Sunday, March 16, 2014

Solat sebagai pertahanan dari krisis kenaikan harga barang

Tazkirah suboh Ahad 16-Mac-2014

Setiap org islam perlu mencari keredhaan Allah.

Barangsiapa yg membaca surah Yaasin di awal pagi, maka Allah akan tunaikan hajatnya pd hari tersebut.

Surah Yaasin adalah hati kpd Al-Quran. Apa yg ada dlm Al-Quran ada disebutkan dlm surah ini. Perjalanan surah yaasin
-Berkenaan al-Quran
-Tanda2 kebesaran Allah
-Hal2 akhirat

Cetusan dr surah Yaasin akan menjadikan pembacanya melaksanakan tugasan hariannya dgn tujuan utk mendapat keredhaan Ilahi.

Setiap sendi manusia dikawal/dijaga oleh malaikat.

Syaitan masuk ke tubuh manusia melalui aliran darah.

Para sahabat nabi, di zaman bersama Rasulullah adalah zaman mempelajari Islam,  selepas kewafatan Rasulullah mereka menguruskan hal2 pentadbiran adalah dgn mematuhi ajaran nabi dan taat perintah Allah.

Kenaikkan harga barang:
Hadis, telah dtg seorg lelaki mengadu kpd Rasulullah akan masalah kenaikkan harga barang (yg dialaminya). Dia memohon agar Rasulullah mengeluarkan arahan supaya diturunkan harga barang. Rasulullah mengatakan kpd lelaki tersebut utk pulang dan lakukan solat dan menjaga solat. Lelaki itu tidak dpt mengaitkan bersolat dpt menurunkan harga barang. Dia tanya berulang kali, namun jawapan yg diberi oleh Rasulullah adalah supaya dia bersolat dan menjaga solatnya.

Rezeki, :- Setiap manusia akan berfikir berkenaan rezekinya. Namun dgn beristigfar, Allah akan beri rezeki kpdnya dr sumber yg tidak disangka.

Siapa yg dihisab maka binasalah dia. Namun Allah berlebih kurang dgn hambanya yg taat kepadaNya.

Hukum Mendapatkan Khidmat Jin

- us Muhammad Fauzi Asmuni kuliah Maghrib 15-Mac-2014

Perkara2 luar biasa yg boleh berlaku kpd manusia. 

Ada benerapa jenis perkara luar biasa yg boleh berlaku kpd manusia:

1. Mukjizat ie perkara2 ganjil yg dianugerahkan kpd para nabi dan rasul dgn izin Allah.

2. Irhas ie perkara luar biasa yg berlaku kpd bakal2 nabi dgn izin Allah.
Eg, awan memayungi perjalanan Rasulullah sebelum dr kenabian baginda.

3. Karomah ie perkara luar biasa yg berlaku kpd org2 yg soleh. Karomah tidak boleh dipelajari atau diwarisi.
Eg,
  1. Mariam dpt menghidangkan buah2an musim sejuk kpd nabi Zakaria,

  2. Mariam menepuk batang kurma dan gugur buah2 kurma yg masih segar dr pohon kurma tsbt.

  3. Saidina Umar ketika berkhutmah menjerit "di sebalik bukit, di sebalik bukit" menyebabkan askar2 yg berkawal segera mengawal musuh yg dtg dr atas bukit.

  4. Dlm perang Mesir-Israel sekitar thn 1960-an: tentera Mesir tidak berjaya menewaskan/melepasi suatu kubu tentera Israel di Barlif. Namun, seorg tentera Mesir bermimpi utk menewaskan tentera Israel yg berkubu di kubu Barlif, dgn menggunakan air. Akhirnya kubu tersebut tewas di tangan tentera Mesir.

4. Sihir: ilmu sihir itu mulanya diturunkan di negeri Babil, melalui 2 malaikat (nama mereka Harut dan Marut) di utuskan oleh Allah utk mengajarkan kpd manusia dan dinyatakan bhw manusia bhw ilmu tersbt adalah sebagai ujian kpd manusia.

Surah Al-Baqarah Ayat 2:102 (klik sini utk paparan ayat)


وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَٰنَۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيۡمَٰنُ وَلَٰكِنَّ ٱلشَّيَٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَكَيۡنِ بِبَابِلَ هَٰرُوتَ وَمَٰرُوتَۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٞ فَلَا تَكۡفُرۡۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡۚ وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَىٰهُ مَا لَهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنۡ خَلَٰقٖۚ وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦٓ أَنفُسَهُمۡۚ لَوۡ كَانُواْ يَعۡلَمُونَ

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

 

Di zaman nabi Sulaiman, baginda mengumpulkan semua ilmu sihir dan menyimpannya dlm perbendaharaannya. Namun ketika hendak wafat, iblis berjaya mencuri ilmu sihir tersbt dan menyebarkannya kpd manusia setelah dipesongkan ilmu sihir tersbt.

Hukum terhadap pengamal sihir

Hukum terhadap pengamal sihir hampir kpd:

(1) Haram, bilamana manusia menjadikan dirinya hamba kpd jin.
  • Jin tidak minta wang, sebaliknya benda2 yg remeh, contohnya sebiji telur. Telur itu adalah simbolik perhambaan. Jika tidak dpt telur makan jin akan mengganggu keluarga tersbt.

  • Jin apbl ia membantu ia meminta balasan, spt ayam panggang. Jin tidak makan daging ayam tersbt, sebaliknya tulang.

  • Jin boleh mengetahui perkara sekarang dan yg telah berlaku. Namun dia tidak mengetahui perkara yg belum berlaku.

  • Pacaindera jin- melihat manusia spt globe, sbb itu mudah shj utk dia memberitahu kedudukan barang yg hilang.

  • Tabiat jin: suka melihat manusia bergaduh. Boleh jadi dia bercakap jujur atau sebaliknya. Oleh itu, org yg bertemu bomoh meminta tolong jin utk mengetahui siapa yg membuat sesuatu perkara, jin boleh menyatakan sesiapa shj yg dia mahu manusia itu bergaduh. Oleh itu jangan mempercayai kata-kata bomoh.

(2) Harus, bila manusia mengusai jin dan mengkhadamkan jin.
  • Jin berasa terseksa dan merasa takut kpd nabi Sulaiman, hinggalah sekian lama selepas kewafatan nabi Sulaiman. Jin hanya tahu kewafatan nabi Sulaiman apbl tongkat yg dipegang oleh nabi Sulaiman telah habis dimakan oleh anai2, ketika itu barulah jasad nabi Sulaiman itu tergerak (mungkin tumbang) sebagai tanda baginda sudah wafat. Kejadian ini menunjukkan bahawa jin tidak mengetahui semua perkara lebih-lebih lagi perkara yg dikuasai Allah spt roh dan kematian.

- Manusia perlu mengambil asbab musabab.

- Zikir maksurat qubra ada byk doa2 melawan sihir jin.

Sunday, March 9, 2014

Pusaka siri-2 - Faraid

-Dato' Zaidi Ahad 9-Mac-2014
Pusaka siri ke-2 - Faraid

-Faraid asalnya adalah dr perkataan fardu ie ketentuan (jumlahnya adalah ahli warisnya).

-Surah an-Nisa ayat 7 yg bermaksud:
"Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah)."

-khunsa tidak disebutkan dlm urusan faraid. Islam mengarkan bhw anak yg khunsa mesti ditetapkan pilihan sama ada lelaki atau perempuan.

-Bhg utk isteri adalah 1/8, jika ada lebih dr 1 isteri, maka bhg 1/8 ini dibhg kpd jumlah isteri sama rata.

- perkara2 yg perlu diselesaikan sebelum faraid dilaksanakan ke atas harta si mati.

1. Hutang2 si mati dgn Allah, spt nazar, haji dan janji utk infak harta (ctg si mati berkata kpd pengerusi masjid utk menderma/infak rm5 ribu. Pengerusi masjid mestilah memaklumkan kpd ahli waris utk menuntut jumlah yg dinyatakan/hasratkan oleh arwah).
2. Urusan fardu kifayah utk urusan pengkebumian jenazah
3. Hutang si mati dgn urusan dunia.
4. Wasiat

- Urusan pembahagian harta faraid diperintahkan oleh Allah melalui Al-Quran, dlm
Ayat 7, 11 dan12 dalam surah An-Nisa.

An-Nisa ayat 7:

Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).

An-Nisa ayat 11:

Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

An-Nisa ayat 12:

Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.

Sunday, February 9, 2014

Solat

-us Ibrahim Kuliah Maghrib 9-Feb-2014
Kitab cermin budi

1. Solat:
- utk mencegah anggota dlman dan fizikal dr melakukan kemungkaran terhadap Allah.
- org tak beriman tidak bersolat
- berfikir dahulu sbelum melakukan sesuatu perkara.
- sesungguhnya ber
-oleh kemenangan kpd org2 mukminum yg bersolat
-nak dptkan keberkatan hidup, jauhkan diri dr melakukan kemungkaran terhadap Allah.

- Buku amalan yg diterima de sebelah kiri, akan menyesal.

-utk menjadi berakal maka perlu menjaga solat.
-org yg hidupnya barakah, pasti akan diberkati hidupnya didunia dan akhirat.
-org pemalas, tidak bersolat, kehidupannya dilaknat, matinya diseksa.

2. kelebihan pengulangan solat:
-menjadi tempat mandi, bagi jiwa utk dibersihkan hati dr godaan syaitan, noda dan dosa dr kelalaian, dan daki2 kesalahan.
-solat dan membaca al-Quran akan menghindar dr nyanyuk. Al-Quran menjadi penyembuh penyakit dan memberi rahmat kpd pembacanya yg beriman.

- 2 sifat dlm diri manusia
(i) sifat kerohanian, kemalaikatan,ie sifat baik utk beribadat kpd Allah
(ii) kesyahwatan binatangan.

-Agama mendidik akal, tidak berakal bagi org yg tidak beragama.
-Manusia dipengaruhi oleh
-Ubat bagi org yg perangainya tidak disenangi adalah dgn melakukan solat. Pimpin mereka ini utk melakukan solat. Akan timbul kesedaran kpdnya utk menjadi seorg mukmin.

-Roh akan keluar dgn aman dr badan seseorg mengikut amalan tuannya.

-rezeki disukat oleh Allah pd waktu subuh.

- Solat menundukkan dan memusnahkan sifat kebinatangan dlm diri seseorg.

- ketika solat, seseorg dpt melepaskan dirinya dr kesibukannya, balasannya dia mendpt ketengan.

- solat lima waktu adalah santapan roh, utk bertemu Allah. Roh dtg dr Allah.
-- org yg tak beesolat, rohnya menangis kerana tidak dpt bertemu Allah.
-- munajat seorg hamba dlm solat:
melapangkan dada
mengangkat darjat.

Saturday, February 8, 2014

Pusaka

- Dato' Zaidi Sabtu 8-Feb-2014
Pusaka

- Faraid umpama jalan dan pusaka itu umpama kenderaan.

- Pusaka lahir dr ikatan
(i) perkahwinan
(ii) pertalian persaudaraan darah-daging
melahirkan hak utk persemendaan bagi mewarisi harta.

-Ikatan mewarisi harta utk perkahwinan terputus/terbatal bila berlaku perceraian.

-Harta pusaka adalah harta alih (tabungan, wang, saham ) dan harta tak-alih (rumah, tanah).

-suami tidak berhak mengambil harta nafkah isteri (hasil dr usaha/kerja si isteri). Namun suami wajib memberi nafkah (termasuk wang/belanja tunai) kpd isteri mengikut kemampuannya.

-Perlu nyatakan bagaimana harta yg dimiliki akan diagihkan kpd sesiapa yg diingini.

--Byk kes di mana perkahwinan ke2, ke3 atau ke4 dirahsiakan. Apbl meninggal dunia isteri pertama selalunya menafikan hak isteri ke2 dan selainnya kerana tidak dimaklumkan/disembunyikan oleh si mati. Mengakibatkan terjebak kpd makan/memiliki harta haram.

--Apbl meninggal, harta akan ditinggalkan. Yg diharap adalah doa anak yg soleh dan amalan fardu kifayah. Jika berlaku pergaduhan/perbalahan adik-beradik berebut harta, maka ditakuti tiada anak yg mendoakan arwah bapanya.

-harta pusaka kecil dinilaikan kpd kurang dr rm2 juta. Nilai ini dinaikkan dr jumlah rm600 ribu sebelum ini.

-Wasiat perlu mendapat persetujuan dr semua ahli waris.

-(i) jika wasiat dibuat utk diberikan kpd kawan si mati ie bukan ahli waris, maka sekiranya semua ahli waris bersetuju, maka kawan tsbt mendapat harta yg diwasiatnya. Sekiranya semua ahli waris tidak bersetuju, maka si kawan tsbt layak mendapat 1/3 dr harta diwasiatkan.

-(ii) jika wasiat dibuat utk diberi kpd ahli waris (cth anak sulong), dan tidak dipersetujui oleh semua ahli waris, maka anak sulong itu tidak berhak mendapat harta wasiat tsbt, sebaliknya dia berhak mendapat harta melalui pembahagian faraid.

-4 perkara yg perlu diselesaikan sebelum membuat pembahagian pusaka:
(1) tolak nazar si mati;
(2) tolak urusan perbelanjaan jenazah;
(3) tolak hutang si mati;
(4) tolak bhgn yg diwasiatkan.

Friday, February 7, 2014

Tafsir surah Al-Haqqah ayat 1 - 14

-us Hasnan Kassan Kuliah Maghrib Jumaat 7-Jan-2014

Tafsir surah Al-Haqqah ayat 69:1 hingga 14

-apbl seorg yg melakukan dosa besar maka ketika itu dia dlm keadaan tidak beriman.

- Pengajaran paling penting yg di bawa oleh para rasul adalah kepercayaan kpd hari akhirat,

- Kaum thamud dibinasakan dgn bencana angin ribut, kaum nabi Nuh dibinasakan dgn air banjir. kerana tidak percaya kpd hari akhirat.

- Doa. dr surah Az-Zumar ayat 39:18 (klik sini). Tambahkan dipermulaan ayat ini utk menjadi doa:

Allahuma'jaalni minallazi...

{ ٱلَّذِينَ يَسۡتَمِعُونَ ٱلۡقَوۡلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحۡسَنَهُۥٓۚ أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ هَدَىٰهُمُ ٱللَّهُۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمۡ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ }

Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.

- Doa ini adalah utk memohon spy kita cepat diberi pengajaran dr ilmu/nasihat/peringatan yg diperoleh dr menghadiri majlis2 ilmu.

Hari kiamat berlaku tanpa amaran, dgn sekali pekikan


- surah Yassin ayat 36:49 (klik sini) :: kedatangan hari kiamat tanpa amaran.

{ مَا يَنظُرُونَ إِلَّا صَيۡحَةٗ وَٰحِدَةٗ تَأۡخُذُهُمۡ وَهُمۡ يَخِصِّمُونَ }

Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang - (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).


- Surah Yassin ayat 36:50 (klik sini)

{ فَلَا يَسۡتَطِيعُونَ تَوۡصِيَةٗ وَلَآ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِمۡ يَرۡجِعُونَ }

Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.


- Surah Al-Haj ayat 22:1 (klik sini) & 2 ::

{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمۡۚ إِنَّ زَلۡزَلَةَ ٱلسَّاعَةِ شَيۡءٌ عَظِيمٞ }

Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar.


- Surah Al-Haj Ayat 22:2 (klik sini)

{ يَوۡمَ تَرَوۡنَهَا تَذۡهَلُ كُلُّ مُرۡضِعَةٍ عَمَّآ أَرۡضَعَتۡ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمۡلٍ حَمۡلَهَا وَتَرَى ٱلنَّاسَ سُكَٰرَىٰ وَمَا هُم بِسُكَٰرَىٰ وَلَٰكِنَّ عَذَابَ ٱللَّهِ شَدِيدٞ }

Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.


Friday, January 31, 2014

Solat dalam perjalanan

-us Datuk Hj Kamal Hj Muhammad Jumaat 31-Jan-2014

- Jamak tamam eg keadaan hujan lebat berterusan, bermukim, maka lakukan 2 solat lengkap (ie tidak qasar) dimulakan dgn solat pertama dan diikuti solat ke2.

Contoh: seorg doktor akan meakukan pembedahan 6 jam bermula pd jam 5 ptg, maka dia dibolehkan jamak tamam maghrib dan isyak.

-Pergerakan matahari utk 1 darjah adalah 4 minit. Utk kiraan waktu dhuha, matahari naik kira-kira melepasi 1 lembing. Kiraan 1 lembing itu adalah pergerakan matahari 4 darjah, jadi kiraan maauk waktu dhuha adalah 16 minit selepas luput syuruk.

-Solat Jumaat- sekiranya lewat berjemaah, ada 2 keadaan:
(i) dapat menyertai imam dgn rukuk rakaat ke2, maka dia boleh berniat jumaat, dan tambahkan 1 rakaat lagi.
(ii) dapat menyetai imam selepas rukuk rakaat ke2, maa berniat solat zohor dan lakukan solat 4 rakaat.