Monday, September 7, 2020

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:158 hingga 160

- us Mahdzir Md Nor Kuliah Maghrib Isnin 7-Sep-2020

Surah Al-Baqarah Ayat 2:158-160

A158


۞إِنَّ ٱلصَّفَا وَٱلۡمَرۡوَةَ مِن شَعَآئِرِ ٱللَّهِۖ فَمَنۡ حَجَّ ٱلۡبَيۡتَ أَوِ ٱعۡتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡهِ أَن يَطَّوَّفَ بِهِمَاۚ وَمَن تَطَوَّعَ خَيۡرٗا فَإِنَّ ٱللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ

Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) ugama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.

a) "Syiar" ie Pernah berlaku peristiwa yg hebat yg Allah mahu setiap orang tahu dan ingat hingga bila-bila. Iaitulah Allah boleh bantu kpd hambaNya tanpa perlu ada sebarang perantara. 
b) Plot Ini tidak bersambung dgn ayat seterusnya.


Ayat 2:159

A159


إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡبَيِّنَٰتِ وَٱلۡهُدَىٰ مِنۢ بَعۡدِ مَا بَيَّنَّٰهُ لِلنَّاسِ فِي ٱلۡكِتَٰبِ أُوْلَٰٓئِكَ يَلۡعَنُهُمُ ٱللَّهُ وَيَلۡعَنُهُمُ ٱللَّٰعِنُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

a) Maksud ayat-ayat yg jelas, adalah Al-Quran.
b) Dlm kitab Taurat dan Injil telah diberitahu bhw akan lahir seorang Nabi di akhir zaman. Namun pendeta (ie ahli ugama) Yahudi dan Nasrani, cuba sembunyikan fakta, kemudian menyatakan kepada penganut Yahudi dan Nasrani bhw kitab yg ada pada mereka adalah yg diturunkan oleh Allah. 
c) Yahudi tidak boleh terima hakikat bhw Nabi akhir zaman bukan dari keturunan Yahudi. Maka mereka sembunyikan dan ubah kandungan Taurat supaya mereka masih relevant.
d) umat Nabi Muhammad yg tidak mahu menerima ajaran Al-Quran, mereka seleweng kan maksud ayat-ayat Al-Quran.
e) Allah melaknak bangsa Yahudi hingga tiada negara untuk mereka. Oleh kerana tidak mahu terima hakikat ini, mereka menakluki bumi Palestin dan menjaja bhw negara Israil adalah negara mereka.

Ayat 2:160

A160


إِلَّا ٱلَّذِينَ تَابُواْ وَأَصۡلَحُواْ وَبَيَّنُواْ فَأُوْلَٰٓئِكَ أَتُوبُ عَلَيۡهِمۡ وَأَنَا ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ

Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

a) org yg bertaubat perlu mengaku kesalahannya dan memohon keampunan dari Allah. Amat berat kesalahan mereka.
b) Allah sedia mengampunkan dosa hanbaNya kecuali dosa syirik.
c) Selain Islam, ugama2 lain ada unsur syirik, seperti sembahan kpd patung yg dianggap sebagai perantara kpd Allah.
d) Allah terima taubat hambaNya, selagi mereka masih hidup.


No comments: