- us Mohd Azrul bin Ismail tazkirah Ramadan Sabtu 8-Mac-2025, 7-Ramadhan 1446H
Mengantuk dan menguap dalam solat
Hadis berkaitan mengantuk semasa melakukan solat, dan apakah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw:
Hadis dari Anas bin Malik ra: Rasulullah saw bersabda, "Jika salah seorang dari kalian mengantuk ketika solat, maka tidurlah hingga dia mengetahui apa yang dibacanya." (Shahih Al-Bukhari).
Hadis dari Aisyah R.Anha: Rasulullah saw bersabda, "Jika salah seorang dari kalian mengantuk dan dia sedang dalam keadaan solat, maka hendaklah dia pergi tidur terlebih dahulu sampailah hilang rasa tidurnya." (Shahih Al-Bukhari, Muslim).
Hadis dari Abu Hurairah: Rasulullah saw bersabda, "Apabila salah seorang dari kalian bangun di malam hari (untuk solat), namun lisannya merasa sukar untuk membaca Al-Qur’an (kerana ngantuk), lalu dia tidak sedar apa yang dia ucapkan, maka hendaklah dia baring (agar hilang ngantuknya terlebih dahulu)." (Shahih Muslim)
2. Hal menguap sewaktu bersolat:
Hadis berkaitan menguap dan solat dan apa yg diajarkan oleh Rasulullah saw.
Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi saw: "Allah mencintai bersin dan membenci kuap. Kerana itu kalau seseorang bersin lalu ia memuji Allah, maka setiap orang Islam lain yang mendengar, hendaklah mendoakannya. Kuap itu adalah dari syaitan. Orang hendaklah menahan kuapnya dengan secepat mungkin. Kalau ia mengucapkan "Wah!", maka syaitan tertawa mendengarnya." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1719]
Maksudnya :"Ibnu Abi Umar menceritakan kepada kami, Sufyan memberitahukan kepada kami dari Ibnu Ajlan, dari Maqburi dari Abu Hurairah; sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda :"Bersin itu dari Allah, menguap itu dari syaitan, tatkala kamu semua menguap maka letakkanlah tangan pada mulut, dan tatkala ia menyuarakan 'Ah', 'Ah', maka syaitan mentertawakannya dari dalam. Sesungguhnya Allah senang pada bersin dan benci menguap, tatkala seorang lelaki menyuarakan 'Ah', 'Ah', maka syaitan mentertawakannya dari dalam". Hadis ini hasan. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2894]
Dari Abu Sa'id Al Khudri, dari bapanya r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah dia menutup mulutnya kerana syaitan dapat masuk." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2510]
- Berhati-hati apbl menguap sewaktu solat, kerana jika keluar suara hingga menyebutkan perkataan, maka batal solatnya kerana menyebut perkataan selain dari perkataan dalam solat.
No comments:
Post a Comment