belakang hijab (seperti cahaya, ia tidak nampak Allah), namun Allah berbicara dgn ayahmu tanpa hijab. Jabir bertanya apa yg Allah firmankan kpd ayah? Wahai hambaKu, mintalah nescaya Aku akan tunaikan (Riwayat dari Ibu Hiban dan AtTirmizi), Ya Allah engkau hidupkan aku semula utk aku berjuang, Allah balas permintaan Abdullah, wagai Abdullah telah ditentukan bahawa org yg meninggal tidak dikembalikan ke dunia. Abdullah memohon supaya diberitahu keadaanya kpd org yg masih hidup. Allah turunkan ayat seperti dlm surah Ali Imran ayat 3:169 (klik sini)

{ وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِينَ قُتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمۡوَٰتَۢاۚ بَلۡ أَحۡيَآءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ يُرۡزَقُونَ }

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

- Saidina Umar berdoa agar dia mati dlm perang, namun hajatnya tidak ditunaikan begitu. Saidina Umur meninggal akibat ditikamboleh Abu Lu'Lu'ah sewaktu solat subuh, yg mana pisau yg digunakan telah diracun.

Saturday, May 4, 2024

Sahabat Rasulullah: Usaid bin Hudair

- us Nor Azam Abdullah kuliah Suboh Sabtu 4-Mei-2024 24-Syawal-1445H

Sahabat Rasulullah: Usaid bin Hudair

- Usaid bin Hudair adalah seorg sahabat dari golongan Ansar ie penduduk Yathrib,. Kaum terbesar di Yathirib adalah kaum Auz dan Khazraj. 2 kaum ini dijenamakan semula oleh baginda Rasulullah selepas mereka memeluk Islam sebagai Ansar. Ansar bermaksud "penolong" atau "pembantu", kerana mereka menolong/membantu org² Islam yg berpindah dari Mekah ke Madinah (ie golongan Muhajirin).

- Keturunan: Usaid bin Hudair bin Simak bin Atik bin Umru' al-Qays bin Zayd bin Abd al-Ashhal bin Jashm bin Harith, bin al-Khazraj bin Amr bin Malik bin Auz.

- Usaid bermaksud singa yg kecil. Dia adalah salah seorg dari pemimpin Auz.

- Masuk Islam awal sebelum hijrah Rasulullah.
- pd tahun ke 7 (atau 10) sebelum kerasulan Nabi, Usaid menuju ke Mekah utk mengerjakan haji, bersama 6 org yg lain dari Yathrib. Nabi Muhammad akan bertemu dgn kabilah² yg dtg berkunjung ke Mekah utk mengerjakan haji. Bapa saudara Nabi Muhammad (ie Abu Lahab) akan menyusuli Nabi Muhammad dan mengatakan kpd kabilah² yg ditemui oleh Nabi Muhammad itu, mengatakan anak saudaranya itu tidak sihat jadi jangan dengar kata² yang disampaikan Nabi Muhammad. Hanya sebilangan kecil shj yg terima dakwah Islam ketika itu.

- 6 org itu menerima Islam yg disampaikan oleh Rasulullah. Sebelum itu mereka telah mendengar kisah Nabi terakhir akan muncul yg akan mengembalikan kpd agama tauhid, dari org yahudi yg menetap di Yathrib. Org² yahudi itu berasal dari Palestin dan melarikan ke Yathrib.

- pada tahun berikutnya 12 org datang menunaikan haji, dan bertemu Rasulullah di Jamratul Aqabah, (tempat di mana jemaah haji lontar jamrah), dimana mereka mengikat perjanjian 'Aqabah pertama dgn Rasulullah.
- Mus'ab bin Umair diutuskan oleh baginda Rasulullah saw, sebagai wakil (atau Duta) Rasulullah utk mengajarkan Islam kpd penduduk Yathrib.
  • >> Catatan kuliah Mus'ab bin Umair (klik sini)

- As'ad bin Az-Zurarah adalah org Yathrib yg membawa Mus'ab ke rmh² org utk memberitahu tentang Islam dan mengajarkan Islam, meninggalkan sembahan patung² dan kembali kpd menyembah Allah Yang Esa. Kita boleh kata As'ad Az-Zurarah bertindak sebagai agen di mana dia mengaturkan pergerakan Mus'ab bin Umair utk bertemu dgn penduduk Yathrib. Ramai org Yathrib boleh terima apa yg disampaikan oleh Mus'ab, dan akhirnya memeluk Islam.
  • >> Catatan kuliah As'ad Az-Zurarah (klik sini) 

- Suatu ketika As'ab hendak pergi ke kampung bani al-Ashhal, bersama Mus'ab utk menyampaikan dan mengajarkan Islam, mentauhidkan Allah, memperkenalkan Nabi Muhammad, menceritakan keadaan org² Mekah sebelum dan selepas memeluk Islam, dan dibacakan ayat² Al-Quran. Org² bani as-Ashhal itu ada yg telah memeluk Islam, kehadiran mereka utk mendengarkan bacaan ayat² Al-Quran disamping mendapatkan tambahan ilmu. Dlm masa itu Usaid dan Saad bin Muaz terima berita yg Mus'ab datang ke kampung mereka, dan mereka memutuskan supaya disekat aktiviti ceramah Mus'ab dan perlu dihalang. Saad bin Muaz berkata dia memang nak pergi halang tetapi As'ab itu adalah sepupunya. Saad cadangkan Usaid seorg shj yg pergi menghalang Usaid menyampaikan cerita² Islam kpd penduduk kampungnya.
  • Usaid dikenali sebagai panglima perang yang mahir menunggang kuda. Dia juga seorg yg pandai menulis dan membaca. Pada zaman dahulu, seseorg yg pandai menulis dan membaca, dia seorg yg disanjung tinggi, dan diberikan kedudukan dlm masyarakat.
- Apbl Usaid dtg ke kebun tempat Mus'ab mengajarkan Islam,  bersama tombaknya, As'ad nampak dia dan memberitahu kpd Mus'ab, dan menasihatkan agar Mus'ab menyampaikan Islam dgn baik kpd Usaid kerana dia seorg yg berpengaruh. Jika dia memeluk Islam maka akan ramai yg mengikuti Usaid utk memeluk Islam.

- Usaid mengarahkan Mus'ab dan As'ab utk berhentikan ceramah dan keluar dari kampungnya. Mus'ab memohon supaya Usaid mendengar dahulu cerita yg ingin disampaikan, jika selepas itu apa yg disampaikan tidak elok, maka dia akan meninggalkan kampung bani al-Ashhal. Usaid bersetuju dan mencacakan tombaknya.

- Usaid setuju utk mendengar apa yg ingin disampaikan oleh Mus'ab. Mukanya nampak berubah apabl mendengar ceramah dakwah yg disampaikan oleh Mus'ab. Usaid bertanya apakah yg perlu dilakukan olehnya utk memasuki ugama Islam yg disampaikan itu.

- Mus'ab memberitahu 3 perkara utk menerima Islam adalah bersihkan diri, mengucapkan syahadah dan menunaikan solat 2 rakaat (diajarkan oleh Mus'ab).

- Usaid pulang bertemu Saad, dan menyuruh Saad sendiri pergi bertemu Mus'ab di kebun. Saad pergi ke kebun dan akhirnya turut masuk Islam.

- Selepas keislaman Saad bin Muaz, dia menggunakan kuasanya sebagai pemimpin kabilah bani al-Ashhal dan mengistiharkan bahawa haram kepada org² yg ingin bercakap denganya atau menemuinya kpd yg masih lagi belum memeluk Islam. Selepas itu ramai penduduk Yathrib memeluk Islam, hingga satu keluarga shj yg masih tidak memeluk Islam. Namun dlm perang Uhud, dia telah menyeratai pasukan tentera Islam. Sewaktu ditemui akibat luka perang itu, dia mengatakan bhw dia telah memeluk Islam sebelum dari peperangan Uhud itu.
 
  • Impian Usaid yg pelik adalah utk kulitnya dapat bersentuhan dgn kulit Rasulullah saw., dan mengucup kulit baginda. Allah makbulkan hajatnya. Suatu ketika dia berhimpun dgn kaumnya, apbl Rasulullah datang ke majlis itu, baginda berseloroh dan mencucuk pinggang Usaid. Kata Usaid, wahai Rasulullah sakit badanku. Rasulullah kata maka balaslah ke atas dirinya. Usaid berkata baginda berpakaian lengkap mana mungkin dia mencucuk badan baginda. Baginda pun menyingkap bajunya. Usaid terus memeluk baginda dan mencium badan Rasulullah.

- Perkara yg sedang/seronok kpd Usaid adalah mendengar dan membaca Al-Quran. Keduanya adalah mendengar dan menatap wajah Rasulullah saw.

Malaikat mendengarkan bacaan Al-Quran Usaid
- Pada suatu malam, ketika Usaid membaca Al-Quran surah Al-Baqarah. Sampai satu ketika kudanya meronta-ronta, dan hampir² memutuskan ikatannya. Abila dia berhenti membaca Al-Quran, kudanya kembali tenang. Apabila disambung bacaan Al-Quran, kudanya meronta-ronta semula. Usaid risau jika dia terus membaca Al-Quran dan kudanya terlepas ikatannya dan akan terpijak anaknya. Dia terpandang ke arah langit dan perhatikan ada segumpal awan yg rendah dgn cahaya-cahaya di antaranya yg sangat indah. Awan itu bergerak ke atas, hingga hilang. 
  • Keesokkannya Usaid berjumpa dgn Rasulullah dan bertanyakan kpd Rasulullah hal kudanya dan awan bercahaya yg dilihatnya. Jawab baginda Rasulullah, bhw awan itu adalah kumpulan malaikat yg datang mendengarkan bacaan Al-Quran Usaid. Kata Rasulullah, sekiranya Usaid terus membacakan Al-Quran hingga ke pagi, nescaya ramailah org yg dapat melihat awan itu. 

- Usaid meninggal dunia pada zaman saidina Umar Al-Khattab. Ketika meningggal, Usaid ada hutang 4 ribu dinar. Anak²nya ingin menjualkan tanah ayahnya utk menebus hutang. Mendengarkan perkara itu Saidina Umar tidak bersetuju utk dijualkan tanah Usaid. Saidina Umar cadangkan supaya seribu dinar setahun diambil dari hasil tanah peninggalan Usaid utk 4 tahun agar keluarga Usaid masih kekal di atas tanah tersebut, dan dapat membayar hutang Usaid.

Sunday, February 18, 2024

Tipudaya Iblis

- us Mohamed Sabir Jamaludin kuliah Suboh Ahad 18-Feb-2024

Tipudaya Iblis

Surah Luqman ayat 31:33 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمۡ وَٱخۡشَوۡاْ يَوۡمٗا لَّا يَجۡزِي وَالِدٌ عَن وَلَدِهِۦ وَلَا مَوۡلُودٌ هُوَ جَازٍ عَن وَالِدِهِۦ شَيۡـًٔاۚ إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقّٞۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِٱللَّهِ ٱلۡغَرُورُ }

Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.

 

Surah Fatir ayat 35:36 (klik sini)
{ وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لَهُمۡ نَارُ جَهَنَّمَ لَا يُقۡضَىٰ عَلَيۡهِمۡ فَيَمُوتُواْ وَلَا يُخَفَّفُ عَنۡهُم مِّنۡ عَذَابِهَاۚ كَذَٰلِكَ نَجۡزِي كُلَّ كَفُورٖ }

Dan orang-orang yang kafir, bagi mereka neraka Jahannam; mereka tidak dijatuhkan hukuman bunuh supaya mereka mati (dan terlepas dari seksa), dan tidak pula diringankan azab neraka itu dari mereka; dan demikianlah Kami membalas tiap-tiap orang yang melampau kufurnya.

 

- Iblis memperdaya kita bahawa musuh manusia adalah sesama manusia, bukannya iblis.
- Tipudaya iblis dirakamkan oleh Allah iaitulah yg berlaku kpd Nabi Adam as, hingga baginda dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi. Surah Al-Baqarah ayat 2:36 (klik sini)
{ فَأَزَلَّهُمَا ٱلشَّيۡطَٰنُ عَنۡهَا فَأَخۡرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِۖ وَقُلۡنَا ٱهۡبِطُواْ بَعۡضُكُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوّٞۖ وَلَكُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ مُسۡتَقَرّٞ وَمَتَٰعٌ إِلَىٰ حِينٖ }

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

- Juga tipudaya iblis ke atas anak Nabi Adam as., hingga berlakulah pembunuhan dan menjadi pembunuhan pertama manusia. Surah Al-Maedah ayat 5:30 (klik sini)
{ فَطَوَّعَتۡ لَهُۥ نَفۡسُهُۥ قَتۡلَ أَخِيهِ فَقَتَلَهُۥ فَأَصۡبَحَ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ }

Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.

- Al-Quran menerangkan supaya kita perlu berhati-hati dlm menerima sesuatu berita, agar tidak tertipu. Surah Al-Hujurat ayat 49:6 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٖ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَٰلَةٖ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَٰدِمِينَ }

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

- Ingkar dan takabbur (sombong) adalah sifat iblis yg paling dibenci oleh Allah. Sifat sombong itu adalah sifat/hak Allah. Manusia tidak berhak mempunyai sifat sombong.
  • Hadis: Mewartakan kepada kami Hannad bin As-Sarriy; mewartakan kepada kami Abul -Ahwash, dari 'Atha- bin As-Sa-ib, dari Al-Aghar, Abu Muslim, dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Allah SWT. berfirman: "Kesombongan itu adalah selendangKu, dan kebesaran itu adalah pakaian-Ku. Dan barangsiapa yang menyaingi Aku pada salah satu dari keduanya, kelak Aku lemparkan dia ke dalam neraka". [Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4174]

- Banyak ayat² Al-Quran yg memberikan dan menjelaskan sifat² iblis.
1) dlm surah Luqman ayat 33, Allah janjikan kebaikan dan kejayaan di akhirat kpd sekalian manusia, bukannya mengejar kekayaan dan kejayaan dunia semata-mata.
  • a) Allah peringatkan agar kita tidak terpedaya dgn manusia yg menjanjikan kemewahan, penampilan ugama, utk menipu.
  • b) Perkara manusia melakukan penipuan, termasuklah menjadi nabi. Saidina Abu Bakar sewaktu menjadi khalifah berperang dgn nabi² palsu.

2) Dlm surah Fatir ayat 36,
a) Al-Quran menceritakan pembunuhan pertama manusia adalah yg berlaku terhadap 2 org anak Nabi Adam as.
b) Kita ditipu oleh iblis dan syaitan dlm melakukan ibadah. Liciknya iblis dan syaitan hingga kita merasakan apa yg telah dilakukan itu sudah memadai dan terbaik.
  • Rasulullah saw menegur org yg sedang mengaji dgn bacaan yg kuat kerana mengganggu org yg sedang bersolat.
  • Dlm melakukan kerja, maka iblis dan syaitan memperdaya manusia utk menjuruskan manusia kpd melakukan penyelewengan, hinggalah melakukan penipuan terhadap syarikat, terima rasuah.
  • Dlm bab derma adalah lebih baik dilakukan secara tersembunyi. Derma dan sumbangan dlm bentuk terang² hanya utk yg kuat ie sangat faham bab tasauf dan tahu menjaga hati dari tipudaya iblis dan syaitan.

- Nabi Yusuf as tidak terpedaya dgn tipudaya iblis, dan menyatakan kpd isteri Al-Aziz yg menggodanya bhw baginda takut kpd Allah. Allah rakamkan ini dalam surah Yusof ayat 12:23 (klik sini)
{ وَرَٰوَدَتۡهُ ٱلَّتِي هُوَ فِي بَيۡتِهَا عَن نَّفۡسِهِۦ وَغَلَّقَتِ ٱلۡأَبۡوَٰبَ وَقَالَتۡ هَيۡتَ لَكَۚ قَالَ مَعَاذَ ٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ رَبِّيٓ أَحۡسَنَ مَثۡوَايَۖ إِنَّهُۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلظَّٰلِمُونَ }

Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".

Saturday, January 20, 2024

Sifat Berani

- us Azhar Tuarno kuliah Suboh Sabtu 20-Jan-2024

Kitab Sifat Rasulullah: Berani

- sifat berani berkait dari iman dan sabar. Berani utk berjuang, berani utk menginfakkan harta.
- Allah sebutkan dlm Al-Quran bhw kaum yg tidak berani berperang mempertahankan ugama Islam, maka Allah akan turunkan bala kpd mereka dan gantikan dgn kaum yg lain.

- Surah At-Tawbah ayat 9:39 (klik sini)
{ إِلَّا تَنفِرُواْ يُعَذِّبۡكُمۡ عَذَابًا أَلِيمٗا وَيَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيۡـٔٗاۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ }

Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

- org² yahudi yg tidak mengikuti perintah Allah utk berperang, Allah turunlah bala, dan disesatkan 40 tahun di padang pasir.

Surah Al-Maidah ayat 5:24 (klik sini)
{ قَالُواْ يَٰمُوسَىٰٓ إِنَّا لَن نَّدۡخُلَهَآ أَبَدٗا مَّا دَامُواْ فِيهَا فَٱذۡهَبۡ أَنتَ وَرَبُّكَ فَقَٰتِلَآ إِنَّا هَٰهُنَا قَٰعِدُونَ }

Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu".

Surah Al-Maidah ayat 5:26 (klik sini)
{ قَالَ فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ عَلَيۡهِمۡۛ أَرۡبَعِينَ سَنَةٗۛ يَتِيهُونَ فِي ٱلۡأَرۡضِۚ فَلَا تَأۡسَ عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡفَٰسِقِينَ }

Allah berfirman: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya - selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu".

- Tidak boleh berani pd perkara yg salah.
  • Jika seseorg itu mati kerana keberaniannya dlm perkara yg salah, maka sia-sia kematiannya.
- seorg kawan yg setia itu sama ada dia membantu sewaktu diperlukan bantuan.
- mencurahkan jiwa memberikan bantuan kpd org yg teraniaya meskipun ditentang oleh org lain.

- kedudukan keberanian:
  • setiap pagi malaikat mendoakan org² yg mengeluarkan hartanya bersedekah, agar digantikan harta yg disedekahkan.
  • keberanian itu merupakan tiang kpd akhlak yg baik.
  • keberanian Rasulullah saw dan sifat amanah terserlah dari kecil. Dlm usia muda Rasulullah diberi kepercayaan kpd ketua kaum2 arab utk meletakkan hajaratul aswad di ka'bah, bagi menyelesaikan perbalahan kaum² arab ketika itu.
- keberanian saat bertemu musuh.
  • Sifat pada Nabi Daud, apabila ditanyakan utk melawan tentera jalut, di kala org² lain tidak berani, Nabi Daud yg ditempatkan di bhgn trrakhir horarki mencul utk menentang tentera jalut. Nabi Daud ditertawakan kerana pakaian hanya pakaian biasa dan bersenjatakan lastik. Dgn sifat keberanian itu Allah muliakan Nabi Daud dan mengajarkan ilmu membuat baju perisai besi.
- keberanian perlu ada dlm semua perkara yg dilakukan. 
  • Berani utk bertemu org, berani utk menjadi pemimpin/imam.

Thursday, January 18, 2024

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:91 hingga 95

- us Dr. Muhammad Zawawi Ismail kuliah Maghrib Khamis 18-Jan-2024

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:91 hingga 95

Surah Al-Baqarah ayat 2:91 (klik sini)
{ وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ ءَامِنُواْ بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ قَالُواْ نُؤۡمِنُ بِمَآ أُنزِلَ عَلَيۡنَا وَيَكۡفُرُونَ بِمَا وَرَآءَهُۥ وَهُوَ ٱلۡحَقُّ مُصَدِّقٗا لِّمَا مَعَهُمۡۗ قُلۡ فَلِمَ تَقۡتُلُونَ أَنۢبِيَآءَ ٱللَّهِ مِن قَبۡلُ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ }

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)", mereka menjawab: "Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)". Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?".

- org yahudi berhelah mereka hanya beriman dgn kitab Taurat dan tidak mahu menerima/beriman dgn Al-Quran. 
  • Asasnya dgn Taurat pun mereka tidak beriman sepenuhnya. 
  • Inilah sikap org yahudi, dengan Allah pun mereka menipu, apatah lagi dgn manusia. Para rasul dan nabi mereka bunuh kerana menyampaikan peraturan-peraturan hidup yang ditetapkan oleh Allah.

Surah Al-Baqarah ayat 2:92 (klik sini)
{ ۞وَلَقَدۡ جَآءَكُم مُّوسَىٰ بِٱلۡبَيِّنَٰتِ ثُمَّ ٱتَّخَذۡتُمُ ٱلۡعِجۡلَ مِنۢ بَعۡدِهِۦ وَأَنتُمۡ ظَٰلِمُونَ }

Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-keterangan (mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang-orang yang zalim.

- pengikut Nabi Musa as seramai 600 ribu menyeberangi Laut Merah, dan dikatakan oleh pentafsir memakan masa 7 hari.

Surah Al-Baqarah ayat 2:93 (klik sini)
{ وَإِذۡ أَخَذۡنَا مِيثَٰقَكُمۡ وَرَفَعۡنَا فَوۡقَكُمُ ٱلطُّورَ خُذُواْ مَآ ءَاتَيۡنَٰكُم بِقُوَّةٖ وَٱسۡمَعُواْۖ قَالُواْ سَمِعۡنَا وَعَصَيۡنَا وَأُشۡرِبُواْ فِي قُلُوبِهِمُ ٱلۡعِجۡلَ بِكُفۡرِهِمۡۚ قُلۡ بِئۡسَمَا يَأۡمُرُكُم بِهِۦٓ إِيمَٰنُكُمۡ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ }

Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil kami berfirman): "Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (apa yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)". Mereka menjawab: "Kami dengar, dan kami menderhaka". Sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (wahai Muhammad):" Amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman".

- dlm ayat ke-93 ini Allah rakamkan perbuatan org² yahudi bhw org² yahudi mendengar perintah Allah itu tetapi mereka menolak peraturan² dlm Taurat dan tidak mahu beriman kpd Allah, mereka sebaliknya tidak boleh meninggalkan sembahan kpd berhala.

Surah Al-Baqarah ayat 2:94 (klik sini)
{ قُلۡ إِن كَانَتۡ لَكُمُ ٱلدَّارُ ٱلۡأٓخِرَةُ عِندَ ٱللَّهِ خَالِصَةٗ مِّن دُونِ ٱلنَّاسِ فَتَمَنَّوُاْ ٱلۡمَوۡتَ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ }

Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): "Kalau syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar".

- org yahudi mengkhususkan syurga adalah utk org² yahudi sahaja.

Surah Al-Baqarah ayat 2:95 (klik sini)
{ وَلَن يَتَمَنَّوۡهُ أَبَدَۢا بِمَا قَدَّمَتۡ أَيۡدِيهِمۡۚ وَٱللَّهُ عَلِيمُۢ بِٱلظَّٰلِمِينَ }

Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.

- org² yahudi yg hidup pd zaman Rasulullah saw tahu sifat nenek-moyang mereka, ie keangkuhan dan helah nenek-moyang mereka utk tidak menerima perintah Allah yg disampaikan oleh para rasul dan nabi. Sebaliknya meneruskan sembahan berhala.

- keegoan org² yahudi dicabar supaya mati segera utk mendapatkan balasan syurga yg dikatakan khusus utk mereka, tetapi ternyata org² yahudi takut mati.

Sunday, January 14, 2024

Sifat Neraka

- us Meftah kuliah Suboh Ahad 14-Jan-2024

Sifat Neraka
  • Hadis: Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah; mewartakan kepada kami Muhammad bin Bisyr, dari Muhammad bin 'Amr, dari Abu Salamah, dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasululah saw. bersabda: "Pada hari kiamat nanti, maut akan didatangkan, lalu dihentikan di atas shirath (jembatan). Lalu diseru: "Wahi penghuni surga!" Maka merekapun muncul dengan disertai rasa khawatir dan takut akan dikeluarkan dari tempat mereka berada. kemudian diseru: "Wahai penghuni neraka!" Maka merekapun muncul dengan disertai rasa gembira dan suka akan dikeluarkan dari tempat mereka berada. Lalu mereka ditanya: "Apakah kalian tahu ini?" Mereka menjawab: "Ya, itu adalah maut". Perawi melanjutkan: "Lalu-malaikat-diperintah menyembelih maka disembelihlah ia di atas shirath. Kemudian dikatakan kepada kedua golongan itu: "Kalian kekal dengan apa yang kalian dapatkan. Tidak ada kematian di dalamnya selama-lamanya". Dalam Az-Zawa-id: Isnad hadis ini sahih, para perawinya tsiqqat. Dan Albukhariy telah mengeluarkan sebahagiannya dari jalan ini. Dan hadis ini mempunyai Syahid dalam shahihain dari hadis Abu Sa'id. [Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4327]

- Ada org bertanya kenapa hukumkan org dgn balasa neraka, adakah ustaz tahu org itu bakal ahli neraka. Sebenarnya Allah sebutkan ciri² ahli neraka dlm Al-Quran, para ustaz mengingatkan kita supaya jangan tergolong dlm golongan yg dimasukkan neraka. Antara ayat² Al-Quran:

Surah Al-Araf ayat 7:36 (klik sini)
{ وَٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَا وَٱسۡتَكۡبَرُواْ عَنۡهَآ أُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ }

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Surah Al-Araf ayat 7:179 (klik sini)
{ وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُوْلَٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ }

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Sunday, January 7, 2024

Kematian dan Seksa Kubur

- us Dr Mohd Al-Ikhsan Ghazali kuliah Maghrib Ahad 31-Dis-2023

Kematian dan Seksa Kubur 

- Angan² adalah rahmat dari Allah. Ia berguna kpd manusia utk meningkatkan produktiviti dan juga amalan dan ketaatan kpd Allah.
  • Kelalaian itu suatu rahmat dari Allah. Jika tiada kelalaian dari mengingati mati dan balasan neraka, seorg manusia tidak melakukan apa² selain ketakutan terhadap kematian yg bakal menimpa diri.

- Hadis: Dari Anas r.a" katanya Nabi saw. bersabda "Apabila mayat seseorang telah diletakkan di dalam kuburnya dan kawan-kawannya telah pulang, walaupun dia mendengar bunyi terompah mereka, dua orang malaikat datang kepadanya, lalu mendudukkannya dan menanyainya. Tanya: Bagaimana pendapat engkau terhadap orang ini (yaitu Muhammad saw."?" Jawab: "Aku mengakuinya bahawa dia hamba Allah dan RasulNya." Kata Malaikat: "Lihatlah tempat engkau di neraka, Allah menukarnya bagi mu dengan tempat di syurga." Kata Nabi saw.' "Dia melihat tempat itu kedua-duanya." Adapun orang kafir dan orang munafik berkata: "Aku tidak tahu. Aku hanya berkata apa yang dikatakan orang." Kata Malaikat: " Engkau tidak pernah mempelajari dan membaca?" Lalu orang itu dipukulnya dengan empat pukulan besi di antara kedua telinganya, sehingga orang itu berteriak sekeras-kerasnya dan didengar oleh orang sekelilingnya selain manusia dan jin." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0693]

- Keadaan bilamana roh keluar dari jasad org yg mati.

Hadis: Dari Abu Hurairah katanya: "Nabi saw telah bersabda: "Jika seorang mukmin hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir, pada para malaikat rahmat datang padanya dengan membawa sehelai kain sutera yang berwarna putih seraya berkata: "Wahai jiwa yang tenang, keluarlah kamu dengan penuh keredhaan untuk menghadap kepada Tuhanmu yang tidak marah padamu". Maka roh seorang mukmin itu akan keluar dari tubuhnya dengan bau yang seharum kasturi. Kemudian roh tersebut akan dibawa oleh para malaikat hingga sampai di pintu langit. Para malaikat yang berada di pintu langit saling berkata: "Alangkah harumnya bau yang datang dari bumi ini". Ketika dihadapkan bau harum tersebut datangnya dari ruh seorang mukmin, maka mereka berebut untuk menyambutnya dengan penuh kegembiraan sebagaimana jika manusia menyambut saudaranya yang baru datang dari tempat jauh. Mereka akan menanyakannya tentang orang-orang yang masih hidup, tetapi sebahagian dari mereka mengatakan: "Biarkan dia melanjutkan perjalanannya sampai ke tempat yang amat menyenangkan, sebab dia baru saja terlepas dari kesusahan di dunia". Adapun jika seorang kafir hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir, maka datanglah para malaikat seksa yang membawa sehelai kain kasar sambil berkata: "Wahai jiwa yang kotor, keluarlah kamu dengan kemurkaan dari Allah menuju ke tempat siksaanNya", Maka roh orang kafir itu akan keluar dengan bau busuk bagaikan bau bangkai dan dia akan keluar menuju pintu bumi, maka para malaikat akan berkata: "Alangkah busuknya bau roh ini". Kemudian roh tersebut akan dikumpulkan di tempat roh-roh orang kafir." [Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1803]

- Keadaan roh selepas jasadnya dikebumikan, dan keadaan dlm kubur:

Hadis: Abu Salamah Yahya bin Khalaf Al Bashari menceritakan kepada kami, Bisr bin Al Mufadhal memberitahukan kepada kami dari Abdur Rahman bin Isyaq dari Said bin Abu Said Al Maqburi dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda: "apabila mayat dikuburkan (atau beliau bersabda: "Salah satu di antaramu dikuburkan) maka datanglah dua malaikat yang hitam dan biru(matanya). Salah satunya namanya Mungkar dan yang lain Nakir, kedua malaikat itu berkata: "Apakah yang kamu ucapkan(ketahui) tentang seorang lelaki ini (Muhammad)?" Maka Mayat menjawab sebelum dia mati, Muhammad adalah hamba dan utusan Allah, saya bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya". kedua malaikat berkata:" Kami telah mengerti bahwanya engkau akan berkata begitu, kemudian diluaskannya ia di dalam kuburnya,lebar dan panjangnya tujuh puluh hasta, di dalam kuburnya diterangi cahaya. Maka diucapkan kepadanya; "Tidurlah". Mayat berkata: "Saya mahu pulang kepada keluargaku dan memberitahukan (keadaanku) kepadanya." Kedua Malaikat berkata: "Tidurlah". seperti tidurnya pengantin yang ia tidak dibangun-bangunkan,kecuali oleh keluarganya yang merasa senang kepadanya sampai Allah membangunkannya(untuk hari kiamat) dari tempat pembaringannya itu". Kalau mayat itu orang munafik ia berkata: "Saya mendengar orang-orang berkata; dan saya berkata seperti yang mereka ucapkan,saya tak tahu (Muhammad itu nabi atau tidak)". Kedua malaikat itu berkata: "saya sudah tahu bahawasanya kamu akan jawab seperti itu." Maka dikatakan kepada bumi: "Jepitlah dia!" Maka bumi menjepitnya maka tulang-tulang rusuknya bercerai berai dan ia terus menerus di dalam siksaan sampai Allah membangunkannya dari tempat siksaannya itu." Di dalam bab ini ada, hadis yang diriwayatkan dari ALi,Zaid bin Tsabit, Ibnu Abbas, Al Baaraq bin Azib, Abu Ayub, Anas, Jabir, Aisyah, dan Abu Said, kesemuanya mereka telah meriwayatkan dari Nabi saw tentang seksa kubur. Abu Isa berkata: Hadis Abu Hurairah adalah hadis hasan gharib. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1077]