Sunday, May 19, 2019

Kurniaan Allah yang Kita Lupa

- kuliah Subuh Ahad 19-Mei-2019

Mengingati Kurniaan Allah

- Manusia jarang mengingatkan apa yg dimiliki, sebaliknya mengeluh kerana kekurangan berbanding dgn org lain.

-Nabi Ayub as memohon supaya  dipelihara 2 perkara sewaktu diuji dgn penyakit. Baginda meminta kpd Allah supaya tidak diuji dgn dicabut 2 perkara padanya ie akal fikiran dan lidah.

"Hanya aku berharap agar jangan sampai Engkau mencabut dua perkara (nikmat) Mu, iaitu akal fikiran dan lidahku, kerana aku memerlukan akal dan fikiran itu, guna mengingatiMu dan aku memerlukan lidah itu, agar dapat menyebut nama dan memujiMu"

1) Nikmat kejadian manusia

- surah Al-Mursalat Ayat 77:20 -23

أَلَمۡ نَخۡلُقكُّم مِّن مَّآءٖ مَّهِينٖ

Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang?

-فَجَعَلۡنَٰهُ فِي قَرَارٖ مَّكِينٍ

Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh,

إِلَىٰ قَدَرٖ مَّعۡلُومٖ

Hingga ke suatu masa yang termaklum?

فَقَدَرۡنَا فَنِعۡمَ ٱلۡقَٰدِرُونَ

Serta Kami tentukan (keadaannya), maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan (tiap-tiap sesuatu)!

- Allah jadikan kita berasal dr benih yg tidak dipandang (tiada nilai) pd mata manusia, dimasukkan pula melalui anggota yg keluar padanya benda2 kotor spt air kencing ie zakar dan faraj.

Dari tempat yg kotor ini ditempatkan pula dlm tempat yg paling selamat ie rahim ibu, sehinggalah waktu kelahiran.

2) Nikmat kejadian dan pergerakan bumi
2.1) peredaran masa siang dan malam

2.2) Nikmat pergerakan awan, dr rasa sejuk angin hingga kpd nikmat air hujan.

2.3) Nikmat ekosistem rantaian makan. Anai² adalah haiwan pengkumuh terakhir sebelum dikembalikan bahan buangan kpd bumi.

Surah Luqman Ayat 31:20

أَلَمۡ تَرَوۡاْ أَنَّ ٱللَّهَ سَخَّرَ لَكُم مَّا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِ وَأَسۡبَغَ عَلَيۡكُمۡ نِعَمَهُۥ ظَٰهِرَةٗ وَبَاطِنَةٗۗ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُجَٰدِلُ فِي ٱللَّهِ بِغَيۡرِ عِلۡمٖ وَلَا هُدٗى وَلَا كِتَٰبٖ مُّنِيرٖ

Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.

- Surah At-Jasiah Ayat 12-13
۞ٱللَّهُ ٱلَّذِي سَخَّرَ لَكُمُ ٱلۡبَحۡرَ لِتَجۡرِيَ ٱلۡفُلۡكُ فِيهِ بِأَمۡرِهِۦ وَلِتَبۡتَغُواْ مِن فَضۡلِهِۦ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.

-وَسَخَّرَ لَكُم مَّا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعٗا مِّنۡهُۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَتَفَكَّرُونَ

Dan Ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.

- Pakar Geografi Islam pertama ie Al-Masudi mencatatkan bhw semua lautan ini adalah bersambung.

Al-Masudi belayar hingga ke India dan kembali membuat peta.

Al-Batutah juga tokoh Islam yg belayar dan mendalami ilmu pelayaran.

Mereka adalah tokoh awal ilmu pelayaran sebelum Marco Polo mencipta nama.

Amru Al-As adalah tokoh Islam yg menguruskan pelabuhan Iskandariah (pd zaman pemerintahan Saidina Usman bin Affan)

Dgn diberikan kurniaan Tuhan ini, semoga manusia bersyukur. Kemudian dgn kejadian langit dan bumi, Allah katakan semuanya dari Allah.

Sesunggunhnya semua itu adalah  nikmat utk manusia memikirkan kebesaran dan nikmat yg dikuniakan supaya kita bersyukur, dan mentaati perintah Allah.

Selagi hidup ini banyakkan bersedekah.

No comments: