Saturday, July 19, 2014

Kelemahan orang yahudi

- us Muhammad Fauzi Asmuni Kuliah Suboh 19-Jul-2014

Sifat/Kelemahan orang yahudi

Bumi Palestin dimuliakan oleh Allah, termasuk dlm kemuliaan peristiwa Israk dan Mikraj.

-Surah Al-Israk ayat 17:1 (klik sini utk paparan ayat) 

(بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ)

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Bumi Palestin tidak lari dr hal israel, dan disebutkan dlm Al-Quran bhw berlaku 2 kerosakan di muka bumi disebabkan oleh penguasaan israel.

Surah Al-Israk ayat 17:4 (klik sini) 

(وَقَضَيْنَا إِلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا)

Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

Penguasaan pertama dan kerosakan yg berlaku adalah semasa zaman sebelum zaman Nabi Muhammad saw. Bermula dr zaman selepas diperintah oleh Nabi Ishak, bani israel bertindak membunuh para nabi dan rasul.

- Tafsiran dari Sheik Ahmad Daud:
  • Bani israel sentiasa diperintah oleh para Nabi, mereka selalu ditindas. 
  • Mereka meminta dikurniakan seorg raja. 
  • Allah perkenankan permintaan mereka, di mana mereka peroleh seorg raja ie raja Talut, dan di bwh pemerintahan raja talut, bani israel berjaya mengalahkan firaun yg namanya Jalut. Kemudian didatangkan Allah seorg nabi ie Nabi Ishak menjadi raja mereka. 
  • Pada zaman tersebut bani israel menjadi kuat dan menguasai ekonomi, etc.

Surah Al-Araf ayat 7:137 (klik sini) 

(وَأَوْرَثْنَا الْقَوْمَ الَّذِينَ كَانُوا يُسْتَضْعَفُونَ مَشَارِقَ الْأَرْضِ وَمَغَارِبَهَا الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا ۖ وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ الْحُسْنَىٰ عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ بِمَا صَبَرُوا ۖ وَدَمَّرْنَا مَا كَانَ يَصْنَعُ فِرْعَوْنُ وَقَوْمُهُ وَمَا كَانُوا يَعْرِشُونَ)

Dan Kami wariskan kepada kaum (Bani Israil) yang telah tertindas itu akan daerah-daerah timur bumi (Palestin) dan daerah-daerah baratnya, yang Kami telah melimpahkan berkat padanya. Dan telah sempurnalah Kalimah Allah (janjiNya) yang baik kepada kaum Bani Israil kerana kesabaran mereka (semasa mereka ditindas oleh Firaun), dan Kami telah hancurkan apa yang telah dibuat oleh Firaun dan kaumnya dan apa yang mereka telah dirikan (dari bangunan-bangunan yang tinggi)

Semasa zaman kisah Nabi Isa telah muncul kaum yahudi dan Rom. Org Rom pegang Baitulmaqdis selama 10 kurun, hinggalah jatuh ke tangan Islam di zaman pemerintahan saidina Abu Bakar as-Siddik.

Allah sebut dlm Quran: kemudian kami kembalikan (Baitulmaqdis) kpd kamu.

Saidina Umar berjaya membuka Baitulmaqdis, yg membuka kpd pembukaan Syria dan Lubnan.

Janji Allah yg ke-2 (yg terakhir) ie bani israel (org yahudi) kembali berkuasa di dunia dan melakukan kerosakan di dunia, (mereka menguasai dunia), mereka mengaibkan muka2 org Islam.

Sheik Ahmad Daud tafsirkan bhw zaman inilah yg dirujukkan kpd Janji Allah terhadap bani israel ie menguasai dunia dan melakukan kerosakan.

Surah Al-Israk ayat 17:7 (klik sini) 

(إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا ۚ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْآخِرَةِ لِيَسُوءُوا وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُوا مَا عَلَوْا تَتْبِيرًا)

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

Kekalahan org yahudi bukan disebabkan oleh tentera² Palestin sahaja, ianya disokong dan dibantu oleh lain² pejuang yg dtg dr luar Palestin.

Org yahudi amat takutkan kematian.

Surah Al-Hasr menceritakan sifat kelemahan org yahudi
  1. takutkan kematian
  2. sentiasa menyorok/berlindung disebalik benteng2 tinggi (spt yg kini dibina disempadan Palestin.

Surah Al-Hasr ayat 59:14 (klik sini) 

(لَا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرًى مُحَصَّنَةٍ أَوْ مِنْ وَرَاءِ جُدُرٍ ۚ بَأْسُهُمْ بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ ۚ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْقِلُونَ

(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).

3) saling tidak mempercayai

- Yahudi adalah yg paling banyak membunuh para Nabi Allah. Termasuk juga yg ingin membunuh Nabi Isa.
- Konsep triniti adalah dimulakan oleh org yahudi.

- Pope sebenarnya adalah yahudi. Ini merupakan kejayaan yahudi terhadap kristian.

- Org yahudi sentiasa menukar nama tuhan mereka.
-org yahudi tiada penghormatan terhadap tuhan. Mereka mencerca sifat tuhan mereka, spt tangan tuhan pendek.
- Al manna dan salwa, org yahudi sgt malas hingga meminta tuhan menyuapkan makanan ke mulut mereka.
- Org yahudi pegang kitab mereka (talmut) dgn mengangguk-angguk kepala kemudiannya menghempaskan kitab talmut. Itu adalah cara org yahudi menyembah tuhan mereka.

- Org yahudi suka memungkiri janji. Org yg tidak faham nas dan hadis akan mengharapkan apbl ada perjanjian dgn org yahudi maka perjanjian itu akan dipatuhi/dihormati oleh org yahudi.
  • (a) di zaman Rasulullah, perjanjian Madinah adalah perjanjian yg dibuat dgn org yahudi. Namun selepas beberapa tahun, org yahudi memungkiri perjanjian Madinah ini.

-Perang arab 1948, sebagai memperingati perang org islam dgn israel. Sempadan 1948 adalah kawasan islam yg dirampas oleh israel
  • (a) pd zaman tersebut, keadaan di kawasan tersebut amat teruk dan ramainya org2 islam yg tidak melaksanakan islam. Akhirnya kawasan inilah yg jatuh kpd israel.
  • (b) kini kawasan ini telah mula kuat dlm amalan islam, dan kembali kpd ajaran Allah.

-Perkembangan di Palestin kini makin meningkat:
  • (a) teknologi persenjataan yg dicipta oleh org yahudi spt penciptaan roket R160 (160 km), J80 (80 km). Komando islam (yg beberapa kali berjaya culik org (tentera yahudi)
  • (b) dlm masa yg singkat byk bantuan dana dpt dikumpulkan utk disumbangkan kpd Palestin, kesan drpd capaian maklumat terhadap Palestin. Di zaman PLO (Fatah) hanya yasser arafat yg dikenali di Palestin. Namun selepas PLO tewas, pejabatnya digeledah dan terjumpanya perjanjian² Fatah dgn israel yg memihak kpd israel dan transaksi² bank/kewangan. Hingga dilaporkan apbl yasser mati, ada berbillion dollar dlm akaunnya. 

Surah Ali-Imran ayat 3:111 (klik sini) 

(لَنْ يَضُرُّوكُمْ إِلَّا أَذًى ۖ وَإِنْ يُقَاتِلُوكُمْ يُوَلُّوكُمُ الْأَدْبَارَ ثُمَّ لَا يُنْصَرُونَ)

Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan kamu, kecuali menyakiti (perasaan kamu dengan ejekan dan tuduhan yang tidak berasas). Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya); sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan.



Sunday, July 6, 2014

Fitnah kubur

- Kuliah Suboh Ahad 6-Jul-2014 (9 Ramadhan 1435H)

1. Kenikmatan berakhir dgn kematian:
-Surah Al-Mukminun ayat 12 hingga 16

Ayat 12:
(وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ سُلَالَةٍ مِنْ طِينٍ)
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;

Ayat13:
(ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَكِينٍ)
Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;

Ayat 14:
(ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنْشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ ۚ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ)
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

Ayat 15
(ثُمَّ إِنَّكُمْ بَعْدَ ذَٰلِكَ لَمَيِّتُونَ)
Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.

Ayat 16:
(ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ تُبْعَثُونَ)
Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.

7 perkara
1. Jangan mensyirikkan Allah
a) hadis - akan berpecah umatku kpd 73 golongan.
Amalan2 yg dikaitkan semasa sdg nazak:
1. Adapun org yg baik dan beriman maka akan dtg kpdnya malaikat yg berpakaian putih lagi harum bau-bauannya. Adapun org yg tidak neriman, maka akan dtg kpdnya malaikat dgn pakaian serba hitam dan berbau busuk.
2. Roh org yg tidak beriman enggan meninggalkan jasad, kerana takut.

Surah al-Munafikun 10
(وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ خَالِدِينَ فِيهَا ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ)
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".

Hadis - beginilah keadaan  kpd org yg nak mati (nazak), org akan minta ditangguh sedikit masa kematian utk dia melakukan infak dr hartanya.

2. Alam kubur
Alam nazak dan alam kubur adalah dua alam sebelum manusia dibangkitkan.
Memohon perlindungan dr azab kubur.
 
Amalan yg menjurus kpd mendapat azab kubur
  1. Menangis melampaui batas apbl berlaku kematian.
  2. Tidak buang air kecil dgn betul
    • Tidak tus
    • Tidak jaga percikan hingga terpercik kpd pakaian utk bersolat
    • Melaga2kan 2 org muslim
  3. Melakukan maksiat
  4. Mencari ilmu yg tidak baik

Perkara2 yg boleh menjauihi azab kubur:
  1. 1. Mengamalkan doa memohon dijauhkan azab kubur.
  2. 2. Melakukan perkara yg baik
  3. 3. Mati fisabilillah
  4. 4. Mati pd hari Jumaat
  5. 5. Mati akibat dr penyakit dlm perut.
  6. 6. Sentiasa membaca surah Al-Mulk (Nabi mengamalka(nya sebelum tidur)

Kedudukan seseorg di Padang Mahsyar:
Amalan2 yg perlu diamalkan utk menjauhkan azab di Padang Mahsyar:
 
1. Rasulullah bersabda, 7 golongan akan berada dibawah naungan rahmat Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya. 
  1. imam ie pemerintah yg adil
  2. Pemuda yang menghabiskan masa mudanya dengan beribadat kepada Allah. 
  3. Seorang lelaki yang hati sanubarinya sentiasa berpaut kepada masjid. 
  4. Dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerana Allah. 
  5. Seorang lelaki yang diajak oleh wanita bangsawan dan cantik kepadanya namun dia berkata: Aku takutkan Allah. 
  6. Seorang lelaki yang membelanjakan hartanya secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya. 
  7. Seorang lelaki yang berzikir kepada Allah dengan bersunyi diri sehingga mengalirkan air mata.

Membaca Al-Quran
- Surah yg akan memberi syafaat di Padang Mahsyar ie
  1. Surah Al-Baqarah
    Rasulullah bersabda, jangan jadikan rumah kamu spt kubur, bacalah surah Al-Baqarah, kamu akan selamat dan syaitan tidak akan masuk ke dlm rumah.
  2. Surah Ali Imran.
Menjaga wuduk
  • wuduk akan menyebabkan seseorg itu dibangkitjan di Padang Mahsyar dlm keadaan bercahaya anggota wuduknya.
  • Sabda Rasulullah, Barangsiapa yg tumbuh ubannya, maka ianya akan bersinar di Padang Mahsyar.
  • Sunnah inaikan rambut yg beruban dgn warna inai, bukannya dye rambut kpd hitam.
  • Org yg mati di jln jihad fisabilillah
  • Dia boleh memberi syafaat kpd 40 org dr ahli keluarganya.

Org yg membebaskan hamba muslim maka dia akan dijauhkan dr api neraka. (keadaan semasa sudah tiada lagi hamba).

Wednesday, June 18, 2014

Perkara2 meningkatkan ketakwaan

-us Hasnan Kassan Kuliah Maghrib Rabu 18 Jun 2014
Tafsir ayat Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 183 - 185

Ayat 183

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ)
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Ayat 184

(أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ)

  (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

Ayat 185

(شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ) 
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur


- Objektif berpuasa adalah utk menjadi org yg bertakwa.
1. 4 hukum puasa
  1. Wajib - 2 rukun puasa (niat & menahan diri dr perkara2 yg membatalkan puasa lapar dr terbit fajar hingga terbenam matahari)
  2. Sunat - lakukan perkara yg sunat sepanjang Ramadhan utk menyempurnakan ibadah puasa.
  3. Haram - perkara yg membatalkan puasa
  4. Makhruh - Tinggalkan yg dibenci Allah spt membaca al-Fatihah dgn sekali nafas, atau menyambung ayat2. Bersembang, berwhatsapp, main game, menonton tv yg tak berfaedah.

2. Rasulullah melaknat 3 golongan.
  1. Anak yg tidak berkhidmat terhadap ibu bapa yg sudah tua.
  2. Org yg tidak berselawat apabila mendengar selawat.
  3. Orang yang hidup dalam bulan Ramadhan tetapi tidak terampun dosanya, sedangkan hadith mengatakan barangsiapa mendirikan puasa ramadhan dengan penuh keimanan maka akan terampun dosa-dosanya yang lalu. (Nota: Terima kasih kpd Anonymous di atas komen anda bertarikh 30-Jun-2014. Point ke-3 yg tertinggal disetakan di sini.)
3. Utk mendapat ketakwaan maka perbanyakan lakukan perkara yg sunat.

4. Perkara2 sunat yg jarang dilakukan di bulan Ramadhan:
  1. Menyambung silaturrahim - perbanyakan ziarah dan mengeratkan silaturrahim.
    - Silaturrahim didefinasikan sebagai ahli keluarga.
    - Ada suatu kisah di zaman Umar Al-Khattab, dtg seorg perempuan dan 2 org anaknya menemui khalifah utk meminta bantuan, saidina Umar menanyakan jika dia mempunyai adik beradik. Dia memberitahu ada saudara perempuan dan saudara lelaki. Saidina Umar kemudiannya meminta alamat kediaman mereka, wanita itu bertanya utk apa. Saidina Umar memberitahu dia hendak ke rumah saudara2 perempuan itu utk diambil sedikit harta mereka utk diberikan kpd wanita itu. Lalu wanita itu melarang Saidina Umar dr meneruskan hajatnya, kerana dia takut akan terputus silaturrahim. Kata Saidina Umar, oleh kerana saudara wanita itu tidak memberikan bantuan dr hartanya maka merekalah yg memutuskan silaturrahim dgn wanita itu dan 2 anaknya.
  2. Diperbanyakkan sedekah - memberikan lebihan harta kpd org fakir miskin.
  3. Memperbanyakkan tilawah Al-Quran, sekurang2nya sekali khatam.
  4. Sunat bersolat tarawikh dan witir. Sunat witir di bulan Ramadhan adalah disunatkan secara berjemaah.
5. Anugerah Allah terhadap org yg berpuasa:
(a) Doa org yg berpuasa tidak ditolak.

Monday, June 9, 2014

Pembukaan kota Constantinople 29-May-1453

-us Muhammad Fauzi Asmuni Kuliah Maghrib 8-Jun-2014

-Pembukaan Kota Constantinople pd 29-Mei-1453

  • Bani Umaiyyah, Abbassiah dan Uthmaniah, semua tidak berjaya menakluki kota Constantinople . Sehinggalah tentera yg dipimpin oleh Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menawan Constantinople pd 29-5-1453

  • 2 empayar yg besar di zaman Rasulullah adalah Rom dan Farsi. Rom mewarisi zaman Babylon dan bertunjangkan kristian.

    • Tamadun Farsi dijatuhkan semasa zaman Saidina Umar, melalui Perang Qardisiah, akhirnya empayar Farsi jatuh.

    • Tamadun Rom tidak jatuh dgn mudah. Jajahannya sebelah Eropah, Utara Afrika, Mesir, Sudan, Habsyah (Ethopia), Yaman, Al-Quds (bumi Syam meliputi Jordan, Palestine, etc)

-Rom mempunyai 3 kota pemerintahan:
  1. kota Vatican di bhg barat - ianya simbol kota Rom dan kristian
  2. Kota Constantinople di bhg tengah, dan
  3. Kota Baitul Maqdis di bhg Timur.

- Hagia Sophia dibina pd awal tahun ke 500 masihi, awal dr kelahiran Rasulullah (572 masihi). Rasulullah menjanjikan Rom akan jatuh ke tangan Islam. Begitu juga diriwayatkan Kota Constantinople akan jatuh ke tangan Islam.

- Selat Bosphorus di Turkey adalah selat pemisah Asia dan Eropah. Kota Constantinople berbentuk tiga segi dan di utaranya adalah terusan Golden Horn.

- Peperangan selama 53 hari hinggalah jatuhnya empayar Rom di Kota Constantinople .

- Sahabat Nabi ie Abu Ayub Al-Ansari meninggal dan dikebumikan di kaki bukit di kota Constantinople .

- Constantinople pertama kali diserang oleh kerajaan Muawiyah, yg diketuai oleh anak Muawiyah ie Yazid bin Muawiyah.
-- Abu Ayub mengikuti rombongan tentera Yazid, namun dia meninggal di penghujung sempadan Asia. Dia berpesan sekiranya dia meninggal maka kebumikanlah jenazahnya di Constantinople .

- Di zaman Muawiyah ada 5 serangan terhadap kota Constantinople , namun semuanya tewas. Disambung pula oleh zaman bani Abbasiah dgn 2 serangan, juga tewas. Di zaman Uthmaniah ada kira-kira 3 kali serangan yg juga tewas. Selepas itu muncul tentera Islam yg berasal dr sebelah Rusia,.yg arif berperang.

-Perang Salib diketuai oleh Salahuddin al-Ayubi yg berasal dr Kurdis, bukan berketurunan Arab.

- Kejatuhan Baghdad pd 1258 masihi ditangan golongan Monggol.

- Org Islam bangkit selepas 2 tahun dan menawan kembali Baghdad dr Monggol. Tentera Islam ketika itudianggotai oleh keturunan bukan arab.

- Sultan Abdul Hamid ke2 adalah khalifah Islam terakhir sebelum kejatuhan zaman khilafiah, yg berasal dr bani Uthmaniyah. Para sultan Uthmaniah memakai serban yg besar, yg sebenarnya adalah kain kafan mereka. 2 khalifah selepas dr Sultan Abdul Hamid ke2 adalah boneka semata2 dan tidak diiktiraf sebagai khalifah Islam.

- Muhammad Al-Fateh menjadi Sultan ketika berusia 19 tahun. Ayahandanya (ie Sultan Muhamad ke2) menanamkan hadis tentang pembukaan kota Constantinople terhadap anaknya, dan beliau mengambil masa 2 thn mengkaji kegagalan tentera Islam dlm menawan kota Constantinople . Beliau juga menghantar tenteranya utk mendptkan sampel pasir, tanah dan tembok batu kota Constantinople . Juga mengarahkan tenteranya utk menebuk terowong menembusi penjara kota Constantinople utk membebaskan saintis Islam.

- pd 20 April 1453 masihi, seramai 150 ribu tentera dgn 72 kapal perang diguna utk menumbangkan kota Constantinople . Kota Constantinople mempunyai 3 lapis tembok, kotanya tinggi, setiap satunya mempunyai rabung yg dalam.

  • Kapal org Islam sukar menembusi kota Constantinople , ada bukit dan tembok batu. Juga rantai besi yg besar menghalang kapal melalui dan memasuki Golden Horn, utk serangan dr utara. Muhammad al-Fateh mengarahkan semua askarnya memintas rantai besi dgn menarik 72 kapalnya melalui jalan darat (alas batang kayu dan kulit haiwan) dlm masa 1 mlm bermula selepas Maghrib. Mereka belayar ke penghujung Golden Horn dan menyerang kota Constantinople menerusi jalan darat.

  • Apbl kota Constantinople jatuh ke tangan Islam, Muhammad Al-Fateh meletakkan tanah Constantinople di dahinya dan beliau sujud. Muhammad Al-Fateh seterusnya memilih sebuah gereja kristian dan menjadikannya masjid -Hagia Sophia). Semasa utk memilih imam kpd Masjid Hagia Sophia, beliau bertanya kpd askarnya sesiapa yg tidak pernah meninggalkan solat, namun semuanya tidak pernah meninggalkan solat, begitu juga soalan utk solat berjemaah. Akhirnya ditanya siapa yg tidak pernah meninggalkan solat malam. Namun tiada askarnya yg melakukan ibadat malam melebihi Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Maka solat pd hari itu diimamkan sendiri oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Menukar gereja kpd sebuah masjid merupakan kekalahan strategi buat Rom.

-Di zaman kamal artartuk (laknaktullah) dia melarang Masjid Hagia Sophia dijadikan sabagai simbol satu ugama sahaja ie Islam. Hal ini dikekalkan hinggalah kini.

- Kesan dr pemerintahan kamal artartuk adalah:
  1. kini hanya ada sekitar 30% wanita islam di Turkey yg memakai tudung menutup aurat.
  2. kanak-kanak perempuan bersekolah dgn memakai skirt
  3. gambar kamal artartuk digantung di sekolah
  4. sebagai ikon dan ideologinya diterapkan dlm sistem pembelajaran Turkey.

- Erdogan berazam utk menjadikan Hagia Sophia sebagai masjid yg diimarahkan seperti di zaman Sultan Muhammad Al-Fateh.

Sunday, June 1, 2014

Cara Hilangkan Was-was Dalam Solat

- us Johari Kuliah Suboh Sabtu 31-5-2014

- Imam Muslim: org kafir yg berbuat baik sebelum masuk Islam, akan dikira sebagai kebaikan sebaliknya keburukan yg dilakukan sebelum memeluk Islam, maka keburukan itu akan dipadamkan. Kata Imam Muslim, itu adalah kebaikan Islam dan keistimewaan yg diberikan kpd org yg memeluk Islam.

- Takbir makmum dlm solat:
(i) makmum tidak boleh mendahului imam. Makmum tidak boleh mengangkat takbir mendahului, siiring mahupun dlm masa takbir imam.

- Sujud sahwi utk 3 keadaan:

  1. tertinggal qunut. (Hanya kpd ahli sunnah wal jamaah. Mazhab lain tiada bacaan qunut, maka seorg yg bermazhab ahli sunnah wal jamaah tidak perlu sujud sahwi).
  2. tertinggal tahyat awal
  3. berlaku syak dlm solat.

- Bagaimana menghilangkan rasa was-was dr individu yg selalu was-was ketika solat. Rasulullah mengajarkan supaya bacakan a'uzubillah dan memaling ke kiri dan melakukan seperti meludah 3 kali (spt isyarat meludah, tidak sampai keluar air ludah). Rasulullah menganjurkan dilakukan dlm solat sunat. Sahabat yg ditegur oleh Rasulullah itu akhirnya berjaya menghilangkan rasa was)was dlm solatnya.

Saturday, May 17, 2014

Akhlak Rasulullah

-us Azhar Kuliah Suboh Sabtu 17-Mei-2014
-Pengawasan diri

1. Saidina Umar memberitahu cara mengawasi/menghisab diri sendiri sebelum hari Perhitungan
1) menghisab amalan diri sendiri (dlm neraca kita sendiri)
- Jika duduk di tengah2 manusia jadilah pensihat utk diri kamu sendiri. Jangan kamu tertipu dgn jumlah manusia yg berada disekelilingmu.
- imam at-Tarmizi: jadikanlah Allah sebagai pengawas diri kamu sendiri, dan bersyukurlah kpd Allah yg memberi nikmat kpdmu.

Beberapa syarat syukur:
1.
2. Menunaikan hakNya
3. Tak menggunakan nikmat yg dikurniakan kpd perkara yg haram

Sahal berkata: hati tidak akan berhias dan lebih elok, melainkan ia merasakan Allah melihat akannya.
- Harun Al-Rashid dan isteri berjalan kaki utk memunaikan haji pd setiap tahun.
- Sabar itu adalah yg paling cantik.
- Selepas pembukaan kota Mekah, Rasulullah mengunjungi Taif, baginda disambut dgn baik.

-Apabila nak nerjumpa dgn manusia, bacalah ayat Amanarrasul.... dr surah Al-Baqarah ayat 285
" Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".

2)
Imam Hassan Al-Basri berkata, aku pernah bertemu dgn satu kaum yg tidak gembira dgn dunia dan tak sedih jika dunia ini hilang.
- Rasulullah berkata, hidup di bumi ini ibarat bermusafir, bawa apa yg perlu sahaja
- Inilah yg dikatakan zuhud.
- Bukan nyawa sahaja ada ajal, harta juga ada ajalnya, spt hilang, rosak.

Org bertanya kpd Imam Hassan Al-Basri, kenapa muka org yg mujtahid itu bersinar, kata Imam Al-Basri, mereka berkawan dgn ayat-ayat Allah.
- Org yg sentiasa membaca Al-Quran akan merasakan dirinya kasih kpd Allah dan merasakan Allah juga kasih kpdnya.

3) bila siang dia tak berupaya berdiri, kerana pd sebelah mlmnya dia beribadat.
- Safwan bin Sulail beribadat setiap mlm kerana merasakan esok harinya akan kiamat.

Cara mendpt keampunan Allah
Rasulullah berkata, 7 jenis manusia yg mendpt naugan Allah
1) imam/pemimpin yg adil
- Sikap adil hadir apbl seseorg itu taat kpd Allah (yg bertakwa).
2) Pemuda/i yg hidup dllm ketaatan kpd Allah.
- Dia hanya berharapkan kpd keredhaan Allah, tak perlukan saksi.
- dlm hidup ini perlu diberikan keutamaan terhadap perkara beramal kpd Allah.
3) lelaki yg menolak ajakan seorg wanita utk berzina
6) Org yg bersedekah yg menyembunyikan sedekahnya
7) org yg apbl bersendirian, maka berlinang air matanya kerana ber

Tuesday, May 13, 2014

Jaga Solat

-us Datuk Hj Kamal Kuliah Suboh Selasa 13-Mei-2014

Surah Al-Baqarah ayat 43:
" Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk."

Surah An-Nisa ayat 101 dan 102
101:  "Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu."

102: " Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina."

- Ayat 101: Allah memberi keringanan mengerjakan solat dr 4 kpd 2 rakaat kpd mereka yg bermusafir. Manakala Ayat 102 memerintahkan solat disempurnakan dlm rakaat yg penuh dlm peperangan.

Kaedah utk memudahkan urusan harian:
1. Jaga solat berjemaah
2. Jaga perintah dan larangan Allah diluar solat, dgn membawa sifat solat ke dlm kehidupan.

Isteri akan masuk syurga mendahului suami kira2 500 tahun lebih awal dr suaminya. Nabi memberikan syarat kpd para wanita bersuami utk 4 perkara bagi membolehkan mereka mendapat kelebihan itu:
1. Jaga solat
2. Menjaga ibadat2 diluar solat, spt zakat pendapatan, menunaikan haji.
3. Menkaga aurat
4. Menjaga kehormatan diri.

Solat yg dikerjakan oleh org yg menjaga wuduknya, menjaga solatnya dgn tertip, maka solatnya akan menjelma sebagai makhluk yg bercahaya dan naik ke Illiyyin dan mendoakan org tersb. Manakala org yg tidak menjaga wuduk dan solatnya, maka solat itu akan keluar dr badan org itu sebagai lembaga hitam dan berdoa supaya dilaknat org tersbt, maka lembaga solat itu akan dilemparkan semula ke muka prg tersbt spt org melemparkan kain buruk ke muka org yg solat tersbt.

3 waktu solat:
1. Waktu harus - dr masuk waktu solat hingga luput masa
2. Waktu makhruh - solat dikerjakan di akhir waktu, spt kira2 selesai solat dikhuatiri telah luput waktu solat.
3. Waktu haram - solat dilakukan dlm waktu yg hampir luput hingga amalan2 solat menjadi

1. Menjaga wuduk
Rasulullah mengambil wuduk dr satu bekas (yg bermuncung. Dgn jumlah yg kecil baginda menyempurnakan wuduk. Kita hari ini perlu menggunakan air dlm kadar yg minima, tutup kepala paip ketika meratakan air le anggota wuduk.
- Sunnah Nabi juga meratakan air ke anggota wuduk bukannya menyiram atau melalukan air.
- Sunnah membasuh tangan adalah meratakan air dr tangan ke siku, bukannya dr siku dilalukan air ke tangan.
- Sunnah ketika menyapu air ke kepala adalah kira2 hujung jari, Nabi membasahkan kedua tangan dan menyapu kepala kemudian menyapu semula ke bhgn depan kepala.
- Sunnah juga menyapu dua telinga (kiri dan kanan) dgn dua tangan serentak.

Fadilah solat dhuha adalah pahala haji dan umrah yg sempurna.

2. Menjaga dan menyempurnakan qiam, pandangan mata ditumpukan di tempat sujud, tangan terikat (diam),
- Imam Ghazali meriwayatkan tangan nabi diletakkan di antara dada dan perut,
- Imam Maliki meriwayatkan tangan dilunjurkan di sisi badan ketika qiam,
- Imam Hanafiah meriwayatkan tangan diletakkan di dada.

-->Solat menjadi pembela utk membolehkan kita masuk syurga.
- Org yg tidak bersolat, di akhirat nanti akan menjadi spt karun atau haman (pegawai kerajaan yg tidak ), atau ubai bin khalaf (ubai bertemu Rasulullah dan bernekad utk suatu hari nanti ingin membunuh Rasulullah. Rasulullah mengatakan kpdnya bhw dia akan mati ditangan baginda. Ubai mati dlm peperangan Badar, di mana Rasulullah melontarkan lembing kpdnya ketika menunggag kuda menghala utk membunuh Nabi. Dia luka sedikit dan kembali ke kumpulan tentera kafir. Dia yakin akan kata2 Nabi bhw dia akan mati ditangan Nabi, akhornya dia mati 3 hari selepas dr itu ketika dlm perjalanan pulang dr perang Badar).