Sunday, December 18, 2022

Interaksi Nabi Muhammad saw dengan orang bukan Islam

- kuliah Maghrib Ahad 18-Dis-222

Interaksi Nabi Muhammad saw dengan orang bukan Islam

- Hikmah kejadian manusia dlm pelbagai kaum adalah supaya kita saling mengenali. Utk mengenali sesuatu kaum kita perlu berinteraksi sama ada secara lisan atau penulisan. Peggunaan medium seperti internet, TV dan radio adalah contoh medium komunikasi.
- Dlm satu sketsa pembukaan world cup 2022, seorang anak kecil membacakan ayat ke-13 surah Al-Hujrat. Ayat ini menjadi dakwah kepada jutaan penonton yang tidak pernah mengetahui bahawa Allah menyuruh manusia saling mengenali antara satu sama lain.
  • Pemerintah Qatar memberikan perspektif baru kepada non-muslim utk mengenali Islam, kenali Nabi Muhammad saw sebagai nabi terakhir.
  • Rata-rata non-muslim tidak diberikan peluang utk mengenali Islam secara langsung oleh pihak kerajaan di negara asal mereka, apatah lagi kecaman dan konspirasi yang disebarkan dlm media internet yang menggambarkan Islam sebagai sebuah ugama yang mempromosikan keganasan. 
- Kerajaan Qatar membenarkan org² bukan Islam utk menziarahi masjid² dan melihat org² Islam menunaikan solat. Ramai antara mereka yang diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk memeluk Islam, sedangkan tujuan utama mereka ke Qatar adalah untuk menonton bola sepak.

- Surah Al-Hujrat ayat 49:13 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ }

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Panduan Al-Quran tentang hubungan dgn non-muslim
- Surah Al-Mumtahanah ayat 60:8 (klik sini)
{ لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ }

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

- Allah perintahkan supaya berbuat baik dan adil kpd org² non-muslim selagi mana mereka tidak memerangi Islam.
- dalil: tidak berdakwah dgn nafsu, ie dlm surah Al-Araf ayat 7:203 (klik sini)
{ وَإِذَا لَمۡ تَأۡتِهِم بِـَٔايَةٖ قَالُواْ لَوۡلَا ٱجۡتَبَيۡتَهَاۚ قُلۡ إِنَّمَآ أَتَّبِعُ مَا يُوحَىٰٓ إِلَيَّ مِن رَّبِّيۚ هَٰذَا بَصَآئِرُ مِن رَّبِّكُمۡ وَهُدٗى وَرَحۡمَةٞ لِّقَوۡمٖ يُؤۡمِنُونَ }

Dan apabila engkau (wahai Muhammad) tidak membawa kepada mereka sesuatu ayat Al-Quran (sebagaimana yang mereka kehendaki), berkatalah mereka (secara mengejek): "Mengapa engkau tidak bersusah payah membuat sendiri akan ayat itu?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku hanya menurut apa yang diwahyukan kepadaku dari Tuhanku. Al-Quran ini ialah panduan-panduan - yang membuka hati - dari Tuhan kamu, dan petunjuk serta menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman".

- Al-Quran mengandungi petunjuk dan penawar kpd org Islam dan bukan Islam, seperti yang disebutkan oleh Allah dlm ayat ke 44 surah Fussilat.
Surah Fussilat ayat 41:44 (klik sini)
{ وَلَوۡ جَعَلۡنَٰهُ قُرۡءَانًا أَعۡجَمِيّٗا لَّقَالُواْ لَوۡلَا فُصِّلَتۡ ءَايَٰتُهُۥٓۖ ءَا۬عۡجَمِيّٞ وَعَرَبِيّٞۗ قُلۡ هُوَ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ هُدٗى وَشِفَآءٞۚ وَٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ فِيٓ ءَاذَانِهِمۡ وَقۡرٞ وَهُوَ عَلَيۡهِمۡ عَمًىۚ أُوْلَٰٓئِكَ يُنَادَوۡنَ مِن مَّكَانِۭ بَعِيدٖ }

Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)".

- Hidayah utk memeluk Islam adalah urusan Allah. Rasulullah saw berdakwah dan mengajak bapa saudaranya ie Abu Talib supaya memeluk Islam, namun dia meninggal dlm keadaan bukan Islam. Allah rakamkan dlm ayat ke 56 surah Al-Qasas.
Surah Al-Qasas ayat 28:56 (klik sini)
{ إِنَّكَ لَا تَهۡدِي مَنۡ أَحۡبَبۡتَ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ يَهۡدِي مَن يَشَآءُۚ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ }

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).

- dlm dakwah Rasulullah saw, baginda menjemput rombongan org² Nasrani ke dlm masjid utk soal-jawab ugama. Semasa sesi ini, terdapat ahli rombongan yg memeluk Islam. Ayat 80 Surah Al-Maedah merakamkan peristiwa ini.
Surah Al-Maedah ayat 5:80 (klik sini)
{ تَرَىٰ كَثِيرٗا مِّنۡهُمۡ يَتَوَلَّوۡنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْۚ لَبِئۡسَ مَا قَدَّمَتۡ لَهُمۡ أَنفُسُهُمۡ أَن سَخِطَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِمۡ وَفِي ٱلۡعَذَابِ هُمۡ خَٰلِدُونَ }

Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (neraka).

- Rasulullah saw beri penghormatan kpd org² non-muslim. Termasuk juga kpd yg tlh meninggal dunia.

- hadis: sedang Rasulullah duduk di suatu tempat, lalu rombongan yahudi bawa mayat. Rasulullah berdiri memberi hormat kpd mayat rombongan itu.  Apbl ditanya oleh sahabat, jawab baginda, "Bukankah dia juga seorg manusia?".
Dari Abdurrahman bin Abi Laila r.a., katanya: "Ketika Sahal bin Hunaif dan Qais bin Saad sedang duduk-duduk di Qadisiyah, tiba-tiba lalu di hadapan mereka suatu jenazah. Lalu keduanya berdiri. Setelah itu dikatakan orang kepada mereka, bahawa jenazah itu adalah jenazah zimmi (bukan orang Islam). Jawab keduanya, "Nabi saw. pernah pula lalu sebuah jenazah dihadapan beliau, lantas beliau berdiri. Sesudah itu dikatakan orang kepada beliau, bahawa jenazah itu adalah jenazah orang Yahudi." Maka sabda beliau, "Bukankah dia itu manusia juga?" [Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0684]


- Allah rakamkan perbuatan baginda itu dlm ayat ke 4 Surah Al-Qalam, ie akhlak baik baginda Rasulullah saw terhadap org kafir, walaupun telah meninggal duia, 

Surah Al-Qalam ayat 68:4 (klik sini)
{ وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٖ }

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.

- Jangan mencaci tuhan² org non-muslim, spt yg diperintahkan oleh Allah.
Surah Al-An'am ayat 6:108 (klik sini)
{ وَلَا تَسُبُّواْ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ فَيَسُبُّواْ ٱللَّهَ عَدۡوَۢا بِغَيۡرِ عِلۡمٖۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمۡ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرۡجِعُهُمۡ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ }

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

- Kemaafan Rasulullah saw kpd org² yg memerangi, memusuhi baginda.
Sewaktu awal dakwah, Bani Thaqif di Taif menolak dakwah yg disampaikan oleh Rasulullah saw. Baginda Rasulullah saw dihina, dibaling batu dan najis oleh kanak² yg diupah oleh pembesar² Taif. Namun baginda mendoakan zuriat bani Thaqif utk memeluk Islam.

Semasa pembukaan Kota Mekah pd tahun ke-8 hijrah, baginda Rasulullah saw memaafkan org² kafir. Maka berbondong-bondong org kafir masuk Islam. Termasuk org² yg sebelum itu memerangi, membenci dan memusuhi Rasulullah dan Islam.

Nota tambahan:
  1. Allah menyeru hambaNya agar sentiasa berdoa. Kita diminta agar mendoakan perkara yang baik sahaja dan kita tidak dibenarkan mendoakan keburukan walaupun kita dianiaya oleh golongan yang tidak berperikemanusiaan. Kita hanya perlu mendoakan kebaikan terhadapnya dan menyerahkan segalanya kepada Allah sebagai penentu
    -- surah Yunus ayat 10:84 (klik sini)
    Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): "Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)".

  2. Dalam prinsip komunikasi Islam, doa dan bertawakkal juga merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan manusia seharian. Allah juga memerintahkan kepada makhlukNya supaya berdoa kepadaNya. Berdoa yang dimaksudkan bukan hanya apabila ditimpa kesusahan tetapi apabila kita berada dalam kesenangan dan kegembiraan juga hendaklah kita bersyukur terhadap Allah.
    -- Surah Al-Araf ayat 7:55 (klik sini)
    Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

  3. Menurut Al-Quran (Surah Al-An’am, 6:36), (Surah Al-Anfal, 8:21-22) dan (Surah Luqman, 31:7), komunikasi tidak hanya tertumpu pada lisan semata-mata tetapi ia juga melibatkan sejauhmana fokus seseorang yang mendengar komunikasi tersebut. Ini kerana komunikasi yang berkesan mestilah menerusi komunikasi dua hala iaitu pendengar betul-betul memahami apa yang diucapkan oleh penutur.
    -- Surah Al-An'am ayat 6:36 (klik sini)
    Hanyasanya orang-orang yang menyahut seruanmu itu ialah mereka yang mendengar (yang mahu menurut kebenaran); sedang orang-orang yang mati Allah bangkitkan mereka semula (pada hari kiamat kelak), kemudian mereka dikembalikan kepadaNya untuk menerima balasan.

    -- Surah Al-Anfal ayat 8:21 (klik sini)
    Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata: "Kami dengar", padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya).

    -- Surah Al-Anfal ayat 8:22 (klik sini)
    Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).

    -- Surah Luqman ayat 31:7 (klik sini)
    Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seolah-olah ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.


No comments: