Saturday, December 31, 2022

Sambutan Christmas dan Tahun Baru

- kuliah Suboh Isnin 26-Dis-2022

Asal Usul Sambutan Hari Christmas dan  New Year (Tahun Baru)

Surah An-Nahlu ayat 16:36 (klik sini utk paparan ayat)

{ وَلَقَدۡ بَعَثۡنَا فِي كُلِّ أُمَّةٖ رَّسُولًا أَنِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَٱجۡتَنِبُواْ ٱلطَّٰغُوتَۖ فَمِنۡهُم مَّنۡ هَدَى ٱللَّهُ وَمِنۡهُم مَّنۡ حَقَّتۡ عَلَيۡهِ ٱلضَّلَٰلَةُۚ فَسِيرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلۡمُكَذِّبِينَ }

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.

Takwin Syamsiah dan Takwim Qamariah
- Takwim atau kalendar yg diguna pakai merujuk kepada matahari dan bulan.  Surah Yunus ayat 10:5 (klik sini)

{ هُوَ ٱلَّذِي جَعَلَ ٱلشَّمۡسَ ضِيَآءٗ وَٱلۡقَمَرَ نُورٗا وَقَدَّرَهُۥ مَنَازِلَ لِتَعۡلَمُواْ عَدَدَ ٱلسِّنِينَ وَٱلۡحِسَابَۚ مَا خَلَقَ ٱللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِٱلۡحَقِّۚ يُفَصِّلُ ٱلۡأٓيَٰتِ لِقَوۡمٖ يَعۡلَمُونَ }

Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).
  • Takwim syamsiah - ie pergerakan matahari. spt peredaran bumi mengelilingi matahari. Contohnya kerajaan kuno yg menggunakan kalendar ini adalah kerajaan Rom, Mesir.
    • Kalendar ini dikaitkan dgn 4 musim, yg berkait rapat dgn pertanian, kerana hasil pertanian pada sesuatu musim berbeza hasil kuantiti, saiz dan kualitinya. 
    • penandaan musim dapat diketahui dengan merujuk kedudukan matahari di 4 buruj iaitu Hamal (Aries), Saratan (Cancer), Mizan (Libra) dan Jadi (Capricon). Berdasarkan hisab, Matahari berada di buruj Hamal pada 21 Mac, Saratan pada 22 Jun, Mizan pada 24 September dan Jadi pada 23 Disember. Seterusnya kita dapat mengetahui permulaan musim iaitu dengan merujuk kepada bulan tersebut iaitu bulan Mac merupakan permulaan musim bunga, bulan Jun permulaan musim panas, bulan September permulaan musim gugur dan Disember ialah permulaan musim sejuk
  • Takwim Qamariah ie takwim 12 bulan merujuk kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.
    • sinonim dengan ibadah bagi umat Islam. Awal bulan ditandai dengan kenampakan hilal yang dirukyah pada setiap hari ke 29hb. Pada hari ini ijtimak akan berlaku iaitu kedudukan bulan pada di antara matahari dan bumi. Permulaan 1 haribulan mempunyai kaitan dan signifikan yang sangat besar dengan pensabitan ibadah seperti penetapan ibadah puasa, dan 2 hari raya Aidilfitri dan AidilAdha.

Anno Domini (AD)
ie tahun dari kalendar tuhan Jesus, ie kalendar Gregorian telah dikaitkan dgn kristian kpd kelahiran Jesus.

- Christmas dikaitkan dgn anutan kristian dlm abad ke-4. Pada asalnya tidak ada dlm Injil dan juga tidak ada dlm ajaran yg disampaikan oleh Nabi Isa as.
  • Christmas tiada dalam kitab Taurat atau Injil.

Kalendar Julius
  • Takwim Julian diperkenalkan oleh maharaja Rom bernama Julius Ceasar, yg mempunyai 12 bulan dan 360 hari. Namun disebabkan kekurangna hari kalendar ini telah mengguna pakai hasil kajian ahli falak bernama Sosigenes. Ia mempunyai 12 bulan dan 365 hari dan tambah sehari bagi setiap 4 tahun. Sosigenes adalah ahli falak Cleopatra di Mesir.
  • Kalendar Julius dimulakan dgn 1 Januari yg mana Julius Ceasar tidak dapat mengatasi senat utk menukar permulaan tahun spt yg dikehendakinya. 
  • Augustus Ceasar yg menggantikan Julian sebagai maharaja mengambil sehari dari bulan Februari dan meletakkan sehari pada bulan Ogos, yg berkaitan dgn namanya.
    • Pada zaman Julius Ceasar, bln February mempunyai 29 hari dan 30 hari pada setiap 4 tahun. 
    • Perubahan dibuat utk menampakkan kehebatan Augustus Ceasar berbanding maharaja sebelumnya ie Julius Ceasar. 

Nabi Isa sebagai tuhan? 
  • Nabi Isa as dlm abad pertama, ke2 dan ke3 digelar sebagai nabi. 
  • Namun pd abad ke4, dlm satu persidangan ketua-ketua kristian di Constantinopole, Persidangan Nicaea (Council of Nicaea), tlh bersetuju menjadikan Nabi Isa sebagai tuhan, walaupun ketika itu 20% shj penganut kristian yg berpandangan bhw nabi Isa itu memiliki sifat ketuhanan. 
  • Pd abad ke6 dibuatkan kalendar Anno Domini (AD).

Kalendar Addno Domini (AD)
- Kalendar AD terlebih sedikit dari kiraan edaran .bagi setiap 131 tahun ia akan terawal sehari. Pd abad ke16, hari Ester sepatutnya disambut pd musim bunga disambut pd musim panas. Pope Gregory XIII ketika itu mengarahkan saintis utk mengkaji, hasilnya dia menetapkan 1 Januari sebagai sambutan tahun baru. Pd 1852 aliran Protestant menolak doktrin 1 Januari di masukkan dlm kristian.
- Mazhab Protestant menentang amalan² mazhab Catholic yg bertentangan dgn ajaran asal.  Mazhab Catholic melakukan perkara spt:
  1. memasukkan berhala² dlm sembahan kpd tuhan spt berhala² berbentuk manusia, haiwan dan objek.
  2. memasukkan 1 Januari dlm kristian
  3. membawa masuk pohon conifer dlm rumah.
  4. melakukan pengampunan dosa (paderi memberi pengampunan kpd org² yg melakukan kejahatan. Paderi (dan gereja) menerima imbalan bayaran tertentu.)

- Britain terima pakai kalendar AD pd abad ke18 ie pd 1750.
  • Sebelum 1752, Britain dan jajahannya menggunakan kalendar Julian. Bagaimanapun bagi setiap 128 tahun terdapat kekurangan satu (1) hari disebabkan kesilapan dlm pengiraan pergerakan matahari sebanyak 11 minit. Ini menjadikan hari Ester (Ester Day) teranjak. Hari Ester secara tradisi disambut pada 21 Mac. Namun telah teranjak dari spring equinox (musim bunga) ke musim panas.
  • (Dlm kristian) Hari Ester (juga dipanggil Pascha) atau Resurrection adalah hari kebangkitan Nabi Isa selepas tiga (3) hari disalib (dibunuh) oleh pengikutnya. 
  • Penambahbaikan terhadap kalendar Julian adalah diperkenalkan kalendar Gregorian pd 1852. Ia mendungi 365 hari, 12 bulan dan setiap bulan sama ada 30 atau 31 hari. Bln Februari mempunyai 28 hari, dan tahun lompat pada setiap 4 thn, di mana sehari ditambah pada bln Februari menjadikannya 29 hari. 

Christmas
- adalah satu ajaran membesarkan pohon conifer (pokok ru) ie memperingati tuhan Jesus. Org Indonesia panggil pohon conifer sebagai cemara.
- Perkataan "trinity" tidak terdapat di mana-mana bhgn dlm kitab Taurat atau Injil.
- Asal-usul christmas berasal dari dua (2) tokoh ie Semiramis dan Nimrod. Semiramis adalah isteri kpd Nimrod. Nimrod adalah cucu nabi Nuh as. Nimrod murtad apbl menjadikan dirinya tuhan. Dia mengasas dan memerintah kerajaan Babel (Babylon).
  • Selepas kematian Nimrod, Semiramis mempromosikan Nimrod sebagai dewa tuhan (ada yg panggil Horus). 
    • Nimrod dikatakan hidup semula apbl dia nampak pokok hijau tumbuh dari akar tunggul yg telah mati. 
    • Pd setiap tahun kelahiran dewa Nimrod pd penghujung bln Disember, Nimrod akan datang ke pohon itu dan meletakkan hadiah di bawahnya.
  • Beberapa tahun selepas kematian Nimrod, Semiramis mengandung (hasil dari perbuatan sumbangnya). Utk menutup perbuatan jahatnya dia mengatakan roh Nimrod telah memancarkan benih dlm rahimnya.  Hinga lahir seorg anak lelaki dinamkan Tammuz.
- Nama Nimrod, dalam bahasa hebrew (Ibrani), berasal daripada "Marad," yang bermaksud "dia memberontak."

- pohon cemara (conifer) dianggap suci kerana pohon conifer tidak luruh malah bertambah rimbun pd musim sejuk. Pada pohon conifer ini didakwa turunnya dewa marak.

- Nabi Jeremiah hidup selepas kewafatan Nabi Sulaiman as. Zaman Nabi Jeremiah umatnya mengamalkan penyembahan dewa dan menyembah pohon conifer. Allah telah menegur perbuatan bangsa Pagan ie satu daripada kaum Bani Israel dgn mengutuskan Nabi Jeremiah utk membetulkan aqidah mereka.
  • pohon conifer itu dihias dgn emas dn perak dlm acara membesarkan membesarkan pohon christmas.
  • dlm New Tastament, Chapter Lew mengatakan Augustus Ceasar mengirakan Nabi Isa lahir di sebuah kandang kuda, yg pada ketika itu pengembala kuda membawa kuda² meragut rumput. Bermakna pd ketika itu musim panas (bila musim panas ternakan di bawa meragut pd sebelah malam, manakala pd musim sejuk ternakan di bawa meragut pd waktu siang).

Mengapa ada sambutan tahun baru?
3 perkara lazim dalam sambutan tahun baru 1 Januari.
  1. Tiupan trompet
  2. Bunyi loceng 
  3. Pembakaran mercun
  • Org² Yahudi menyambut thn baru dgn tiupan trompet, org² kristian menyambutnya dgn bunyian loceng, org² Majusi menyambutnya dgn nyalaan api, mercun.
  • Asalnya dari unggun api, kemudian setelah dicipta bunga api (mercun), maka mercun menjadi simbolik kpd unggun api.

3 perkara ini sama dgn org² Pagan ie pemujaan dewa Jenus. Dewa Jenus dikatakan dewa yg menjaga pintu² masa.

- Imam Sayuti mengatakan ungun² api yg dihidupkan dlm sambutan tahun baru adalah ikutan yg sesat, ikutan² yg akan ditanya oleh Allah SWT.

Surah Al-Israk ayat 17:36 (klik sini)
{ وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولٗا }

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

- pd tahun 325M Persidangan Nicaea (Council of Nicaea) membenarkan hanya satu mazhab ie Trinity. 1,000 tahun selepas itu barulah mazhab Protestant diwujudkan.
  • Protestant wujud pd kurun ke16 ie thn 1517 di Germany setelah Martin Luther mengeluarkan 95 thesis perbahasan terhadap anutan gereja Catholic. 

- Warakhah bin Naufal seorg yg buta, dia seorg Nasrani sepupu kpd Khatijah. Dia menguasai kitab Taurat dan kitab Injil. Dlm perjanjian lama ada disebutkan bahawa nabi terakhir itu apabila disampaikan wahyu kepadanya supaya dibacakan wahyu dia akan berkata tidak tahu membaca.

Org² yahudi tidak boleh terima kedatangan Nabi Muhammad saw sebagai Nabi terakhir spt yg disebutkan dlm Taurat dan Injil. Ini kerana Nabi Muhammmad berketurunan Nabi Ismail bin Ibrahim, bukan dari keturunan Nabi Yaakub bin Ishak bin Ibrahim. 
  • Nabi Yaakub dipanggil Israel oleh kaumnya. Keturunan Nabi Yaakub dipanggil Bani Israel. Kebanyakan Nabi lahir dari keturunan Bani Israel, dan terakhir adalah Nabi Isa as. Kebanyakan Nabi dibunuh oleh org² yahudi (dari kaummnya) kerana ingkarkan dakwah yang dibawa oleh para Nabi supaya menyembah Allah. 
  • Catatan: 25 Rasul yang wajib diimani (klik sini)

Dalil bhw org² yahudi dan org² nasrani mengenali Nabi Muhammad saw (spt yg disebutkan dlm kitab Taurat dan Injil) dlm surah Al-Baqarah ayat 2:146 (klik sini)

{ ٱلَّذِينَ ءَاتَيۡنَٰهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ يَعۡرِفُونَهُۥ كَمَا يَعۡرِفُونَ أَبۡنَآءَهُمۡۖ وَإِنَّ فَرِيقٗا مِّنۡهُمۡ لَيَكۡتُمُونَ ٱلۡحَقَّ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ }
 
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).

Dalil: Surah Al-Baqarah ayat 2:136 (klik sini)
{ قُولُوٓاْ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيۡنَا وَمَآ أُنزِلَ إِلَىٰٓ إِبۡرَٰهِـۧمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَ وَيَعۡقُوبَ وَٱلۡأَسۡبَاطِ وَمَآ أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَمَآ أُوتِيَ ٱلنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمۡ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٖ مِّنۡهُمۡ وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ }

Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata".

Pd abad ke4 hanya satu Mazhab kristian yg tinggal, dan penganut² mazhab lain dibunuh (oleh penganut Trinity).


Nota Tambahan:
  1. "The Plain Truth About Christmas"  (klik sini) buku yg ditulis oleh Herbert W. Armstrong 1974, menyatakan sambutan hari natal (hari christmas) tidak tercatat dalam kitab Taurat, mahupun Injil.  
  2. "Courage to Stand: Jeremiah’s Battle Plan for Pagan Times", Philip G. Ryken, Wheaton: Crossway Books, 1998), buku yg ditulis oleh Ryken ini menceritakan perjuangan Nabi Jeremiah utk membetulkan aqidah kaum Pagan yg telah menyimpang dari menyembah tuhan kpd penyembahan benda² yg dicipta oleh manusia. Walaupun ada org² Pagan yg menyembah tuhan, namun mereka tidak beramal dlm kehidupan seharian mereka. Nabi Jeremiah terima tentangan dari kaum dan pemerintah, hingga dia dipenjarakan dan dihukum lontar batu hingga mati.
  3. "Agama Kristian Kini dan Pengasasnya" , Zakaria @Mahmod bin Daud, Universiti Malaya.  Journal akademik ini menghuraian bahawa ajaran Kristian yang ada pada hari ini adalah hasil tangan Paul, ie seorang yang berbangsa Yahudi kemudiannya mengaku memeluk Kristian. Paul kemudiannya menuliskan peraturan baru kristian dalam new tastement dan membatalkan kitab-kitab samawi ie Taurat dan Injil (yang diutuskan kepada Nabi Musa dan Nabi Isa masing-masing). Tulisan Paul menyeleweng dari ajaran Taurat dan Injil, dan Paul mewujudkan prinsip kristian baru bagi penganut ugama kristiannya. 

No comments: