Friday, September 8, 2023

Istiqamah dalam Melakukan Amalan

- Tazkirah Jumaat 8-Sep-2023

Istiqamah dalam Melakukan Amalan

- Istiqamah itu apbl sesuatu amalan itu melahirkan/mencetuskan amalan² baik yg lain.
- Antara tanda amalan itu diterima adalah apbl ia memberanakkan (melahirkan) amalan² baik yg lain.

- 2 hadis tentang istiqamah: 
  • Dari Masruq r.a., katanya: "Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a.: "Apakah amal yang paling disukai Nabi saw"?" Jawabnya, "Amal yang dilakukan secara terus menerus. "Lalu ku tanyakan pula: "Bilakah beliau bangun tengah malam untuk solat?" Jawabnya, "Beliau bangun apabila telah kedengaran kokok ayam." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0590]
  • Dari Ummi Salamah katanya: "Ketika mendekati saat wafatnya, Rasulullah saw sering melakukan solat sunat sambil duduk. Dan amalan yang paling disenangi oleh beliau adalah yang dikerjakannya secara istiqamah, walaupun amalan itu hanya sedikit." [Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1628]

- nikmat mudah sewaktu saqaratul maut, diberikan kpd org yg Istiqamah dlm melakukan amalan.

- surah Fusilat ayat 41:30 (klik sini)
{ إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسۡتَقَٰمُواْ تَتَنَزَّلُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ أَلَّا تَخَافُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَبۡشِرُواْ بِٱلۡجَنَّةِ ٱلَّتِي كُنتُمۡ تُوعَدُونَ }

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.


- ada malaikat Rahmah khusus kpd org yg istiqamah, sewaktu dia menghadapi saat saqaratul maut.

- org yg istiqmah juga dimurahkan rezekinya. Surah Al-Jin ayat 72:16 (klik sini)
{ وَأَلَّوِ ٱسۡتَقَٰمُواْ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسۡقَيۡنَٰهُم مَّآءً غَدَقٗا }

(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): "Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka.


No comments: