Friday, June 14, 2013

Beriman dgn Hari Qiamat II

- us Yusri Kuliah Maghrib 14-Jun-2013

Beriman dgn Hari Qiamat (Siri-2)

-Sambungan dr kulia lalu akan nama2 Hari Qiamat, menggambarkan banyaknya suasana yg akan ditempuhi oleh manusia nanti.

- Saat tiba dan berlakunya Hari Qiamat
1. Suatu persoalan yg hanya diketahui oleh Allah sahaja. Para Nabi dan Rasul tidak mengetahuinya, tidak juga para malaikat.

2. Firman Allah dlm surah Luqman Ayat 31:34 (klik sini)
{ إِنَّ ٱللَّهَ عِندَهُۥ عِلۡمُ ٱلسَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ ٱلۡغَيۡثَ وَيَعۡلَمُ مَا فِي ٱلۡأَرۡحَامِۖ وَمَا تَدۡرِي نَفۡسٞ مَّاذَا تَكۡسِبُ غَدٗاۖ وَمَا تَدۡرِي نَفۡسُۢ بِأَيِّ أَرۡضٖ تَمُوتُۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرُۢ }

Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.
 
- Ayat tersbt menjelaskan bhw Allah sahajalah yg mengetahui perkara2 ghaib, spt bila berlakunya Hari Qiamat.
- Manusia disuruh merancang yg baik utk hidup.
-
3. Org Arab mengejek2 Rasulullah saw apbl disebutkan perkara Hari Qiamat, kerana mereka tidak dpt menerima kenyataan bhw manusia akan dihidupkan semula selepas kematiannya utk menerima balasan.
- para sahabat juga bertanya bila berlakunya Hari Qiamat. Namun Allah memerintahkan kpd Rasulullah supaya menyerahkan hal tersbt kpd Allah
- org kafir dan musyrikin juga bertanya dan mengejek2 berkenaan bilakah berlaku Hari Qiamat. Allah menurunkan wahyu seperti firmanNya dlm surah Al-'Araf ayat 7:187 (klik sini), 
{ يَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلسَّاعَةِ أَيَّانَ مُرۡسَىٰهَاۖ قُلۡ إِنَّمَا عِلۡمُهَا عِندَ رَبِّيۖ لَا يُجَلِّيهَا لِوَقۡتِهَآ إِلَّا هُوَۚ ثَقُلَتۡ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ لَا تَأۡتِيكُمۡ إِلَّا بَغۡتَةٗۗ يَسۡـَٔلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنۡهَاۖ قُلۡ إِنَّمَا عِلۡمُهَا عِندَ ٱللَّهِ وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ }

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
 
Hadis yg mahsyur berkenaan bila berlakunya Hari Qiamat,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا ضُيِّعَتِ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ». قِيلَ: كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: «إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ».

Maksudnya, Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah hari Kiamat.”
Para sahabat bertanya: “Bagaimanakah maksud disia-siakannya amanah itu, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Apabila suatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah hari Kiamat.” [Sahih Al-Bukhari, no 6496]

Apbl amanah disia-siakan. Para saabat bertanya lagi bagaimanakah yg dimaksudkan dgn mensia-siakan amanah. Rasulullah kemudiannya menjelaskan, Apbl satu urusan diberikan kpd seorg yg bukan ahlinya (yg tidak mempunyai ilmu mengenainya).

4. Tanda-tanda Hari Qiamat:
- Ada 2 bhgn tanda2 kedatangan Hari Qiamat, iaitulah tanda2 kecil dan tanda2 besar.

- Tanda2 kecil:
1) hadis 1: 
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «بُعِثْتُ أَنَا وَالسَّاعَةُ كَهَاتَيْنِ»، وَيُشِيرُ بِإِصْبَعَيْهِ السَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat lain (daripada Anas bin Malik):

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «بُعِثْتُ أَنَا وَالسَّاعَةُ كَهَاتَيْنِ».
(Riwayat al-Bukhari no. 6504; Muslim no. 2951)

Maksudnya, Daripada Sahl bin Sa‘d radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda bersabda: “Aku diutus dan hari Kiamat (jarak antara keduanya) seperti dua (jari) ini.” Baginda memberikan isyarat dengan kedua jarinya, iaitu jari telunjuk dan jari tengah, lalu merenggangkannya.

Dalam riwayat Anas:
“Aku diutus dan jarak antara aku dan hari Kiamat bagaikan dua ini.” (Baginda menyatukan atau menunjukkan dua jarinya sebagai isyarat jarak yang sangat dekat.)

- Jarak antara kerasulannya dan berlaku hari Qiamat adalah sangat rapat, bermakna juga tiada lagi Rasul selepas baginda hinggalah berlakunya hari Qiamat.

2) hadis 2:

عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ، إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ، شَدِيدُ سَوَادِ الشَّعَرِ... فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ، أَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ. فَقَالَ: «مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ». فَقَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا. قَالَ: «أَنْ تَلِدَ الْأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ».
(Riwayat Muslim; juga dalam Bukhari)

Maksudnya, Daripada Umar bin al-Khattab radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

“Pada suatu hari, ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang sangat putih pakaiannya, sangat hitam rambutnya…
Lelaki itu berkata: ‘Wahai Muhammad, khabarkan kepadaku tentang hari Kiamat.’
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: ‘Tidaklah orang yang ditanya itu lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.’
Lelaki itu berkata lagi: ‘Kalau begitu, khabarkan kepadaku tentang tanda-tandanya.’
Baginda menjawab: ‘(Tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya, dan apabila engkau melihat orang-orang yang berkaki ayam, bertelanjang, miskin, lagi penggembala kambing, berlumba-lumba meninggikan bangunan.’” [Sahih Muslim, no 8]

  • Yg dimaksudkan dgn perempuan yg melahirkan tuannya adalah anak derhaka. Anak derhaka dan memperhambakan ibunya.
  • Manusia hari ini berlumba2 membina menara2 bangunan tinggi.

No comments: