Monday, July 18, 2022

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:200 hingga 202

- us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 18-Jul-2020

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:200 hingga 202

- Surah Al-Baqarah Ayat 2:200 (klik sini utk paparan ayat)

{ فَإِذَا قَضَيۡتُم مَّنَٰسِكَكُمۡ فَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ كَذِكۡرِكُمۡ ءَابَآءَكُمۡ أَوۡ أَشَدَّ ذِكۡرٗاۗ فَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِي ٱلدُّنۡيَا وَمَا لَهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنۡ خَلَٰقٖ }

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.

- semasa zaman jahiliyah, penduduk Mekah kebiasaannya dtg ke Mekah utk mendengar syair yg dibacakan oleh penyair² yg bercerita dan memuji tentang keluarga mereka sendiri. Bangsa arab ketika itu tidak dipandang oleh bangsa lain spt Rom dan Farsi. 

- kedatangan Islam tidak mengahapuskan tradisi org arab dlm kegemaran mereka (yg telah sebati) berkumpul dan mendengar syair dan membangga keturunan mereka, sebaliknya kedatangan Islam mengubah tradisi mereka supaya memuji kehebatan Allah, mengagungkan Allah. 

- "kho la" bermaksud berkata. Dlm konteks ayat ini ia membawa maksud berdoa. 

- pengajaran dari ayat ini adalah berdoalah utk kebaikan di dunia dan akhirat. Bukan setakat kebaikan di dunia shj. 

Ayat 2:201 (klik sini)

{ وَمِنۡهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِي ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةٗ وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِ حَسَنَةٗ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ }

Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".

 

  • Sebhgn ayat 2:201 ini dijadikan doa yg selalu diucapkan. 
  • Berdoa dlm bahasa arab itu sunat.
- doa ini adalah kesimpulan dari semua doa yg kita pohonkan. Jadikan doa ini kebiasaan utk setiap kali berdoa. Serahkan kpd Allah apa kebaikan yg layak bagi kita atau yg dihajatkan. 

- doa perlu dipadankan dgn usaha, supaya kita mendpt ganjaran kebaikan juga dijauhkan dari azab api neraka. Allah suruh kita berusaha di dunia dan "sunnatullah" dia akan dapat apa yg dihajatkan. Allah beri kpd semua manusia walaupun dia tidak pernah mengucap syahadah. 
  • Israk dan Mikraj itu bukan sunnatullah. Ia adalah perkara ghaib. 
- kebaikan di dunia akan datang mengikut amalan, ikhtiar, usaha yg dilakukan. 

- memberi khidmat kpd org lain/masyarakat adalah lebih baik daripada mengasingkan diri (seperti bertapa dlm gua) melakukan amalan semata-mata. 

- Ayat 2:202 (klik sini)

{ أُوْلَٰٓئِكَ لَهُمۡ نَصِيبٞ مِّمَّا كَسَبُواْۚ وَٱللَّهُ سَرِيعُ ٱلۡحِسَابِ }

Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.

- jika sibuk sangat, lazimi doa dlm ayat 201 ini. Jangan langsung tidak berdoa. 





No comments: