Sunday, September 4, 2016

Qurban dan permasalahan semasa

- us Johari Kuliah Maghrib 4-Sep-2016

Ibadah Qurban

1. Hadis riwayat Imam Ahmad: sesiapa yg Allah beri dia kelebihan. Allah beri dia kelebihan rezeki, tetapi tidak buat qurban. Janganlah dtg dekat dgn tempat sembelihan qurban.

- Mazhab Hanafi mewajibkan ahlinya melakukan qurban pd setiap tahun.

2. Rasulullah mengajarkan:
  1. Lihat dan pilih sendiri haiwan yg hendak dijadikan qurban.
  2. Memilih haiwan qurban yg berkeadaan terbaik di antara haiwan² yg ada.
  3. Menyembelih sendiri haiwan yg diqurbankan.
    • Gunakan pisau/parang sembelih paling tajam, spt dr jenama Zwiling (pemegangnya dibuat di German manakala mata pisau/parang dibuat di Jepun, sykt pengeluar mata pedang samurai)
  4. Memakan masakan qurban di tempat sembelihan. Baginda menghirup sup kambing yg disajikan.

3. Hukum memberi bahagian daging qurban kpd org bukan muslim: Pendapat Dr. Yusuf Al-Qardawi, dibolehkan Pembahagian daging qurban kpd bukan muslim, lebih-lebih lagi kpd mereka yg ada kecenderungan kpd Islam. Pembahagian kpd bukan muslim itu merupakan suatu dakwah kpd mereka (yg bukan muslim) utk merapatkan mereka kpd Islam, semoga diberikan hidayah kpd mereka utk memeluk Islam, di atas kebaikan yg ditunjukkan dlm ibadah qurban.

- Perlu lihat konteks luar kampung (yg majoriti atau semuanya muslim), di mana agihan daging qurban kpd golongan miskin yg bukan muslim merupakan dakwah islamiah.

4. Qurban itu utk keseluruhan ahli keluarga yg duduk serumah, oleh ketua keluarga. Manakala Aqiqah adalah utk individu.
  • Ahli keluarga yg duduk rumah lain atau tempat lain, maka mereka tidak termasuk dlm kumpulan qurban di tempat lain.
  • Begitu juga kpd lelaki yg mempunyai isteri lebih dari satu yg tidak duduk serumah, maka qurban itu adalah utk keluarga yg dimana Aidil Adha disambut.
  • Lakukan qurban di tempat di mana Aidil Adha di sambut.

5. Agihan daging qurban boleh diambil oleh jawatankuasa qurban dgn persetujuan peserta qurban, boleh di lihat/dicatat dlm borang serta qurban. J/K qurban gunakan daging qurban dan masak makanan utk dimakan bersama di surau/masjid.
  • Agihan 1/3 kpd yg mengambil bahagian dlm ibadah qurban.
  • Agihan 2/3 daging qurban kpd fakir miskin.
  • Agihan daging sahaja, manakala organ dalaman (spt paru, limpa, perut, hati, jantung, perut), ekor, kepala, tulang dan kulit, tidak diagihkan kpd fakir miskin.

Catatan kuliah:

Sunday, August 14, 2016

Qurban dan Permasalahannya

- us Dr Hasnan Kassan kuliah Maghrib Ahad 14-Ogo-2016

Dalil Qurban

1. Surah Al-Haj ayat 22:36 (klik sini utk paparan ayat)

وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ ۖ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ ۖ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.

Surah Al-Kauthar Ayat 1-2:
Ayat 108:1 (klik sini)
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

Ayat 108:2 (klik sini)
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

Maksud solat dlm ayat ke2 ini adalah solat sunat Aidil Adha.

- Hukum Qurban adalah sunat muakkad (yg dituntut)
- Imam Nawawi menyebutkan dlm kitabnya, hukum qurban adalah sunat kifayah, apbl telah ada salah seorg dr ahli keluarganya telah melakukan qurban. Boleh disimpulkan, 1 keluarga 1 bhgn qurban.
- Hukum qurban menjadi wajib bila seseorg itu bernazar.

- Sunat utk org yg hendak berqurban utk tidak menggunting atau bercukur bulu di kepala, badan, ketiak dan kemaluan, juga tidak menggunting /potong kuku bermula dr 1 Zulhijjah hingga sembelih qurban. Makruh hukumnya seseorg itu memotong/gunting rambut dan bulu di badannya, atau memotong kukunya dlm tempoh itu.

- Surah Al-Haj ayat 22:32 (klik sini)
ذَٰلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ

Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar ugama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.

- Jika dia tidak boleh menyembelih kerana keuzuran, maka dia dibolehkan menyaksikan org lain menyembelih haiwan qurbannya.

- Bagi seorg wanita, Rasulullah mengarahkan anaknya Fatimah utk bangun dan pergi ke tempat penyembelihan utk menyaksikan qurban.

- Afdal haiwan utk diqurbankan adalah:
  1. Unta
  2. Lembu
  3. Kambing kampung
  4. Kambing biri-biri
  • Qurban seekor kambing adalah lebih afdal dr menyertai salah satu bhgn qurban unta atau lembu.
  • Afdal kpd peserta qurban utk menyembelih sendiri haiwan qurbannya.

- Qurban utk org yg telah meninggal
1) Sekiranya ada wasiat dr arwah, maka dibolehkan melakukan qurban untuk arwah.
  • Nama yg diletakkan (utk qurban atau bhgn qurban) adalah nama org yg telah meninggal.
2) sekiranya tiada wasiat, maka org yg berqurban boleh mensedekahkan pahala qurbannya utk arwah.
  • Nama yg diletakkan (utk qurban atau bhgn qurban) adalah nama org yg masih hidup (contoh nama anak sulung). Dia kemudiannya meniatkan pahala ibadah qurban itu disedekahkan kpd si mati.
- Apbl dia qurban utk org lain, maka wajib dia sedekahkan daging qurban itu. Jika termakan, maka tergantung sah qurbannya, sehingga dia menggantikan daging tsbt.

- paling afdal adalah berqurban di tempat di mana kamu tinggal.

- Utk qurban di tempat lain, afdalnya adalah jadikan itu sebagai sedekah. Lakukan qurban di tempat tinggal. Sementara sedekah kpd acara sembelihlah di tempat lain.

- Pembahagian daging qurban
1) Wajib bersedekah kpd org yg miskin sama ada yg tidak hadir atau hadir ke tempat qurban.
  • Sekiranya adik-beradik berqurban seekor lembu, kemudian membahagikan daging qurban sesama mereka shj. Maka tergantung sah qurban mereka hingga digantikan daging itu dgn daging segar, (bukannya diganti dgn daging beku).
3) daging yg telah diagihkan kpd org miskin, maka org miskin itu boleh menjual daging tsbt, kerana telah bertukar milik daging tsbt kpdnya.

- Afdalnya semua daging qurban disedekahkan, melainkan sedikit dr daging qurban itu dijamu kpd peserta qurban sekadar sesuap dua. Tidak dibawa pulang daging qurban tsbt.

- Daging agihan qurban utk org miskin itu tidak boleh dicampurkan dgn kulit, lelemak, organ dalaman. Ianya mestilah daging shj.

Qurban nazar
- Qurban nazar, maka org yg bernazar itu mestilah mensedekahkan keseluruhan daging qurban itu, dan tidak boleh diambil sedikit dibawa pulang utk jamu keluarganya. 
  • Sekiranya dia berbuat demikian, maka mestilah dia menggantikan daging tersbt dgn daging segar dn disedekahkan kpd org miskin.

-

Friday, August 12, 2016

Dayus dan permasalahan dlm keluarga

- Dato' Zaidi kuliah Maghrib Jumaat 12-Ogo-2016
Lelaki yang dayus.

- Nusyus ie isteri yg derhaka kpd suami.
- Haram bagi seorg isteri yg minta cerai tanpa sebab.
- Kebiasaanya suami yg menjadi punca kpd isteri memohon perceraian di mahkamah.
- Dayus ie seorg yg membenarkan maksiat dilakukan dlm keluarganya.

- 3 golongan manusia yg Allah tidak pandang kpd mereka di akhirat
(1) Seorg anak yg derhaka kpd ibu bapa
(2) Seorg perempuan yg menyerupai lelaki
(3) Seorg yg dayus.

- 3 golongan yg tidak masuk syurga:
(1) Dayus ie sesiapa yg membenarkan seorg yg bukan mahram memasuki rymahnya, yg boleh menyebabkan berlakunya kemaksiatan dlm keluarga.
(2) Wanita yg menyerupai lelaki
(3) Peminum arak.

- Kata Imam Zahabi, dayus adalah seorg suami merasa syak terhadap isteri melakukan maksiat namun tidak bertanya kpd isterinya perkara sebenar.

- Hati mati yg membawa kpd hilang keimanan seseorg apbl tidak ada rasa/sensitif terhadap perkara maksiat yg berlaku dlm keluarganya.

Sunday, August 7, 2016

Dosa Besar ke-18 Saksi Palsu

- us Shairozi Hashim kuliah Maghrib Ahad 7-Ogos-2016

Dosa Besar ke-18 Bersaksi dgn saksi yg palsu

Akibat saksi palsu:
-Oleh kerana saksi palsu, maka berubah sesuatu hukuman.
-Saksi palsu juga boleh menyebabkan perkara yg tidak benar/betul bertukar menjadi benar.

- Tindakan saksi palsu, menjuruskan kpd penganiayaan kepada org lain. Kerana hukuman dijatuhkan ke atas org tidak bersalah.

- Sabda Rasulullah,  org yg menjadi saksi palsu adalah sama spt dosa melakukan syirik kpd Allah.
-- Seolah2 si pelaku saksi palsu itu menafikan kuasa/sifat Allah mengetahui segala perbuatan kita yg jelas dan tersirat.

- Org2 yg melakukan saksi palsu ini, adalah telah melakukan dosa besar kpd Allah.

- Org yg melakukan persaksian palsu itu melakukan 4 dosa:
(1) berdusta dan membuat pengakuan (palsu)

- Gelak ketawa itu mematikan hati.

- Seorg mukmin tidak melakukan 2 perkara:
(i) khianat i.e. Diberi amanah tetapi tidak melakukan amanah yg diberi.
(ii) menipu i.e. berkata palsu

(2) Dia menzalimi org yg dia menjadi saksi.
(3) Dia telah menzalimi org yg ditolong (dgn bersaksi palsu).
(4) Dia telah menghalalkan perkara yg Allah haramkan. Maknanya dia mengambil tempat Allah, menyabablan seauatu yg haram menjadi halal.

- 2 perkara yg ada pd seorg mukkin, ie:
(1) rasa risau, kalau2 amalan yg dibuat tidak diterima oleh Allah
(2) rasa mengharap dgn harapan yg tinggi agar segala amalan yg kita buat diterima oleh Allah.

4 perkara yg menghalang rahmat Allah:
1) org yg bwrterusan minum arak
2) org yg derhaka kpd ibu bapanya
3) org yg memutuskan silaturrahim
4) org yg tidak berkata-kata dgn saudaranya lebih dr 3 hari.

Sunday, July 3, 2016

Sifat orang yang diredhoi Allah

- Tazkirah Ramadhan Sabtu 2-7-2016 27 Ramadhan

Sifat-sifat orang yang diredhoai Allah seperti yg disebutkan dlm Surah Al-Furqan Ayat 63-74

Ayat 63:

وَعِبَادُ الرَّحْمَٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

Sifat #1 org yg berjalan di atas muka bumi dgn merendah diri

#2 Apbl org yg tidak beriman/jahil berkata kpd mereka, maka mereka sentiasa menjaga dirinya dr melakukan perkara mungkar dr Allah, ie dgn mengambil jalan selamat.

Ayat 64:

وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,

#3 org yg melakukan qiamulail (melakukan solat mlm) utk tunduk patuh kpd Allah.

Ayat 65:

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ ۖ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا

Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan

Sifat #4 org yg sentiasa memohon perlindungan dan batuan Allah dr seksaan neraka jahanam. Minta atau aminkan doa imam dgn bersungguh-sungguh.

Ayat 67:

وَالَّذِينَ إِذَا أَنْفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

Sifat #5 tidak boros dan tidak pula kedekut dgn hanta.

Ayat 68:

وَالَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَ وَلَا يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ يَلْقَ أَثَامًا

Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;

Sifat #6 tidak melakukan syirik.

Sifat #7 tidak membunuh diri sendiri dan tidak membunuh manusia lain.

Sifat #8 tidak berzina

Ayat 72:

وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.

Sifat #9 tidak menjadi saksi palsu.

Ayat 73:

وَالَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ لَمْ يَخِرُّوا عَلَيْهَا صُمًّا وَعُمْيَانًا

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.

Sifat #10 apbl hadir dlm kuliah mereka mendengar dan kemudian mengamalkannya.

Ayat 74:

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Sifat #11: sentiasa berdoa agar isteri dan anak2nya yg soleh dan solehah

Sifat #12: sentiasa berikhtiar agar org yg memimpinnya adalah dr kalangan yg berrakwa, dan yg dipimpin terdiri dr mereka yg bertakwa.

Ayat 75:

أُولَٰئِكَ يُجْزَوْنَ الْغُرْفَةَ بِمَا صَبَرُوا وَيُلَقَّوْنَ فِيهَا تَحِيَّةً وَسَلَامًا

Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,

Sunday, June 26, 2016

Tafsir Surah Al-Insan Ayat 76:1 hingga 31

- tazkirah Suboh Ahad 25-Jun-2016


Surah Al-Insan Ayat 76:1 hingga 31

Ayat 1 (paparan ayat):

هَلْ أَتَىٰ عَلَى الْإِنْسَانِ حِينٌ مِنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُنْ شَيْئًا مَذْكُورًا

Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?

Manusia diciptakan kemudian dr makhluk2 lain. Asal usul manusia tiada kemudian diciptakan oleh Allah.
Dlm surah Al-Baqarah, Allah memberitahu kpd malaikat Dia akan menciptakan manusia.

Ayat 2(paparan ayat):

إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.

Allah menegaskan bhw Allah lah yg menciptakan manusia. Sekiranya ada manusia yg percaya dgn teori barat (teori Darwin) ie manusia berasal dr keturunan monyet, maka dia menafikan ayat ke-2 surah Al-Insan ini.

Apbl manusia dilahirkan di bumi dgn tujuan. Ada tanggungjawab ke atas setiap individu manusia itu.


Surah Al-Mukminun Ayat 23:115 (klik sini utk paparan ayat):

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

Salah satu tujuan kpd manusia adalah utk diuji. Dlm surah Al-Insan ini disebutkan oleh Allah ie pendengaran dan ke2 penglihatan. Sekiranya ada salah satu anggota tsbt pd seseorg manusia maka dia adalah mukallaf, maka dia akan diuji. Sekiranya manusia itu dilahirkan tanpa ke2-2 anggota tsbt, maka dia bukan mukallaf, tiada tanggungjawab ke atasnya utk diuji, maka insyaalah akan dipendekkan kehidupannya di dunia ini.

Manusia yg mukallaf itu diberi pilihan utk dia diuji, cth pilihan Islam dan bukan Islam (kufur).

Dlm surah Az-Zummar, di Akhirat nanti manusia akan dibangkitkan mengikut kumpulan2 mereka, satu kumpulan yg besar menuju ke neraka dan ada kumpulan yg menuju ke syurga.

Surah Az-Zumar Ayat 39:71 (klik sini utk paparan ayat)

 وَسِيقَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ إِلَىٰ جَهَنَّمَ زُمَرًاۖ حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءُوهَا فُتِحَتۡ أَبۡوَٰبُهَا وَقَالَ لَهُمۡ خَزَنَتُهَآ أَلَمۡ يَأۡتِكُمۡ رُسُلٞ مِّنكُمۡ يَتۡلُونَ عَلَيۡكُمۡ ءَايَٰتِ رَبِّكُمۡ وَيُنذِرُونَكُمۡ لِقَآءَ يَوۡمِكُمۡ هَٰذَاۚ قَالُواْ بَلَىٰ وَلَٰكِنۡ حَقَّتۡ كَلِمَةُ ٱلۡعَذَابِ عَلَى ٱلۡكَٰفِرِينَ 

Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?" Mereka menjawab: "Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir.


Surah Az-Zumar Ayat 39:73 (klik sini utk paparan ayat)

 وَسِيقَ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَوۡاْ رَبَّهُمۡ إِلَى ٱلۡجَنَّةِ زُمَرًاۖ حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءُوهَا وَفُتِحَتۡ أَبۡوَٰبُهَا وَقَالَ لَهُمۡ خَزَنَتُهَا سَلَٰمٌ عَلَيۡكُمۡ طِبۡتُمۡ فَٱدۡخُلُوهَا خَٰلِدِينَ  

Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk) -


Oleh itu, kehidupan di dunia ini di atas 2 pilihan shj. Pilihan adalah satu shj. Ini disebutkan dlm Ayat ke-3 (paparan ayat):

إِنَّا هَدَيْنَاهُ السَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرًا وَإِمَّا كَفُورًا

Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).


Ayat ke-4 (paparan ayat):

إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ سَلَاسِلَ وَأَغْلَالًا وَسَعِيرًا

(Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang.

Balasan kpd manusia yg memilih utk kufur kpd Allah, maka dia dijanjikan dgn 3 perkara azab berikut:
  1. Rantai
  2. Belenggu dan
  3. Api neraka yg menyala-nyala.

Bagi org yg baik dan berbakti kpd ugama Allah. Maka dia dikurniakan:
  1. minuman
  2. kehidupan yg baik di dunia.
spt dlm Ayat 5 hingga 9.

Ayat 5 (paparan ayat):

إِنَّ الْأَبْرَارَ يَشْرَبُونَ مِنْ كَأْسٍ كَانَ مِزَاجُهَا كَافُورًا

Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur", -

Ayat 6 
(paparan ayat):

عَيْنًا يَشْرَبُ بِهَا عِبَادُ اللَّهِ يُفَجِّرُونَهَا تَفْجِيرًا

Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.

Ayat 7 (paparan ayat):

يُوفُونَ بِالنَّذْرِ وَيَخَافُونَ يَوْمًا كَانَ شَرُّهُ مُسْتَطِيرًا

(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.

Ayat 8 
(paparan ayat):

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا

Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,

Ayat 9 
(paparan ayat):

إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنْكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا

(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,

Kerana mereka itu:
  1. menunaikan nazar/janji mereka (kpd Allah) ie dgn kalimah Syahadah.
  2. kehidupannya sentiasa takut dan bimbang akan melanggar perintah Allah
  3. mereka suka memberi makan kpd org miskin, anak yatim dan tawanan perang.
  4. keikhlasan mereka memberi makan tsbt, hanya semata2 kerana Allah. (Ayat ke9)

Ayat ke-10 (paparan ayat):

إِنَّا نَخَافُ مِنْ رَبِّنَا يَوْمًا عَبُوسًا قَمْطَرِيرًا

"Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut".

Siapa yg menjaga dirinya takut nanti diazab di kubur dan takut dibangkitkan di Akhirat nanti dibangungkan dgn muka yg masam (kerana telah diazab di alam kubur)

Ayat 11
 (paparan ayat):

فَوَقَاهُمُ اللَّهُ شَرَّ ذَٰلِكَ الْيَوْمِ وَلَقَّاهُمْ نَضْرَةً وَسُرُورًا

Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati).

Ayat 12
 (paparan ayat):

وَجَزَاهُمْ بِمَا صَبَرُوا جَنَّةً وَحَرِيرًا

Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.

Penghuni Syurga makai 2 lapis pakaian dr sutera ie sutera tebal dan sutera nipis. Sutera tidak boleh di pakai oleh lelaki sewaktu di dunia,kerana sutera adalah pakaian di Syurga nanti.

Ayat 13
 (paparan ayat):

مُتَّكِئِينَ فِيهَا عَلَى الْأَرَائِكِ ۖ لَا يَرَوْنَ فِيهَا شَمْسًا وَلَا زَمْهَرِيرًا

Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;

Allah sebutkan dlm Al-Quran hamparan/pelamin (katil dan tilam) menggambarkan tempat istirehat dgn suasana yg nyaman, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Diletakkan pula hamparan itu di bwh pohon2 Syurga, yg apbl dikehendakkan buahnya maka dtg pohon itu melenturkan dahannya utk dipetik buahnya (spt Ayat 14). Dilayan pula oleh bidadari (Ayat 15) yg bijak mengetahui kehendak/kuantiti yg perlu diminum yg dituangkan dlm bekas2 perak (Ayat 16). Air yg dicampur kafur (arak) itu dicampur zanjabil (Ayat 17) ie halia yg dpt memanaskan badan.

Ayat 14
 (paparan ayat):

وَدَانِيَةً عَلَيْهِمْ ظِلَالُهَا وَذُلِّلَتْ قُطُوفُهَا تَذْلِيلًا

Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.

Ayat 15
 (paparan ayat):

وَيُطَافُ عَلَيْهِمْ بِآنِيَةٍ مِنْ فِضَّةٍ وَأَكْوَابٍ كَانَتْ قَوَارِيرَا

Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) -

Ayat 16
 (paparan ayat):

قَوَارِيرَ مِنْ فِضَّةٍ قَدَّرُوهَا تَقْدِيرًا

(Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.

Ayat 17
 (paparan ayat):

وَيُسْقَوْنَ فِيهَا كَأْسًا كَانَ مِزَاجُهَا زَنْجَبِيلًا

Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil",

Ayat 18
 (paparan ayat):

عَيْنًا فِيهَا تُسَمَّىٰ سَلْسَبِيلًا

Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil".

Ayat 19
 (paparan ayat):

وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُخَلَّدُونَ إِذَا رَأَيْتَهُمْ حَسِبْتَهُمْ لُؤْلُؤًا مَنْثُورًا

Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.

Ayat 20 (paparan ayat):


 وَإِذَا رَأَيۡتَ ثَمَّ رَأَيۡتَ نَعِيمٗا وَمُلۡكٗا كَبِيرًا  

Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya).

Ayat 21
 (paparan ayat):

عَالِيَهُمْ ثِيَابُ سُنْدُسٍ خُضْرٌ وَإِسْتَبْرَقٌ ۖ وَحُلُّوا أَسَاوِرَ مِنْ فِضَّةٍ وَسَقَاهُمْ رَبُّهُمْ شَرَابًا طَهُورًا

Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.

Ayat 22
 (paparan ayat):

إِنَّ هَٰذَا كَانَ لَكُمْ جَزَاءً وَكَانَ سَعْيُكُمْ مَشْكُورًا

(Serta dikatakan kepada mereka): "Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)".

Ayat seterusnya adalah Allah memberitahu bhw Al-Quran itu dijadikan panduan hidup.

Ayat 23
 (paparan ayat):

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ تَنْزِيلًا

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur.

Ayat 24
 (paparan ayat):

فَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ وَلَا تُطِعْ مِنْهُمْ آثِمًا أَوْ كَفُورًا

Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar.

Musuh hidayah ada 5, antaranya:
1. Org Islam yg fasik dan zalim

Zikir ada 3 ie
  1. Zikir secara lisan
  2. Zikir dgn/dlm hati
  3. Zikir dgn anggota ie laksanakan dlm kehidupan kita.

Ayat 25
 (paparan ayat):

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;

Ayat 26
 (paparan ayat):

وَمِنَ اللَّيْلِ فَاسْجُدْ لَهُ وَسَبِّحْهُ لَيْلًا طَوِيلًا

Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.

Ayat 27
 (paparan ayat):

إِنَّ هَٰؤُلَاءِ يُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ وَيَذَرُونَ وَرَاءَهُمْ يَوْمًا ثَقِيلًا

Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa).

Allah tak kisah apbl ada manusia yg ingkar dan kufur, Allah boleh binasakan mereka dan digantikan dgn kaum yg lain (Ayat 28).

Ayat 28
 (paparan ayat):

نَحْنُ خَلَقْنَاهُمْ وَشَدَدْنَا أَسْرَهُمْ ۖ وَإِذَا شِئْنَا بَدَّلْنَا أَمْثَالَهُمْ تَبْدِيلًا

Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya.

Ayat 29
 (paparan ayat):

إِنَّ هَٰذِهِ تَذْكِرَةٌ ۖ فَمَنْ شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ سَبِيلًا

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

Ayat 30:(paparan ayat):

وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

Ayat 31
 (paparan ayat):

يُدْخِلُ مَنْ يَشَاءُ فِي رَحْمَتِهِ ۚ وَالظَّالِمِينَ أَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا

Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Ayat terakhir surah Al-Insan ini, Allah sebutkan 2 keadaan, ie rahmat atau azab.
Jika kita mahukan rahmat maka pilih lah Al-Quran.

Surah Al-Insan ini adalah surah berkenaan manusia, utk dijadikan panduan hidup.

Saturday, June 25, 2016

Perang Badar

- us Muhammad Fauzi Asmuni tazkirah Suboh Sabtu 25-Jun-2016

Perang Badar pd 17 Ramadhan thn ke2 hijrah.
Ramadhan adalah bln utk kita mengukuhkan Islam.
Pembukaan Mekah pd 8 Ramadhan thn ke8 hijrah.
Perang Tabuk juga berlaku di bln Ramadhan ( sewaktu perjalanan balik tentera Islam), dgn 30,000 tentera Islam.

Setahun sebelum itu ie thn ke7 jihrah, Perang Muktah (dgn 3,000) tentera Islam melawan 200,000 tentera Rom. Perang Muktah berlaku di luar bln Ramadhan.

Perang Tabuk:
Rasulullah keluar pd bln Rejab, dan perjalanan balik baginda dlm bln Ramadhan, Ketika itu berlaku peperangan menentang tentera Rom.

Pembukaan Andalus juga berlaku dlm bln Ramadhan.

Kejatuhan Baghdad di tangan Mongol dan megembalikan semula Baghdad ke tangan Islam. Perang ini juga berlaku dlm 25 Ramadhan. Sebelum itu, kira2 40 peperangan tlh berlaku antara tentera Islam dan Mongol, yg kesemuanya dimenangi oleh tentera Monggol. Kekuatan tentera Monggol itu hingga ada yg mengatakan mustahil tentera Monggol akan tewas dlm apa juga peperangan.

Perang Israel dan Arab. Tentera Mesir berjaya mengembalikan bumi Sinai ke tangan org Islam pd 10 Ramadhan.  Tentera Arab tlh sampai ke Gaza, tetapi oleh kerana genjatan senjata tajaan Amerika, maka peperangan terhenti hingga di Gaza.

Peperang2 Guzwah adalah peperangan2 yg disertai oleh Rasulullah. Ada peperangan kecil yg tidak disertai oleh Rasulullah.

Org Quraisy amat sensitif dgn peperangan apbl berperang dgn org Islam, kerana sekiranya tentera Islam menang maka akan lebih ramai org memasuki Islam.

Pd thn ke10 hijrah, dakwah Rasulullah menjalani jln buntu, bilangan org yg memasuki Islam kurang. Pd thn ke10 Rasulullah mulakan dakwah ke kabilah2 yg memasuki Mekah. Org Quraisy memang berjumpa dgn kabilah2 yg memasuki Mekah dan memburukkan Rasulullah dan Islam.

Rasulullah ke Taif dan meminta pemuda2 Taif utk melindungi baginda dari serangan org Quraisy. Taif adalah lokasi yg strategik kerana adanya berhala2 yg besar. Taif di anggap Bandar ke2 besar selepas Mekah. Manakala Madinah spt perkampungan yg suasananya berbeza dgn bandar.

Masuk thn ke11 bln Zulhijjah , dtg 6 org dan melakukan baiah dgn Rasulullah.

Masuk thn ke13 bln Zulhijjah, masuk 12 org berbaiah dgn Rasulullah. 5 di antaranya adalah yg dtg berbaiah pd thn ke12.

Baiah utk berperang hanya bermula pd thn ke13 hijrah.

Org Quraisy amat benci kpd kalimah syahadah, kerana pd mereka itu adalah ancaman yg paling besar, kerana lambat laun org Arab dan lain2 bangsa akan memusnahkan bangsa Quraisy. Memang benar kerana beberapa thn selepas perang Badar org Quraisy dikalahkan oleh org Arab.

Perang Badar amat penting:
1. Rintihan Rasulullah dan doa Rasulullah sekiranya tewas tentera Islam maka tidak akan ada Islam di bumi.
2. Menjadikan para sahabat yg berperang dlm perang Badar itu adalah mereka yg paling bernilai.
3. Doa Rasulullah utk mengampunkan dosa2 para tentera Islam yg menyertai perang Badar. Disebutkan dlm hadis, Allah mengampunkan dosa para tentera Badar "Buatlah apa yg kamu hendak kerana Aku telah ampunkan dosamu".

Sebelum berpindah ke Madinah dan perang Badar,  org2 Islam beribadat dlm keadaan ketakutan dan dianiaya oleh org Quraisy. Di Madinah org Islam dpt beribadat dgn aman.

Apbl diperintahkan perang Badar, tentera Islam tiada persiapan berperang, kerana berbelas thn dakwah Rasulullah tiada satu pun peperangan. Bilangan 313 tentera Islam dlm perang Badar adalah kumpulan yg yakin dan tawakal yg kuat dgn janji Allah.

Dlm perang Uhud (setahun selepas perang Badar) tentera Islam adalah 1,000 org. Namun perang Badar utk mengumpulkan seramai itu adalah sukar kerana org Islam tidak sedia utk berperang.

Tentera Badar dan para sahabat adalah mereka yg menyerahkan jiwa raga mereka secara mutlak kpd Rasulullah dan Allah. Juga kecintaan yg tinggi, sifat redho kpd perintah Allah, yg amat tinggi yg tidak dpt kita tiru.

Dlm perang Tabuk, Rasulullah berkata kpd para sahabat utk pergi ke Tabuk utk berperang.

-Saidina Usman yg ketika itu telah menyiapkan 200 unta utk berniaga. Mendengarkan tujuan Rasulullah utk berperang, saidina Usman menyerahkan 200 untanya utk dibawa ke Tabuk utk menyediakan dan menyiapkan tentera Islam. Selepas itu dia serahkan lagi unta utk tentera Islam. Dikatakan 900 unta didermakan oleh saidina Usman.

-Saudina Abu Bakar serahkan 400 dinar utk perang Tabuk. Namun itulah semua hartanya yg ada utk didermakan kpd Rasulullah utk membiayai peperangan Tabuk. Kita lihat penyerahan jiwa secara mutlak.

-Saidina Khadijah menyerahkan hartanya utk membantu dakwah Rasulullah. Pengorbanan yg tinggi dan ketaatan yg mutlak.

- Puteri Rasulullah i.e. Fatimah redho melakukan kerja2 harian sendirian, tidak dibantu oleh pembantu. Apbl dia dtg bertemu Rasulullah utk mendapatkan seorg pembantu (hamba) spt lain2 org, baginda Rasulullah menyuruhnya pulang dan melakukan kerja2 harian dgn sabar. Dikatakan tangan Fatimah luka2 (spt hancur) kulitnya kerana menguli tepung.  (skrg tepung dah siap utk dimasak, dulu tepung gandum perlu dibuat sendiri guna tangan).