Friday, September 2, 2022

Mendirikan Solat Suboh

- kuliah Suboh Rabu 31-Ogo-2022

Mendirikan Solat Suboh

Pasti berjaya org yg mukmimum yg khusyuk dlm solat mereka


Surah Al-Mukminun Ayat 23:1-3
Ayat 23:1 (klik sini utk paparan ayat)
{ قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ }

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,


Ayat 23:2 (klik sini)
{ ٱلَّذِينَ هُمۡ فِي صَلَاتِهِمۡ خَٰشِعُونَ }

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;


Ayat 23:3 (klik sini)
{ وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ }

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;


- iman menjadi lemah bila kita melakukan amalan² yg tidak mendatangkan pahala.

- hadis:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ

Dari Anas bin Malik RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang solat subuh berjamaah kemudian duduk berzikir sampai matahari terbit kemudian diikuti dengan solat dua rakaat, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah.” dia (Anas radliallahu ‘anhu) berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sempurna, sempurna, sempurna.” [HR Tirmizi No: 535] Status: Hadis Hasan

- matahari naik segalah atau selembing, atau setinggi tiga (3) darjah maka masuk waktu matahari bersinar. Imam Shafie sunatkan solat Isyrak. Kiraan 3 darjah di Malaysia adalah 12 minit. Di Tunisia di persisisiran Laut Mediterranean, waktu matahari bersinar pd 4 darjah (16 minit).

- solat adalah fardu ain ke atas seorg mukallaf. Setiap org akan ditanya akan tanggungjawab solat ke atasnya. Setiap ketua keluarga, syarikat, masyarakat, negeri, negara akan di tanya tanggungjawabnya memastikan ahlinya mendirikan solat.

- mendirikan solat itu disebut 17 kali dlm Al-Quran.

- ayat surah Al-Mukminun ayat 1-3 menyatakan khusyuk dlm solat datang dari iman yg kuat. Utk menguatkan iman perlu berusaha lakukan perkara² dalam solat spt yg ditunjukkan oleh Rasulullah. Di luar solat kita perlu tinggalkan perbuatan² dan perkara² yg sia-sia ie yg tidak mendatangkan pahala.
  • syaitan mencucuk perkara², topik² sembang yg membawa kpd fitnah. Asalnya adalah bersembang kosong.
- ayat Al-Quran yg menyatakan sehari di Akhirat bersamaan satu (1) ribu tahun kiraan hari di dunia.
Surah Al-Haj ayat 22:47 (klik sini)
{ وَيَسۡتَعۡجِلُونَكَ بِٱلۡعَذَابِ وَلَن يُخۡلِفَ ٱللَّهُ وَعۡدَهُۥۚ وَإِنَّ يَوۡمًا عِندَ رَبِّكَ كَأَلۡفِ سَنَةٖ مِّمَّا تَعُدُّونَ }

 

Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.

 - org yg mendirikan solat, Allah jadikan dia tidak disempitkan hal dan urusan dunia, Allah angkat azab kubur ke atasnya.


- dapatkah kita jamin hayat kita akan berakhir dlm iman? Tidak boleh. Mati dlm keadaan tidak beriman maka tidak dimasukkan dlm syurga.
- dosa yg masih ada bagi seseorg muslim setelah kematiannya, maka Allah akan sucikan dirinya dengan memasukkan dlm neraka.

Orang terakhir keluar daripada neraka dan terakhir masuk ke dalam syurga seperti diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud, Rasulullah SAW bersabda: "Aku mengetahui orang yang terakhir daripada neraka dan terakhir masuk ke syurga. Orang yang terakhir keluar daripada neraka dalam keadaan merangkak, Allah berfirman kepadanya: Pergilah kamu ke syurga dan masuklah ke dalamnya. Apabila dia pergi ke sana, Allah menunjukkan kepadanya bayangan bahawa syurga itu sudah penuh dan terus mengadu kepada Allah, lalu diperintahkan pergi semula ke syurga. Namun diberi gambaran lagi akan tiadanya kekosongand i sana dan kembali mengaduk epada Allah. Kemudian selepas diperintahkan oleh Allah untuk pergi ke syurga untuk kali ketiga dan berkata kepadanya bahawa dia akan mendapati keluasan di dalam syurga ialah seperti sepuluh kali keluasan dunia. Hamba itu berkata: Adakah kamu mempermainkan aku, ya Allah? Tatkala pada saat itu sambil bersabda, Rasulullah ketawa sehingga menampakkan gigi gerahamnya kerana sesungguhnya orang itu adalah yang paling rendah darjatnya tetapi dimasukkan juga ke dalam syurga."

- perbetulkan rukun² qauli dlm solat, juga bacaan Al-Fatihah, sebutan dan bacaan dlm solat.

- besarkan Allah, jangan besarkan manusia. Jangan perlekehkan org yg di bawah (jagaan) kita.

- hidupkan amalan berpesan², ingat-mengingat tentang mendirikan solat.

- Kita perlu tanamkan impian bhw setiap org Islam mendirikan solat. Dgn adanya impian maka kita berusaha utk mendirikan solat, dan mengajak org lain mendirikan solat.

No comments: