Saturday, November 2, 2019

Dialog Orang Kafir Apabila Melihat Neraka

-us Mohd Ihsan kuliah Maghrib Sabtu 2-Nov-2019

Surah Az-Zummar Ayat 39:71 (klik sini utk paparan ayat)

وَسِيقَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ إِلَىٰ جَهَنَّمَ زُمَرًاۖ حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءُوهَا فُتِحَتۡ أَبۡوَٰبُهَا وَقَالَ لَهُمۡ خَزَنَتُهَآ أَلَمۡ يَأۡتِكُمۡ رُسُلٞ مِّنكُمۡ يَتۡلُونَ عَلَيۡكُمۡ ءَايَٰتِ رَبِّكُمۡ وَيُنذِرُونَكُمۡ لِقَآءَ يَوۡمِكُمۡ هَٰذَاۚ قَالُواْ بَلَىٰ وَلَٰكِنۡ حَقَّتۡ كَلِمَةُ ٱلۡعَذَابِ عَلَى ٱلۡكَٰفِرِينَ

Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?" Mereka menjawab: "Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir.
  • di Akhirat nanti manusia akan dipisahkan mengikut tahap keimanan dan kekufuran mereka.

- sistem cap jari bermula dari Al-Quran.

Surah Kiamat Ayat 75:4 (klik sini)

بَلَىٰ قَٰدِرِينَ عَلَىٰٓ أَن نُّسَوِّيَ بَنَانَهُۥ

Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
  • pada jari ada cap jari yg menjadi identiti unik setiap manusia, walaupun dia adik-beradik kembar.

- hujah logik mengapa lelaki Islam boleh mengahwini perempuan ahli Kitab, adalah kerana org Islam mengiktiraf nabi ahli Kitab i.e. Nabi Isa a.s.
  • Sebaliknya lelaki ahli Kitab tidak boleh mengahwini perempuan Islam kerana dia tidak mengiktiraf Nabi Muhammad saw.

- salah satu tujuan kita belajar adalah utk mencari ilmu utk berhujah dgn logik akal, kerana sekiranya kita hanya berhujah dgn nas Al-Quran, org² kafir tidak menerima hujah nas Al-Quran.

- golongan yg ingkar ada 4 kategori:
  1. Ke-4. Jahil ie golongan yg tidak diberi ilmu atau disampaikan ilmu kpd mereka terhadap perkara² utk beramal kpd Allah.

  2. Ke-3. Mentakwil ie mereka yg menggunakan akal semata-mata dan berpendapat belum tiba masa lagi, atau belum sesuai utk melaksanakan ibadah utk beriman kpd Allah.

  3. Ke-2. Ingkar Jahdan ie ingkar yg ada pd org kafir.

  4. Pertama (1). Ingkar Kaziban ie kpd org munafik ie dgn cara menafikan sedangkan mereka tahu bhw perkara yg dinafikan itu adalah utk meningkatkan keimanan kpd Allah.


Sunday, October 13, 2019

Sifat Tawaduk (Merendah Diri)

- us Muhammad Fauzi Asmuni kuliah Maghrib Ahad 13-Okt-2019

Sifat Tawaduk (merendah diri)

- byk tanggungjawab yg perlu dilaksanakan oleh umat Islam, namun oleh kerana salah anggap terhadap sifat tawaduk, maka ramai yg tidak melaksanakan tanggungjawab.
  • contoh tawaduk baginda Rasulullah adalah tiada kerusi atau pakaian khusus, utk baginda sebagai pemimpin.

- Allah perintahkan manusia utk merendah diri. Begitu jugalah diperintahkan kpd baginda Rasulullah utk bersifat tawaduk terhadap pengikut² baginda yg beriman.

Surah As-Syuaraa Ayat 26:215 (klik sini)
وَٱخۡفِضۡ جَنَاحَكَ لِمَنِ ٱتَّبَعَكَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.

- kekayaan yg diberikan oleh Allah kpd Qarun adalah melampaui kekayaan org lain. Namun dgn kekayaan itu Qarun merasa tidak perlu kpd Allah, kerana dia yakin kekayaannya adalah hasil dari ilmu dan kepandaiannya.

Surah Al-Qasas Ayat 28:76 (klik sini)
۞إِنَّ قَٰرُونَ كَانَ مِن قَوۡمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ عَلَيۡهِمۡۖ وَءَاتَيۡنَٰهُ مِنَ ٱلۡكُنُوزِ مَآ إِنَّ مَفَاتِحَهُۥ لَتَنُوٓأُ بِٱلۡعُصۡبَةِ أُوْلِي ٱلۡقُوَّةِ إِذۡ قَالَ لَهُۥ قَوۡمُهُۥ لَا تَفۡرَحۡۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡفَرِحِينَ

Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).

- Surah Al-Qasas Ayat 28:78 (klik sini)
قَالَ إِنَّمَآ أُوتِيتُهُۥ عَلَىٰ عِلۡمٍ عِندِيٓۚ أَوَلَمۡ يَعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ قَدۡ أَهۡلَكَ مِن قَبۡلِهِۦ مِنَ ٱلۡقُرُونِ مَنۡ هُوَ أَشَدُّ مِنۡهُ قُوَّةٗ وَأَكۡثَرُ جَمۡعٗاۚ وَلَا يُسۡـَٔلُ عَن ذُنُوبِهِمُ ٱلۡمُجۡرِمُونَ

Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).

- Secara perbandingan, Allah kurniakan kekayaan dan kerajaan kpd Nabi Sulaiman as, yg tidak dimiliki oleh Nabi dan manusia lain. Namun Nabi Sulaiman as, sentiasa merendah diri kpd Allah ke atas setiap kelebihan yg diberikan oleh Allah kpdnya.

Surah An-Namlu Ayat 27:19 (klik sini)
فَتَبَسَّمَ ضَاحِكٗا مِّن قَوۡلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوۡزِعۡنِيٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِيٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَيَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَٰلِحٗا تَرۡضَىٰهُ وَأَدۡخِلۡنِي بِرَحۡمَتِكَ فِي عِبَادِكَ ٱلصَّٰلِحِينَ

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

- org beriman dgn bersifat tawaduk, maka dia akan sentiasa dipandang tinggi.
(a) sesiapa yg cuba menaikkan dirinya (mengangkat nilai diri) bukan dgn cara tawaduk, maka Allah akan pulangkan/tunjukkan nilai sebenarnya.

- Bagaimana kita boleh mencapai sifat tawaduk?
  1. Bila kita melihat semua kurniaan kpd kita adalah dari Allah, dan
  2. Kita melihat manusia dgn pandangan yg hormat, lebih² lagi kpd org yg lebih rendah kedudukan (harta, ilmu, pangkat).

- Salah faham terhadap sifat tawaduk:

1) Org yg menolak tanggungjawab utk memegang amanah, dgn cara dia menolak dan memberi alasan bhw tidak layak, maka dia sebenarnya mencela dirinya dihadapan/kpd org lain. Hal ini bertentangan dgn sifat tawaduk. Kerana tawaduk tidak menghalang seseorang utk mengambil tanggungjawab memegang amanah.

- kisah Nabi Yusuf as; dgn sifat tawaduk baginda meminta supaya dilantik menjadi menteri ekonomi. Bukanlah Nabi Yusuf itu sombong dan takbur dgn meminta jawatan di kerajaan Mesir, sebaliknya baginda telah memiliki pengetahuan (yg dikurniakan oleh Allah) utk menghadapi masalah kemarau di bumi Mesir dan cara menyelesaikan masalah tersbt.

- kisah saidina Uthman ketika dia dikepung oleh pemberontak (utk membunuhnya); saidina Uthman menyebutkan:
  • a) menyebutkan (dia) sebagai org yg disukai oleh baginda Rasullah.
  • b) menyebutkan bhw dia menginfakkan hartanya utk peperangan.
  • c) membeli telaga Romah utk kegunaan umat Islam.
  • d) disebutkan oleh baginda Rasulullah, bahawa saidina Uthman adalah salah seorg yg dijamin masuk syurga.
Ketika Rasulullah, saidina Abu Bakar, saidina Umar dan saidina Uthman berada di atas Bukit Uhud, dan bergegar Bukit Uhud itu, maka baginda berbicara dgn Bukit Uhud utk mententeramkannya, baginda menyebutkan bhw di atas Bukit Uhud ketika itu ada seorg Nabi, seorg siddiq dan 2 org syuhadah.

Hadis:
  • Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, Yahya bin Said memberitahukan kepada kami dari Said bin Abi Arubah dari Qatadah bahawa Anas bin Malik menceritakan kepada mereka: "Bahawa Rasulullah SAW naik ke gunung Uhud beserta Abu Bakar dan Umar dan Utsman lalu gunung itu bergetar kerana adanya mereka kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Tenanglah hai Uhud kerana sesungguhnya di atasmu ada seorang Nabi dan sahabat dekat dan dua orang yang mati syahid." Hadis ini adalah hasan sahih. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3780]

Sunday, October 6, 2019

Dosa Besar ke30 Berbohong siri1

- us Shairozi Hashim Kuliah Maghrib Ahad 6-Sep-2019

Dosa Besar ke-30: Berbohong atau berdusta pada kebanyakan perkataannya.

- Allah melaknat org yg berbohong. Balasan di akhirat adalah neraka bagi mereka.

Surah An-Nisa Ayat 4:145 (klik sini utk paparan ayat)

إِنَّ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ فِي ٱلدَّرۡكِ ٱلۡأَسۡفَلِ مِنَ ٱلنَّارِ وَلَن تَجِدَ لَهُمۡ نَصِيرًا

Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.

Daripada Abdullah b Mas`ud r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Sesungguhnya kejujuran itu menunjukkan kepada kebaikan, dan kebaikan itu akan menunjukkan kepada Syurga. Seseorang itu akan terus berlaku jujur dan berhati-hati agar selalu jujur sehingga ia ditulis di sisi Allah sebagai seorang siddiq (orang yang selalu jujur). Dan sesungguhnya kedustaan itu menunjukkan kepada kedurhakaan dan kedurhakaan itu menunjukkan kepada neraka. Seseorang itu akan terus berdusta dan membiasakan diri dengannya sehingga ia dutulis di sisi Allah sebagai seorang kadzdzab (pendusta)”. [HR Imam Bukhari dan Imam Muslim]

  • Rasulullah mengingatkan supaya berlaku jujur. Kerana berlaku jujur dan bercakap benar itu akan membawa kebaikan. Org yg jujur akan menjaga dirinya dari berkata bohong/menipu.

- Kebanyakan hal yg menarik adalah cerita yg bohong/dusta.

- Org yg berilmu perlu jujur dgn ilmu yg dipelajarinya.

- Seseorang itu perlu terus-menerus mencari kebenaran.

- 2 sifat org yg tidak berbohong:
  1. berlaku jujur/berkata benar
  2. sentiasa mencari kebenaran.
- 2 sifat org yg melakukan pembohongan:
  1. berbohong/berkata bohong, dan payah utk bercakap benar.
  2. sentiasa mencari perkara² yg tidak benar, suka kpd permusuhan.

- Org yg berbohong adalah tanda bagi org munafik.

- 3 tanda org munafik, sekalipun dia solat, berpuasa, dan mengaku org Islam:
  1. bila bercakap, dia berbohong
  2. bila berjanji, dia mungkiri janjinya.
  3. bila diberikan amanah, dia khianati.
Hadis: Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”
  • Rasulullah saw bersabda, "Celakah bagi orang yang berbicara lalu berdusta untuk membuat orang lain ketawa. Celakah ia, celakalah ia." [HR Abu Dawud]

- 4 perkara yg sesiapa ada padanya, maka dia munafik. Barang siapa yg ada salah satu darinya, maka perlulah dia meninggalkannya.
  1. apbl diberikan amanah, dia khianati
  2. apbl bercakap dia berbohong
  3. jika membuat perjanjian, tidak dipenuhi
  4.  jika berselisih, dia akan berbuat zalim.
- tabiat org mukmin itu dia boleh berbuat apa sahaja, melainkan berlaku khianat dan berbohong.

- sesungguhnya prasangka itu adalah sedusta-dusta cerita.


Nota kuliah berkaitan (sambungan):

Sunday, July 28, 2019

Jalan menuju ke syurga

-us Zul Ramli kuliah Maghrib Ahad 28-Jul-2019

Jalan ke syurga
Perlukan tindakan ie dipraktikkan dan diulang-ulang.

Hadis: Apabila kamu melalui taman syurga, maka ikutlah atau masuklah kamu kepadanya. Maka bertanya salah seorang sahabat, Apakah taman syurga itu ya Rasulullah? Sabda Rasulullah, iaitu halqah-halqah zikir (lingkaran orang berzikir), hadis riwayat Imam Tirmizi.

1. Masuki/Kunjungi mana² taman syurga (ie majlis² ilmu)
2. Masuki taman² syurga dgn hati yg gembira.
3. Mohon dikurniakan hidayah:

Surah Al-Fatihah  Ayat 1:6

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Hidayah tertinggi adalah "hidayah taufiqiyah" ie petunjuk yg paling tepat (bertepatan).

- hidayah menuju ke syurga yg pengakhirannya adalah redho dari Allah. Syurga itu dijaga oleh malaikat Ridhuan.

Orang mukmin itu adalah dia mudah bermesra dan orang mudah mesra dengannya.

Sunday, July 14, 2019

Infak Seorang Mukmin

-us Mohd Fauzi Asmuni kuliah Maghrib Ahad 14-Jul-2019

Bulan Zulkaedah
- adalah salah satu dari bulan yg haram (ie bulan yg suci)

1) Keistimewaan/Ciri² bulan Zulkaedah:

a) umat Islam dituntut utk tidak melakukan kemaksiatan dlm bulan² yg suci (kerana akan digandakan azab). Latih diri utk melakukan perkara yg baik, taat kpd Allah.

Hadis: Bila aku perintahkan buat sesuatu yg baik, buatlah setakat yg mampu.  Bila aku larang kamu dari sesuatu kemaksiatan, maka tinggalkanlah.

Infak Seorang Mukmin

Sifat Rasulullah adalah seorg yg paling pemurah, dan paling pemurahnya Rasulullah adalah pd bln Ramadhan.

- pemurah bukan sifat org kaya, sebaliknya adalah sifat org yg beriman.

- kesempurnaan iman adalah berkaitan dgn infak.

- utk mengeluarkan harta utk berinfak adalah amalan yg perit.

Surah Al-Baqarag Ayat 2:265

وَمَثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُمُ ٱبۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِ ٱللَّهِ وَتَثۡبِيتٗا مِّنۡ أَنفُسِهِمۡ كَمَثَلِ جَنَّةِۭ بِرَبۡوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٞ فَـَٔاتَتۡ أُكُلَهَا ضِعۡفَيۡنِ فَإِن لَّمۡ يُصِبۡهَا وَابِلٞ فَطَلّٞۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ

Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.

- org yg berjaya adalah yg berjaya membuang sifat kikir.

- ketakutan utk infaq adalah permainan syaitan.

Surah Al-Israq Ayat 17:100

قُل لَّوۡ أَنتُمۡ تَمۡلِكُونَ خَزَآئِنَ رَحۡمَةِ رَبِّيٓ إِذٗا لَّأَمۡسَكۡتُمۡ خَشۡيَةَ ٱلۡإِنفَاقِۚ وَكَانَ ٱلۡإِنسَٰنُ قَتُورٗا

Katakanlah (wahai muhammad): "jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan; dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut".

- amalan infak adalah lebih tinggi nilainya berbanding ibadat yg lain.

- hadis: menunaikan hajat seorg muslim (ie dgn mengeluarkan infak utk menunaikan hajat seorg muslim yg lain) adalah lebih baik dr beribadat di masjid Nabi selama sebulan.

- Jadikan amalan utk mengeluarkan infak pada setiap bulan. Biarlah amalan ini berterusan hingga ke akhir hayat. Mulakan dgn suatu jumlah (katalah rm100 sebulan) kemudian dinaikkan jumlah infak ini hinggalah ke penghujung hayat.

- carilah punca² utk melakukan infak. Contoh:
a) menolong keluarga yg susah, spt  tolong bayarkan yuran persekolahan, tolong bayarkan pakaian dan makanan asrama.
b) menolong keluarga yg susah, bayarkan roadtax.
c) infak makanan kpd kaum muslim di kemboja, palastine, etc.

- jika kita diberi kemewahan, dan telah selesai melakukan haji yg wajib, maka adalah lebih baik di infakkan harta utk haji ke2 atau umrah ke2 itu kpd keluarga yg susah, atau bayrkan tambang haji/ umrah jiran yg susah.

- infak bukan setakat mengindahkan masjid, spt menukar cat dan karpet. Infak utk kesejahteraan penduduk sekitar masjid itu lebih baik.

Monday, July 8, 2019

Solat sunat Dhuha dan Tasbih

- kuliah Maghrib Isnin 8-Jul-2019

Solat sunat Dhuha dan Tasbih

(1) Solat sunat Dhuha

Sabda Rasulullah, jangan tingalkan solat sunat Dhuha pada setiap hari.

- Disunatkan bacaan surah utk solat sunat Dhuha, ie selepas bacaan Fatihah:

  • (a) pd rakaat pertama, surah As-Syam.
  • (b) pd rakaat ke2 dibaca surah Ad-Dhuha

namun jika mengejar masa/waktu, baca Fatihah shj (tanpa diikuti dgn bacaan surah).

Jika dilakukan lebih dari 2 rakaat, maka apa² surah boleh dibaca selepas bacaan Fatihah pd rakaat ke 3, 4..., 8.

- Jumlah rakaat paling banyak utk solat Dhuha adalah 8 rakaat.

- Solat Dhuha juga disebutkan sebagai salah satu solat Awwabin (ie yg suka kembali kpd Allah).

- Org yg mengerjakan solat sunat Dhuha dicatatkan juga sebagai org yg tidak lalai mengingati Allah).

Antara waktu terbit matahari hingga gelincir matahari adalah kerana manusia terlalu bertungkus-lumus mencari sara hidup.

Waktu antara Maghrib dan Isyak, adalah waktu manusia kembali ke rumah utk mengemas diri dan makan malam.

Sekiranya kamu puasa siang hari, dan kamu sibukkan berbuka dgn makanan kamu, hingga kamu lalaikan mengingati Allah, maka adalah lebih baik kamu tidak berpuasa.

(2) Solat sunat Awwabin

  • Solat sunat Awwabin, selepas Maghrib, lakukan 2 rakaat solat sunat Maghrib, kemudian diikuti dgn 2 rakaat sunat Awwabin.

(3) Solat sunat Tasbih

  • Solat tasbih dikerjakan dgn 4 rakaat dgn sekali salam (jika dilakukan pd waktu siang). Lakukan 4 rakaat dgn 2 kali salam, jika dilakukan pd sebelah malam.

Fadhilat solat tasbih adalah diampunkan dosa yg lalu dan dosa akan datang.

Kerjakanlah solat sunat tasbih itu sehari sekali, atau sekali pd hari Jumaat, atau sebulan sekali, atau setahun sekali.

- Hebatnya solat sunat tasbih ini besar fadhilatnya.

- cara melaksanakan solat sunat tasbih (4 rakaat dgn 2 salam):

  • rakaat pertama: mula² baca doa Iftitah, baca 15x tasbih. Baca surah Fathihah hingga amin,diikuti baca surah. Selepas surah baca tasbih 10x.
    Selepas Rukuk baca tasbih 10x, selepas Iktidal baca 10x, selepas Sujud baca 10x, selepas Duduk antara 2 sujud baca 10x, selepas Sujud ke² baca 10x. (Jumlah =75x tasbih).

  • rakaat kedua: sebelum membaca Fatihah, mulakan baca tasbih 15x, selepas bacaan Fatihah dan diikuti bacaan surah baca tasbih 10x, dan diikuti yg sama spt rakaat pertama (Jumlah 75x tasbih).

  • Bacaan tasbih = Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar.

Pd setiap rakaat ada 75 tasbih. Jumlah 300 tasbih pd setiap 2 rakaat solat sunat itu.

Afdalnya, baca tasbih spt solat yg biasa dlm setiap rukun solat, kemudian dituruti dgn bacaan 10x tasbih.

Waktu antara Maghrib dan Isyak adalah waktu yg istimewa. Maka penuhkan waktu itu dgn mengingati Allah.

  • Makhruh tidur di antara waktu Maghrib dan Isyak, kerana ia adalah amalan kaum yahudi.


Nota tambahan:
Hadis berkaitan solat sunah dhuha:

  1. Dari Abu Hurairah ra, ia berkata : “kekasihku (Muhammad saw.) mewasiatkan kepadaku dengan puasa tiga hari setiap bulan serta dua rakaat Dhuha, dan aku mengerjakan salat Witir sebelum aku tidur.” [HR Bukhari dan Muslim]

  2. Dari Abu Dzar ra, dari Nabi saw, beliau bersabda : “Setiap pagi, masing-masing ruas anggota badan kalian wajib dikeluarkan sedekahnya. Dan setiap tasbih adalah sedekah. Setiap bacaan tahmid adalah sedekah. Setiap bacaan tahlil adalah sedekah, setiap bacaan takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah dan melarang berbuat mungkar adalah sedekah. Kesemuanya itu dapat diganti dengan dua rakaat Dhuha.” [HR Muslim]

  3. Dari ‘Aisyah ra, ia berkata : “Biasanya Rasulullah saw. melakukan shalat Dhuha empat rakaat dan beliau menambah sekehendak Allah.” [HR Muslim]

  4. Dari Ummu Hanik (Fakhitah) binti Abu Thalib ra, ia berkata: “Pada penaklukan kota Makkah saya datang kepada Rasulullah saw. dan saya dapatkan beliau sedang mandi. Ketika telah selesai mandi, beliau salat sunnat delapan rakaat. Salat itu adalah salat Dhuha.” [HR Bukhari dan Muslim]

 

Sunday, July 7, 2019

Dosa Besar ke28 Memakan benda yg haram dalam apa bentuk sekalipun

- us Shairozi Hashim kuliah Maghrib Ahad 7-Jul-2019 5-Zulkaedah-1440H

Dosa Besar ke28: Memakan benda yg haram dalam apa bentuk sekalipun

- Surah Al-Baqarah Ayat 2:188 (klik sini utk paparan ayat)

وَلَا تَأْكُلُوٓا۟ أَمْوَٰلَكُم بَيْنَكُم بِٱلْبَٰطِلِ وَتُدْلُوا۟ بِهَآ إِلَى ٱلْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا۟ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَٰلِ ٱلنَّاسِ بِٱلْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

Mengambil sesuatu harta dgn cara yg zalim spt merampas, menipu, berjudi, hujumnya tetap haram.

Hadis: sabda Rasulullah saw, "Kehidupan dunia ini penuh dgn kehijauan kemanisan. Barangsiapa yg berusaha utk mengambinya dan dijadikan dgn cara yg halal kemudian dia menunaikan haknya, Allah akan membalasnya dgn pahala dan mewariskan syurga kpdnya".

  • Barangsiapa mengambil harta dgn cara yg tidak halal, dan kemudian dia belanjakan hartanya yg bukan kearah yg halal (tidak menunaikan haknya), maka Allah akan campakkanya ke tempat yg hina. Berapa ramai orang yg tidak menghiraukan semua itu tetapi tetap mengambil harta dgn cara yg haram, orang ini akan dimasukkan dlm neraka.

Hadis yg lain, "memakan tanah adalah lebih mulia dari memakan hasil dari penipuan (spt rasuah)."

  • Yusof bin Isbab menceritakan kisah seorg yg kuat beribadat dan kata ketua syaitan kpd syaitan² yg lain. (kata syaitan,) kamu tengok dari mana sumber makanannya. Jika sumbernya haram maka kamu biarkanlah dia. Kerana segala usahanya tadi (solat, puasa, haji, etc.) tidak membawa sebarang kebaikan kpdnya".

Diceritakan satu hadis dari Anas bin Malik ra, Nabi berpesan kpd Anas, "Perbaikilah amalan kamu, nescaya doa kamu akan dimakbulkan. Kerana sesungguhnya apbl seorg lelaki mengangkat tangannya dan menyuap makanan yg haram (atau haram sumbernya) ke mulutnya maka tidak diterima amalannya selama 40 hari".

  • Barangsiapa yg memakan benda yg haram, maka Allah tidak terima amalannya (sama ada amalan yg sunat atau yg fardu), selama 40 hari.
  • Kata Imam Malik, "Seandainya aku dapat menolak satu dirham dari mana sumbernya, maka itu adalah lebih baik daripada sedekahku sebanyak 1,000 dirham.".

Amalan haji:
Sabda Rasulullah, "Orang yg menunaikan haji dari sumber yg haram, dan bila sampai di Kaabah dan menyebutkan labbaikallah... maka Allah balas kpd dia adalah menolak amalannya dan tiada haji baginya."

  1. tunaikan segala hutang-piutang sebelum berangkat menunaikan haji atau umrah.
  2. pastikan sumber simpanan utk menunaikan haji dan umrah adalah dari sumber yg halal.

Amalan2 lain:
Imam Ahmad, Barangsiapa yg membeli kain dgn 10 dirham, namum ada pd duit 10 dirham itu ada 1 dirham yg haram sumbernya. Selagi mana dia memakai pakaian itu utk beribadat kpd Allah, maka tidak diterima amalannya.

Nabi Adam as mengadu kpd Allah akan gangguan iblis dan syaitan:

Wahai Adam setiap anak yg dilahirkan, maka dijadikan 1 malaikat utk menjaganya dari gangguan syaitan.

Nabi Adam mengadu lagi bhw dlm Syurga yg penuh dgn malaikat, iblis masih boleh menggodanya hingga dia dicampakkan ke bumi. Nabi Adam memohon kebaikan dan perlindungan utk anak-cucunya.

Kata Allah, Wahai Adam, setiap kebaikan yg dilakukan oleh anak² kamu Aku gandakan 10 kebaikan. 1 keburukan yg dilakukan tidak digandakan.

Kata Allah lagi, Selagi ada hayat anak² Adam, dia berpeluang utk memohon keampunan kpd Allah.

Kata Imam Nawawi, maka banyakkan bersedekah utk menghapuskan dosa² yg dilakukan.

  • Perbelanjaan harta yg haram ke atas perkara² yg baik, tidak dapat membersihkan dosa memperoleh harta yg haram. Umpama, membasuh kain yg bersih dgn menggunakan air yg kotor, maka kain itu tidak akan bersih.

Kisah Abu Bakar ra, Abu Bakar mempunyai seorg hamba. Hamba ini akan keluar bekerja dan memberikan duit kpd saidina Abu Bakar bagi tujuan menebus dirinya.

Pd suatu hari saidina Abu Bakar berpuasa, apbl hamba itu pulang membawa tamar. Oleh kerana terlalu lapar Abu Bakar tidak sempat menanya dari mana sumbernya.

Setelah berbuka, Abu Bakar ra, teringat bhw dia belum bertanya kpd hambanya dr sumber mana tamar itu diperolehi.

Jawab hambanya, dia ke bandar dan inginkan tamar sebagai habuan, maka dia pun melakukan telekan.

Abu Bakar ra, amat marah kerana 2 perkara yg dilakukan oleh hambanya:
(i) melakukan telekan (perbuatan yg haram)
(ii) menipu orang ramai, kerana hambanya bukanlah orang yg pandai dlm bidangnya.

Abu Bakar memarahi hambanya, adakah hambanya ingin merosakkan tuannya.

Abu Bakar menjolok tekaknya dgn jari utk mengeluarkan semula tamar yg dimakannya, namun tidak berjaya kerana telah agak lama dimakan. Kata hambanya minumlah air yg banyak utk memudahkan keluar tamar yg dimakan. Kata org, hanya sedikit tamar yg dimakan, tidak menjadi suatu keburukan.

Jawab Abu Bakar, dia akan keluarkan juga tamar itu walaupun hingga mengakibatkan dia sendiri mati.

Mohon kpd Allah supaya dibersihkan diri dan harta² yg kita himpunkan adalah dari sumber yg halal.