Sunday, March 26, 2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:228

- us Mahadir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 6-Mac-2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:228

{ وَٱلۡمُطَلَّقَٰتُ يَتَرَبَّصۡنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلَٰثَةَ قُرُوٓءٖۚ وَلَا يَحِلُّ لَهُنَّ أَن يَكۡتُمۡنَ مَا خَلَقَ ٱللَّهُ فِيٓ أَرۡحَامِهِنَّ إِن كُنَّ يُؤۡمِنَّ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَٰلِكَ إِنۡ أَرَادُوٓاْ إِصۡلَٰحٗاۚ وَلَهُنَّ مِثۡلُ ٱلَّذِي عَلَيۡهِنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ وَلِلرِّجَالِ عَلَيۡهِنَّ دَرَجَةٞۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ }

Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


- Tempoh utk seorg isteri perlu menahan diri dari berkahwin selepas cerai adalah 3 quruk ie 3 kali dtg haid dan bersuci.
- 3 bln adalah tempoh maksimum utk pasangan yg bercerai itu utk berfikir dgn waras. Juga tempoh utk benih sperma menjadi janin.

  • jika tiada kandungan selepas tempoh 3 quruk itu, maka perempuan yang bercerai boleh berkahwin dgn seorg lelaki lain.
  • jika ada kandungan, maka tempoh iddah perempuan itu adalah sehingga lahir bayi yg dikandung, atau berlaku keguguran kandungan.


Nota kuliah:

  • Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:226 hingga 227 (klik sini)

No comments: